Salam..

Terima kasih admin, kalau approved. Sikit luahan, jauh dari lubuk hati saya.

Jujur saya katakan saya suka baca confession kat sini (rindu cerita2 uia). Masa study, kulliyyah (fakulti) ICT tu pun tengah construct lagi. Masa palang2 dekat parking2 kulliyyah tu pun tak banyak lagi.

Suka page ni sebab banyak bagi pengajaran. Selain komen yang lebih banyak membina daripada menghukum (harapnya budaya ni diteruskan), mesti ada banyak komen2 nasihat supaya confessor boleh tengok dari sudut lain, dan jadi lebih baik dari sewaktu dia confess.

Tapi. Saya ada jugak follow beberapa laman sosial ni (selain online newspaper) untuk tahu apa jadi dalam malaysia ni kan. haha.

Yang sedihnya, bila cerita2 dalam page ni jadi viral. Ya Allah.. komen2 dan segala macam kata2 boleh nampak. Bahasa kesat, licin, panas, terbakor semua ada.

Belum lagi bab memperlekeh dan menghukum confessor. Banyak sangat. Macam sis yang cerita tentang kisah lampau dia yang dipendam 17 tahun tu. Dan juga terbaru kisah ain. Mempersoalkan pulak tentang cerita tu betul ke tak.. pasal k hassanah tu la mungkin. Tu lain cerita. Cuma kena ingat.. tulisan kita cerminan hati kita sendiri. Saya cuma scroll saja, malas nak baca2 dah.

Nak maintain kemurnian page ni memang tak boleh la kan.. Laman tu terlalu public. Semua boleh bagi pandangan, semua boleh cakap apa sahaja. Tahla, kalau jadi confessor yang tiba2 kisah dia kena petik lepas tu viral. Taktaula nak lagi menangis ke apa.

Confessor pun mesti ada sebab nak cerita dekat page ni, bukan tempat lain kan. Tapi, tulah. Harga yang dibayar bila kita kongsi sesuatu secara umum.

Hopefully yang di viralkan tu bukanlah nak mengejar like ke apa. Apa yang kita dapat disebaliknya tu yang penting.

Sakit jiwa pulak tengok komen2 kat situ.. Nasib baik puasa. Kena lagi banyak sabar.

– -Ai Haibara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Kan. Page lain cedok lepastu yang komen entah dari mana tak bukak link terus menghukum & mengata. Yg page cedok pon nak bagi laku trafik p buat link. Diorang ni tak tahu kot rakyat Malaysia ni tak terapkan budaya membaca.

  2. Sudah sampai masanya rakyat malaysia dididik utk menjaga adab etika d media sosial. mmg ngeri bila bc komen2 d page2 yg glemer2 tu. Kdg rs betapa lancangnya mulut2 manusia ini berkata2. X kurg jgk yg komen lu#ah2.. Allahu.. tenatnya msyarakat kita hari ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *