Orang selalu tanya saya, kalau saya tengah susah dan saya tak ada duit, apa yang saya buat?
Prinsip hidup saya, the more you give the more you get. Kita selalu risau bila duit tak ada. Kita selalu rasa down bila susah. Tapi sebenarnya kita lupa, cara untuk rasa senang adalah dengan bersedekah. Dan sebaik-baik sedekah itu adalah doa untuk seseorang. Doa la untuk someone yang kita nak. Doa supaya dia dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan macam-macam.
Lagi satu, mesti pernah pergi pasar malam masa hujan kan? Tau tak doa ketika hujan itu akan dimakbulkan? Tak salah kalau kita doa dalam hati supaya Allah limpahkan rezeki buat peniaga pasar malam. As we can see, kalau hujan takda yang nak datang beli. Tapi who knows kalau hujan berhenti, ramai yang datang sebab kita doa dalam hati tadi?
I still remember ada sorang ustaz pesan, kalau sedekah biarlah sedekah kita atas nama ibu dan ayah. And that's what I always do. Saya selalu doa supaya setiap langkah saya ke majlis ilmu, setiap apa jua kebaikan, biarlah pahala itu mengalir untuk ibu dan ayah. InsyaAllah rezeki kita akan sentiasa bertambah dan cukup.
Sedekah tak semestinya dengan duit. Doa, senyum, amal kita untuk orang lain pun dianggap sedekah. Sebaik baik sedekah adalah sedekah yang tak diketahui oleh orang lain dan semudah mudah sedekah adalah sedekah doa untuk orang lain tanpa diketahui oleh orang tersebut.
Suka untuk saya kongsi satu doa;
"Allahumma ya Ghaniyyu ya Hamid, ya Mubdi’u ya Mu‘id, ya Rahimu ya Wadud. Aghnini bi halalika ‘an haromik, wa bifadhlika ‘amman siwak"
Baca la selepas tahiyyat akhir, sebelum salam setiap kali solat. InsyaAllah rezeki akan murah selalu
#tipsmurahrezeki
#sehariseinci
– Syafiqah Larza
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
nice sharing <3