Aku vs ajalSebelah kaki dalam kubur

Salam semua. Aku nak bagitahu sikit , korang janganlah jadi lembik sangat hidup kat dunia ni. Takat masalah kecil2 ni bincang dan selesaikan elok-elok. Kadang masalah kecil kalau kita asyik fikir, down.. akan jadi besar. Lets be positive okey. Even myself, aku masih berperang dengan diri aku. Aku diuji dengan sejenis penyakit. Penyakit yang tiada ubat. Kau bagi ubat kat aku untuk rawat sakit aku ni, sejuta ringgit pun aku usaha cari. Okey. Maksudnya tiada ubat. Fullstop. Kalau ikutkan doc, aku dah tak lama dapat hidup atas dunia ni. Paling lama 2 tahun. Tu jangkaan manusia kan. Korang doakan aku sihat. Sembuh. Even aku tahu itu mustahil. Sebab aku ni sakit, aku tak nak orang tengok aku ni lemah. Mungkin orang nampak aku ni jahat. Aku melarikan diri aku. Aku kerja kat sabah. Aku tak nak mak ayah aku nampak aku setiap hari menderita. Aku pernah kerja kat kl. Mak ayah aku asyik nak datang rumah aku. Aku taknak korang. Aku taknak tunjuk kat dorang keadaan diri aku sekarang. Aku dalam keadaan mcm ni aku usaha bekerja. Aku hantar duit kat mak ayah aku. Cukuplah mak ayah aku tahu, aku sakit biasa-biasa sahaja. Nothing to be worried. Even aku dah tak lama lagi akan mati. Ramai nasihat kat aku, suruh blk kampung,tgl dgn family. Biar dia jaga aku. Tapi itu bukan aku. Mungkin family terdekat boleh terima aku. Bagaimana dengan orang lain? Aku boleh cakap aku masih tak bersedia. Masih mencari kekuatan diri ni kat negeri orang. Buat rawatan kat sini, aku takkan berjumpa dengan orang yang aku kenal. Impian aku? Aku bercita-cita besar. Tapi bila ak didiagnose dengan penyakit. Aku mula redha dengan ajal maut ketentuan tuhan. Aku dah malas nak fikir pasal perkahwinan. Nak ada isteri cantik. Anak lawa2, bijak2,rumah besar,kereta mewah. Apa yang aku ada sebuah KESYUKURAN. Benda tu semua dah tiaslda dalam hidup aku. Impian yang aku cuba aku corak dalam hidup aku hilang. Hilang kerana masa aku di dunia dah tak lama. Korang pernah rasa, hidup down. Tiada benda dah kat dunia ni yang korang nak melainkan nikmat sihat. Sebuah nikmat yamg aku takkan pernah dapat lagi kat dunia ni. Bersukan aktif. Bergelumang air mata aku. Ada masa aku boleh positif kan diri aku. Ada masa benda tu makan diri aku. Pasti ada bisikan syaitan yang cuba melemahkan aku. Aku nak balik. Nak jumpa mak ayah aku. Rindu. Tapi aku taknak dorang sedih. Sedih tengok keadaan aku. Dorang akan lemah apatah lagi diri aku yang sememangnya rapuh. Aku anak jantan. Tapi sejak aku sakit, air mata rupanya sahabat sejati aku. Aku lega setiap kali aku dapat menangis. Aku kena tunjuk kuat kat semua orang. Aku taknak hilang family. Aku taknak hilang job. Allah kuatkan aku.aku taktahu macammna nak cerita lagi. Apa yang aku rasa adalah perasaan takut pada diri sendiri. Bulan puasa aku cuba puasa. Even doc prefer aku tak puasa dulu. Sebab kesihatan aku tak stabil lagi. Aku cuba ignore kan kali ni. Aku dah xpunya banyak masa lagi. Aku nak rasa nikmat berbuka puasa. Tahun lepas pun aku tak puasa. 30 hari. 30 hari aku menipu mak ayah aku tiap kali nak berbuka aku cakap aku makan sedap2. Kali nibaku nekad. Lantaklah. Ajal tangan Allah. Kalau aku mati tahun ni at least aku dapat rasa nikmat macam dulu2. Berbuka. Berterawih kat kampung. Even aku dulu dah tak sama dengan sekarang. Aku kurus. Aku hantar gambar kat mak. Mak marah kenapa makin kurus. Aku cakap kat mak, aku jaga badan. Taknak gemuk. Taknak jadi macam adik perempuan aku. Gemuk. Mak aku gelak setiap kali aku cakap macam tu. Allah, kau tahu perasaan bila mana kau mampu buat mak kau gelak kau rasa tu satu kebahagian. Even mak tak nampak keadaan aku sekarang. Aku sayang mak aku. Mak selalu marah kat aku. Suruh kerja kat kampung. Walaupn gaji rendah, dia nak aku ada dengan dia. Tapi mak.. maafkan abang.. abang taknak. Abang taknak mak sedih tengok abang. Abang cuba uruskan diri abang. Kat sini abang ada kawan2 yg supportive. Dorang banyak tolong abang. Abang sendiri pun masih sukar nak terima, abanv dah tak lama hidup kat dunia. Mak selalu cakap, mak dah xlama hidup. Mak nak tengok abang ada anak bini. Abang tak sanggup bila abg yang akan pergi dulu sebelum mak. Abang dah tak sado macam dulu mak. Abang dah xboleh angkat benda berat macam dulu. Abang dah takboleh tolong abah tolong angkatkan sofa berat2 time raya, berjaga malam tlg mak buat kuih. Abang kena follow jadual harian abang. Abang tak boleh tidur lewat. Mak.. abang nak jadi macam dulu. Abang xnak penyakit ni. Kenapa abang mak? Abang nak balik raya jumpa nak tahun ni. Abang dah book flight. Tapi abang takut nak jumpa mak. Taknak mak sedih. Abang lemah skrg mak. Abg batuk keluar darah. Allah. Berat ujian mu. Abang tengah kumpul duit. Abang nak gi umrah mak. Abang nak gi mekah. Abang nak minum air zam zam. Abang nak sihat mak. Mak doakan abang yer.berat koramg ujian ni. Hanya Allah je tahu perasaan aku. Aku tak tahu . Tapi… korang doakan lah supay confession ni bukan wasiat terakhir aku. Dan ramadhan ni bukan ramadhan terakhir aku. Doakan aku sampai ke tanah suci. Minum air zam zam smbil niat supaya aku sembuh dari penyakit ni. Untuk masa terdekat ni, aku bersedia balik cuti raya tahun ni. Aku tahu bila aku balik nanti semua orang akan rasa kasihan pada diri aku. Even benda tu benda aku paling xsuka. Sekarang perasaan untuk balik raya tahun ni makin x terasa. Aku xnak edit balik apa yg aku dah tulis kat sini. Aku xnak scroll blk n baca apa yang aku tulis.cuma aku harap korang doakan aku. Mungkin doa korang semua dimakbulkan oleh Allah. Sebutlah nama aku sbg muhammad dalam doa kalian agar aku sembuh . Mungkin barakah di bulan mulia ni. Aku harap dapat menggembirakan mak ayah aku. Even sekarang aku ada banyak masalah. Antaranya kewangan. Aku cepat stress skrg. Mgkn sebab badan aku cepat penat. Mungkin aku dah xlama boleh bekerja kat tmpt kerja ak sekarang. Tekanan sgt tinggi. Doakan aku, kerja dipermudahkan dlm keadaan kesihatan aku sekarang. Dapat hantar duit kat mak ayah aku. Dapat gi mekah bersama mereka sementara aku masih kuat. Doakan aku survive hidup aku yang masih berbaki. Doakan aku istiqamah tahajud. Doakan aku dapat berpuasa 26 hari lagi. Doakan aku meninggal dalam husnul khotimah. Doakan aku ditempatkan dikalangan hamba yang beriman. Doakan mak ayah aku redha dengan pemergian aku. Doakan adik beradik aku dapat jaga mak ayah bila aku tiada. Aku tiada zuriat untuk diwariskan didunia ni. Tapi aku ada korang semua saudara seislam untuk mendoakan saudaramu ini. Kalau ada masalah kecil, cuba kamu tenang n selesaikan elok2. Jangan cepat rasa down. Untuk adik2 yg rasa diri dia xcantik, gemuk termasuk adik aku (tapi dia comel) jangan sedih. Kat dunia ni Allah dah aturkan kehidupan yang terbaik untuk kita. Jangan pernah salahkan takdir. Doakan aku juga untuk kuat. Kuat hadapi ujian ni. Untuk mak ayah aku, aku doakan mak sentiasa sihat, panjang umur, murah rezki, dpat menjejakkan kaki ke mekah. ( kalau abang xsempat, mak doakan abang ditempatkan dikalangan org beriman ya) . Kita kumpul disana ya mak, ayah, korang semua. Lets be positif n sebarkan kebaikan untk semua orang.

-Mr Hope-

– Hope

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

44 Comments

    • Ntah la.. bagitahu la nama penyakit tuh..
      Setahu ak tiada penyakit yang tidak ada ubat kecuali sakit tua dan mati.

    • Banyak je lagi penyakit yang ada symptom batuk darah.. plus ada je penyakit yang masih belum ada ubat specific, yang ada cuma treatment untuk secondary disease.. dan vaccine untuk prevention.. kalau kanser tulang still boleh transplant rasanya..

    • ada beberapa ubat yg disebut dalam alquran.. makanan sunnah.. seperti madu, delima, kurma, habbatus sauda.. saya xpandai sains dan xpandai ilmu herba nie.. tapi kalau xde ikhtiar lain, ape kata cuba ikhtiar barang2 sunnah nie.. try dlu delima, habbatus sauda n madu.. kalau larat, try suma.. tp rujuk dr dlu kot2 dr lebih arif kata mende2 nie lebih bahayakan.. kalau dr kata xbahaya n xde side efek, ikhtiar je..

  1. I dont know.. If its me, and my love ones tak nak come to me on the time he needs me the most, I will be like,

    Sampainya hati buat mak macam ni… Sengsara sorang2.. Mak ni kemain tunggu.. Anak pulak dok menyorok..

    I know you dont want to hurt her, tapi bila dia tahu selama ni awak sakit sorang2, dan dia tak boleh tolong apa-apa, sakit dia lagi perit pedih.

    Imagine, mak awak sakit teruk, dia pun pergi ke lain. Mengelak jumpa awk sbb tak nak awk tahu. X nak awk risau.. Will you be happy with that?

    Family, its where you belongs. If you are not there for you loved ones, no one will be there for you…

  2. Kuat serta selalu positif please,selama mana kebergantungan teguh dgn Allah,inshaAllah ada bahagiannya,mana tahu Allah nak bagi sesuatu,jangan patah semangat..melarikan diri bukan jalannya kembali tinggal bersama family,mak saudara telah menghidu namun dia was2..berilah peluang pd diri melepas rindu bersama family,grab peluang berdoa sebelum msk waktu berbuka,krn mustajabnya tidak diragui..bykkan solat malam,mohon kesembuhan dari Allah kun fayakun..bersangka baiklah dengan Allah dan sadokan hati bro! Rebut fadhilat ramadhan…inshaAllah.

  3. mr.hope sy xtahu apa penyakit awak tp kalau awak ada penyakit lukemia… sy nk cerita pasal sorang pak cik… bekerja di Felcra wilayah perak… dia ada sakit lukemia… dah lama penyakitnya kira2 12x buat rawatan ambil urat di sum2 tulang ni… 12x kau banyak tu… tp dia sangat kuat kerja mcm org biasa… kata dia ubat dia hanya doa dekatkan diri pada allah… ayat2 alquran mmg dia selalu jaga.. pak cik tu mmg sgt2 kuat bekerja ada 1 mlm tu bini dia suh staff cari dia sbb sangkakan dia dah mati at last dia habiskan kerja dia… dia sgt sederhana dlm hidup… semoga mr.hope kuat seperti pak cik adnan… sy sangat kagum dgn dia… dan nasihat sy… cari kekuatan dan pulang la… dekat mak dan ayah… xsemestinya awak sakit awak pg dlu…

  4. balik la tgk mama bro..kesian kat diorang risau pasal bro..bro xnak ka sentuh n cium wajah parents bro..xkan bro nak parents bro cium pipi bro waktu dah kaku ja..

  5. Bro,dont do things u will regret.people die.satu hari saye pun mati.that is a fact.its all about sooner or later.but bila mati,we leave people behind.orang2 tu yang kena tanggung pemergian kita.bro taknak mak ayah sedih tengok bro sakit,then bro rasa mak ayah bro rasa macam mana nanti bila bro takdak?give them chance to spend time with u.at least parents tak regret tak boleh habiskan masa ngan bro sampai bro dah takdak.dont do that to them.

  6. Bg pandangan sy, awk patut kembali ke sisi keluarga. Bagi tau family psl penyakit awk tu especially mak. Mak ni, doa makbul. At least dia boleh doakan awk. Pulanglah ke pangkuan keluarga. Sy doakan awk terus kuat melawan penyakit dan diberi kekuatan ntuk teruskan kehidupan di sisi keluarga.

  7. salam adik Muhammad.

    harap adik baca komen kak rai ni. kak rai nak bercakap atas kapasiti seorang emak. kak rai ada anak lelaki sulung (baru darjah dua) tapi rasanya kasih sayang emak adik kepada adik Muhammad sama mcm kasih sayang kak rai kepada anak sulung kak rai.

    kak rai cuba bayangkan apa yg jadi kat adik ni, jadi kat anak kak rai. dan kalau anak kak rai larikan diri tak mau ada depan mata kak rai masa dia sakit.

    ALLAHU…

    disisa sisa hidup yg ada, sebagai emak, kak rai akan cuba bahagiakan anak. akan cuba habiskan masa selama yang mungkin dgn anak. nak rangkul dia. dia peluk dia. nak cium dia. itu bukan tanda lemah, dik.

    kalau anak kak rai tetiba meninggal bukan depan mata, Allah.. kak rai akan sedih, menyesal, marah. dan akan bertanya Mengapa? Mengapa? Mengapa abang tak bagi peluang kepada emak? emak yg lahirkan abang. emak tatang abang. bila nak pergi, abang taknak bg peluang kat emak untuk jadi seorang ibu buat kali terakhir?

    cuma bayangkan kesedihan seorang ibu. anak, sebesar mana pun dia, tetap anak di mata dan di hati ibu.

    adik Muhammad tentu tak mau emak adik sengsara sepanjang hidup dia. jadi kak nasihatkan, adik pulanglah.

    pulang dan habiskan masa yg ada dgn org yg tercinta.

    hbiskan masa dengan solat. bertaubat.

    adik beruntung sebab adik diberi peluang sakit. sakit tu penghapusan dosa. dan adik ada masa untuk bertaubat dan beribadat.

    kami yg sihat2 ni? duk lalai sana sini tetiba esok mati eksiden. tak sempat nak ucap selamat tinggal. tak sempat nak mintak ampun maaf. paling takut – tak sempat bertaubat.

    tapi adik ada peluang tu. jadi kenapa lari? kena tolak peluang yg terbentang depan mata?

    seorang ibu akan jadi kuat menghadapi kesakitan anak. malah dia redha jika anak sakit didepan matanya. dan kalau anak bertarung nyawa, kdg doa ibu supaya Allah ambil anaknya selalunya dimakbulkan. selalukan kita dgr cerita mcm tu? dan ibu nya lepas itu lebih kuat, lebih redha dan boleh move on.

    tp kalau anaknya lari, meninggal plak di tempat org? emak akan heartbroken, salahkan diri dia, menyesal, marah, tak tenteram. adik nak mak adik rasa mcm tu kah?

    fikirlah ckp kak rai. kak rai ckp dari pihak seorang emak. semua org akan mati, dik. cara dgn masa saja kita tak tau.

    blk dan luangkan masa yg ada. blk lah.

    kak rai aminkan doa2 adik. tp baliklah. nak pergi mekah, boleh pergi umrah sekeluarga. buat semua aktiviti sekeluarga.

    baliklah.

  8. semoga sembuh seperti sediakala. jika mati itu yg terbaik, moga peroleh husnul khatimah. stay strong stay positif. moga dapat sampai Mekah! ameen. *harap sy dpt smpai jugk*

  9. buat mr.hope @ muhammad…akak rasa better awak blk dan tinggal bersama keluarga…
    ya..mmg disana ada kwn yg menjaga dan beri sokongan tp x sama dgn jagaan family sendiri…satu lagi kalau awak duduk dgn family dan ditakdirkn awak meninggal semasa disamping mereka family awak x akan rasa kehilangan sgt sbb mereka akan terima dan redha akan hakikat itu..ttp kalau awak jauh..mereka akan terkejut dan rasa kehilangan sgt terutama mak awak..sbb dia x tau yg awak menderita sakit seorg diri…
    berdasarkan cerita ni akak dpt rasa awak mungkin ada kanser…awak boleh hidup mcm org lain sbnrnya…boleh ada isteri..ada anak…awak tahu x anak itu la yg akan sentiasa mendoakan awak kelak…akak ckp berdasarkn pengalaman.. akak ada adik lelaki yg mungkin sebaya awak…dia disahkn ada kanser 10 tahun yg lalu..masa tu dia dah brtunang…tp sbb tunang dia sudi terima dia..diorang berkahwin dan dpt seorg anak lelaki…selama bertahun2 dia bertarung dgn penyakit dia…semata2 nk tngok anak dia mmbesar dpn mata dia…selama sakit isteri dan mak akak yg menjaga dia drpd dia boleh jln smpai pkai kerusi roda…semua jenis ubat didunia ni dia dah cuba tp Allah lebih sygkn dia…tahun lpas dia meninggal…anak dia masa tu umur dua thn..kami semua dah bersedia utk kehilangan dia…kami x sanggup tngok dia menahan kesakitan setiap hari…
    sehingga ke hari ini isteri dan anaknya akan ziarah pusara dia…jd akak harap awak fikirlah baik2…nasihat akak dan yg lain…sori pjg sgt tulis…

  10. Balik weyhhhh…..kau boleh ckp skrg x nak mak sush tngk keaadaan skrg..x nak risau dn sbgainya…tpi ap yg kau buat ni lgi parah…mak kau nnt akn trkilan seumur hidup lps kau tak de…hidup kau yg kau kte truk skrg ni…akan due kli truk pd mak kau lps ni…

    Mak kau dh pnggil tu…dh rindu tu…balik weyh..buat amal ibdht banyk mne pun mak x redha lgi skit kau kt sne nnt…mak ad instinct tu mntk ad brsma dgn die smue…kau boleh tipu…tpi skit kau mak kau boleh rse sbnrnya walaupun bukn zahirnya tp hati die dpt tau…

    Wktu brslin klau ad mslah…msti ibu akn ckp biar ank die hidup die mati x pe…walhal die x tau pun ank die tu akn jdi org baik ke..jahat ke..sempurna ke..cacat ke..baik ke..skit ke…Tu wktu ibu x tau kte akn hidup brp lama….dlm kes bro ni..ibu bro tau brp tempoh yg die ad lgi untk jdi seorg ibu…Allah..x tau cmne nk ckp..silap2 bro akn jdi double triple kuat sbb dpt ksih syg ibu….ksih syg ibu ni lain broo..bukn mcm boyfriend girlfriend…

    Balik laaa…klau ak kwn kau mmg ak heret kau balik..stu lagi kalau bro cite je kat mak bro..x pyah balik…ak jamin mak kau dtg sbah lps kau hbis bgi tau..walaupun merangkak..

  11. Tak baik pentingkan diri, bgtau je lah family, kotnye diorg boleh tolong ikhtiar. Memang la ajal tu bila2 je, tapi takkan nak pencilkan diri hidup sorg tetiba pergi? Jangan terikut sangat drama drama melayu tu. Guna saki baki masa tu utk engage dgn family.

  12. Setiap penyakit ade penawar kecuali mati.. Mgkin skg belom jmpe lgi penawar tu.. Jgn putus asa.. Moga ade kesembuhan utk kamu mr hope..
    Sangka baik pada aturan Allah… Doa byk2 ya..

  13. Salam. Sedih baca confession di atas. Saya faham kenapa confessor manjauhkan diri dan x mau ibu tau penyakitnya. confessor x nak ibu sedih. Tapi sebagai ibu yg pernah kehilangan anak akibat leukemia, nasihat saya, balikla. Bayangkan sedihnya hati seorang ibu bila tau anaknya menderita sorang2. Saya menjaga anak sakit selama setahun. Pun bila dia pergi, masih terkilan dan tertanya2 if I had done enough, if I had done everyrhing I could for my son. Mmg ibu confessor akan sedih tgk keadaan saudara, itu mmg naluri seorang ibu. Tapi berilah dia peluang melakukan apa yg seorang ibu mahu lakukan dlm keadaan saudara.
    Saya doakan semoga confessor diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *