Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca IIUMC.
Niat di hati memang dah lama ingin menulis tapi asyik tertangguh, hati ini terfikir mungkin tak patut teruskan. Selepas membaca artikel https://iiumc.com/didikan-
Seiring dengan meningkatnya usia kita, kita harus lebih mendalami ilmu agama. Aku bersyukur, seperti confessor, ibu bapa aku juga menghantar ku ke sekolah beraliran akademik dan agama.
Tipu kalau di katakan aku tidak pernah tersasar atau memberontak, namun aku kerapkali menyesali perbuatan maksiat yang kulakukan dan berdoa Allah membimbingku ke jalan SyurgaNya.
Beberapa tahun lalu, aku adalah gadis yang memberontak dan kini, aku muslimah tidak sempurna yang masih memperbaiki diri.
Cukup cerita tentang aku. Sebenarnya aku ingin menceritakan kekesalan ku terhadap orang-orang yang mempermainkan agama yang dianuti.
Seingat aku, aku selalu merasa bangga dan hormat melihat orang islam yang menjaga aurat dengan baik, menjaga solat 5 waktu dan sentiasa mencuba untuk mendalami ilmu agama.
Sedih apabila terdapat ibu bapa yang sudahlah tidak mendidik anak dengan ilmu agama, malah berbangga menyatakan diri mereka golongan liberal yang lebih berilmu membawa doktrin-doktrin bahawa islam kini adalah satu agama yang perlu dipersoal.
Kewibawaan Nabi Muhammad S.A.W pun dipersoal disulami dengan ayat-ayat Quran yang ditafsir dengan terma sendiri.
Keyakinan berdebat mengenai agama dengan fakta-fakta menyeleweng dari seorang yang berumur sedikit sebanyak dapat membuat golongan muda yang kurang pengetahuan agama terjentik juga mempersoalkan keimanan mereka.
Segelintir golongan muda pula beranggapan agama itu menakutkan, penuh peraturan dan mereka seolah-olah tidak rela dilahirkan beragama Islam dan harus berpegang dengan rukun Iman dan rukun Islam.
Dan sangat menyedihkan golongan muda, khususnya lelaki apabila kurang beragama menganggap perkahwinan sekadar nikah dan halal hubungan semata-mata padahal tanggungjawab seorang suami lebih besar dan mulia dari itu. Semua kerana kurang pemahaman agama.
Di komen-komen media sosial, anak-anak remaja melontarkan komen-komen yang tidak beradab dan kadangkala dengan soalan-soalan atau kenyataan yang tidak masuk akal contohnya jika kes jenayah mencuri,
“Mencuri RM1000 je pun kena tangkap. Mungkin orang tu terdesak perlukan duit nak bagi keluarga makan”.
Pertama, mencuri hatta 1 sen pun hukumnya HARAM. Kedua, orang yang baik tidak akan beri keluarganya makan hasil curi yang akan menjadi darah daging.
Di sinilah penting untuk mendidik anak-anak dengan asas agama yang kukuh supaya apabila mereka lebih memahami bahawa Islam itu bukan sekadar solat 5 waktu dan mengaji sahaja, tetapi Islam adalah “the way of life”.
Benarlah kata-kata bahawa ujian datang dari pelbagai sudut. Ada orang yang diuji, dia makin dekat dengan Allah. Dan ada pula yang bila diuji, makin jauh tersasar.
Sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dalam memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang cukup?
Sejauh mana kita sebagai seorang Islam bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang disekeliling kita?
Dan akhirnya anak-anak kita juga yang akan menjadi ibu bapa satu hari nanti dan adakah kita mahu melihat masalah yang sama berulang?
Aku yang terkilan,
– Bunga Kertas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit