Hi, saya memerlukan nasihat dan pandangan dari orang yang lebih berpengalaman.
Saya isteri, mempunyai seorang anak, toddler. Kerja rumah memang banyak suami tolong, kerja saya mostly bahagian dapur sahaja, lain2 ada jugak saya tolong suami buat kalau dia tak sempat atau kalau saya ada masa.
Cuma masalah buat masa sekarang, saya jadi baran dengan suami. Suami buat salah sikit terus tarik muka.
Boleh dikatakan dalam masa sehari tu 60% dari 24 jam saya muncung. Nak senyum kat suami pun rasa berat. Salah sekecil-kecilnya pun boleh jadi isu besar buat saya.
Syukur suami penyabar orangnya. Tapi saya tahu, sesabar mana pun dia, pasti hati dia tergores bila isteri layan dia macam tu.
Suami pulak jenis suka melawak and happy go lucky, kadang rasa kesian tengok dia bila saya asyik marah-marah je. Nak bersembang dengan dia pun rasa macam malas.
Part bersama pun rasa macam takde keinginan langsung. Kalau suami macam memaksa sikit, saya relakan jugak tapi nak cepat-cepat habiskan. Rasa macam kurang bernafsu.
Saya tak nak suami saya ‘makan luar’, tapi kalau diri sendiri takde kerelaan nak bersama dengan suami pun tak boleh jugak kan? Kadang bila suami dah mula pegang-pegang saya terus saya tepis.
Dengan anak memang saya layan lembut2, saya jaga anak baik2. Memang berbeza cara layanan saya terhadap anak dan suami.
Nak cakap ada masalah kewangan pun, kami punya kewangan okay-okay sahaja. Takde lah mewah, cuma cukup-cukup makan. Nak makan kat luar makanan murah-murah tu boleh la.
Cuma nak pergi jalan-jalan tu kena menabung lah. Itu pun rasanya sepanjang 3 tahun berkahwin baru 2-3 kali pergi luar negeri. Sebab memikirkan cost yang banyak kalau pergi luar negeri. Cuma kami selalu mewahkan bab makan lah.
Cuma suami masih belum mampu belikan saya baju baru atau belikan saya hadiah. Balance gaji kami lepas tolak semua komitmen dalam 250-350 seorang. Saya beli je apa yang saya nak guna duit sendiri.
Kadang-kadang cemburu jugak dengan orang yang selalu kalau keluar, suami bayarkan.
Kami kalau makan kat luar, kadang-kadang saya bayarkan sebab kesian kat suami, nanti duit dia habis. Cuma bagi saya itu adalah masalah yang kecil sahaja.
Saya mohon kepada yang dah lama berkahwin atau sesiapa yang boleh bagi suggestion untuk saya hadap masalah ni.
Terima kasih saya dahulukan buat kawan-kawan yang bagi solution atau cadangan untuk saya atasi masalah saya ni.
– Anggur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mungkin awk terlalu ‘letih’ dgn kerja2 yg x abis2, sbb tu awk jd x bermaya n cepat nk marah je.. ada bnyak amalan dan doa yg bole awk amalkan utk mngembalikan ‘semangat’ awk utk jadi isteri yg bole mnyenangkn hati suami, mungkin ada masa2nya, awk bole ingat blk apa kebaikan dan pengorbanan suami terhadap awk, atau ingat moments mse mula2 awk kawin dlu, n hargai dia sbb Allah yg suruh.. skrg mngkin ank awk masih kecil lg n x tau apa2 sgt, tp bla dia semakin besar n tengok perangai awk terhadap ayahnya, mungkin n x mustahil dia pon akan tidak mnyukai ayahnya sbb sikap yg awk tunjukkan, atau sebaliknya, jika dia dah pandai berfikir n menilai situasi sebenar, awk mahu kah keadaan ini berlaku.. atau pon ia hanya ‘pembawakan’ sementara krn awak dah ‘pregnant’ lgi kot..? Wallahu a’lam.
akak ambik serius sgt ni.. cuba rileks sikit.. ambil sikap pergi mampos.. cth: suami kemas tp xikut spesifikasi.. tegurlah baik2, tlg settle cmni elok2 sbb nnt jd sekian2.. klu dia x buat btl2, ye bersyukur je lah sbb dia nk buat.. bab income tu, kena tambah pendapatan lah.. bgtau suami apa yg u nak, dia provider.. dia settle bab duit, u supprt dia dekat rumah..
Makcik dah 20 tahun berkahwin, dah lalui pelbagai dugaan terutama bab duit, akak kerja swasta dan suami kerje sendiri so faham faham lar pasang surut kewangan tu macam mana kan.
nasihat makcik dalam melayari bahtera perkahwinan ni perlu banyak bersabar, SABARRR tu adalah tonggak kepada perkahwinan yang bahagia dan berkekalan.
Mungkin suami ada banyak kelemahan, tapi ingat kita pun banyak kelemahan jugak, sama-sama give and take. Carilah kebaikan suami. Akak yakin pasti suami tu ada baik nya.
Lagi satu dalam perkahwinan, jangan ingat hanya kita sahaja yang TERPALING BERJASA , ATAU TERPALING BERBAKTI, kalau kita fikir macam tu nanti mulalah kita nak marah marah dan rasa tak puas hati.
Akhir sekali dalam hidup ni perlu banyak bersyukur dan menghargai insan yang kita sayang selagi mereka ada di depan mata. Hidup ini terlalu pendek untuk rasa tidak bersyukur.
Hidup ni ada 2 je cara untuk hadapi. Syukur bila dikurniakan nikmat. Sabar bila diberi ujian. Amalkan sunnah dan alQuran sebagai pegangan hidup. Luangkan masa hadiri majlis2 ilmu. Fokuslah pada akhirat tetapi jangan tinggalkan dunia kerana amalan yang baik di dunia akan mendapat akhirat yang baik dan sebaliknya. WALLAHU A’LAM
Sama mcm isteri saya.
Kawin dah 10 tahun.
Sblm kawin time bercinta ok.
Start ada anak 1 dah mula dingin.
Anak 2 lagilah. Cepat sentap.
Penat jaga anak katanya, bagi full time maid.
Tak ada kerja, bagi jawatan manager.
Duit tak cukup, bagi gaji tinggi.
Masa x flexible, bagi xde punch in punch out.
Bila semua saya dah provide, cakap tak cukup romantik, tak pandai pujuk dan tuturkata manis.
Saya mmg tak pandai bercakap manis, jenis nerd. Tapi saya jenis x cakap banyak dah sentiasa deliver.
Dalam bilik bersama, syukur alhamdulillah kalau dpt sebulan sekali.
Sentuhan saya diterima dingin, x selesa katanya.
Bila lelaki x dapat bersama dengan insan yang dicintai, mmg makan dalam. Rasa x dihargai.
Dan mula kita pula jadi moody.
Saya buntu.
Nasihat saya kpd puan adalah, lengkapkan keperluan batin suami.
Bunyi mcm otak kuning shj, tapi bagi lelaki ianya bentuk respect dan tanda sayang isteri.
Bersiap utk beliau.
Bagi sentuhan fizikal. Urut. Belai.
Tak susah, cuma ego.
Suami x pernah buat pun, kenapa aku kena buat dulu.
Percayalah, kalau si suami tu baik, lepas tu lembutlah hatinya.
Sbb dengan si isteri tercinta je privilege tu dapat.
Saya doakan saya, puan, isteri saya yang sangat saya cintai dan semua yang menghadapi masalah sama dapat berbaik kembali dan hidup bahagia bersama keluar kita.
Aku lelaki.. lm juga dh berkahwin. terus trg ckp.. klu itu sikap isteri rasa terpaling minta sempurna dan dlm masa yg sama rasa terpaling betul redha sahaja nnt utk berdepan dgn suami yg akan terisi hatinya dengan kegembiraan dan hiburan lain yg kau isteri tak dapat nk berikan.
Lelaki ni banyak pendam atas sebab tamggungjawab. Tapi sekali kau bocorkan hatinya dgn rasa kecewa atas sikap kau isterinya kau jgn rasa dikhianati pula. Sedangkan kau yg memulakan pengkhianatan dlm hubungan tu.
Kau tunggu la.. saat tu kau tak akan dpt percuma gelak dan gurau sendanya.
Sorry aku xde nasihat sebab Puan ni mentally penat tapi masih sudi keluar duit cover utk suami. Keluar duit bkn tugas isteri tau. Aku cuma ada soalan. Suami kena bagi nafkah kt isteri setakat kemampuan je kan? Kenapa isteri kena bg lebih dari kemampuan? Kalau bini x mampu bersama, patutnya x perlu dia paksa rela. Takda beza dgn sex worker, cuma tak dibayar je