Kenapa aku selalu gagal dalam persahabatan dan percintaan? Jahat kah aku?

Hai semua! Assalamualaikum wbt! 1st thing 1st, aku nak ucap ribuan terima kasih kepada admin sebab publish confession aku..harap admin boleh rahsiakan identiti aku..just panggil aku capital L..

Aku tak tahu nak mula dari mana but aku nak minta ampun dan maaf kalau apa yg bakal aku tulis ni, ada yang tersalah faham..aku cuma tak tahu nak buat apa dah..aku rasa down, sedih & total lost.. When i screwed up atau aku jatuh, aku sedih sebab tak ada orang nak jadi pendengar aku yang setia dan cari solusi untuk aku..aku buntu sangat2..kadang2 aku terfikir nak ambil dadah etc..

Aku sedih sangat setiap kali aku rapat dengan orang, mesti akan bergaduh..baru2 ni aku bergaduh dengan travel buddies aku! Yela aku mengaku salah aku sebab update status bukan2 kat dalam fb..tapi wallahi! Status aku bukan lah seperti yang dia sangka..terus, dia marah aku kat dalam group cakap aku hina cousin dia..aku pun tak tahu mane silap nya aku taip apa sampai orang paling sempoi dalam dunia yg aku pernah kenal marah aku macam tu..

Aku minta pula pandangan daripada kawan travel yang kedua! Dia cakap aku rude gila sebab demand lebih2 pada cousin kawan aku tu pasal dia belanja makanan kat sebuah fancy restoran! Wallahi weh! Niat aku nak clarify sahaja adakah dish itu shaja yang dia belanja..bukan sebab aku demand ke ape2..

Honestly, aku sangat sensitive & emo sebab aku mengalami hormonal instability..aku jadik sensitive gila..tapi bukan aku nak sangat pun.. Aku kusut gila weh dengan apa yang jadi kat diri aku..

Di campus lagi teruk, aku tak datang kelas dah lama sebab period aku tak teratur & tiba2 aku punya period pain datang menyerang seteruk2nya selepas aku ambil steroid untuk kecilkan keloid aku.. Kawan aku kerap perli & mengata aku pasal aku always period pain..Allah duga aku bertubi2 weh..aku penat sangat..tiap kali aku ditimpa ujian, ada je mulut atau insiden yang aku taknak berlaku, akan berlaku banyak kali..

Aku ni jenis comfident tinggi orangnya..berbadan gempal tapi aku perasan, ramai juga laki suka kan aku..cumanya, mungkin aku ada masalah attitude kot sebab tu mereka lari..aku nak mintak bantuan tapi aku tak tahu nak mintak bantuan dengan siapa.. Even manusia yang paling kenal aku pun dah taknak cakap dengan aku..mungkin dia rasa aku ni annoying..

Tadi aku tengok wayang sorang2..lepas habis tu aku singgah kinokuniya..aku menangis kot sebab aku pergi seksyen relationship, aku tak tahu nak beli buku mana satu or minta nasihat drp siapa.. Kalau aku rasa sedih, aku lah motivate diri sendiri..no one nak lift up aku.. Aku sedih juga sebab kenapa org menghukum aku too soon? Aku manusia yang tak pernah kacau hidup org/ ambil tahu hal org pun.. Org selalu sakit kan hati aku..

Family aku ok! Alhamdulillah.. Tapi family aku kurang fahami aku..aku tak kisah kalau kau nak marah aku buat salah, tapi tolong lah..naikkan semangat aku..betulkan aku..

Masalah aku sekarang ni, aku terlalu asyik juga dengan kegembiraan..malangnya, ianya jadi tak terbatas bila aku asyik buat lawak bodoh & cuba gembirakan hati org tak kena tempat.. Dulu2 aku dikenali sebagai manusia yang terlalu serious..bila aku suka bergurau, orang sakit hati pula..jokes tak kena tempat lah.. Aku pun serba salah nak jadi mana satu..

Sedih weh..tahun ni, sem ni & sem lepas aku down gila2..kena fitnah sana sini semua..aku penat..sebab aku rasa takde org akan support aku..maaf kawan2 yang baca & mengenali aku..aku cuba menjadi yg terbaik.. Tapi akhirnya aku yg tersilap pilih jalan & akhirnya aku yang derita..

Pada sesiapa, aku mohon sangat nak join group counselling ke atau suggest aku mana2 buku motivasi utk aku terus bersemangat.. Bangun semula! Bantu aku! Terima kasih! Sekarang aku rasa lega sikit! Moga kita semua mendekati Allah & menjauhi kemurkaanNya! Salam Ramadhan

– Leesa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

34 Comments

  1. sy rasa kalo awk ubah cara percakapan dan ayat awk mungkin xda masalah da tu.. ambl masa ubah pelahan2.. skrg byk manusia yg cepat terasa biasa la tu jgn la awk fkr byk sgt..

  2. Cari buku don’t be sad..jgnlah bersedih, setiap kesusahan Ade kesenangan..x ingat nama author die..letak pergantungan dgn Allah, die Amat memcemburui kalau kite letak pergantungan manusia..sembhyg taubat Dan istighfar bebyk..kdg2 perkataan boleh jd pedang yg merobek hati Dan juga madu yg menyihatkan..depend on keadaan..oleh itu berjaga2 dgn perkataan..org buat mcm2 anggap ujian Allah utk menjadi lebih kuat di masa depan Dan juga peringatan Dari Allah supaya kita jgn buat kt org….setiap peristiwa ada hikmahnya..buah Zaiton kalau x diperah,x dpt minyak nya utk hasil terbaik..begitu juga manusia, diuji utk melihat darjat masing2 di sisi Allah..Zaman sekrg mmg mencabar, pa pe benda boleh viral, sedangkn kebenaran kite juga boleh tahu…x pyh fikir Sgt, sibukkan diri dgn hobby Dan benda yg anda suke buat..sambil tu kenal lebih ramai org, luaskan pergaulan dgn org lbh tua…happykan diri dgn aktiviti yg kite suke..baca novel,tgk cite kelakar ker..sambil cari redha Allah ,dia akan permudahkan segala urusan..lg satu kalau buat salah, ckp sorry, ego tu x kemana …bila ego, rasa mcm menang tp kalah sebenarnya, …Sbb rosakkan relationship dgn org2..lps ckp sorry, if dieorg x terima, DOA kt Allah minta lembutkn hati dieorg utk memaafkan..kite usaha, tp kalau dieorg keras hati, maybe x sesuai jd kwn..baca terjemahan al-quran Dan ayat2. Hati akan jd Sgt tenang

    • Saya dah buat dah..:) dan saya ni jenis tak ego mana pun sangat..saya boleh tolerate dengan org ego..saya dah pun minta maaf dan jelaskan apa maksud saya.. Dan terpulang lah dia nak anggap macam mana lepas tu..saya tak boleh puaskan hati semua org kan..and now saya dah gembira..takda sedih2.. Thanks afizah! Appreciated ur help! ?

    • Alhamdulilah.. Kdg2 mmg x boleh puaskan hati org2, biarjela , nnt lama2 diam jgk, lg satu nnt Allah akan tunjuk kn kn penyelesaiannya…hidup pendek Sgt utk jd sedih..byk benda kite boleh buat utk explore.. X pyh fikir sgtlah, buat serabut je..

    • Afizah Amir Hamzah hihi betul tu..normally i kejap je sedih..then i bace benda2 positive, dah boleh move on dah..cuma nya, kadang2 nak juga ada tempat kita luahkan perasaan..dan someone yg memahami..hurmmm..

    • Biasalah manusia mmg mcmtu.. Boleh je pm kalau nk sembang2…tp kena ingat semua masalah Allah yg bg, solat Dan sabar tu kuncinya..insha Allah dipermudahkan.. Die x kn bg kalau kite x mampu….cume biasalah manusia kdg2 hilang sabar jgk..hurm mcm2 skrg

  3. Stu je nk pesan jaga prckpan kita.lbih baik bnyk diam drpd brckp. Hidup ni xyah nk brgntung sngt dgn kwan.xdek kwan xbrmksud kau loser, lbih baik kau kwan dgn smua org tanpa brpuak atau istilah lain “geng”. Insyaallah kau lgi akan rse gmbira. Bawak2xlah muhasabah diri, cari punca tu kt diri kau dulu btulkan diri dulu. Nabi ada pesan jaga hubungan kita dengan ALLAH insyaallah hubungan kita dgn org skliling pon akan baik

  4. First jangan suka update pape dekat facebook berkaitan orang sebab lain orang lain tafsiran dia.

    2nd dari cerita awak, awak senang nak cari kawan which its good for you but first before anything buat observation. Observe dulu perangai kwn awak tu jenis boleh gurau kasar ke or kena soft spoken ke. Observation boleh bantu kita sedar expression changes on someone kalau dia tak suka dgn apa yang kita buat. From that stop from talking etc.

    3rd. Lelaki takkan bgtau dia suka ke tak suka ke dengan perangai kita unless dia mmg rapat gila to comment on our behaviour. Outspoken is a big no no.

    Kalau orang yg paling sempoi dalam dunia boleh meletus marah dia rasanya mmg awak buat something yg mmg tak patut.

    Btw, jangan banyak sangat luahkan perasaan kat facebook. People may misunderstanding and boleh jadi jugak depa annoying.

  5. Jadi diri sendiri. Takde maknanye nak gembirakan orang sekeliling tapi diri sendiri tak gembira. Be yourself, spend time with things that makes you happy. If you are happy with yourself, nothing else matter. Anddddd, when you started to accept yourself, right friends will come eventually.

  6. Hi L. Aku tak tahu cmne nk tlg pun. Haha… sorry. Cuma aku nk ajak ko kongsi pengalaman travel msg2. Aku pn traveller juga tp selalunya solo je. Setakat ni ada la beberapa negara aku pernah pergi. Xbyk pn. Tu yg nk kutip pengalaman ko tu. (Kalau ko sudi nk kongsi lerrr)…

    Btw aku lelaki in case u didnt aware of that. Lulz.

    • Urmm, aku actually plan nak ke jogja drp solo..beli tiket redeem point drp org..malangnya dia nak minimum 2 purchase tiket..ade plan nak ke solo/ jogja tak bulan 7? Aku nak beli tiket je..but aku nak buat solo trip..huhi

  7. anda tak silap jalan..anda sedang mencipta jalan anda sendiri..if u r 22,23 its kind of normal for that problem. let see what will happen when u achieved 26,27. just be positive with ur life.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *