Sado Ikat Tepi

Dari kecil aku tak pernah jauh dari family, tak pernah dapat sekolah asrama. Dah masuk universiti ni baru tau hidup berdikari macam mana.

Tak boleh nak bergantung pada orang sangat. Dulu memang ye aku jenis takde kawan teman tak nak makan. Dah masuk universiti dapat pulak tu yg jauh, lama2 aku ubah diri. Pergi kelas boleh sorang2, nak join event ke apa tak payah guna konsep kawan-aku-tak-pergi-aku-tak-nak-pergi. Haaaa

Jadinya aku mudah bergaul dengan siapa2. Independent. Satu hari aku ada program pergi Sabah. Tu kira first time aku ke Sabah, first time jejak kaki kat KLIA2, dan first time naik flight. Heaaaaa

Aku sorang pulak tu. Teammates yang lain semua dah ada kat airport Sabah. Pandai2 lah kau hidup. Yg pernah pergi mesti tau besar mana KLIA2 tu. Sesat tu perkara biasa. Tapi aku tak. Aku ikut je ramai2 orang yg tengah jalan pergi kat departure hall. Then bila nak cari gate, aku tanya orang kat situ dan tengok board yg ada kat situ. Bila dah atas flight betapa happy nya aku! Sikit pun tak rasa cuak walaupun kiri kanan strangers.

Tapi kawan aku yg first time lain pulak. Dia cerita sampai nangis2 dia cari gate. Aku tak tau nak simpati ke nak gelak. Sebab apa gunanya ada mulut kalau tak tanya. Yg paling kelakar dia bukan sorang2, dia berdua ada orang teman. Tapi dua2 sama. Tak pernah hidup berdikari.

Perempuan kena sado, kena berdikari. Kelak ditinggal dek suami macam mana kau nak hidup?

– Katy Berry

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *