Assalamualaikum.Aku bukanlah pelajar uia.Tapi aku merupakan bekas pelajar perempuan dari ipta lain.Aku nak ceritakan kisah aku untuk mereka yg tgh down.
Selepas keputusan spm,aku dapat tawaran belajar peringkat diploma dlm kejuruteraan di salah satu ipta.Result sem 1 dan 2 aku sangat mebanggakan.Tapi langit tak selalu nya cerah.Pada semester 3,aku disahkan menghidap penyakit kanser thyroid tapi hanya stage 1.Alhamdulillah,kerana belum tahap yg serious.Bagaimana aku kesan penyakit aku?ada ketulan di leher aku.Aku pun terus dibawa pulang ke rumah untuk berubat(operation) dan menjalani rawatan radioterapi.Alhamdulillah,aku tidak perlu menjalani rawatan kimoterapi sebab kanser aku masih di peringkat awal.Aku terpaksa melakukan pembedahan secepat mungkin sbb takut sel kenser di leher aku akan merebak ke tempat lain.Aku terpaksa remove kesemua thyroid aku.
Selepas menjalani pembedahan,aku terus balik ke ipta kerana memandangkan aku terpaksa catch up balik apa yg telah banyak aku tertinggal apa yg diajar oleh lecturer aku.Namun,setelah berada di universiti(jauh dari rumah),aku terpaksa akur yg aku perlu ambil cuti khas(extend sem) kerana aku perlukan byk cuti kerana nak menjalani rawatan di hospital.
Jadi,dikala kawan aku dapat meneruskan kehidupan pembelajaran,aku duduk di rumah dan menjalani beberapa rawatan.
Alhamdulillah,kesihatan aku bertambah baik setelah menjalani beberapa rawatan.Tapi apa yg terkilan,aku lewat satu sem dengan kawan aku kerana dgn cuti khas yg aku ambil dahulu.Aku terpaksa mengambil lagi sekali sem 3 dan ketika itu kawan aku telah pun berada di sem 4.Ada juga kawan aku ditawarkan untuk menyambung program penerapan(fast track) di shah alam utk degree kerana result yg bagus.
Ketika di sem 3,aku berasa sgt kekok kerana aku tidak sama kelas dgn kawan2 aku yg lama kerana mereka semua berada di sem4 dan ada yg telah menyambung degree(fast track).Aku pun belajar dengan sungguh2.Namun apa yg sedar,aku tidak dpt fokus 100% dlm pembelajran setelah menjalani pembedahan.Namun,aku tetap taknak give up,aku lawan juga dgn usaha bersungguh-sungguh.Alhamdulillah,lepas keputusan keluar,aku dpt ditawarkan utk sambung degree(program fast track) kerana result aku yg cemerlang.Dan yg paling gembira,tempat degree yg aku belajar sangat dekat dgn tempat aku.Jadi sgt senang aku ulang alik ke hospital.
Ketika aku di sem 1(degree),aku duduk di rumah aku ulang alik ke kelas kerana jarak rumah aku dgn tempat belajar sgt dekat.Lama kelamaan aku belajar di degree,aku berasa sgt pelik.Aku berasa sungguh penat,pelupa,sakit2 badan dan berada sesuatu ikut di dalam badan aku.Kadang2 aku berasa apa yg aku makan rasanya seperti bangkai.
Sebelum aku melanjutkan pelajaran aku ke peringkat degree,aku telah bercinta dgn classmate aku sendiri di diploma.Ketika aku dapat tawaran degree,beliau masih belajar dalam peringkat diploma.Jadi kami jarang jumpa.Kami hanya menghubungi melalui telefon sahaja.
Berbalik kpd cerita sebelum ni.Ye badan aku berasa sungguh pelik.Aku mimpi ular,mimpi menyusukan budak.Aku pun terus memberitahu ibu bapaku tentang penyakit aku.Mereka terus bawa aku jumpa dengan ustaz.Banyak juga tempat yg aku berubat(pusat rawatan islam).Ustaz memberitahu aku yg aku telah disihir.Aku pun tak tahu mana aku dpt,tetapi aku taknak tuduh sapa2.Mungkin aku terlanggar benda2 yg tak patut.
Selain tu,aku juga mengambil alternatif lain,iaitu berjumpa dgn pakar psikiatrik untuk merawat penyakit aku.Doktor mengesahkan aku menghidap penyakit major depression.Aku pun terpaksa mkn ubat yg telah diberikan oleh doktor.
Tapi sebelum ni,aku mmg ada jumpa pakar psikiatrik semasa kecil.iaitu masa aku spm.Byk faktor kenapa seseorang itu menghidap penyakit major depression.Antara faktor kenapa aku kena penyakit tersebut adalah imbalance chemical yg ada di dalam otak aku.Tetapi stigma masyarakat sekarang,mereka akan menuduh siapa yg menghidap mental illness,berasa hendak bunuh diri,mesti diorg ni tak kuat iman.Jangan riak sangat,kau tak sakit,kau takkan phm.(geram pulak)
Ok berbalik kpd cerita td,setelah menjalani pelbagai rawatan,aku terpaksa menagguh pembelajaran aku kerana aku takut aku tak dpt catchup balik.Apa yg aku sedih,aku ditinggalkan kekasih aku kerana mak kekasih aku taknak terima aku.Katanya orang yg ada mental illness nk susah nak jaga.Ya Allah,betapa sedihnya aku.
Namun aku harus kuat,aku sambung balik pengajian aku,dan ketika itu,ex aku dpt sambung degree sama tempat aku.Kami pun menyambung balik hubungan kami.Namun,aku byk kali ditinggalkan(3 kali) oleh ex aku.Yelah,sapa nak tahan kawan dgn org sakit kan? :( .
Namun,aku tetap move on utk teruskan pengajian aku.Kawan2 aku dan ex aku semua dah habis belajar.Aku orang yg paling lambat utk menghabiskan pengajian aku kerana dengan penyakit aku.Aku lambat pick up,jadi cepat pelupa.
Semasa di universiti,aku ada dua kawan perempuan yg paling aku syg.Beliau selalu membantu aku ketika aku susah.Namun,setelah mereka grad,mereka mula menjauhkan diri daripada aku.Mungkin mereka tidak tahan dengan penyakit aku yg selalu mood swing.Tapi percayalah,aku betul2 sakit.Kalau sapa yg ada mental illness,mereka akan phm.Bukan aku yg minta semua ni.
Sampai sekarang kami tidak berhubung.Banyak kali aku call mereka,tapi mereka tak balas pun whatsapp aku.Semenjak itu,dunia aku berasakan sungguh gelap.Result aku pointer bawah 2.
Salah satu kawan yg aku syg tu telah mendirikan rumah tangga.Aku rasa down betul sbb dia tak ajak aku.Ya Allah :(.Yg paling sedih,kawan aku yg satu lagi tu boleh pula jadi pengapit dia.Sampai hati tak bagi tahu :(
Aku rasa sangat2 down.Tapi aku fikir,kenapa perlu down?Aku tekad menghabiskan pengajian aku.Aku doa banyak2.Aku makin rapat dengan family.Gangguan(sihir) di badan juga makin hilang.Dan yg paling happy,aku paling rapat dgn cinta sejati aku iaitu Allah.Aku mengadu semua dekat dia.Takpelah kalau org tak terima sakit aku.Aku tak mintak pun penyakit aku.Allah yg bagi.Mungkin ada hikmah yg tersembunyi.Alhamdulillah,hidup aku sgt tenang walaupun aku sakit.
Dan yg paling gembira,aku berjaya menghabiskan pengajian aku di peringkat degree.Dan sekarang aku bekerja sebagai project engineer di syarikat construction.Bulan 11 ni convo.
Ps:Untuk sapa2 yg tengah down,putus cinta,masalah keluarga,masalah kesihatan,jgn give up.Jangan ambil apa org kata negatif tentang kita.Hanya Allah yg tahu isi hati kita.Mengadulah kepada Allah.Kalau benar2 buntu,doalah kepada Allah supaya ditunjukkan jalan keluar.Yg penting jgn give up,sabar,jgn tinggal solat,jaga aurat,jgn sakiti hati manusia.doalah byk2 di bulan puasa..sekian.
– Meow
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Klu saya bru nk smbung deegree dikala hujung usia 20an ok x KAK?
Just asking…
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ .
Ok je takde hal. It’s never too late to do something good and beneficial for your future life. Accomplish your goals!
Saya bukan confessor btw,saje jawab.
Relax jer..aku sambung degree umur 21..kawan aku umur 23,24,25 pun ade..hahaha
Smbg je kalau awk rse nk… good luck :)
Smbung je..sy skrg umur 31 tgah buat dgree partime xabis g.. Hrtu start pn ms umur 27 dah..
Korang trima kaseh ea! Salam RAMADHAN&Slmt berpuase #8
Ubat thyroid jangan tinggal tau. :)
Takpe, people who leave you, they are not supposed to be in your life.
Macam gotong-royong. Kena buang sampah dulu baru hidup kite nampak kemas.
Mengadu pada Allah is the best solution.
since awk reveal siapa awk, I just wanna say hi. moga dipermudahkan dan sentiasa diberi kesembuhan :D
kita sama-sama doakan orang yang tak faham condition orang2 mcm awk akan dijauhkan kesengsaraan mendapat penyakit sebegitu.
insya Allah.