Allah yang bagi

Assalammualaikum

Aku nak cerita pasal ayah aku. Dulu kami agak kekurangan sebab ayah tak bekerja, Masa tu bergantung pada pencen askar dia dengan hasil dia jadi nelayan. Lepas ayah pencen, sebenarnya dia bekerja kat Kajang kejap tapi terpaksa berhenti sebab syarikat tu bankrupt. Lepas tu dia kerja stesyen minyak tapi berhenti sebab manager perempuan kat situ mengurat dia, haha. Lepas tu dia jual daging sampai la last sekali dia keluar cari ikan. Aku tahu kisah ayah aku ni agak pelik. Sebenarnya, hidup kita orang agak susah masa tu tapi memang betul-betul tak terasa sebab ayah aku positif gila dan selalu bersangka baik pada Allah. Setiap kali aku perlukan duit untuk perbelanjaan sekolah aku, aku macam susah hati sikit nak minta duit kat mak ayah aku masa tu. Tapi setiap kali dia orang hulur duit dan aku tanya mana ayah dapat duit, sebab aku tahu dia orang pon tak ada belanja sangat, ayah aku akan cakap macam ni, "Allah yang bagi"…

Sebab aku nak cerita benda ni adalah kita kena bersangka baik pada Allah, Setiap apa yang kita lalui tu ada pengajaran yang kita boleh ambil dan kita masih lagi hidup tu adalah bukti paling nyata yang Allah memang tengah bagi kita peluang untuk baiki silap kita. Setiap kesusahan yang kita lalui, Allah permudahkan perkara yang lain. Mungkin kita tak pandai, tapi mak ayah kita supportive. Mungkin kita tak cantik, tapi kita ada kawan-kawan yang baik. Mungkin kita kecewa bercinta, tapi kita ada ibu bapa, Mungkin kita dikhianati kawan, tapi kita masih lagi ada anggota. Yang paling penting kita kena ingat walaupun kita ada kesusahan kita masih lagi orang Islam. Ya, aku tahu perumpaan aku tak kena..tapi, the point is kita memang kena cari juga benda positif dalam hidup kita sebagai penguat semangat untuk kita move on dari masalah yang kita hadapi. Benda-benda ni aku nampak sendiri dari pengalaman aku depress sepanjang aku hidup ni. Setiap apa yang Allah hadirkan dalam hidup aku ini ajar aku cara nak deal dengan masalah-masalah yang mendatang.

Harapan aku supaya kita dapat hadapi hari yang mendatang dengan bimbingan daripada Allah.
Sometimes, the only solution is to turn back to Allah. Kita memang tak mampu, tapi Allah yang bagi segala-galanya. Allah ada, jangan risaaaaau

– Along

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *