Harap admin approve,aku pembaca tegar page ni tau(!) BTW aku perempuan.
Korang pernah tak dapat intai dalam rumah org2 yang alim & warak? Haaa meh aku share psl "mysterious" life diorang. btw ni TRUE STORIES kay, bukan imaginasi.
Alhamdulillah dalam life aku, dah bbrp Kali la aku dapat menyelinap masuk dalam rumah org2 yg memang amal Agama (jaga agama) so jom kita tengok satu persatu apa ke benda yang beza depa dgn kita
(1) sesi harian baca hadis sekeluarga
Family-family yg amal agama ni,diorang istiqamah gila sesi keluarga nie. iaitu dorang duduk sekeluarga atas lantai pastu salah sorang tolong bacakan hadis-hadis Nabi s.a.w supaya adik-beradik or anak-anak DENGAR sendiri Nabi cakap apa.Depa buat mcm ni hari-hari Kay,ada yg buat 15min ada 30min.
Maknanya anak2 diorang x pyh nak tunggu GI masjid baru ada majlis ilmu, kat rumah pun Mak Ayah dah siap buat 'majlis ilmu' tiap2 malam. Hari-hari hadis Nabi s.a.w masuk dalam telinga. Depa pakai kitab mcm Muntakab Hadis, Fazilat Amal, Riyadhus Solihin Dan mcm2 lagi lah
(2) Takde TV
OK,most rumah yang aku masuk, mostly takde TV. kalau ada TV pun, aku tengok TV tu duk tertutup je x pasang pun (xtaula time aku xde kan). So anak2 diorang takde la duk ngadap drama ke kartun ke macam most budak sejak TV wujud. Aku pun terfikir, anak2 diorang tak boring ke?
Setakat aku perati nie,anak2 dorang OK je xde TV, in fact lagi byk la masa yg Ibu tu main dgn anak2 SBB anak2 tak gaduh nak tunggu kartun pukul 10 pukul 11 bagai.
(3) Apasal takde TV
yg aku tau , sebab MOSTLY benda yg keluar dari TV tu "tak elok". Tau la kan,from TV Tue keluarnya bunyi-bunyi lagu dan muzik,time iklan pun ada lagu/muzik. So if masuk benda2 mcm nie dalam hati anak2, nanti anak2 tu payah nak hafal Quran hafal Doa dsbnya. Bab drama filem from TV tak yah cakapla kan, aksi2 tak Islamik memanjang. Rasanya family2 warak yang ada TV nie kalau dia pasang pun dia Pasang channel Islamik je, so ada kesanla kat hati anak2 diorang tu
(4) Tak gebang hal politik
Ha pastu wpun diorang ni (maybe) ada pegangan politik sekalipun, diorang TAK pung pang hal politik kat rumah apatah lagi ajar anak2 kutuk2 or maki orang. So takdela kau dengar diorang maki kerajaan ke pembangkang ke as topik harian . Anak2 jadi hormat kat semua org sebab x pernah dengar mak ayah burukkan mana2 pihak. Aku mmg cemburuuuuu memanjang tiapkali jumpa family2 warak nie. Ramai jugakla aku kenal.
(5) ikut Sunnah satu persatu
haaa ni la paling mahal. diorang ni sentiasa Cuba ikut Sunnah one by one ya! sunnah kecik ke besar ke mmg depa CUBA buat tiap2 hari. Dari sekecik-kecik benda macam bersugi (miswak) sampaila Sunnah-sunnah time makan time tidur time belajar,semua depa Cuba buat IKUT cara Nabi.
Ada sprang member aku, dia punya ikut Sunnah tu sampaikan segala apa yg dia buat/ambik,akan dibuat dgn bilangan ganjil sbb Nabi s.a.w suka bil ganjil kan (Dan Allah tu ganjil). So aku tanyala,dah tu kalu kau nak masak beras 4 pot, kau tak masak 4 pot la eh? kau masak 5 pot la eh?
dia kata bukannnn.
if dia nak masak 4 pot, maka dia akan ambik 3 pot dulu pastu cekau lagi beras tu dua Kali so jadila 5 pot! Haa sampai begitu sekali dia jaga bab sunnah (dia pakai niqab BTW)
(6) anak2 perempuan tutup aurat sempurna
ada yg anak-anak perempuan dia semua berniqab (purdah) ,ada yg tak semua. Aku pernah jugak tanya2 if diorang pakai sebab mak ayah suruh ke? tapi setakat ni yg aku jumpa ,diorang pakai sbb mmg Allah gerakkan hati utk pakai,sendiri yg mahu bukan parents paksa or suruh. Cantik2 pulak tu anak diorang! Aku perempuan so aku bolehla tengol muka diorang Tanpa niqah ngeh3.
tapiiiii
Akhlak anak2 diorang tu sejajarla dgn niqab tu. Yg aku dah jumpa tu,akhlak mmg tip top la. Semua anak perempuan dia pemalu, suara mcm dengar x dengar je, time makan semua tunduk je and takde la borak hu ha hu ha macam aku masa umur diorang tu bahaha (aku tak hijrah lagiii time remaja)
(7) makan dalam talam
pastu diorang hari2 mmg makan atas LANTAI Di dalam talam yer.wpun family berduit mampu Sgt nak beli set meja makan, tapi sbb nak hidupkan sunnah Nabi maka diorang istiqamah makan atas lantai hari2 beramai ramai.
Tapi bukan sunnah tu je depa buat, pelbagai sunnah lagi buat (sunnah masuk toilet sunnah pakai baju sunnah tidur. Kan semua ni Nabi s.a.w tunjuk dah camne. So depa ni IKUT . tak macam kita yg malas nak ikut)
(8) IBU main peranan
ibu-ibu diorang JAGA percakapan dgn anak-anak. If anak-anak mintak apa2, Ibu akan remind supaya —–> mintak dgn Allah dulu. Nak aiskrim? mintak dgn Allah. nak toy? mintak dgn Allah.
pastu mulut parents tu tak lekang cakap pasal Allah pasal Nabi. Allah buat tu Allah buat ni, Nabi dulu macam tu macam nie. So anak2 tu diorang membesar dalam suasana AGAMA
—> mak ayah CREATE suasana agama dalam rumah <—–
(9) amal amal mmg istiqamah
bab2 amal mmg diorang jaga gila. Most ayah-ayah diorang mmg solat 5 waktu kat masjid. Kalau tak 5x Di masjid pun,maybe 2-3 waktu Di masjid Dan selebihnya tu Di rumah or tempat kerja. Meaning,depa jaga gila tuntutan Nabi supaya LELAKI bersolat Di masjid melainkan mmg ada uzur. Isteri2 mostly solat kat rumah and tarbiyah anak2.
Quran mmg hari2 diorang baca.
Pagi2 baca Yaseen (tiap hari) pastu lepas Maghrib tu mmg mostly tak tinggal surah Al Milk/As Sajadah Dan Al Waqiah. Aku agak fail sket aku sokmo skip Al Waqiah huhuuuu *imantakkuat*.
Ada member aku yg hari2 mmg habiskan 1/2 juzuk wpun ada tngjawab sbg isteri/IBU. Susah woi nak maintain even 1/2 juzuk everyday, tapi mmg rasa sakinahhhh je masuk rmh dia.
Solat2 sunat mmg depa buat, and Tahajjud Tue memang biasala dalam family diorang cuma aku x pastila istiqamah x Tahajjud ye la mana boleh aku intai tiap2 malam selama 1 bulan kan hahaa. Maybe ada la malam2 yg depa x bangun jugak (cam aku ni ha ,lagi byk TAK bangun Dari bangun)
(9) masuk usaha dakwah
diorang nie mostly laki bini akan luang masa utk to long usaha2 agama (dakwah) aku malas la sebut usaha-usaha apa sebab byk kan ada. Dakwah kan sunnah Nabi yg paling besar, so bila diorang sanggup korban utk jaga sunnah paling besar(utama) so Allah macam "mudahkan" hidup diorang. Allah bagi anak2 yg dengar cakap,anak2 yg lembut hati mau agama
(10 ) depa ada Mesyuarat harian
family2 yg betul warak mmg depa ada "mesyuarat" harian sebab sunnah Nabi, keputusan2 adalah dibuat mlalui msyuarat. So parents ni akan make sure ahli keluarga semua duduk DLM bbrp minit pastu bincang apa2 pasal harini/esok dan tulis DLM logbook. Amir (ketua) mesyuarat iaitu bapa akan putuskan. Misalnya
Abang kata esok abang nak guna motor (DLM mesyuarat) tapi Adik Kata Adik pun nak guna motor SBB ada hal esok. So ayah tu akan main peranan utk tngk sape lbh perlukan motor tu pastu ayah tu decide dalam mesyuarat camne nak settle. Anak2 kena patuh keputusan msyuarat SBB keputusan msyuarat mmg Allah janjikan ada keberkatan. Member aku cerita,
kengkadang anak2 dia ada jugakla langgar keputusan mesyuarat. misalnya Ayah dah putuskan OK Adik jgn beli dulu henfon tu. Tapi Adik ni x sabar so GI beli jugak (kira langgar keputusan syura la).
member aku kata,usually anak tu sendiri akan menyesal sebab dia nampak sendiri TAK berkat tindakan dia. Henfon tu asyik rosak la…motor asyik problem…kereta org khianat. So last2 anak ni ngaku kat ibu bhw dia salah,dia langgar keputusan syura (syura family).
nie family member aku la. family aku x istiqamah lagi bab mesyuarat ni ya Allahhhh lemahnyaaa.
So tu la antara benda yg aku perati. Setakat nie dalam family2 macam Tue mmg aku x jumps lagi la masalah2 sosial macam Pedofile ke or Zina ke or Couple2 ke, memang terjagaaaaaa je hidup diorang. Ah lagi satu diorang jarang main FB hahaa.majoriti takde FB or social media, especially yg isteri2 pakai niqab kan so diorang mmg jaga akhlak/hijab so x de la tayang2 gambar kat internet or chat2 kat internet. Diorang habis masa utk amal or tarbiyah anak2.
So aku mmg x jumpa lagi family2 warak nie yg either cerai berai or anak2 tak menjadi, mostly anak2 depa menjadi. Samada anak2 diorang end up jadi hafiz Hafizah Dan alim Alimah or ada yg masuk course selain agama jugak. Jealousla jugak diorang anak2 sampai 3-4 org hafal Quran huhu aku nie nak ajar anak surah pendek2 pun dah mcm singa ngeh3 (insyaAllah semoga kita pun dapat macam diorang jugak!)
yg penting aku rasa dioramg jaga amal la. solat 5x mmg jaga betul pastu Qur'an tak tinggal, sunnah2 pun x tinggal and paling penting diorang byk la korban masa and duit untuk to long usaha2 agama jadi Allah berkatkan hidup kot. Takde la masalah teruk2 mcm kes kes yg kita duk baca skrg nie
wife2 diorang yg pakai niqab tu so far aku tngk akhlak mmg SELARI dgn niqab tu. Taklah bersembang Dgn laki, mengata mngumpat org. kiranya perilaku dia tu sesuai la dgn purdah diorang.
laaaaaaa aku lupa mention tadi!! OK nie last
(11) makan asking
depa if buat makan-makan,depa confirm asking Laki Pompuan. puak2 laki makan kat bhg pain yg perempuan kat bhg lain so takde la laki kau borak dgn Bini aku, bini aku borak dgn anak bujang kau. kiranya mata TERJAGA. takde intergender punya socializing.
wife2 cuma bersosial sesama wife je , husband2 sesama husband je. So xde la husband A ternampak anak dara B pastu nak try2 ke apa. mmg always ada "Tabir" atau dinding Di antara tempat laki makan and perempuan makan. TAK BERCAMPUR. satgi nak balik pandai2 la call wife/husb masing2 bagi signal kata siap dah makan,nak balik. Wedding pun depa buat macam tu, TAK CAMPUR laki perempuan
OK pjg gila dah aku tulis nie, semoga kita dapat buat macam nie jugak dalam family kita
– Anastasia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kagum! (y)
Cuma byk sgt autocorrect
tp mesej sampai la.
Panjang
Gila
La
Wei
tabligh
Kenapa?
Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian. Boleh juga di buat panduan untuk praktikkan dalam keluarga.
Terbaik..itu yg sepatutnya
Terima kasih atas perkongsian. Bestnya. Suka lah.. InshaAllah cuba jadikan panduan walaupun xdpt nak buat semuanya boleh ambil few step their way of life.
T.q anastasia kongsi ilmu
Ye la..mkn asking..btw mesej sampai..tq..
First² ingatkan aiskrim ??
haha sy ingt nk mkn kna asking2 dl (tanya2)..
Asing kot ???
Abdul Rahman Hamidah Rahman
Zidna Dania Ilma,pelopor taklim smpai sakit gigi..haha..
hahhhaa pelopor taklim byk dosa laa tu …
Tukang baca taklim mingguan masturat..promote Zidna Dania Ilma..??
ehehh koi nak balik kedah dah mggu dpn mggu dpn 1 lg … ngeh3
Terima kasih sbb share. Sejuknyaa hati terbayang life dorg. Alhamdulillah. Dulu sy pernah ikut g rumah kawan parents. X lama, kejap je. Rumah kg, xde tv. Baikkk sgt dorg. Rumah walaupun rumah kecik kg tp rasa tenang sgt duduk dlm rumah dia. Bagus betul..
Makan asking
amboi habis semua muzakaroh hang keluar, muzakaroh masturat, lima amal. confessor nanti datanglah khususi saya, lemah nie. fb pun saya ada
Khususi? Terus terang confessor tu cakap dia perempuan.
Eh tak perasan plak intro dia. tak jadilah, sebab makan pun kena asking asking
ucup kau nampak impian gadis gadis yang komen dekat sini ucup. kau pilihlah salah satu ucup. hahahaha
Sandiwara
ha agak konfius di situ.asking asking tu adakah typo atau sy ketinggalan bhsa canggih ni..
Jzkk share.. Ade few autocorrect rupanya
Thank you for sharing.
Nice stuff to read sis!
Finish ur stuff!!
4 win
Alhamdulillah..ada sebahagian dah amalkan. In Shaa Allah, akan cuba juga yg lain2. Semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan. Aamiinn…
Alia Diyana tambah bhn bacaan
Setuju! Memang ada kawan saya yang begini keluarganya.
Amai Abdul Aziz ayu tngok ni..
Norzamirsaufi Bin Ahmad
Bestnya. #jeles
T.kasih adik pengskodeng..dpt inspirasi berguna.
Cuma nk gtau…kalaulah ada yang buat buku ringkas “amalan sunnah Nabi seharian, mudah diamalkan oleh semua”
Ke dah ada?
Ke ada yang plan nk buat? Pm akk k
Bukak Syamail Muhammad. Byk pasal peribadi dan kesempurnaan Rasulullah dlm tu
Byk kak kat mph
Kak…ajak suami keluar masthurat, buleh belajar secara praktikal…lagi detai..
boleh follow page Indahnya Islam ada satu hari satu hadis.
Syamail Muhammadiah, ringkas + padat + simple
Tq..mmg nk cari yg ringkas padat simple.
kitab riyadhus solihin (y)
Burhan Iman
Muhamad Razali
Tak ada kejayaan lain selain cara rasulullah sunnah nabi ?
TQ atas pkongsian.
Pastikan sunnah itu sahih.
Apa yg dikongsikan itu, tidak akan lari jika pengamalnya berada didalam jamaah…sohehnya x perlu dipertikai. Namun, jika amal sendiri2, lebih baik double-check kesohehannya…
I like…
Farishah Othman
Keluarga future Zaki Solihin
Ameen2, wpun aku sedar aku xskuat ni, tp kne azam utk tiru2.. doakan ‘kami’ sahel, n ko skali ?
MasyaAllah ukhti Shahrina Aimi. No 2.
bila dihidupkan 5 amalan masjid dan 5 amalan didalam rumah, in shaa Allah, tiptoppp. xcye?? try la..
Huzainy Isha
Muhammad Fizwan Bin Sa-zali
Karkoon yg ikot tertib..
Mohd Adam Yusri
Syg u bace ke semua ni? Sy bce mula2 je haha
Baca la adoi
Zaidah Abd Umar menarik ni
Elok pon xde tv.. Kang sebok nak make up cam korea la nk dress up korea la..
Hazarul Azmeer Haz inspirasi
Memang betul pun….life dieorg mcm tu…abng aku no. 4 org tabligh…semua cukup bab agama..tp bab silaturahim adik bradik yg xsehaluan…bab kak ipar yg niqab tu…..aku xsetuju……kak ipar aku bnyk wat kelurrga kami porak peranda dek mulut die….malas nk cerita panjang….abang aku yg no 2 pun die brani maki n tengking..sebab hutang kete 2 nama….aku ditampar oleh abg aku no. 4 sendri, sebb marah die maki n tengking abg aku(walhal bukan bincang pasal hal die….time tu tgh bincng hal aku)
Ha aah laa, ada orang tu, belajar tinggi, kerja best…kereya besar, bawak sopan, x pernah kene saman, PUN BULEH EXCIDENT…nko tahu knape?
Sebab kereya tu tak jaga silaturahim dengan pemandu kot.
Susah nak percaya org yg buka aib family ni. Abang tabligh tapi DP ko,hmm..
Macam sush je nk pcaya bila tgok pic dp n lain2 pic..
Btw u guys…ni pun page confession..ni 1stime aku luah ape yg aku pendam….dp aku profile aku tgok la puas puas scroll up n scroll down..sebb masa hidup korng pun bosan kan….xde care lain nk biskan masa sampai nk tunggu waktu berbuka…sikit pun xdehal la..jgn percaya la….., aku tahu n aku xpeduli pun…aku xkate aku ni baik …memang ramai sngt org skrg berlindung dgn guna agama sebagai brand untuk cover true colour…naif nye korang…baek2 ye…, xpayah nk buat kerja tuhan…, tuhan maha tahu ape die buat….dp aku tu xpyh nk hurmm sngt…thanks ya sedekah amalan kat aku…free woo!! hahaha
Btw u guys…ni pun page confession..ni 1stime aku luah ape yg aku pendam….dp aku profile aku tgok la puas puas scroll up n scroll down..sebb masa hidup korng pun bosan kan….xde care lain nk biskan masa sampai nk tunggu waktu berbuka…sikit pun xdehal la..jgn percaya la….., aku tahu n aku xpeduli pun…aku xkate aku ni baik …memang ramai sngt org skrg berlindung dgn guna agama sebagai brand untuk cover true colour…naif nye korang…baek2 ye…, xpayah nk buat kerja tuhan…, tuhan maha tahu ape die buat….dp aku tu xpyh nk hurmm sngt…thanks ya sedekah amalan kat aku…free woo!! hahaha
Betul tu. Saya pon penah jumpa yg tabligh atau nampak alim2, tp perangai tak seperti yg sepatutnye. Jadi jangan la tgk profile pic org dan judge org tu ye.
??? Menjadi tabligh x bermakna kita bebas dari dosa.. X bermakna hidup sempurna.. Warak x semestinya menjadi tabligh.. Aku pun ada kawan tabligh yg masih hisap ganja.. Tentang kakak ipar awak… Sedangkan isteri nabi nuh pun ingkar perintah tuhan.. Itu isteri nabi… Abg awak bukan nabi kan? The main point aritkel ni, kalau betul2 kita ikut perintah Allah dan sunnah rasulullah… Confirm Allah akan pelihara hidup dia dan keluarga nya.. So skang, family abg awak ada kekurangan… Nak tahu kenapa? Kerana mereka x ikut sepenuhnya perintah Allah dan sunnah rasulullah..
Itu yg saye sedey…saye pertahankan aib abang saye yg die tengking depan kuarga lain….tu depan kami…klu bkn depan kmmi kt mane lgi die tengking abg kami…tp saye yg dpt tamparan bkn bini die yg complain hidup susah….sebb tu jauh hati sampai skrg..bile die cube pujuk balik sebb die sedar care die salah…tp saye xleh trime bile nmpk “die” kt sebelah abg…dh trlmbt n kak ipar tetap gan style die smpai skrg…pada yg xkenal sngt memang susah nk tahu mulut die mcm mane…anak buah yg kecik pun dh lali benar mulut mak teh die…n dh biase tgok adegan pak teh di trngking….
Sebb tu saye xnk mik tahu…kalau saye amin tahu hati saye sakit…n saye xleh bayang mcm mane ape saye akan wat…time die tmpar saye xreti lawan….mungkin kali ni saye akan lawan…sampai la saye dh kawin ade anak..die kate anak saye anak setan…heboh kt kuarga lain…n abg tetap pertahankn die….n sanggup nk bergaduh gn suami..kalau saye xhalang xthu la pe jadi…sebb kerana perempuan n abg mcm tu la saye senang kenal mane satu permata n kaca….saye xkate semua orang tabligh mcm tuu…saye pun ade kawan yg berhijrah mcm tu…tp since die berubah….die putus kawan mcm tu je…mcm hina sangt berkawan mcm aku ni…, dh la jrg jumpe …sekadar tnye kabar…kawan dri umor 6,7 tahun…tetibe…, ok fine ..xkisah la …nk cerita bnyk…pnjg jela…tp aku terus terng ckp…yg original tabligh xkan showoff yg 24jam n mulut kecoh….sebb aku penah jumpe org yg superb…die tegur aku xterasa…aku sejuk hati n tnang n sronok gn die…..mcm dahaga ilmu gn die…sapa die..?? Ade laa
Fadli Sahadan
Syahrul Ezwan
Nak family kita macam nie nanti. Please Firdaus Ridzuan
Baiklaa. Insha allah. Kta doa byk2 k.
Khusairi Abu Bakar
Mcm ni la abg nk buat.. Huhu
Buat la..jgn ckp je..:)
Ariesh Haris bestnya mcm org tu..
Nk rase cm2 ye,meh laa rmh tau..kikikih
Kejap lg sampai.. Hahaha
Salehuddin Rusly Shafira Rusly Nurrahmah Rusly Iman Rusly
peh power
Alhamdulillah..ke arah itu Abdullah Hj Rashidi
Nur Syafiqah Ismail