Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.
Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.
Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.
Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.
Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.
Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.
Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.
– Mrs. A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
doakan semoga kehidupan mrs a menjadi lebih baik selepas ini insyallah
Ya Allah lg sekali aku rasa nk backhand org baca post akak ni. Tabah sungguh. Kene kat aku,taktau la nasib ipar duai tu camne.
Speechless saya baca kisah anda Mrs.A. Anda sememangnya orang yang sangat kuat dan tabah. Semoga dilimpahi rezeki dan berjaya dunia dan akhirat
Aishh geramnya dengan sikap ipar duai Mrs A. Biadap! Aishh, speechless. Kifarah itu satu realiti. Bersabarlah puan. Sekiranya mereka masih menganggu puan, mungkin dah sampai masa utk puan ambil tindakan lebih drastik. Harap puan akan dirahmati kebahagiaan dan kehidupan yang lebih mengembirakan utk hari2 akan datang.
Hidayah Sarah Ismail part 2 Allah manusia ke saka family mereka ni?
Allah.. Kesiannya, itu sudah sampai kes ugutan tu.. Lapor polis..takut bekas kakak & abang ipar bertindak luar kawalan..
Setuju sangat..bukan nak membalas dendam tapi takut keselamatan dalam bahaya
Betul la tu.. lupakn segalanya..
moga sis tabah dan qowiy berubahlah dan dekt dgn Allah moga hati si makin tng amiin
Pada pendapat saya first sekali kne buat police report SBB tu dah peras ugut. Pentingkan keselamatan diri dulu. Yg lain no dua. Rasa takut pulak saya nak melangkah kealam perkhawinan. Hope hati saudari cekal.
Moga temui sinar kebahagiaan selepas ni..keep strong Mrs A..good luck..
Noor Faizah ni sambungan cite hari tu.
Fuhhhh
Setuju.. Perempuan skrg kena ada pendidikan, ada kerjaya sendiri.. Bila ada apa2 yg jadi, kita boleh hdup sendiri tanpa bergantung pda org lain.. Semoga akak tabah.. Yakin Allah akan bagi yang trbaik utk akak suatu hari nnti..
perempuan dulu tak payah ke?
Especially now. Dulu pun kena. Sekarang lagi kena ada education n job.
Sokong Nurul Nadia Azizan hahaah
Marzatul Nazirah Mohd Ram eh, mcm kenai pulak.. hahaha..
Hahaha gilaa x kenaii hahaha
Hahaha..??
X payah kau membodohkan diri fikirkan tentang org yg x hargai kau. Cepat2 kawin lain lpas abis idah,ada org yg lindungi kau nanti. And live happily ever after
Agreed
Wow..senang nye cakap. Sister tu tahu ape yg di perlukan buat masa sekarang. Kita tolong doakan saja yg terbaik buat dia.
Ingat boleh settle masalah ke, emosi akan tenang bila terus kahwin lepas idah? ?
Kau ingat senang ke lepas cerai nak kawen lain? Hidup tak smudah tu
Tak ckp hati trus tenang lpas kawin lain,cuma disitu ada org yg bleh jaga dia,dan bagi menunjukkan yg dia x naif. Love may come after marriage bro
xde perasaan..ble main kawin jek..igt mcm main msk2 kcik2 dlu ke..
Betul..semoga sis jumpa suami yg lebih baik lepas…sy doakan sis..semoga Allah ganti segala kesedihan sis dgn kebahagiaan..amin.
* lepas ni.
I think she pretty much can take care of herself.
Kita doakan semoga sis ni akan jumpa jodoh yg lebih baik pada satu hari nanti
Qistina Nalkatli she’s a woman bro,ugutan tu dtg dr prempuan gila yg ada suami lbih gila. Anything can happen
Anything can happen? Yes..tapi bro, sis tu pun ada family untuk jaga dia buat masa ni. Tak semestinya keluarga xboleh jaga dia. She has a great family in shaa Allah yg akan support dia. Jgn bro bimbang.. Relax.. :D
Bro,perasaan perempuan bukn mcm tggul kayu,kalau kau dh kawin kau patut tahu.
Rusdi Rosli apa yg ko nak terangkan sebenarnya bro
Bertabahlah dik…akak doakan adik tenang dlm mnjlani ibafah puasa wpun pedih sebenarnya mlalui fasa penceraian..ive been in ur shoes b4..mmng bukan mudah..namun Allah ada
Take ur time 2 understand urself
Apa yg berlaku..penuh dgn hikmah utk semua pihak..ujian Allah utk adik..iktibar utk semua orang
Semoga adik d anugerahkn kbhagian…jika bukan d SINI..tentunya Allah sediakn d SANA
sis kuat Semoga ramadhan tahun ini membawa berkat kpd sis dan keluarga. Amin.
semoga tabah dan terus berdoa
Kenapa perangai bekas kakak ipar lebih sudu dr kuah? Seramnya…. nauzubillahiminzalik..
Sbb Mak dia x reti jaga anak.. Bkn semua Mak reti jg ank perempuan.. Sy doakan biar Allah balas perbuatan kakak ipar tu dan beri pengajaran padanya.. Dah bercerai pun Adik dia, sikit xde rasa sedih.. Nauzubillahi min zalik..
Em em.. rasa nk sepak je kak ipar tu.. jgn isau sis, suami dia cari, sis bgtahu je kat kami, kami rela tumbuk depa ramai²..
i’m in
Writer to be wrestler
I’m in..saya boleh tolong pijak perut beliau!
Geramnye kakak ipar dy tu..x sedar diri betol nk mngugut plak..report je lh polis???
Tah! Nak guna astro ke wifi byr sdri ar!
Haha korunk,nsib baik xknl spe sis ni,klw x sy pon ikut skli blsh diorg
Viralkan jadi iktibar…beware of psiko…
nak join gak tumbuk kak ipar dia yg bengong tu
Pembaca atau Silent reader selalu baca je, tapi… I AM IN
Me too..im in..
Count me in..
Daripada tumbuk baik bagi mati terus lagi senang???.
I’m in… sy nk sepak n pijak kak ipar die… bia tau langit tggi ke rendah… laki bini mcm biawak idup… idup biawak lg bermakna dr idup diorg tu…
Nik Nornajihah
Panas betul ak baca. Eiii shit la kakak ipar dia
sabar2 sis….wat rilek…haha
Hahaha
Bila masa kau komen jie. Haha.
10 hours ago mal
Haha, xperasan. Xde sambungan ke citer ni
Meh ak buat . smbungn dia . mak mentua dgn ipar duai mati berjemaah. Hahaha
dah cerai pon bekas kak ipar,dik ipar carik lg.adui muka tembok sungguh depa.
U deserved someone better..with in-laws yg baik2..insya Allah..Allahumma amiin
Erni Nabilah part 2.
No words can describe
Akak da banyak bersabar..cukup2 lah kak..bina kehidupan baru..semoga akak sentiasa bhgia..
Minta Allah swt permudahkan segalanya..mmg bagus jugak putuskan contact semua..bab ex tunggu n stalk dr jauh tu..walaupun u sedar..buat x tahu je..tu je cara nak didik dia supaya terima kenyataan..
Saya doa kan sis kuat Dan tabah menghadapi dugaan ini. Insyaallah Ada hikmah disebalik kejadian ini.
Anda hebat, berani buat keputusan paling sukar brpisah dgn suami trsyng sbb tak mau ex-suami jdi anak derhaka. Tabah la mnghdpi hri depan dan mohon kpd Allah dpt suami yg lebih baik.
Tabah la sis.. ini ujian utk sis. Allah tau apa yg terbaik buat sis. Sy setuju ngan sis, pompuan at least kena ada pelajaran n keje yg agak bagus yg bila mana terjadi sesuatu dlm rumahtangga at least kita boleh berdikari dan ada jaminan… ini yg dipesan mak sy pd sy…
Nurulnadia Binti Zakaria ya..sambungan hok mertua tu..huhu..siap kena ugut lg..kesian plk aku baca..
Sian awak. Tabah betul sbb terpaksa berkorban kasih dengan.bekas suami sbb orang2 yg gila tu. Semoga terus tabah dan kuat semangat.
Puaka sungguh mereka tu. Apa kata bagi details diorg supaya kami boleh pegi cari dan tolong ajarkan diorg?
saya sokong tindakan confessor! avoid je diaorg tu..the best way..tp dlm ms yg sama kene be careful.based on experience org2 mcm ni, xdpt cara kasar kang mereka guna cara halus..nauzubillah..semoga Allah melindungi.
U strong girl! Siapa yg ckp u bodoh sbb cerai dgn bkas suami actly dia adalah soneone yg suka bca novel cinta kertas kuning tu… dlm realiti ni setiap tindakan kita adalah 1 lgkah yg terbaik kita ambil..apa yg u buat btl.sudahnya hidup dorg kucar kacir..n hdup u lbh tenang..allah sentiasa ada..
btul
Betul
Sambungan Syafawati Rosi
takmau kawen ???
Nazrin Kamarul Bahrain this one (tho a bit long)
apeni suruh baca I novel ke -.-
Lapor polis. Dah kira ugutan tu. Sakit mental bekas kakak ipar kamu. Sebenarnya tindakan kamu bercerai tu dah betul. Reason pun dah betul. Dan, yes betul apa yg anda sedang buat. Solat dan minta kepada Allah swt. Dia adalah sebaik2 Penolong dan Maha Kuasa.
Sokong
Sokong! Report polis.
Betul tu..perlu report polis sbb kak ipar tu mcm sengteng otak duk ugut2 je..bahaya sgt..
bekak kakak ipar die tu mintak di tampar je kan…perangai mcm ape tah
sepatut nya jgn bercerai…suami anda pelindung anda…plis la..suami kot…dan suami yg berfikiran rasional susah di cari…
bercerai tu xpatot la.. sbb suami dia baik..
Reason dia taknak laki dia jd anak derhaka. Enough..
Better buat police report krn ugutan tu dikira jenayah
Kalau suami dia rasional dah lama berpindah keluar dari rumah mertua. Satu rumah (satu kapal), hanya boleh ada satu ketua (satu nakhoda).
Ape yg dia buat tindakan yg betul..jgn dipertikaikan.. kalo dia berbaik smula..dia akan dipergunakan lagi..kalo sy tu dh xsanggup dh..xkisah la syg mcm mana pun
Kita berkahwin ni kena ingat bukan berkahwin dengan suami sahaja. Tapi kita memasuki keluarganya sekali. Bila kita dah kahwin, keluarga suaminya akan jadi keluarga kita. Kena ingat mak dia dah susah payah mengandung, melahirkan dan membesarkan dia, senang2 kita nak suruh dia jadi anak derhaka kerana kita. No! Tak bleh macam tu. Sebab tu saya cakap tindakan dia dah betul. Seburuk2 mak dia atau mak kita, dia tetap seorang mak yg dah bergadai nyawa utk anaknya.
Report polis utk keselamatan…awk duduk sorg,bahaya..jgn bg muka dh kt akak ipar 2..
tp pelik gak, macam mana seorNg mak yg perangai syaitonirojim boleh melahirkan anak lelaki yg baik tp perangai anak pmpuan yg jahat, membesar rumah lain2 ke ape.huhu
mata duitannn
Masa akan berlalu,…dn seiring waktu mereka akan jemu jg…kekal kan berdiam diri..dn jgn balas …lama2 mereka akan menyedari kesilapan mereka..mudah2an..
Dalam hal ini, suami dia walaupun baik tapi dayus. Tanggungjawab suami dia untuk mendidik dan juga membiayai kehidupan adik2 perempuan serta ibu dia walau apa pun keadaan dan bukan terletak atas sis ini.
Ingat, pemberian duit oleh sis ini kepada keluarga suami adalah ehsan semata-mata dAn bukan wajib untuk sis. Haram hukumnya jika suami sis memaksa.
Betul…itu da kira kes ugut..report sj polis…giler pny fmly…
setuju..report polis..tkot derang buat ape2 yg tak djangka d ms kn dtg..
sokong….report polis adalah tindakkn paling wajar.
Saudarimemang kita kahwin sekali dgn keluarga saumi tapi keluarga yg macamana, ibu mretua yg macamana. Orang bercakap senang ada kah dia akan membuat sebaliknya, belikan emas, mkn direstauran mewah tanggung ni tanggung tu. Fikir lah oii.. yg bercakap tu. ,hukum agama tk suruh melampau macam tu, klu bercarai jln terbaik agama gk larang , lagi pun tk cukup ngn kasih sayang kalau suami dayus,. Sepatutnya tidak duduk serumah dgn keluaga nacam tu allah tahu
Achom Hamid awak dah salah faham tu maksud saya. ? aik, celah mana lak ayat saya suruh tanggung keluarganya juga? Memang tak le, tu bukan tanggungjawab dia pun.
Saya bersetuju dengab tindakan dia untuk bercerai dengan suaminya. Bukan suruh menanggung keluarganya. Menda dah jadi macam ni, suaminya nak ikut dia tinggalkan keluarga dia, hubungan dengan mak mentua dah rosak, x kan dia nak jadikan bekas suaminya anak derhaka pula dengan memutuskan hubungan anak dan mak. Kalau saya jadi dia pun, saya dah tak sanggup nak menghadap mereka lagi. Bila dah x nak menghadap mereka lagi, jadi si suami macammana? Takkan nak jadi anak derhaka kan? Memang betullah dari awal lagi dah silap tinggal bersama keluarga mentua dan terlalu berlembut.
Azah Ibrahim yes, betul. 110% agree with u.
Suami yang baik tidak menghambakan isterinya. Dia wajib memberi nafkah isterinya not wife memberi nafkah keluarga suami. Dunia dah terbalek. Samoga penulis A dapat hidup baru yang lebeh tenang inshaa Allah.
Takutnya … Dia mgkin xnk jd penyebab suami ngn mk dia berpisah .. Menantu baik mcm mna dgn mntua pun akn tetap org luar even syg mcm ank sndri .. Allahu
Reason dia taknak laki dia jd anak derhaka. Enough….ENOUGH
Saman dierg..menggangu
Mula2 sy x setuju jg dia bercerai.tp bila difikirkan semula,wlaupn dh kuar dr uma tu tp nnti dia ttp kena tgk muka2 yg yg dah buli dia.xkn dh pindah uma pstu si laki x pi jenguk mak dia kn.xkn raya x pi uma mak mntua.bg sy ni je jlnnya,pmpn ni bila hati dah tawar..somi ckp la apa pn yg sweet2 xkn jln.bkn dendam tp ingat,bnda tu mmang akn teringat2..automatik bkn dibuat2.xpela,biar kn je..kalo btl jodoh ada kmbali insyaAllah,x lari gunung dikejar..x kemana pn.
Nur Izni Shawaludin betul tu, saya setuju. Cerai boleh kahwin balik jika masih ada jodoh. Cuma harapnya mungkin dengan perceraian ni, mak mentua dia akan tersedar satu hari nanti. Kalau bekas kakak ipar tu x tau la akan sedar ke x. Yg penting, keredhaan mak mentua tu yg menjamin kebahagiaan dia. Kita sama2 doa la semoga Allah swt berikan yg terbaik dekat sis ni selepas semua dugaan ni. Beruntung sis ni sebab 1 Malaysia doakan kebahagiaan dia termasuk saya!
InsyaAllah sis,kita doakn yg baik2 je ya.
tak sangke wujud manusia pelik, aneh dan biadap mcm keluarga itu. kerja taknak, tumpang duit orang. tanpa rasa malu pulak tu
Aku tak tahu kenapa lepas baca confession yang ni dan yang lepas aku macam terlahir suatu bayangan yang aku nak confessor ni start kumpul duit dan berniaga sehingga kaya betul beli kereta mahal rumah banglo dan tunjukkan depan2 dekat bekas mertua dan ipar yang confessor dah berjaya..walaupun nmpak macam jahat tapi kalau buat perghhhhhh puas siaa hati
Sokong, Farah & Mrs A, jika cerita Mrs. A betul. Terlalu ramai manusia hari ni (lelaki & perempuan) suka sangat cari kesenangan atas titik peluh org lain. Tak jauh beza dgn perompak & penyamun. Satu2nya cara utk mengajar mereka adalah dengan memboikot mereka & jangan adakan apa2 connection lagi dgn mereka. Sepupu sepapat saya pun ada yg terkawin orang2 begini, memang sengsara. Last solution sama ada cerai atau pindah jauh2. The bottom line, saya lihat masyarakat kita ni suka sangat samakan lelaki & perempuan dari segi tanggungjawab cari nafkah which is not socially healthy & menimbulkan pelbagai masalah lanjut. Sehinggakan menantu perempuan pun di’expect’ beri wang pada mertua which I think is not right. Kita perlu social reorientation utk betulkan keadaan ini.
Saya tak sokong pula kalau perempuan bekerja mengambil sikap ‘gaji aku eksklusif utk aku tapi gaji suami utk aku juga’. Ihsan kepada suami & anak2 itu tetap perlu walaupun bukan wajib. Tapi berpada. Jangan sampai keterlaluan. Confession Mrs. A ni dah bukan keterlaluan, tapi dah sampai tahap scam. Si menantu perempuan ditipu hidup2 oleh mertua & ipar2 yg jahat. Sangat tidak patut.
Ya Seam saya setuju dgn semua point awak. Mmg betul perlu ihsan kepada suami dan anak2 terutama di zaman gawat ni. Kes Mrs A ni dah melampau dan tahap scam. Jika setakat dia bantu menanggung mentuanya masih ble diterima tapi bukan keluarga kakak iparnya yg masih ada suami. Itupun mentuanya langsung bukan tanggungjawab dia tapi suaminya.
Tindakan yg betul..nasib baik xde ank lg. Klu ada mybe kena pk byk lg utk bercerai…
Btul..report polis… dptkan surat perintah mahkamah ke supaya jgn bg dorg dekat dgn sis…sb dh dpt ugutan kan…simpan semua msg2 ugutan kak ipar tu..jd bahan bukti… (dah tbe2 trase mcm CSI plak..huhu)
Mybe tu sbb Allah xbg rezeki anak utk Mrs. A & bekas suami dia. Kalu dorg ade anak, ntah ape lah nasib anak tu..harap Mrs. A bertabah..
Erra Natasya BV
Rabiatul Adawiyah Radzuan sorang ikut perangai mak, sorang ikut perangai bapak
Yes buat report polis sbb itu sudah mcm ugutan..
Betul tu. Kalau suami dia rasional, dah lama diorg keluar rumah tu. Dia pon kata suami dia ckp taknak tinggalkan ibunya
Farah Anuar Azieda Bakri sambungann
Amalina Mohd Shah dah baca hehee?
Memang lepas kahwin kita bkn kahwin dgn suami je tp penyatuan 2 buah keluarga. Tp dlm bab citer ni kena paham dia mangsa keadaan. Takda dalil dlm alquran or hadith ckp isteri kena tanggung suami n kuarga suami. Kalo ada sila kemukakan. Sebab tu akhir kalam dia ckp perempuan kena jd somebody jgn belajar takat spm kawen lps tu kalo apa2 jd sabar je la sampai ke tua. Mmg bergegar arash Allah seorg isteri mntk cerai moga Allah ampunkan. Tp cerai bkn dilaknat Allah. Malah cerai ada penyelesaian terbaik jika menemui jalan buntu. Moga Allah permudahkan dan berkati hidup kita semua terutama insan yg bergelar isteri. Bkn ujian suami je. Ujian mertua keluarga mertua kak2 mertua nenek2 suami etc belum lg campur kira. Sy pun pernah lalui ujian ipar duai ni. Mohon pada Allah sekuat daya kita dan sentiasa mohon pertolonganNya.
Liyana Latif bukan setakat tanggung suami dan keluarga suami takde dlm dalil. Tanggung diri sendiri dan anak2 serta family sendiri pun takde dlm dalil. Bab2 nafkah dan tanggungjawab terhadap family sebenarnya semua atas bahu lelaki. Walaupun jika suami meninggal dan si isteri mempunyai anak2, tanggungjawab nafkah makan pakai anak2 tetap bukan tanggungjawab si isteri tetapi datuk dan pakcik2 anak2 tersebut. Sebab itulah dari segi pembahagian harta, si isteri hanya dapat sedikit. Mmg dlm kes confessor ni, dia menjadi mangsa keadaan. Apa yg dia bagi dekat keluarga mentuanya dikira ihsan dan sedekah, bukan tanggungjawab dia pun. Maksud saya keluarga suami dia dah jadi keluarga dia dari segi silaturrahim, adab dan layanan, dia kena hormat dan baik dengan mentuanya. Bila dah jadi mcm ni, mana mungkin nak baik semula nak buat mcm mak sendiri kan?
Liyana Latif i like your point but yg part bergegar arasy mintak cerai tu hadis palsu?
Ye ke hehehe tqvm @zalikha zainal bagitahu kite.
@farah rifhan setuju ur point totally. Doakn kite pn kuad mcm awak n confessor. ??
Insya allah akn bertemu jodh yg lbl baik.. ade hikmatnyaaaa…. yg pahit akn d ganti yg manissss… sabarrrrr
dan saya tak faham,bila dia da putus hubungan dgn bekas suaminya, adik² bekas suami & bekas kakak ipar dia masih menagih duit dari mrs A..takde malu & kesedaran dlm diri ke?
semoga Mrs. A ditabahkan hati & menjalani hari² dgn baik.
Buat novel ini cerita pun syok gak
Sabar sis..btl dh tindakan sis..smga Allah bg kekuatan pd sis..sis dh ckup sabar hadapi kluarga yg xsdar diri tu..lupakn mereka n mulakn hidup baru..
report polis tak boleh ke..dah masuk kes ugut dan mengganggu ketenteraman ni..sape je yang sanggup bertahan hidup dengan family macam tu..nk jadi baik tak salah..tapi yg salah bila org x reti hargai..yela,x semua org hargai kebaikan kita..semoga akk terus kuat semoga bertemu insan2 yg baik2 lepas ni..yg pandai bersyukur atas kebaikan org lain.. in shaa Allah
Daripada penceritaan awak, sy percaya suami awak tak berbuat jahat pada awak. Tapi dalam masa yang sama, dia seorang yang dayus (maaf cakap). Sebab apa?
Kenapa daripada awal dia tak halang awak daripada suap anak beranak adik ipar awak tu? Pada saya lah, bekas suami awak tu patut daripada awal, dah tumbuk terajang adik ipar dia. Entah. Macam lurus pula suami awak ni diamkan aje. Bukan niat sy nak kata buruk, tapi tu hakikatnya. Dia patut tahu bezakan tanggungjawab dia, awak dan adik ipar dia.
betol suami dia dayus… dr awal biarkan bini dia tanggong biawak hdop… bila da mcm ni bru nk nyesal…
sbb suami tak tegaslah ipar n biras ambik kesempatan dan melampau2.
Sy rasa suami dia mcm tunggul biarkan perkara berlarutan smpi 3 tahun bg bini tanggung and hadap perangai keluarga dia. Walau mcm mn skali pun taat pd ibu n nak jg keluarga, jgn smpi terabai isteri sndiri. Isteri pun amanah Allah. Spttnya dr awal dia pindah. Pindah x bererti putus hubungan keluarga. Cetek sungguh pemikiran. Maaflah geram sgt. Alasan Rumah pusaka lg xmasuk akal. Ramai je pasangan tggl berasingan tapi masih mampu tunaikan tggjwb pd ibubapa. Kn bljr lg imbang ant isteri dgn keluarga sndiri..
betul. suami kena main peranan
agree, that ex husband indeed dayus. patut kalau x mampu pindah rmh, pindah la ke bilik. dgr luahan isteri selepas tgl setahun bersama keluarga. Kalau sakit, si isteri gak yg jaga. bkn kakak atau abg ipar.
Agree with this
Jom sama2 kita didik ank2 baik lelaki @ perempuan ada kesedaran tntng tggjwb masing2…didik tntang maksud prkhwinan….zaman sekrng kena brterus terang…ckp depan2…melihat apa yg berlaku d sekeliling…terus jadikan topik perbualan dgn ank2
Contohnya cerita sis ni…copy & paste beri anak2 baca…sama2 ambil pngjrn
Tentunya kita x mau 1 hari nnti anak perempuan kita mnjadi isteri teraniaya ..anak lelaki jd suami x brtnggjwb..ataupun sebaliknya
Ilmu rumahtangga sebaik2nya dtang drpd contoh rumahtangga ibubapa
Sy sendiri seorang IT…namun sy jd kn pnglmn keruntuhn rumahtangga sy utk anak2 melihat secara positif….Allah hantar cermin yg besar utk sy & anak2 sy mmperbetulkn diri dlm meniti kehidupan ini..wallahualam
setuju
Betultu..suami nya mmg baik tp tak tegas…kita ni hidup kena buat baik berpada pada..buat jahat jgn sekali…jgn baik sampai org ambil kesempatan…maaflah si suami.mmg tak tegas….suami patutnta tenpat berlindung dan pertahan maruah isteri…ni terlalu baik tapi takmampu jd pelindung kpd isteri…belum.anak anak tu….
BETULL….suami dia dayussss
G sekolah dlu sblm ckp dayus tu pe…tq
Setuju Kamarul Za.
DEFINISI DAYUS
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah S.A.W berkata: “Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS?, berkata Nabi: “iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) – (Riwayat At-Tabrani)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh lelaki lain.
Jangan salah guna istilah..harap cnp☝☝..mmbntu…mama Adam Luqman
Apa yang awak ckp tu hanya satu CONTOH kedayusan, sedangkan bila kita guna istilah dayus itu, kita menggunakan makna dan konsepnya. DAYUS adalah lelaki yg tidak menyedari kekhilafan dan kemungkaran ahli-ahli di bwh tanggungjawabnya. Di dalam cerita ini, suaminya tidak mengambil tindakan tegas atas kezaliman ibu dan kakaknya, sekaligus tidak berjaya menjaga kebajikan isterinya. ‘Tidak menyedari’ dlm definisi dayus juga blh diluaskan makna kpd ‘tidak mengambil tindakan tegas’ dan ‘bertegas tp setengah jalan saja’. Itu dayus. Yang awak bagi tu pun dayus jugak, tp CONTOH je.. bukan definisi semata2
xboleh guna perkataan dayus tu ikut suka je..mungkin boleh guna prkataan lain utk suami dia..
xboleh guna perkataan dayus tu ikut suka je..mungkin boleh guna prkataan lain utk suami dia..
Betul tu..setuju.
Itulah satu kesilapan suami dia, x nak berpindah dr awal
Nadia Daim awk lg hebat pulak dari Rasulullah saw dlm definisi dayus
Setuju Adam Luqman
Arief Ahmad
Jangan bersedih sis… Allah selalu ada untuk sis…
allahu akbarrr akak ne sya baca post akak semalam , sungguh terharuu anddd PANASSSS juga sye , xpela kak biar jela yg len tu komen ntah pape janji akak yg mengalami nya and taw apa akak buat , sye doakan semoga akak temui kebahagian yg akak carik selama neh aamiin ~ SALAM RAMADAN AL MUBARAK
May Gurlz RY Nur Ain Razali
Allahu..baik sgguh hati dya ni..semoga Allah kurniakan rahmat utk dya..syg sgt ex suami dya kt dya..huhuhu..
Khairul Firdaus Ikram
Mursalin M Laji Siti Nuratiah Na’im Noreliyana Mohd Talib
Afiqah Rashid sambungannnn
Lobai Shinju
Shakira Hassan Noor Shazmiera Afiqah Abu Bakar. Sambungan hahaha
Sedih sgt. Tp bcerai is the best way. Takde dia terikat nk obey kt keluarga mcm tu dah. Takde keperluan dah.
Sedh kot.. jaat giler..
what ever happens, you should consider a career or part time in writing novel, you got that flair i assure you.
Hafiz Zainol
Keputusan yg sgt baik. Moga Allah beri yg lebih baik slps ini.