Kenapa saya asyik DIFITNAH??

Aku sedih kerana aku selalu dibuli.

Dari sekolah selalu kena buli dengan geng-geng yang jahat. Geng-geng perempuan yang kasar sbb aku ni perempuan berpewatakan lembut. Salah ke kalau jadi lembut. Salah ke kalau aku disayangi guru-guru dan rakan-rakan yg menerima aku seadanya. Teruk rasanya dibuli. Bukan buli tahap fizikal tapi buli tahap mental.

Aku Alhamdulillah diberi pinjaman ada rupa yang comel, ada pelajaran dan sekarang tgh ambil master dan Alhamdulillah lagi sekali aku ada pekerjaan yang dipandang mulia disisi masyarakat.

Apabila aku habis sekolah aku dapat course yang aku boleh grad degree cepat dan aku terus dapat kerja yang elok baru kawan-kawan sekolah yang buli aku dulu terhegeh-hegeh datang kat aku. tanya tips-tips nak jadi mcm aku. Tak puas juga berbaik-baik dengan aku FOR THE REASON. Padahal masa sekolah kau buli aku TERUK! serious.

Orang-orang yang tak suka kau rata-rata akan create story yang kau tak buat. Dan create story seolah-olah mereka dah kenal kau sepanjang kehidupan. Aku diamkan! aku diamkan kerana aku tahu Allah ada. Allah maha adil. Tapi sampai bila nak hidup dengan FITNAH. aku nak mengelak fitnah tapi fitnah berleluasa daripada mulut-mulut yang tak puas hati dengan aku dari aku kecil sampai aku besar.

Aku ingat peristiwa membuli habis sampai sekolah. Rupanya berganjak ke arah alam pekerjaan. Ada lagi manusia-manusia yang berperangai begini. suka memFITNAH. Aku rasa best kot kalau menghancurkan kehidupan orang. Buat cerita yang tak betul sehingga semua orang meLABEL kau dan mencacatkan reputasi kau. Kau tahu la bila orang start tak percaya kat kau. sampai bila-bila orang tak percaya. sbb apa? sbb mulut-mulut yang memFITNAH. aku rasa orang-orang yg memfitnah aku sedang bergembira menjatuhkan kehidupan aku. Aku sabar. Aku redha. Ada sebab kenapa Allah uji aku macamni. Mungkin ada ganjaran buatku.

Aku rasa salah satu sebab kenapa aku diperlakukan begini adalah aku terlalu lembut. Aku terlalu menyendiri. Aku tak pernah menjual gambar dan status aku di social media dan aku terlalu berahsia dgn perjalanan hidupku. mereka terlalu ingin tahu siapa aku. Aku bukan taknak cerita siapa aku. apa aku buat. AKU TAKUT RIAK! sbb apa yg kawan-kawan aku tunjuk kat FB kat IG tak seindah kehidupan aku. kerana hidup aku jauh lebih indah. AKU TAKNAK RIAK. AKU TAKUT JATUH FITNAH YG LEBIH BESAR.

Aku sgt berhati-hati. Yes aku tak suka kawan dgn orang yg kuat mengumpat. tapi mereka DOMINANT. kenapa aku perlu kawan dgn mereka yang akan menambah dosa aku. Aku underdog dan shine in my own way. Aku memilih kawan yg elok agar perjalananku dunia akhiratku elok.

Tapi aku dah tak tahan dgn FITNAH. aku tak tahan dengan mulut orang. Aku nak mintak tolong orang2 kat sini kalau tau apa-apa doa dan amalan utk aku amalkan supaya hati aku sentiasa memaafkan mereka-mereka yang membuat aku. Aku marah dan aku tau perasaan itu sedikit sebanyak akn menghitamkan hati aku.

Tolong!

– Kakak Jaga Hati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. wow, banyakkan baca tafsir alquran, hadis, buku agama, kisah kisah orang hebat zaman dulu dan sekarang, motivational quotes ka… dalam itu banyak tertulis pengajaran, ayat pujuk supaya tak rasa sedih, cara handle masalah ini, dan banyak lagi benda bermanfaat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *