Rezeki II

Untuk part I, (https://iiumc.com/rezeki-9/).

Assalamualaikum… Saya lagi Suraya (bukan nama sebenar) ni sambungan kisah saya.. tak sangka ada yang komen, ada yang like dan ada yang kata cerita ni too good to be true.. to answer that, “yes!! it’s true!!”. Cerita benar daripada pengalaman saya dan suami.

Kalau ikutkan, saya dan suami masih dikira baru lagi dalam berumah tangga ni, baru masuk enam tahun. Tapi Alhamdulillah, kami cuba untuk sama-sama susah senang. Mohon doakan jodoh kami berpanjangan Lillahitaala.

Ada yang tanya kenapa saya berhenti kerja. Dah la suami tak dapat kerja lagi, nak dapat anak baru lagi masa tu (anak kedua). Gila berani. Kerja gila. Kiranya gila lah. Btw saya dulu ex-jurutera dekat company besar juga la dekat Klang.

Saya berhenti sebab toxic environment dekat office. Saya kerja dekat situ nak masuk empat tahun dah company tu.

Saya suka kerja saya tapi saya tak suka environment company saya yang staf dia banyak yang toxic, perasan hebat asbab depa pekerja lama dan yang species tak boleh orang len lebih sikit. Kena fitnah macam-macam. Penat oi nak layan orang-orang camni.

Dah lama sebenarnya nak berhenti, tapi sebelum tu bertahan sebab sayang kerja tu. Tak mudah sebenarnya masa buat keputusan nak berhenti. Tak mau mak ayah risau.

Famili saya tahu saya berhenti pun lepas suami dah dapat kerja baru. Tapi masa tu memang tawakal abes. Bukan nak sembunyi ka apa ka daripada famili, tapi niat tak mau susahkan sesiapa lagipun masing-masing dah besar.

Dah tau beza mana baik mana buruk. Masa nak resign tu kan tengah pregnant, paham ja la emosi orang pregnant masa buat keputusan besar macam itu, asyik nak reyau ja.

Suami cakap tak pa. Letak saja surat berhenti. Yakin Allah ada nak tolong kita. Doa orang teraniaya ni makbul tau. Jangan buat main.

Alhamdulillah.. Allah mudahkan urusan nak berhenti. Macam saya share sebelum ni kalau nak berhenti kena bagi notis tiga bulan kan.

Last day saya masa tu saya ambik lima hari sebelum due date saya bersalin. Lagi dua bulan tu cuti bersalin. Yang lain-lain saya tolak cuti sebab jarang ambik cuti masa kerja. Alhamdulillah. Allah mudahkan. Bincang elok-elok dengan HR.

Berbalik kepada kes suami pulak. Ada lagi satu soalan tanya kenapa tak buat tuntutan ke pejabat buruh?

Sebabnya masa tu suami cakap dia nak berhenti cara baik, dan kami pikiar masa tu nak selesai dan nak lupakan. Plus takut kalau buat tuntutan kena bayar dekat peguam in which kami tak mau yang tu. Senang cerita malaih nak serabut.

Sebenarnya ok ja kalau nk buat tuntutan sebab kalau tak silap kawan suami kata nanti peguam dari pejabat buruh yang akan wakili kita. Boleh call tanya untuk lebih detail.

Ilmu baru untuk diri sendiri gak dan untuk orang lain yang membaca ni. Mudah-mudahan tau apa nak buat kalau kena situasi macam ni.

Lagi satu nak share dah alang-alang dok cerita pasai kena berhenti secara paksa ni, digalakkan korang terus buat permohonan bantuan dekat Perkeso. Apply dekat EIS Perkeso. Boleh la tampung untuk sementara waktu nak dapat kerja balik.

Macam suami saya kena bagi notis surat cuti tanpa gaji dan surat paksarela berhenti sekali. Pastu nanti akan ada staf Perkeso yang contact kita untuk minta segala dokumen-dokumen untuk pengesahan.

Yang penting bila ada masalah macam ni, silalah bincang suami isteri. Paham sangat, bila situasi macam ni serabut, stress, rasa nak marah, tak boleh silap sikit nak melenting ja.

Time macam ni, komunikasi sangat penting. Saya jenis tak suka simpan-simpan or rahsia apa-apa. Tak puas hati ka, stress ka, sedih ka apa-apa ja, semua saya cerita dan share ngan suami.

Saya tak mau burden saya tanggung seorang-seorang. Saya pesan benda yang sama dekat suami, kalau ada yang tak kena habar, tak mau simpan seorang-seorang. Saya nak sama-sama tanggung.

Tapi biasa la lelaki, kadang-kadang dia rasa nak dengar or share, kadang-kadang tak mau. Lelaki kan jenis simple and easy going.

Yang penting kena pandai cari masa yang sesuai. Paling senang nak bagi dia dengar apa kita cakap waktu dalam kereta or waktu lepas makan, or lepas solat jemaah sebab masa tu selalu mood relax.

Panjang lak menjawab soalan-soalan. Acewah. Rasa cam retis lak. Bukan nak cerita bulan bintang. Cuma apa yang kami dua belajar sepanjang dok dalam alam perkahwinan ni, kena banyak sabar dan jangan sekali-kali give up.

Kami hampir give up tapi bila pikiar bukan senang nak senang. Ujian akan sentiasa datang dan pergi. Ujian akan sentiasa ada. Selalu doa semoga Allah bagi kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam rumah tangga.

Kena percaya Allah Maha Pemberi Rezeki, Allah Ar-Razar. Suami saya selalu ingatkan Allah boleh bagi dan tarik balik rezeki kita dalam sekelip mata. Kita kena sentiasa bersyukur. Banyak ka sikit ka still rezeki. Kunci dia belajar bersyukur dan bersederhana.

Last sekali, percaya the power of sedekah. Tak perlu nak tunggu kaya baru nak memberi. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain gak. Bagi ja apa yang kita mampu dekat orang sekeliling kita. Syiok o tengok orang tersenyum dapat ‘hadiah’ dari kita.

Macam kami dua, kami selalu dok amalkan bagi burger dekat geng guard dekat kawasan rumah kami. Bukan selalu, at least sebulan sekali.

Kalau tak dak apa-apa sangat, masa betoi-betoi susah dulu, kami bancuh ayar apa-apa, kami bungkus dalam plastik letak dekat surau ka masjid untuk orang balik semayang Jumaat. Beli ja dekat kedai RM2 ada plastik ngan straw ngan tali.

Macam saya cakap tadi, bagi yang kita mampu. Korang akan nampak keajaiban sedakah dekat rezeki korang. InsyaAllah. Niat Lillahitaala. Saham kita dekat alam sana gak tu.

Semoga kita semua diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam hidup dunia akhirat. Jangan sesekali compare perjalanan hidup kita dengan orang lain. Yakin dan percaya kita boleh. InsyaAllah.

Ikhlas dari saya,

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *