Assalamualaikum. Admin sy cuma nak bercerita pasal orang panas baran. Harap kalau ada yang panas baran tu baca, jangan la korang cmni. Istighfar banyak2 sebelum nk marah ya.
Ceritanya begini, sy kerja as penyelia butik pakcik sy kat penang (dalam mall). Ada 1 family (sy nampak gaya mereka macam org alim2 dr segi pakaian) ni, selalu singgah tengok atau beli kat butik kami. Ada ayah, ada mak dan 2 @ 3 orang ank perempuan.
Isteri dan anak2 pakcik ni lemah lembut sy tengok cara dia orang. Sejuk mata memandang. Keluarga orang alim2 sy fikir. si ayah walau berpakaian seperti org alim tapi muka dia bengis tak berseri.
Tiap kali anak isteri dia singgah, mesti pakcik ni menengking2 dengan suara kuat dan garau kt anak isteri dia supaya cepat pilih dan bayar. Pertama kali sy dengar mmg terkejut dan tak sangka org alim bjubah n bserban mcm pakcik ni boleh menengking ank isteri dia depan orang ramai camtu. Dahla kuat, umpama macam singa dah. Bila dah kenal (sbb byk kali singgah) rasa meluat n geram sgt kt pakcik ni. Anak isteri pkcik ni tak pernah dapat peluang tengok2 or pilih2 lama2, mesti kena tengking punya la kat pakcik tu. Kelam kabut anak isteri dia memilih n bayar terus blah. Isteri pakcik tu pernah cakap sambil senyum2 masa bayar yang suami dia panas baran sikit..bukan sikit dh ni, bergegar butik kami ni kak oii… kesian anak isteri dia. Tiap kali datang macam tu la gaya pakcik tu, xdak nk cakap lemah lembut @ elok2 dgn anak isteri dia. Ditengking2 anak isteri, kelam kabut anak isteri dia ikut perintah sambil pandang dan senyum kat orang sekeliling barangkali malu ada ayh, suami cmtu. Kadang sampai terbantut anak dia nk beli apa2, tapi sebab tak boleh nak pilih ayah dorang dh terpekik2 suruh balik, sedih nampak adik tu sambil mak dia pujuk beli lain kali. Customer kami cina pon boleh cakap "itu ka cara orang islam layan ank isteri, takde bagus ma'.. dengan sy sendiri rasa malu bila cina ni tegur.
Saiko betul la orang panas baran ni, kalau ya pon nak marah jaga la air muka ank isteri jgk, jaga image islam tu sikit. Pakaian dah elok dh, ikut sunnah tapi gitu pulak gayanya. Ish3
– Iris
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kadang-kadang dalam hidup kita, kita hanya tahu apa yang terjadi depan mata kita tanpa selidik bagaimana punca jadinya sifat begitu. Setiap manusia melakukan kesilapan. Sama2 kita doakan si ayah tadi berlaku baik pada isteri dan anak2 mereka.
Jenis laki period. Org panas baran ni pikir mcm dia sorg ada perasaan marah, boleh marah org suka hati. Org lain pon ada rasa nak marah gak.
Aku pernah ada kawan pompuan yg panas baran. Mmg stress gila bila dekat ngan dia. Aku yg jenis cool pon kdg2 rasa nak bg penampar kat dia. Nasib baik boleh control lg, just putus kawan terus je.
Trtrik dgn crta ni.hurmmm
Halau suami dia keluar.
Cakap kat dia, boss Cina kata you kacau Fong Shui kedai kite.
:P
org panas baran ni tak semuanya jahat..
mungkin diorg jadi mcm tu sbb diorg cuma nak perbetulan sesuatu benda..
cuma cara tu yg salah..
kita doa kan sma2 moga mereka yang tgolong dlm kalangan panas baran ni dapat berubah.. insyAllah..
P/S: panas baran bukan penyakit orang laki je ye.. org pmpn sama.. penyakit ni bukan kira jantina (y)
Memalukan nama islam je >=(
Ayah aku marah dgn org mcm ni. Dgn anak bini la patutnya buat baik. Diorg ada masa jatuh bangun.
Faiz Mdnor
Aku plak jadi panas baran bila kait2 agama ni. Perbuatan dia menengking bini ke ape,itu diri dia sdri,takde kaitan dgn Islam.
Panas baran ni bukanlah terletak pada agama, ia terletak pada individu itu sendiri. Ada juga penganut agama lain yg panas baran, tapi kita tak cakap pun, “oh agama mereka macam tu ye”. Sebagai orang Islam, confessor seharusnya menerangkan Islam itu bagaimana, kerana Islam itu sempurna tapi penganutnya sentiasa ada cacat celanye.