Dari kisah "Pedophile.."
Aku pun lalui kisah yg sama.
Aku 23, anak bongsu, seorang perempuan dan yang lain semuanya abang. ewaktu aku di sekolah rendah lagi, aku melalui kisah hitam yg sama. Salah seorang dari abang aku selalu datang dan ajak aku "bermain" hampir setiap malam, dan sejak dari itu aku menjadi ketagih. Semakin meningkat usia, baru aku sedar yg bnda aku bt slama ni tak baik, n buat aku makin lost.
Aku datang dari keluarga yg xpentingkan sgt solat dan agama. Keluarga aku x bahagia, xrapat. Masing2 buat hal sendiri. Dan aku xrapat dengan mak ayah aku, ada saja tak kena, semua bnda aku kena marah, kena pukul. Pd abg2 aku jd benci, lg2 yg pernah buat mcm2 tu. Aku x ingat bila dia stop, rsanya bila aku mula masuk skolah menengah. Aku pernah cuba nak bgtau mak aku, tp mak aku tak percaya.
N dri itu, aku memberontak. Aku jd tak suka berkawan dgn org, aku lgsg xpndai nak berkawan. Aku rsa mcm semua org pandang aku buruk. Aku belajar pakai tudung msa umo 17, time tu lepas ayah meninggal. Mak pun sama mula bertudung just lepas ayah meninggal.
Tp satu pasal diri aku, aku ni sgt la lembut hati. Mudah sgt tersentuh dgn semua bnda. Tp aku sunyi sbb aku tak ramai kawan, dan ramai lelaki yg cuba dekat dgn aku, semuanya sekadar mengambil kesempatan.
Tp mcm mna buruk pun kisah silam aku, sentiasa terdetik kt hati aku aku nak jd baik. Aku nak berubah. Aku nk pakai tudung labuh. Aku nak belajar agama. Masa dekat u, aku belajar sndri semua bnda, time tu bru nak mengaji, bru nak belajar pakai labuh2 bila aku tgk room mate aku pun pakai mcm tu. Tp aku tak kuat, bila aku sorang2 aku mula lost balik.
Habis belajar, dan mula kerja, masih dlm proses berubah aku kenal sorg lelaki yg dri keluarga beragama, parent org beragama yg ternama. Yg mana aku fikir boleh guide dan protect aku tp akhirnya dia bt benda yg sama. Salah aku sbb percaya dia. Dan aku mengandung. Tp dipaksa gugurkan dgn alasan kesian anak tu. Dan yg awalnya dia berjanji nak bertanggungjawab n kahwin, lepas aku keguguran, dia pun lepas tangan.
N skrg aku sgt2 lost
Aku jd benci dgn lelaki.
Aku jd hilang pengharapan.
Aku dah takde tujuan nak hidup hari2.
Aku dah malas nak pakai tudung labuh, nak jaga aurat, malu bila org tgk aku mcm baik tp sebenarnya aku sndri pun jijik dgn diri aku.
Aku tak kuat.
Tp mcm mna down pun aku skrg, aku nak berubah, aku nk jd baik.
Tapi aku tak mampu, sebab aku tak kuat.
Aku tak kuat nak bangunkan diri sndri.
Aku taktau dari mna patut aku mula.
Kat mana aku nak cari kekuatan tu.
Aku tau aku perlukan guidance, aku perlu petunjuk.
Tapi aku dah tak boleh nak percaya satu manusia pun kt dunia ni dah.
Cuma satu aku msih percaya akn kata2 seorang sahabat, "Dunia ni syurga bt org kafir n neraka bagi Islam.."
Doakan aku kuat.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Salam sis. Just one word. Please dont give up for the sake of Allah. If you lost, Allah will find you. Just please dont give up. Inshaallah.
First step is to pray sunat taubat
Joinlah usrah, dari situ awk akan dpt kwn yg baik2.. kita sorang2 memang tak cukup kuat, dgn adanya kawan2 yg baik mampu utk bawa kita ke arah kebaikan dan yg penting membntu kita utk istiqamah insyaAllah.. ada byk ngo yg bleh join cthnya ikram atau abim
Meh kita berkawan sis
Di bulan Ramadhan yang mulia ini apa kata Cik amalkan berdoa sebelum berbuka, di mana amat mustajab. Doa dan minta di beri kekuatan utk mujahadah. Biarlah kita merasa diri kita berdosa dan jijik supaya kita terus kuat untuk berbuat kebaikan, jangan berasa diri jahat dan jijik tp terus melakukan kejahatan. Silap macam tu ya Cik. Aib kita cukuplah Allah yang tutup. Dekatkan diri pada Allah. Allah juga perintah untuk kita selalu bersedekah untuk bersihkan hati. Rapatkan diri dengan majlis2 ilmu. Semoga Cik dalam perlindungan Allah. Jika tak keberatan boleh add saya, insyaAllah saya Cuba bantu Cik.
Pengajaran buat diri..jangan cari petunjuk dan nak bergantung pada lelaki..petunjuk dari Allah… gagahkan diri..percayalah Pada Allah..segala sesuatu terjadi ada hikmah dan Allah sedang menguji kecintaan dan keikhlasan kamu menyembah Allah..adakah kerana manusia..kerana diri ingin ketenangan atau kerana Allah..bersangka baiklah pada Allah..ikhlaskan diri..berubah kerana Allah bangkit kerana Allah.. berkawan dengan wanita yang kuat dan boleh membimbing kamu seperti kata Nur Inayah.. tabah la dik..jika kita tidak dikurniakan dari keluarga yang baik..kita sendiri perbaiki diri ..moga akan datang bila kita sudah kuat..awak mmpu sedikit sebanyak merubah keluarga awak dekat pada Allah.. tawakkal dan mohon kekuatan sepenuhnya pada Allah.. Allah nak beri sesuatu yang baik Allah uji dulu.. kuatkan semangat dik
kalau sudi,jom kawan =)
Orang yg mampu membimbing kamu ada di dalam cermin.
Dunya ni, tak perlu ikut orang. Kalau ikut orang memang akan lost.
Semoga kamu sentiasa kuat.
Ameen.
Kalau cik confessor baca, pm saya ye.. Kita boleh berkawan :)
Kalau betul.nak jdi baik…sis kne buang ap yg mnusia ckp…nabi yg sebaik2 manusia pun ad org x suka dn ckp mcm2…inikan kite…klau sis msih duk rse org tngk sis baik tp x baik ap smue..smpai ke sudh lah x berubah sbb manusia mmg x kan prnh brhnti brckp…
Cume bile bce confession…stu je pesnan…dlm dunia ni jgn tngk org yg baik ni mcm malaikat..iman tu ad turun naiknya..jgn prcya org 100% trutma ubtk sis la
ujian hebat utk org yg hebat.. be strong dear.. jgn pernah putus asa dengan rahmat Allah.. ujian juga satu rahmat. biarpun pahit ..tapi mesti ada hikmahnya.. Solat lah sunat taubat dn dekatilah kawan2 yg baik akhlak dan agamanya. jgn mudah percayakan lelaki ajnabi.. letakkan kebergantungan pada Allah..
Moga confessor diberi kekuatan dlm menjalani ujian Allah. Allah xuji kalau xmampu. Sedih gak baca ujian awk ni. Jgn fikir pandangan manusia, tp fikirlah bagaimana pandangan Allah kat kita. Pengakhiran hidup kita ni yg Allah pandang. Buat kerana Allah, nnti Allah bg kekuatan kt awk. Goodluck sis, moga Allah jaga sis selama2nya. I love u sis lillahi ta’ala.
Semoga akak diberi kekuatan dari Allah. Allah bg ujian dan dugaan sebb Allah tahu akak sanggup harungi ni… Akak kena sentiasa berdoa pada Allah. Allah nak akak sentiasa ada dengan Dia.. Semoga akak sentiasa dijalan Allah.. Amin
?
Smoga sis tabah ..pm la sye klau sis memerlukan kwn :)
Rajinkan diri berdoa kepada اللّهُ SWT ..
In sha Allah sy dOakn awk..
Jgn laa ckp mcm tuu..
Awk ta jijik sister..
Keadaan yg buatkn awk t’himpit..
Sy harap sister kuat..
Berdoalah di bulan Ramadhan niey..
Allah sentiasa melihat dan m’dengar dOa kita..
Tp sister nasihat sy..
Please cari kwn..
Serious..
Sy ada kwn mcm awk..
Dan sy b’janji akn pgang tgn dia smpai bila2..
Dan dia sndri bgtau..
Org mcm awk dan dia..
Perlukn skongan dan tman berbicara..
Kalau sudi..
Sy pun boleh jd kwn awk..
Join usrah la sng
kalau confessor bace ni… jom kita kawan… :) jgn give up rahmat Allah tu luas <3
Nak berubah bermula dari solat.. Tiap dalam solat,doa mtk kat Allah tanpa jemu. Allah suke hambaNya yg berdoa.. Tiap malam tahajud,solat tahajud adalah panahan tepat kita.. Mtk tiap tiap masa.. Awak kena kuat. Nanti Allah kirimkan org org yg baik utk awak.. Usaha usaha usaha. Allah Maha Mengetahui..
This page is weird
Please dont give up
Kalau sudi jom kita kawan ;)
Syukur, Allah masih mengekalkan hidayahNya buat awak.
Teruskan istiqamah bertudung labuh, istiqamah menutup aurat dengan sempurna, sebab pemakaian yang begitu bukan menunjukkan seseorang itu baik, tetapi kerana dia nak jadi baik
Carilah ustazah² /sahabat² yang baik yang mampu bimbing dan bantu awak dengan izin Allah.
Allah adalah sumber kekuatan.
Atas setiap perkara, kembali padaNya
Mula dengan solat. Solat dapat mencegah kemungkaran. Solat dengan khusyuk, hayati dan faham makna yang dibaca, jangan tergopoh gopah. jadi, bila dah jaga hubungan dengan Allah, dah bersayang-sayangan dengan Allah, nanti Allah akan hadirkan manusia yang sayang dekat awak. hati manusia ni Allah yang pegang. Percaya pada Allah. Allah langsung tak menzalimi hamba Dia. Jangan sedih, jom kawan dengan saya. :3
Fina Sophie this one..
?
Fina Sophie sedih kan cerita die