Salam. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah. Situasi saya hampir sama dengan cerita Ibu Mertua dan Adik beradik ipar melampau. Terdetik hati saya utk berkongsi kisah yang terjadi tahun lepas.
Keluarga sy tinggal di bandar. Kami pulang ke kampung ukltk ziarah nenek.
Ibu saya mempunyai seorang abang iaitu pakcik sy. Pakcik sy mempunyai isteri dan anak yg ramai termasuk tiga cucu di bawah jagaannya. Mereka sekeluarga tinggal di dalam rumah kecil yg tidak ubah seperti stor. Di situlah dapur di situlah ruang tamu. Sempit dan bg sy tidak sesuai utk anak2 saudara sy yg masih kecil.
Atas belas ihsan sbg seorang adik, ibu bercadang utk membawa mereka sekeluarga tinggal bersama ibu. Segala makan pakai mereka ibu dan ayah sy yg tanggung. Terdetik di hati sy kenapa tidak ada langsung org yg mahu menolong mereka terutama sekali adik beradik ibu. Sepupu sy menceritakan pd sy betapa kejamnya ibu2 saudara sy langsung tidak pedulikan mereka.
Melihat akan kesusahan mereka dan kemewahan hidup ibu2 saudara sy, sy percaya bulat2.
Alhamdulillah ibu dapat buka sebuah restoran makan. Lalu, ibu bawa keluarga pakcik sy utk bekerja dgn ibu dan rumah kedai tingkat atas restoran ibu beri kpd mereka dan sewa ditanggung sepenuhnya oleh ibu. Sepupu sy dibenarkan menjual kuih dlm restoran tanpa dikenakan caj sekalipun.
Tp, hari demi hari sy lihat kehidupan keluarga kami semakin susah. Ibu pula semakin kurus. Hasil jualan restoran semakin susut. Ibu anggap itu ujian dr Allah.
Pakcik pula selalu meminjam dr ibu sy, utk perbelanjaan anak2 nya. Atas rs simpati, ibu beri walaupun ms itu ibu sgt kesempitan wang. Ayah hanya diamkan diri kerana tidak mahu ikut campur urusan keluarga ibu namun ada juga ayah menasihati ibu utk tidak terlalu memanjakan mereka krn hutang keluarga sy semakin bertimbun dgn bebanan yg terlalu banyak.
Sepupu-sepupu yg kerja bersama ibu kerja acuh tak acuh. Lebih banyak berehat dr bekerja. Abang sepupu sy bekerja dgn gaji jauh lebih tinggi dr sy setelah tamat pengajian tp sy hairan mana perginya duit gaji sehingga tidak mampu tlg keluarga sendiri. Itupun, perbelanjaan pengajian abang sepupu sy ditanggung oleh ibu.
Malah, ada suatu hari sy dihasut oleh sepupu bahawa kawan rapat ibu ada skandal dengan ayah sy. Hancur luluh hati sy mengenangkan perbuatan ayah. Namun, entah knp naluri sy mengatakan ayah tak mungkin berlaku curang kerna siang malam ayah bersama ibu bekerja. Cuma, ayah sll menegur perbuatan sepupu sy yg sll keluar malam dan malas bekerja.
Konflik bermula, apabila sepupu sy meminta ayah sy menguruskan urusan lesen kereta nya dgn memberi sejumlah wang. Ayah terlalu sibuk sehingga lupa uruskan lesen tersebut. Sepupu mula menuduh ayah makan duitnya dan meminta semula duit tersebut. Ayah memberi dan berlaku pertelingkahan. Ayah diamkan dr ibu dan saya. Sepupu sy yg sy anggap seperti adik mula menghasut sy dgn memberitahu sy "lesen kemana duit sy kemana. Sy malas nk bising la kakak"
Bercambah rs salah sangka sy pd ayah, knp ayah sanggup ambil kesempatan atas org susah? Hari demi hari berlalu, ibu mula berhutang utk menyelamatkan restoran dr lingkup. Sy pula mendapat pekerjaan dr syarikat swasta. Sy beritahu ibu utk melepaskan restoran dan meniaga dr rumah kerana sy mampu utk tanggung keluarga. Ibu lepaskan restoran. Keluarga pakcik hilang punca pencarian rezeki.
Ibu beritahu keluarga pakcik, bhw dia tidak mampu lg tanggung sewa mereka dan nasihatkan sepupu2 sy utk bekerja bantu keluarga. Pd mulanya mereka setuju. Malam itu, keluarga pakcik dtg ke rumah menagih duit yg dikatakan diambil oleh ayah dr akaun bank sepupu sy.
Sepupu sy seolah2 hilang hormat ke atas ayah dan menuding2 jari kpd ayah dan meninggikan suara. Sy hilang sabar dan memberi duit yg ditagih oleh mereka. Namun, belum cukup dgn duit, ibu sy pula dikatakan bawa mulut mengumpat keluarga mereka di sana sini. Ibu naik angin. Adik sy menangis ketakutan.
Sy hilang sabar lalu menghalau mereka keluar dan mengugut utk melaporkan mereka pd polis krn menceroboh rumah sy dan mencetuskan pergaduhan. Mereka keluar namun sepupu masih lg menengking ibu.
Pelbagai maki hamun dilemparkan oleh sepupu sy pd kami sekeluarga di laman sosial. Namun, ayah nasihatkan kami utk berdiam diri dan enggan pergaduhan semakin teruk.
Sejak itu, satu demi satu perbuatan khianat mereka terbongkar. Bukan shj ibu, malah ahli keluarga ibu juga pernah dikhianati namun mereka enggan melarang ibu krn ibu berdegil mahu membantu. Tanah pusaka nenek habis dijual oleh pakcik. Ibu sedih dan rs dikhianati oleh abang sendiri. Kerana simpati, ibu dikhianati. Mereka tidak suka pd ayah kerana suka menegur perbuatan mereka lalu mereka reka cerita ayah curang.
Kini, sy dgr kehidupan keluarga mereka semakin tidak terurus. Di sana sini org menjaja cerita mereka penipu dan suka ambil kesempatan. Alhamdulillah, kini keluarga sy mula membangun. Sy kerja keras utk membantu ibu dan ayah. Sy bertegas dgn ibu utk berhenti menolong orang sehingga diri sendiri susah.
Mungkin ada yg katakan sy kejam. Tp sy tak rela melihat ibu sedih. Sy mahu ibu hidup senang.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
love your strength… jaga ibu dan ayah awk baik2 takut mereka didatangi saudara2 jahat tu bila awk xada
Manusia takkan pernah puas dengan kebaikan yg kita beri…semoga keluarga awak kuat
Bestnya halau orang. (Bukan sarkastik)
Teringin untuk pangkah orang yang jenis tak ada common sense dalam hidupnya.
bestnya halau orang (bukan sarkastik) ni sadisme ke apa?
Sadisme merujuk kepada perasaan kegembiraan apabila menyakiti orang lain.
Berbeza dengan maksud ayat atas.
saya pon! kdg2 rase dibuli hanya sebab tak pandai ckap No or tak pndai nak pangkah org yg suka amik kesempatan ni..
Narcistik kut
Memang best kalau halau org yg xde common sense
Tapi nak pngkah org yg xde common sense kne ade smngt yg kuat
tp lg best klau boleh tampar terajang kak ipar n mertua yg jahat tu XD
walaupun sy mgkin perlu buat mcm tu (halau org), sy tak akn buat dgn rs bestnya! sedih la wei sbb akhirnya terpksa lyn org yg ada hubungan drh dgn kita camtu
Yes, belajar to say NO. With responsibility. I wish the best for u, Maria Farnina Mohamed Fahlavei!.
Kesian ibu. Jaga ibu baik2 ye. Selagi masih punya kesemptan. Ayah pun skali lah :)
Raslina Mohd Razak
Halau je mrk tu..
Macam tak sampai
buat baik berpada2..jgn smpai org ambil ksemptn wpun adik bradik sdri..
Love your spirit. Pertahankan selagi mampu. Kalau aku dah campak bagasi dorg keluar and jangan pernah izinkan masuk dalam life or rumah lagi. Dah khianat, tak payah bagi muka sangat. Hmm
mmg makan harta pusaka and aniaya orang xkan bahagia hidupnya… dah pernah nampak depan mata akibatnya… hati busuk mmg payah hidup
Memang kne benam 7 lapisan tanah..
Evthg happen for a reason..of cos defense mak kite dulu..
Ibu saya mempunyai seorang abang iaitu pakcik saya…okey..
Ibarat kacang lupakan kulit..
aleee bana dieee..jgn diberi muka dgn org cmtu sbb sllu ambil kesempatan atas kesenangan org..
Maziah Wahab Siti Suhaida Hazura Hussin cerita baru plok ni …..
Ni macam cerita lembu lepaskan buaya yg tersepit dek ditindih kayu balak tu.. Akhirnya buaya plak yg gigit kaki lembu. Jahat betul2. Org macam ni memang tak layak dibantu. Cukup la sekali terkena.
Good job confessor. Dgn org2 pemalas x sedar diri mcm tu jgn dibuat kesian. Dah tahu susah tapi menyusahkan org lain. Tapi kesian pada anak2 kecil yg x tahu ape2 la…
Jaga n lindungi ibu n ayah anda sebaik mungkin .jgn biarkn saudara mara n org lain membuli mrk..buat baik berpada2…
Jhtnyr manusia yg xpernah brsyukut
Org jahat mmg ptt terima balasan.
Tak bersyukur..
Kesian kt your parents..
Kisah kita serupa..
Cerita realiti yg best klau dijadikan cerekarama. Director sheila rusly atau rashid sibir.
Tetiba saya teringat saya pernah halau kawan saya yang tangan panjang dari rumah..semangat tu datang bila hati dah sakit kita dikhianati..lepas dorang x munculkan diri baru kita rasa tenang, kan..so kesimpulannya, kalau ada orang khianati kita atau family, sila bertindak berani..
Yg Miss A punye cite, kalau dh tua mcm nilah ex ipar dia akn jadi..mlainkn ex ipar dh brubah
Tindakan awak tu betul.jangan terlalu baik dgn org yg dag khianat kita lagi lagi yg khianat kita tu keluarga sendiri .saya pernah rasa,dan sakitnya sampai sekarang tak hilang hilang
Tahniah confessor…awk mmg buat kputusan yg terbaik…x usah peduli dah dgn kluarga pakcik awk tu…biarkn mereka hidup merempat…dasar tak kenang budi…
Dah la susah . Dah tolong x nak hargai pulak . Mmg masalah orang macam ni . Banyak kali dah jumpa .