Semua orang akan pandang serong dekat aku , bila tau aku anak angkat . Anak angkat yang tak pernah kenal mak ayah kandung ..
Tapi Alhamdulillah , bila ALLAH tarik satu nikmat DIA akan gantikan dengan sesuatu yg baru .
Waktu umur aku 3 tahun , ada seorang perempuan jumpa aku kat tepi jalan ( aku pon tak tahu motif aku dok tepi jalan ) , dia ambil aku dan serahkan aku dekat makcik pakcik dia . Kebetulan mak cik pakcik tu tak ada anak sebab penyakit makcik tu . Selepas selesai naik turun mahkamah , pendaftaran anak angkat , angkat sumpah dan sebagainya . Secara rasminya aku menjadi anak angkat kepada makcik pakcik tersebut ..
Disebabkan aku satu-satunya anak dalam keluarga tu , jadi mak dan ayah angkat aku tatang aku bagai minyak yang penuh . Penuh dengan kasih sayang , kelembutan . Sejak dari kecik , ayah dan mak dah terangkan dekat aku , yang aku anak angkat . Mungkin diorang taknak aku memberontak bila tau benda ni waktu aku dewasa (macam drama).
Awan takselalunya cerah , Allah uji aku sekali lagi , Dia ambil mak angkat kesayanganku pada usia aku 8 tahun .. Waktu aku hilang arah , hanya ayah dan nenek jadi tempat aku bergantung ..
Waktu umur aku 9 atau 10 tahun . Ayah menikah lagi sekali atas nasihat orang sekeliling yang kata aku dan nenek perlukan kasih sayang dari seorang mak .
Macam dalam drama , mak tiri mesti jahat . Dan itu berlaku pada aku , mak tiri pernah call orang kebajikan masyarakat supaya amik aku , waktu ayah pergi kerja , tapi nasib baik ayah balik tepat pada waktu . Sebelum kawen dengan mak tiri , ayah pernah bagitau dia yang ayah ada nak angkat . Kalau tak boleh terima aku, ayah tak nak kawen . Dan mak tiri setuju . Lepas kawen benda sebaliknya berlaku . Aku digelar anak pelacur disebabkan aku tak tau kewujudan ayah dan mak kandung aku . Dimaki, dipukul, dicakar dekat muka sebab taknak pergi sekolah agama waktu umur 12 tahun . Kepala pernah diketuk dengan penapis besi sampai kemek .. Dan semua kejadian tu berlaku waktu ayah tak ada . Makanan kami asing2 . Mcm orang luar dah rasa
Aku tertekan selalu kemurungan. Berkurung dalam bilik adalah satu kepuasan .
Sekarang aku dah 21 tahun, mak tiri dah semakin okay , tapi kata nenek baik ada makna . Sebab aku akan berkahwin, dan akan keluar dari rumah tu .
Sekarang , aku tengok ayah semakin tertekan , sebab terpaksa menanggung makan minum anak sedara mak tiri yang boleh dikatakan setiap hari datang makan dirumah , tidur dirumah .
Apa harus saya lakukan untuk hilangkan dendam saya terhadap mak tiri ? Walaupun pada hakikatnya saya sangat sayang pada dia .
– Saya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada awak. Tidak memberontak mengetahui awak anak angkat dan tidak melawan walau apa kejahatan dilempar kepada awak. Nasihat saya mengikut pandangan dan pendirian saya, memandangkan awak dah nak kawin, teruskan la niat itu tetapi biar pasangan awak mengetahui status awak dan permasalahan keluarga kerana lepas berkahwin, adalah lebih baik awak membawa keluar ayah awak dan menjaganya bersama nenek. Mengenai mak tiri awak tu, satu saja saya cadangkan. Umpanlah dia agar dia dapat memakan racun tikus. Kalau dia dah takde kan senang sikit…
Call rmh org tua. Suruh dia ambik mak tiri kau.
Hahahaha.. Ko memang brilliant time bulan pose ni..
Hahhahaha…
Win bro ?
Lol! ????????
Tak payah sayang sangat la. Better sayangkan nenek&ayah tu. Adik belajo rajin2. Grab degree&start biz. Busykan diri dgn hal ehwal keperluan diri dulu.
Bila dah berhasil&berjaya(pastikan berhasil ye), barulah selamatkan nenek&ayah tu. Bwk jauh2 ayah&nenek ke mekah ke misalnye. Ajak sama2 sibuk dgn urusan ank beranak.
Psl mak ekspress tu xperlulah pening2 nak pikir ke nak sayang ke. Lantok ler deme..
Dendam tak boleh hilang tapi boleh surut je. Tu pun makan masa. So pandai2 la ko manage dendam ko tu jd pembakar semangat untuk lebih berjaya ye dik..
All the best to you&happy fasting. Salam ramadhan..
Betul3
Hahahahaaa…..
Org jahat ni x payah bagi muka sgt.
Kamu belajar betul2 sampai brjaya n jaga ayah n nenek.
Abaikan si mak tiri tu.
Kuikuikuiiii
Betul..bukan.mak.betul pun…tak.layak jd mak.pun wanita tu..
Setuju
Xpayah hilangkan dendam tu.
Jd kan peristiwa n bend tu sebagai semangat untuk buktikn yg ko bernilai.
Aku pon sma mcm kau…mmng langit xselalunya cerah…advice aku…kau buat apa yg kau nak dlm hdup..berjayakan diri…ignore apa yg dorg cakap kt kau…tuhan tu ada, alah xlama kena la balasan tu…lantaklah dorang nk burukkan kau…yg xsayang kau, dah lantakkan dorang..buat apa seksa jiwa sendiri…bukan salah kita pon…kita xpilih pon nak jadi ank angkat kan…move on…rilek2…lantakkan orang…buat hal sendiri yg buat diri kau happy…dendam tu aku xnafikan mesti ada…orang yg lalui je paham…tp buat dang je…allah ada ☺
Hang belajar rajin2, pastu hang doa lah supaya hang dapat balas jasa ayah dan nenek hang. Kalau jadi kat aku ni, jangan harap la aku nak ampunkan mak tiri tu. Aku tabiklah kat hang sebab hang masih sayang kat mak tiri tu.
Kesian awak. Kakak sy pun ada amik anak angkat. Tak pernah rasa dia org asing dlm keluarga. Sayang dia mcm anak2 saudara yg lain. Yg penting ayah awak sayang awak. :)
ayah awak kena tegas, tu je jalan dia.
Try buat provokasi kt mak tiri tu. Tp make sure uols ada stand by cam recoder utk record. Hahahaha. Ni spesies nk harta je uols. Hakak nk nasihatkan…minta ayah buat hibah utk uols awal2. Biar pompuan tu terkesimawati. Klau boleh jauhkn la ayah tu dgn pompuan sebegitu. Minta pd Dia byk2. Doa sungguh2.
byk tgk drama melayu hang ni
Hidup hang serious sgt kot. X reti nk bc mana ayat hiburkn hati n mna hat aku serious.