Baran ayah….

Assalamualaikum, aku nak kongsi skit kisah kelarga aku… Ayah aku.. aku anak sulung daripada 3 orang adik beradik. ketiga2nya perempuan. Jarak umur jauh2, kalu sorang dah belajar kat Universiti, yg no 2 mesti sekolah menengah dan yang bongsu sekolah rendah.

disebabkan jarak umur jauh2, masing2 sempat la manja2 dengan mak tp bukan dengan ayah. sebab ayah aku ni jenis garang. tengok muka pun dh bengis. kalu pegi sekolah, mesti kawan2 aku tegur cakap muka ayah aku nampak garang. haaa… tu baru muka, sikap dia pun sama la.. kami adik beradik xleh nk angkat muka pun. kadang2 dalam satu hari tak bercakap sepatah pun. ape2 masalah, semua dengan mak, ngadu ape2 pun semua dengan mak.. hehe.. kalu ada buat salah ape2, mak aku la yang tolong cover sebab ayah aku ni dari muda suka pukul. bila dia naik marah, macam orang lupa diri, muka pun dah berubah.

teringat masa kecil, ayah aku pukul aku pakai kayu beroti. lebam2 habis satu badan. belum lagi pakai penyapu lidi.. puncanya aku menangis sebab tercekik tulang. bukannya nak bantu aku keluarkan tulang tapi dibantainya aku dengan penyapu lidi. tak silap masa tu umur aku baru 6 tahun. Paling ngeri ayah aku pernah baling parang kat aku.. masa tu dia tengah asah parang, mujur la tak tajam lagi masa tu kalau tak aku rasa aku dah kudung sekarang ni.

ayah aku ni dia mudah terbawa2 dengan perasaan. sikit punya hal dia bebel marah panjang lebar sampai hal keturunan pun dia kaitkan. aku memang tabik springggg kat mak aku sebab sabar dengan kerenah ayah aku selama 32 tahun ni. makan nk yang sedap2 je, tak kena selera dia siap la baling lauk semua. bukan tu aje, mak aku makan maki la. silap2 masa muda dulu mak aku kena pukul jugak.

Sepanjang hidup, aku la yang paling banyak tengok mak aku kena pukul berbanding adik2 aku.. paling teruk mak kena pukul, pernah darah keluar dari hidung. aku nak pergi dekat pun takut, mendayu2 suara mak aku panggil minta tolong.. Ngeri… Sedih.. aku tak dapat nak bayangkan tapi aku tak boleh lupa semua tu.

Bukan dalam drama je ada kes macam tu. bukan dalam suratkhabar je ada macam tu.. aku alaminya sendiri.. My real life.

Agak kejam tak kalu aku kata aku jadi benci dan dendam dengan ayah aku..? Pernah aku terfikir bila dia tua aku taknak jaga dia. aku nak jaga mak aku sorang je. biar padan muka dia. zalim sangat dengan anak bini.

tapi itu perasaan masa aku nak marah je.. Nak2 pulak sekarang, aku tak sampai hati bila ayah aku sakit. mungkin inilah balasan dari tuhan untuk dia. dia didiagnosis menghidap sakit jantung. akibat tekanan. kan dia jenis suka terbawa2 dengan perasaan. Doktor cakap dia boleh pergi bila2 masa je. cuma Tuhan je yang tahu. aku takde la biar dia, susah macam mana pun walaupun aku dah kawin, aku tetap bagi duit belanja dan aku tak bagi dia kerja dah. aku akan tetap jaga dia sebab walaupun perangai dia macam tu, dia dah besarkan aku jadi orang berguna pada hari ini.

Dia dah tak naik kaki tangan lagi kat anak bini tapi perangai membebel tu aku rasa dah tak boleh nak buang dari hidup dia.

aku cuma harap ayah aku berubah kearah lebih baik dan semoga Tuhan ampunkan dosa dia. Aminnnn

– mama nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *