Jangan ambil ringan kes buli

Salam.. Saya harap admin approve post saya.. Saya tahu ramai students yang pernah menderita mcm saya..
Sepanjang saya bersekolah menengah, saya merupakan seorang mangsa buli. Bukan secara fizikal, but mental.
But u know, mental pain last for a long time.

(maafkan penggunaan aku dalam mod cerita)

Sekolah aku all girls. Masa aku form 1, aku ni selekeh, muka jerawat, hodoh, badan berbau. Yes aku tahu, banyak efforts aku nak ubah diri tapi puberty tak bagi chance. Manusia pun. Especially perempuan la. Dalam kelas aku kena maki, buku aku kena conteng. Kena pulau sampai takda orang kawan dengan aku. Alasannya, aku hodoh dan busuk. Senang ja kau judge aku time tu. Tapi even macam tu, aku sangat baik dengan cikgu. Memang orang cakap aku ramah, cikgu2 suka aku.
Tapi geng2 perempuan ni, tak senang tengok cikgu suka aku, then masa sorang cikgu salah faham kat aku, instead of explain benda sebenar, diorang menambah api lagi. Sampai cikgu tu memang benci aku. Cikgu tu pun duk maki aku walaupun aku ni teresak explain dekat dia. Alhamdulillah satu hari tu, cikgu tu dapat tahh benda sebenar and mula baik dengan aku, tapi tak pernah minta maaf dekat aku. Aku tahu dia cikgu tapi apa perasaan kau kena maki depan student lain, tambah2 bila kau tak salah and kau minta maaf banyak kali? Geng2 yang batu api tu, lagi la berlagak innocent..
Makin lama makin teruk. Macam2 diorang maki aku. Aku ingat lagi ada 2 orang ja kawan dengan aku, tapisetiap kali waktu rehat, diorang tak bagi kawan2 aku makan dengan aku. Alasannya, diorang tak suka aku, so kawan2 aku tak boleh kawan dgn aku. Korang baca benda ni macam kecil, tapi aku time tu mental breakdown, sebab hari2 macam ni. Belum aku duk asrama, kalau duk asrama, memang lagi teruk la. Disebabkan 1 insiden antara classmate aku & senior, aku dituduh jadi spy. Ceritanya, classmate aku mengumpat senior ni, and senior ni dengar sndiri. Senior ni pun satu, dia cakap aku cerita walhal aku tak kenal pun senior tu (seriously melainkan cikgu kelas and classmates aku tak kenal orang lain dalam sekolah aku) tapi nama aku naik. Dah aku kena maki hamun, then aku jadi famous kalangan students sama aku sebagai pengkhianat. So, aku daripada seorang yang tabah even kena buli pun , aku nangis on the spot, aku jerit kuat2 "kenapa aku?"

Setiap kali balik rumah, aku bagitahu parents aku pasal aku kena buli, tapi parents aku cakap, "biasala sekolah, diorang gurau ja tu", "biasala kawan2".. Aku tahu biasa macam mana, ni bukan biasa.
Buku2 aku diorang koyak, conteng, meja aku kena tores, conteng, kerusi kena buang. Waktu rehat ja bila balik kelas ada ja yang rosak, beg putus la, buku hilang la. Macam ada singa buat sepah dekat meja aku.
Even aku balik tunjuk parents aku semua bukti tu, still parents aku cakap aku buat teruk benda kecil. What?
Cikgu? Mestila aku inform cikgu, tapi sebab semua tu mental bullying, and aku takda lebam apa, so cikgu tak boleh buat apa2. Kaunseling? Cikgu kaunseling aku cakap aku yang mengada and kena berubah. Tak pernah cikgu cuba nak jumpa budak2 yang buli aku and tanya kenapa diorang buat aku macam ni.

Banyak kali aku confront diorang yang buli aku, aku minta maaf, aku tanya apa salah aku. Diorang just cakap "kau ni kenapa, pergi jauh la", "kau nak kena lagi teruk ke", "eh kitorang tak buat apa pun, kau yang lebih2". Aku memang da putus asa nak stop benda ni macam mana, so aku survive ja sampai aku tamat sekolah.

In the end, aku tamat sekolah, and before masuk u, aku berubah jadi seorang yang bising sebab aku taknak kena buli. Bila aku masuk u, aku kena buli lagi. Sama juga method dia, mental bullying. Cuma kali ni reasonnya sebab aku bising and friendly dengan orang. Orang yang buli aku state sndiri.

Aku da fed up dengan drama perempuan ni, aku mula hidup tanpa kawan perempuan, aku tak masuk cmpur hal orang. Bila diorg buli aku, aku tampar muka diorang. Yes aku tampar betul2.

Korang maybe kata aku kejam, tapi tahu tak apa anxiety and panic disorder boleh buat kat korang?. And from semua bullying tu aku dapat depression, panic attack,anxiety and macam2 masalah lain. Pendek kata, aku jadi gila. Even lepas jumpa doktor semua, takda sorg cikgu, parents, yang sudi nak cuba dengar aku. Instead diorang kata, aku melebih.

Aku tak cerita semua yang diorang buat kat aku, sebab banyak sangat. Walaupun benda ni dah lama berlalu, tapi aku still suffered ok. Benda ni affect aku teruk. And takda sapa minta maaf kat aku, seolah-olah aku layak dilayan macam tu.

Dalam setiap benda aku kena, aku yang kena berubah, aku yang kena minta maaf, tapi still aku kena buli, aku kena maki. Kenapa aku? Kenapa takda pihak nak cuba cakap dengang orang yang buli aku. Honestly takda orang dengar aku cerita smpai habis pun (kaunseling, parents, cikgu). Aku start ja "saya kena buli" terus diorang potong "ala, biasala budak2".

Ini tak biasa. Mentally or physically, kesannya tetap buruk berbanding baik. Saya minta kepada cikgu2, parents, kawan2 yang baca ni, kalau ada org datang cakap dia kena buli, at least dengar dia sampai habis. Siasat cerita dia. Jangan biar dia menderita. Orang yang tak rasa takkan faham.

Kepada orang yang membuli, jangan kau judge and buli orang senang hati, kau tu bukan Tuhan nak judge orang, and kau tak suci dari dosa pun. Kifarah Allah tu ada. Hari ni kau buli orang, esok lusa sapa tahu. I wish u the best.

– Miss

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

113 Comments

  1. aku paham kondisi ang makcik.. dia memang xkan ada yang mendengar.. xpa hidup ang teruskan dulu.. cuma yang ang mampu buat adalah.. didik generasi darah daging ang kelak.. berdoa untuk hidup ang lebih “gah dan mewah” dari mereka yang membuli..

  2. Ur not alone. I know how it feels. story line hampir sama. Saya dr all girls school juga. So I know what u’ve been through. I did told my mum…but instead she defends them. Meh jadi geng.

  3. Hampir sama cerita kita sis yang bezanya saya dibuli sebab mak dn kakak saya berpenyakit yg masyarakat pandang serong .Bila Baca confession sis ni mengingatkan kembali luka2 dulu.Apapun be strong and stay positive sis

  4. Memang perit bila kene buli dari segi mental…Masa aku f 2 aku da merasa la mcm mana budak2 kelas pulaukan aku n x nak ckp dgn aku walaupun aku tanya soalan hal kerja sekolah elok2.Aku memang ingat muka sekor2 yg pandang aku mcm aku ni masalah bagi diorang belum campur cikgu2 yg jadikan bahan gossip kat bilik guru.Alasan sbb aku selalu pengsan kat sekolah n aku spesies pelik.Pastu fitnah pun mcm2 gak la.

    Masa f2 gak family aku ada problem kewangan n masing2 stress…sapa kesah pasal aku.So aku decide telan panadol lebih 24biji sbb aku x tahan hidup mcm tu.Ye la dari sekolah rendah aku kene pulaukan sbb aku selekeh,ingat masuk sekolah menengah akan berubah,tapi x ,sama je kene buli.Tapi alhamdulillah la aku panjang umur sbb sempat bawak g hospital kalau x mati overdose.

    Sejak tu pun aku berubah jadi byk ckp sbb xnak kene buli.Boleh la dpt 3 4 org kwn.
    Sampai sekarang aku benci sekolah.Taruk aku 1juta pun,Aku x nak balik zmn kegelapan tu.

  5. sy pernah rasa jgk, dulu sbb sy gemuk hitam berjerawat.. bkn dgn bdk perempuan, tp dgn bdk laki.. bdk perempuan kan mengada.. bila laki xnak kawan, mereka join la xnak kawan jgk.. haha.. then skrg sy berubah, mereka2 bdk laki tu kemain pm pm kita.. jumpa time reunion kemain tgk kita.. bkn nk berbangga, tp rasa puas dlm hati.. tp rasa bangga jgk dulu time sklh bila naik pentas diumumkan antara pelajar terbaik spm dan mereka semua tu terkejut tgk.. org2 mcm tu kita kena tunjukkan perubahan kot dr segi personaliti.. entahlah huhu

  6. I suggest u play a game yg boleh make u happy and in a way ward off ur anxiety n mental problem..Ko keje rajin2 kumpul duit bnyk2 and use all ur time alone planning, coordinating and executing this game..cari balik semua org yg cause u the hell, identify their home, fmly, habit, workplace, husband, hobby.. Leave it the rest to ur imigination..just jgn guna sihir or anything yg syirik.. We entitle to some degree of qisas right

  7. I understand deeply how you feel because it happened to me too when I was young. But no one wants to understand my situation. At the end of it, I tried to change myself so that I can be accepted. No matter how many times I tried, people don’t want to accept me. Leaving me questioning my real true self.

    • It happened to me too – i also had to change ourself to suit others, to adapt. Dah nak dekat 30 ni baru terkial2 nak belajar embrace dan mengenali diri ni yg sebenar, sbb rasa taktau mana satu diri sendiri, mana satu watak yg direka utk org.

  8. Mental abused biasanya akan buatkan seseorang tu akan jadi lebih aggressive atau lebih diam dan just ikut je kata. Benda ni memang real. Orang takkan faham selagi tak merasainya sendiri.

    Channel yg betul kalau mcm tu boleh pergi ke cikgu kaunseling (harapnya dia pun tak deny apa yg awk ceritakan)

    BTW, depression (MDD), Anxiety panic attack (ADPA) mmg mental disorder tp awk tak gila don’t worry ikut nasihat doc psychiatric awk :)

  9. mak cik dah tua. teruk la kena buli zaman sekolah menengah. hanya kerana some boys hantar surat cinta to me…? makcik tak kenal pun sapa yg hantar. a group of girls from my class scolded me a storm and bawak me pi kedai rambut and suruh cina tu potong my rambut pendek macam boy. what the heck…? kehulu kehilir la mak cik ngan rambut pendek tu sampai orang tak kenai. budak baru ke..? masa depa marah tu sorang girl tu berapi marah …say my eyes and hair yg goda goda. she said my eyes macam anak rusa sedangkan i pakai spec. tebal. terpinga2 la makcik tau. masa form six ada satu girl tu kata punggung mak cik tak besaq macam punggung depa. what the heck…? I’m athletic so memang la lean gitu. apa daa…? kat kolej pulak seniors marah2 macam nak pengsan kalau some men try to be friends wit me. adoi…adoi… nasib la mak cik miskin. .kalau makcik kaya huh…dah lama mak cik buat gaya gaya depan depa. tapi mak cik miskin. so mak cik diam sajalah. tapi orang yg buli tu tak sampai kemana…the life itself kena kan depa balik. mak cik pun dah maafkan depa. kita kena percaya hukum alam. sayangi lah diri sendiri. ehemm…

    • dah stalk makcik, makcik mmg cantik, sampai sekarang masoh cantik mesti time muda lagi cantik.. patut lah ramai peminat.. hehe.. tu lah.. sy dulu time gemuk org xnak kawan, dh kurus, ada peminat sikit2, bdk2 laki suka kacau2, kawan plak jeles.. entahla dunia hahahaha

    • hmm….pasai tu product kecantikan boleh menjana jutaan ringgit dalam masa singkat . pempuan ni obses sangat nak cantik. dah tu sanggup membuli pulak bagi orang hilang keyakinan. tapi mak cik miskin masa muda jadi cantik pun tak dak menolong. baju pun ada tak sampai lima pasang. dgn kehidupan yg susah …….kena buli tuh dah jadi makanan sampingan.

  10. Been there before.. depressed tak yah cakap la, belajar pun rasa malas. Tapi hati manusia boleh berubah-rubah. Akhirnya manusia ni la yang jadi kawan. Tu masa zaman sekolah.

    Zaman uni plak lain cerita dia. Nasib baik waktu ni family support. I went through depression for a few semestar. Memang faham la perasaan confessor.

    Nasihat saya, hang kena pandai lawan. Kalau tak de siapa nak sokong, hang kena mempertahankan diri sendiri. Jangan diamkan diri. Kalau tak lagi lah hang kena buli. Saya harap hang kuat la. Keep being loud and friendly.

    Kepada yang pernah aniaya hang tu, langit tak selalunya cerah. Kalau tak dapat balasan kat dunia, dapatlah kat akhirat

  11. Ingt dalam drama jer ada kes buli tp in fact reality lebih kejam. X pernah ada persekitaran mcm tu tp boleh merasakan apa yg confessor rasakan. Pembuli memang teruk, tunggula kifarah datang dari Allah kepada keluarga2 pembuli ni, x dari adik-beradik mungkin kifarah tu akan terkena kepada anak-anak pembuli. Apa pun tabahkan diri yer sis, ingat Allah…kiranya sis kuat dapat bertahan sampai skrg.

  12. Aku pnah jgk jd mcm ni tp xde la teruk mcm tu cuma org pulaukan aku je.. sbb aku ni pemalas buat nota, mlas buat kerja sekolah, tulis karangan pjg2.. bayangkan buku yg 500 sheets tu hnya 10 sheets je aku tulis.. dri awal f1 smpai nk masuk f2.. setakat kena rotan dgn cikgu tu aku xkisah pun.. aku cuma pndai matematik je.. kawan aku dlm kelas tu sorg je.. yg lain semua xnk kawan dgn aku.. mujur aku ni ada rupa la jgk.. xde la kena hina teruk sgt… mmg aku ni jnis mlas bt kerja sekolah je tp result PMR n SPM aku boleh tahan la, xde yg fail… lpas SPM aku smbung f6 kt skolah lain.. time ni la aku mula jd ramah sikit… n dah start rajin belajar.. cikgu2 pun nmpak kelebihan aku, dpt la jd pengawas kt skolah tu.. byk jawatan aku sandang… tp ada cikgu sorg ni xberapa nk suka aku sbb aku mlas bt esei subjek dia.. asal dia masuk kelas je terus aku mntak kluar sbb alasan mcm2.. bila dpt result STPM je cikgu td tu tiba2 puji result aku bagus… time ujian je aku mlas nk study.. dpt no last pun aku xkisah..

  13. Masa aku form 1, ada budak ejek aku. Dia panggil aku “kasut”.

    Aku sabar.

    2 minggu aku sabar, aku meletup, pecah bibir dia, berdarah.

    Sejak hari tu, xde sape berani ejek aku.

    Memang la orang buli kau, pasal kau x defend diri kau. Cuba kau bagi lutut kat muka dia, confirm dia jadi beriman.

  14. Aku dulu penah kena buli kejap. Lepas tu aku muhasabah diri kenapa aku kena buli. Orang yang kena buli ni selalunya:

    1)low self esteem. Sentiasa rasa orang lain nak buli dia je.
    2)perangai tu annoying dan seolah olah mintak dibuli. Sedar atau tak. Cik ni dibuli bukan hanya pada satu tempat. Tapi pada dua tempat yang berlainan. Ni pelik, kalau multiple tempat yang berbeza dengan orang yang berbeza, patutnya symptom buli takkan wujud didua tempat berbeza. Besar kemungkinan perangai cik tu umpama minta dibuli.
    2)pertahankan diri. Bukannya mengadu pada cikgu, mengadu pada mak ayah, mengadu pada siapa2.tak salah mengadu, tapi usaha untuk pertahankan diri tu mesti datang dari diri cik sendiri. Saya penah bertumbuk sebab nak pertahankan diri, tapi bukan solo cik, bawak la kawan2 untuk backup. Lain kali dorang takut sikit.
    3)tampar orang lain tu solution paling tak betul. Kalau orang tu tersalah cakap mcm mana? Sekali silap terus kena tampar. Rasanya makin ramai akan buli cik.

    Kalau cik tak tau nak buat apa. Meh pm saya. Mungkin saya bole bagi tips.

  15. ingin sekali aku maki. haha
    aku pernah kena. duh kenapa lah aku lembek sangat dulu. haha. at last aku tukar skolah. those fucking bulliers mohon terima azab setimpal dengan segala fitnah yg mereka lemparkan

  16. Mental bully is a serious matter. Kesan pd budak tu berterusan smpai ke besar. Dn pd akhirnya, yg rasa dn kena tanggung budak tu sendiri. Apa laa masalah budak2 yg suka buli org lain

  17. Ak jugak penah jd mangsa,ak jugak pnah jd pembuli.ak f1 ,ak skolah kat skolag ak xknal sape2 sbb abh skolahkn kat skolah pndlaman.Sbb xnk ak bgaul ngn org2 nakal,ak org itam mans.Jd org pgl ak ***** ..ak budak2 lg.jd ak xdpt nk blas,ak tkt senior2 ,tp f2 .abh dcde.Tkar skolah,sbb skolah tu,plajaq y dpt 1a pn dkira pandai sgt2 .(Akulah.),Abh tkt ak xd psaingan,jd tkar skolah.masuk f2 .ak kelas 3akhr.f3 ak masuk kelas 5tpndai.F4(ak dcde sndri.masuk kelas 2akhr)sbb ak xnk jd budak pndai.
    dn bmula lah ksah ak jd pmbuli,,ad 2@3 org stdnt kena tmpar ngan ak.sebb kata2 dia myakt kn ati ak,ak xmint blaja.tp ak tpksa.ak xpnah buat kejeskolah.
    Ak bwak bku 1 mgu hnya subjek y ak minat.sains..dn bbrp sbjek lg..ak x mysal mask kelas tu sbb itu lah dunia ak.hahaha..ak jugak tgolog pelajr tpndai 4thun btrut2 ..untk kelas ak.Hehehe..ni memg ckgu pun plik,ak pn pn plik.
    nh jew crta ak,lupa.kdg2 pskitrn mbuat kta lbh rasa bkuasa.untk mhentam org lain.hehehe.

  18. Bila bc kisah awak ni sis, sy teringat zaman sekolah rendah…selalu kena buli…di sekolah.balik sekolah..mmg sama, bila buat aduan pd guru, cikgu akan cakap ‘mereka nak bergurau tu’..bila sekolah menengah sukanya…x jumpa lagi geng pembuli.

  19. The truth here is selalunya kalau kita kena buli sbb org jeles..ade benda y kita ada y dorg xde..they want it and they just cant..for me org y bully ni they r just pathetic..kesian korg..xde life ke huhuhu

  20. Aku pn pernah kene buli mcmni..sebab aku gemuk diorg ejek2..apa aku buat semua xkene..smpai today aku x maafkn malaun yg ejek2 aku tu..walaupn kawan2 aku kata xbaik berdendam & diorg anggap bnde tu something yg funny..sorry mmg x boleh maafkn..I feel u sis..

  21. Yup..aku pun sama..wpun msa tu aku buat xtau jek,tp geng2 ni x hbs2 kutuk aku..xtaula dorg dengki tang mana..truk kut mental bully ni sbb kesan dia lamaa..n pnh jek bru ni aku buat status psal ckgu2 jgn buat aktiviti yg bleh mnjtuhkn air muka ank murid..sbb aku pnh kena..geng2 galak ni rmai..dorg amik ksmpatan tu utk maki aku kaw2..tp slh sorg geng tu nmpk status aku n tuduh aku nk aibkan pndidik la,x knang jasa ckgu la smpai tahap dorg kate “x guna pkai handsock klu hti bsuk” aku x sbut lgsung nma ckgu tu..ape pun gelaran kta,tu x mnjdikan stiap ape yg kta buat tu betul..ingt msa f4,ade slh sorg tu siap perli tny,”nape ko x cntik mcm akak ko eh?” Then dorg gelak rmai2..dlm hti aku nk je ckp,aku x cntik pun rmai je yg minat..yg ko g skolah siap pkai maskara,pun xde lelaki yg nak..tp dlm hti jeala..sbb mulut aku x busuk..

  22. Yes same thing happen to me…skolh semua all girls coz of convent school…but alhamdulillah i got a good counselor teacher…but pity for them coz have to handle a lot of students had a big problem than me…startingnya sbb t’lps ckp yg lwn aku ade bf…thats it! Terus kene pulau mcm aku buat kes bunuh..terus jd lone roger until finish SPM..after that, masuk u, aku bkk buku baru jd periang n peramah but just for da certain people..coz aku x suka kwn ramai2 sbb semak kepala n aku x nk kisah hitam b’ulang..so i choose my frend..i choose who can be my fren..aku jd sgt cerewet & memilih kwn..just certain my fren yg aku tego ramah yg penah be my fren, just diorg je yg tau perangai baik buruk aku mcm mn especially housemate aku..what i want to say is kalau ade yg sudi bg aku duit utk menempoh alam persekolahan balik, aku x nk..bg lah sejuta pon..idw go back to that situasion..i hate that situasion & i hate everything about that school..enough for that! Certain cikgu yg kenal & rapat dgn aku dulu je always doa utk aku..yg lain kalau blh aku nk amnesia (lupakan)..aku nk delete everything bad masa kat skolh dulu….

    • Saya pun…kalau di beri duit banyak mana utk ulang semula alam persekolahan…sy xnak. Rela kena amnesia utk delete semua memori pasal sekolah tu.

    • Btol…menyesal sgt2 kenal dgn budak2 skolh tu, just certain part of it je lah yg kalau blh nk terus delete…sbb kan mulut badan binasa…mmg kalau jutawan bg duit mmg x nak lalui lg dh…sbb kat skolh tu mentality students sgt teruk & certain cikgu pon sama jgk 2×5..x de beza dgn murid..sbb murid & cikgu, someone punya life gonna be worse..tlg lah ya Allah..rasa nk nangis tau bile kenang balik zaman kene pulau tu..semuanya buat sorg2 and mkn pon sorg2..

    • Samala..skolah convent..n alasan org pulaukan sy sbb sllu ikut g mkn sama2 kt kantin..? n bila trlanggar diorg akn kata trkena najis mughalazah..kena samak bagai..hasut kawan2 lain lagi

  23. memang buli tu bunyi cam perkara besa bg sesetengah orang, aku selalu kena buli masa kecik² wpun aku ingat² lupa muka si pembuli tapi aku just nak dia taw aku tak lembik cam dulu kay!!!

  24. Tibe2 trigt masa lmpau . Sakit bila igt balik . Bile dhina dberi nama pggilan yg hina oleh lelaki . Bukan seorg tapi ramai2 duk hina aq sorg . Walaupom dah maafkan but semua tu aq igt smpai mati . But Allah tu maha penyayang . Dia jd kan aq kuat utk menahan semua ni . Semoga awak pom semakin kuat n In shaa Allah . Dgn bersabar Allah akan dtgkan kebahagiaan selepas ni . Bila sedih . Mengadulah and menangislah pada Allah . Minta kekuatan .

  25. Dulu aku ada kawan yg selalu kena buli. Sekolah kami ada form 1 sampai form 3 je, masa tu aku dan kawan aku ni form 1. Dari senior sampai la batch kami sendri suka buli mental dia (budak2 laki) Panggil dia hodoh, nerd etc. Tapi dia selalu buat2 ceria, aku tau org yg buli dia tu saja nak sakat2 gelakkan dia. Tapi org yg buli tu jugak xtahu sakitnya perasaan dia. Aku boleh nampak pada anak mata dia, dia sedih. Jadi kami kawan2 pempuan ni selalu happy2 kan dia. Ada satu hari masa kami form2, dia jatuh sakit. Org cakap kena buatan org etc. Aku sendri pn xtahu punca sebenar kenapa dia sakit, tiba2 pulak tu. Then dia dijemput Allah. Masa tu semua yg buli dan sakat dia menangis, dan ramai yang pergi minta maaf kat dia masa dia dalam koma. Aku xtahu lah dia sempat maafkan ke tidak org yg buli dia tu. Alfatihah untuk arwah Medina.. Tia Athirah Wan Mahmood Wan Diyana Ramli Yushazreen Yusof Wan Aifat June Atieq

  26. Bullying dikalangan remaja biasa. Tapi saya as a mom selalu pesan kat anak.. Klu org buli tu diam² je.. Tapi kena ajar derang jadi survivor.. Eg; org mintak duit sbb nampak dia keluarkan rm10 masa kat kantin.. So ai cakap klu i bg rm10 takde duit kecik.. Sblm pi sekolah beli apa² kat kedai dulu pecahkan duit jadi singgit².. Hehehe.. Klu org nak mintak jugak.. Pandai² la lari k buat helah..
    .
    .
    Benda² buli ni cikgu pun ekceli tak taw nak hamdle.. Sbb klu cikgu marah pembuli.. Pembuli akan buat lebih teruk pada yg kena buli.. Ajar anak² jadi kuat.. Survivor.. I penah kena buli dengan derang panggil i nama² mcm cicak, longkang.. Sebab i penah jatuh longkang masa nk gi sekolah.. Hehehehe.. Tapi bila depa panggil i buat bodoh je.. Depa panggilla jerit².. I buat bodoh je.. Last² org keliling akan nampak depa gila bukan i yg gila.. Hahahahahah

    • Cgu konselor bkn trus jump into meeting that pembuli. Ada caranyaa. Underground. Mngsa buli mai snyp2 bgtau. Konselor akan aturkan money ceklist or frenship cheklist dll, dlm kelas yg ade pembuli detected, pastu detect mslh n go into the prob with pembuli. Tkkn bgtau “ohh si anip bgtau u buli dye”. No kite tkkn bt cmtu. Lg mmbhayakan org yg ngadu.

  27. Kuang hajaaaa sipembuli zalim. Mental bullying ke physically bullying ka sama ja. Efek smua sama. Buat si mngsa jd rendah dri, cpt nerves, takot2 n terlalu memikirkan cara utk buat org boleh terima kita. Pendek kata, bnda buat dri kita mcm bkn dri sbnr sbb cuba utk idop demi diterima dlm masyarkat. Bkn kate kamu skli2 sy pon kena masa sekolah.

    Eii geram betoi aku. Kalau students sekolah mai ngadu kes kena buli memang menyirap darah haku. Aku amek satu2 keterangan budak2 kena buli, aku pggil sipembuli ceramah skit. Sbb aku tauu peritnya kena buli mcm mana. Sbb aku pon pnh merasainya.

    Sbb tu skg aku tkot sgt2 klo2 adik aku pon kna buli kt sekolah dia. Selalu aku tanya dia ada simptom2 skian2 (simpton buli mentally, physically, saikologikali) pnh jd tak kat dia? Alhamdulillahhh adik aku kate tkde. Iskk sedihh woo kesan dr kena bully.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *