Pinjamkan Aku NikmatMu

Assalamualaikum. Aku Hana. Berumur hampir 30 tahun. Telah berkahwin setahun lebih. Namun masih belum dikurniakan zuriat.

Period aku regular je sejak zaman remaja. Tapi sekarang rasa tak normal sebab masih belum ada zuriat.

Setahun lebih menunggu mungkin rasa singkat bagi sesetengah orang. Hendak dibandingkan dengan yang sudah menunggu lebih 10 tahun.

Sebelum kahwin aku yakin aku akan mengandung awal sebab cycle period aku sangat regular. Kalau ada perubahan tarikh pun lewat atau cepat sehari dua je.

Tapi perancangan Allah lebih hebat, apa yang terjadi tidak seperti yang aku sangka. 6 bulan pertama perkahwinan aku dah mula risau.

Kawan kawan yang kahwin sama dengan aku semua dah berisi. Yang kahwin lewat dari aku pun sama. Ya. Itulah kesilapan aku selama ini. Sibuk membandingkan hidup dengan orang lain.

Satu persatu aku persoal kepada Allah kenapa jalan hidupku tak semudah orang lain. Bongkaknya aku sebagai hamba. Astaghfirullah. Ampunkan aku Ya Allah.

Aku dan suami membuat keputusan berjumpa doktor. Harapan aku ke klinik ku bawa setinggi gunung. Berharap mendapat pertolongan dari seorang manusia bergelar doktor.

Namun apa yang aku dapat kata kata sinis dari doktor. Mengatakan aku seorang yang tidak sabar. 30 minit aku tadahkan telinga untuk kata kata yang menyakitkan hati.

Tapi ada juga beberapa tips diberi. Masuk kereta aku menangis. Rasa macam orang perlekehkan perasaan aku yang teringin sangat nak ada anak sendiri.

Sejak dari tu aku fobia nak jumpa doktor untuk dapatkan rawatan dan pemeriksaan. Aku mula cuba pelbagai produk untuk tingkatkan kesuburan. Ikut tips senaman dan pemakanan. Buat test opk dan BBT.

Suami pun usaha juga buat senaman dan ambil supplemen. Tapi malangnya aku tak konsisten disebabkan faktor pekerjaan aku yang banyak guna tenaga fizikal.

Aku penat. Aku juga pernah pegi berurut. Setiap kali lepas ikhtiar dalam hati aku berharap sangat akan berjaya kali ni.

Aku doa sungguh sungguh, solat sunat dhuha, hajat dan tahajud. Mustahil Allah tak nampak usaha dan dengar doa aku. Tapi Allah ya Barik, kita merancang dengan cita cita manakala Allah merancang dengan cintaNya.

Aku jadi sangat down dan menangis bagai nak gila setiap kali period sampai aku rasa putus asa untuk usaha dan berdoa lagi.

Alhamdulillah aku dikurniakan suami yang supportive, tak putus bagi kata semangat. Sampai satu masa Allah jentik hati aku. Aku mula sedar yang doa tu meminta, bukan memaksa.

Siapa kita untuk persoal setiap takdirNya. Aku banyak baca confession dari sini tentang kesabaran ttc.

Baca quotes positive dari twitter. Doa, amalan dan tips hamil dari facebook dan tiktok. Mute post dan tweet rakan rakan yang baru hamil sebab akan trigger emosi aku.

Alhamdulillah. Perasaan aku kini lebih terkawal. Beribadah kepada Allah bukan semata mata mengharapkan balasan, tapi keredhaaNya yang lebih utama.

Bersangka baik dengan Allah walau pedih hati menerima. Percaya dengan setiap aturanNya. Percaya Allah Maha Mendengar setiap lintasan hati.

Kita tak doa pun Allah tahu apa yang kita nak. Tapi Allah lagi suka hambaNya meminta dan memohon.

Di bulan Ramadan yang penuh berkah ni, aku dengan rendah hati ingin menagih doa dari pembaca yang budiman, doakan hadirnya janin yang sempurna dalam rahimku dalam masa terdekat ni.

Dan buat bakal anak anakku di syurga, ketahuilah ayah dan ibumu bersungguh sungguh menjemputmu ke dunia ini. Semoga kita akan bersua kelak. InsyaAllah.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *