Apa Perlu Dilakukan Bila Kita Suka Pada Seseorang?

Bila sukakan seseorang dengan niat nikah.

Apa yang perlu kita lakukan ?

Sebelum itu kita kena tahu yang hati manusia ini Allah yang punya dan Allah juga yang membolak-balikkannya.

Jadi bila suka dekat seseorang dengan niat untuk jadikan dia pasangan hidup. Ambillah pendekatan berhubung dengan pemilik hatinya di talian hotline 24434 (solat fardhu).

Dengan bahasa mudah selepas menunaikan solat fardhu berdoalah pada Allah supaya hidupkan hambaNYA itu dalam Agama, jadikan dirinya manusia yang berakhlak, panjangkan usianya, matikannya dalam keadaan husnul khatimah dan jodohkan dia bersama kita.

Juga disebabkan hidup berumahtangga ini adalah perkongsian hidup suami isteri. Jadi kita juga perlu berdoa perkara yang sama buat keluarganya.

Suka terhadap dia itu mestilah dihijabkan dengan syariat supaya suka terhadap seseorang itu sekadar dalam genggaman sahaja bukan dalam hati.

Tujuan letak dalam genggaman ini supaya hati kita tidak terheret ke dalam lembah zina. Tindakan ini juga terkait dengan Qada dan Qadar Allah.

Jika apa yang kita hajatkan itu tidak diizinkan oleh Allah, kita mampu melepaskannya dengan penuh redha. Kerana kita sebagai manusia tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang.

Dalam waktu yang sama juga. Berusahalah untuk hidup dalam batasan agama. Supaya perkara yang kita minta dengan Allah itu tidak terhijab dengan maksiat. Akibatnya usaha itu menjadi sia – sia malah boleh menjadi asbab kepada tipu daya syaitan.

Selepas usaha semua itu dilakukan bolehlah kita lakukan solat sunat istikharah dan istisyarah bersama keluarga.

Kemudian jika kita memperolehi jawapan yang baik samada dari gerak hati atau mimpi. Bolehlah kita confess isi hati kita padanya.

Ketika itu letaklah sifat tawakal pada Allah tanpa putus. Supaya diri kita terhindar dari perasaan was – was dan takut serta untuk elak dari bersangka buruk dengan jawapan Allah.

Tapi jika jawapan yang diterima itu sebaliknya. Kita boleh terus move on dengan penuh redha. Kerana apa yang kita usahakan sebelum itu bukanlah suatu perkara yang sia – sia tapi akan menjadi sumber pahala untuk kita di hari akhirat.

Selepas masuk dalam alam rumahtangga bersangka baiklah denga Allah.

Setahap manapun kita berusaha untuk memilih yang terbaik tapi kehidupan ini tidak akan lari dengan ujian. Kerana yang menanti diri kita di akhirat sana ia bukannya percuma.

Dalam kehidupan berumahtangga juga tak perlu mencintai pasangan hidup kita. Tapi cintailah pemilik hati manusia iaitu Allah.

Kerana jika kita sendiri yang meletakkan sifat cinta tanpa diserahkan pada Allah ia boleh dicuri oleh syaitan laknatullah.

Hati manusia Allah yang punya dan Allah juga yang membolak-balikkannya.

Jadi usah risau baliklah pada jalan agama dan kembalikan sifat cinta kita pada pemiliknya.

Selagi mana kita mencintai Allah selagi itulah kita akan mencintai amanah dariNYA. Selagi mana kita mempercayai pemilik hati kita. Selagi itulah kita mempercayai amanah dariNYA.

KEMBALILAH PADA JALAN AGAMA.

– Hafiz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *