Grooming

Aku Vee. Umur 30. Single. Fresh grad. Belum direzekikan kerja tetap. Perwatakan aku suka buat lawak bodoh tapi sentap, fizikal aku kecil dan agak childish.

Latar belakang aku daripada sekolah perempuan. Di kampus pun selalunya bergaul dengan perempuan. Dan aku agak anti lelaki lagi-lagi bila masa sekolah dulu ada sorang cikgu lelaki aku gedik pilih kasih kalau dengan student cantik.

Aku tak suka bila lelaki pandang perempuan dari sudut tu. Tapi aku cuba bersikap rasional, tak boleh judge semua orang tu sama.

Alhamdulillah, tahun lepas aku dapat rezeki jadi guru ganti di satu sekolah menengah agama. Ajar subjek arab. Bila ajar arab automatik akan dipanggil ustazah.

Walaupun aku bukan bidang pendidikan tapi aku seronok jadi cikgu, lagipun aku suka budak-budak. Lagi seronok bila budak-budak faham apa yang aku ajar.

Aku punya prinsip dengan students ni macam mendidik anak-anak, umur remaja kita kena berkawan dengan diorang. Kena faham rentak diorang, baru ngam. Jadi aku anggap diorang ni macam kawan aku cuma batas sebagai guru tu aku kekalkan.

Di sekolah tu ada kelas campur lelaki perempuan dan ada kelas asing. Itulah pertama kali aku mengajar pelajar lelaki. Pelajar perempuan alhamdulillah okay, belajar pun okay cuma pelajar lelaki ni macam tak nak belajar je.

Mula-mula masuk kelas pelajar lelaki ni aku dah tak selesa. Ada yang pandang macam bernafsu padahal aku cikgu dia kot. Ada yang out spokennya minta contact sebab “nak mengorat ustazah”. Aku cuba elak rapat sangat atau sembang berdua dengan student macam ni.

Kalau dengan pelajar perempuan aku ok je diorang nak panggil aku sis ke apa, aku tak kisah. Tapi yang lelaki ni aku sangat berhati-hati sebab aku tak tahu apa benda ada dalam fikiran diorang.

Masa mengajar diorang tu, sempatlah aku terlibat pdpr. Pelajar perempuan awal-awal lagi dah request tak nak kelas campur dengan lelaki. Bila pdpr berlangsung, makin nampaklah yang lelaki ni memang tak nak belajar.

Banyak kali juga sorang je yang join kelas aku lagi-lagi bila aku tak nak buat kelas google meet atau zoom faktor kesian yang ada masalah internet.

Lepas habis ganti sekolah tu, aku masih lagi contact dengan beberapa students. Share problem, tanya pasal pelajaran, reply story whatsapp etc.

Apa yang aku nampak diorang ni terlibat dengan banyak masalah sosial, merokok vape, couple apa semua tu. Yang jenis bina badan asyik pergi gym pun ada. Tapi kitorang masih sembang macam kawan-kawan.

Ada sorang pelajar lelaki ni selalu contact aku tanya soalan pelik-pelik. Oh ya, budak ni salah seorang yang aku mention pandangan bernafsu masa awal-awal tadi. Aku layan jelah mana mampu walaupun kadang aku pun naik segan dengan soalan dia.

Pernah aku tanya kenapa tak tanya ustaz, kenapa tanya aku? Dia macam tak selesa dengan ustaz tu, dia pernah mention ustazah ni terbuka (aku la ustazah tu haha).

Memang kebanyakan cikgu-cikgu ni suka jaja cerita students. Aku punya style apa-apa benda pun aku akan cuba professional, benda tak perlu tak yah cakap. Soalan dia aku akan cuba jawab walaupun soalan tu taboo.

Dia cakap dia segan nak tanya sebab ustazah perempuan tapi dia nak kena tanya juga. Jadi aku fikir daripada dia cari jawapan daripada sumber yang salah, lebih baik aku yang explain untuk dia.

Baru-baru ni pelajar ni tanya aku soalan berkenaan urut batin, apa hukum urut batin. Seriously aku segan tapi aku cuba faham cerita dia.

Rupanya dia dan kawan-kawan ada kenal sorang pak cik dan berdasarkan cerita dia pak cik ni setiap kali jumpa mesti nak sembang benda-benda luc*h.

Nak sentuh-sentuh, sembang pasal saiz kem*luan, offer minyak siap tanya nak tahan lama ke nak besarkan saiz dulu. Nak tolong urutkan supaya tak lemah, siap cakap budak-budak tu tahan 10 minit je whatever.

Apo sembang benda ni dengan budak-budak bawah umur. Pernah dia kata masa pergi tempat pak cik tu dia nampak kawan dia baru keluar dengan pak cik tu, dia assume diorang baru lepas berurut.

Yang aku faham daripada situasi ni, pak cik tu tengah groom budak-budak ni. Ada ke patut dia tanya tengok perempuan rasa geram tak. Tengok cikgu ustazah rasa geram tak. Nak tercabut jantung aku dia sebut macam ni.

Tapi budak ni tegaskan dia budak baik haha tak tahulah boleh percaya tak. Lepas tu dia cerita pasal kawan-kawan sekelas dia. Biasa je diorang tu sembang pasal “saiz” cikgu-cikgu ni. Sembang pasal private part cikgu-cikgu biasa ye. Zoom in masa cikgu kat depan kelas.

Setakat cikgu-cikgu joget-joget kat tiktok tu cuci mata je bagi diorang. Ini sekolah agama ye tuan-tuan dan puan-puan.

Aku takde pengalaman handle kes macam ni tapi disebabkan aku anggap budak-budak ni macam adik-adik aku sendiri (sebab aku dah tak jadi cikgu diorang)

Lagipun sekarang aku masih belum ada rezeki kerja, aku cubalah layan soalan budak-budak ni nasihat apa yang patut. Apa yang diorang buat tu salah. Diorang kena pandai pilih kawan. Kalau macam kes pak cik tu diorang sepatutnya boleh report polis.

Kadang aku baca balik teks dengan diorang ni, risau aku salah cakap, risau aku sendiri tergroom diorang na’uzubillahiminzalik. Sedih bila fikir macam tu tahap pemikiran diorang, mostly berorientasikan s3ks semata-mata.

Aku sedih fikir apa akan jadi dengan generasi masa depan? Apa lagi cabaran anak-anak kita akan hadapi nanti? Sampai situ ye susah hati aku fikir walaupun aku ni kawin pun belum.

Asalnya aku nak hold dulu isu ni sebab macam tak manis sembang bulan Ramadan benda-benda macam ni kan.

Tapi bila fikir balik maybe dengan perkongsian realiti ni kita boleh tumpang berkat Ramadan untuk sama-sama doakan yang terbaik demi institusi pendidikan, maruah serta generasi masa depan kita. Aamiin…

– Vee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *