Jadi Anak Dara Tua atau Berkahwin?

Assalamualaikum semua. Terima kasih kalau confession ini disiarkan.

Actually aku just terbaca cerita pasal seorang andartu berumur 38 tahun yang kesunyian dan sanggup bercinta dengan suami orang untuk mengisi kesunyian tu, (https://iiumc.com/andartu-monogami-atau-poligami/).

Satu sudut aku memang tak setuju dia percaya kepada lelaki yang langsung tak berniat serius ingin memperisterikannya dan aku rasa sikap itu agak naif dan tak cerdik.

Tapi aku ni walaupun dah berkahwin, tapi aku faham perasaan seorang wanita yang kesunyian tu, sebab aku pun pernah mengalaminya sebelum jumpa suami aku ni dulu.. Bercinta, putus, bercinta putus.

Dan memang aku sendiri pernah melayan suami orang, tapi aku bertaubat dah sebab benda tu memang tak patut, dan benarlah dari komen² kat situ, kebanyakan suami orang ni hanya nak test market saja. Dalam hati diaorang tetap ada anak bini.

Umur aku sekarang dah 30-an. Jadi memang aku boleh menarik nafas lega sebab dah bersuami. Memang perkahwinan ni banyak membantu aku dalam kehidupanku. Mungkin sebab aku jenis yang sukakan belaian dan pelukan hangat dari seorang lelaki.

(Tapi aku tak pernah buat benda hina sebelum kahwin ye). Aku nak cakap sini, aku sangat sangat memahami kengkawan yang tak kahwin lagi tapi umur dah lewat.

Fitrah manusia memang dijadikan untuk berpasangan, dan memang bila satu tahap dalam kehidupan, kita akan rasa memerlukan sangat pasangan.

Janganlah kecam bila seseorang itu kahwin sebab nak mengisi kesunyian, kerana memang fitrah manusia itu akan ada rasa kesunyian tanpa pasangan. (Kalau ada yang melangkaui fitrah ni, aku tak taulah).

Jadi aku memang memahami kalau ada kengkawan aku belum kawin lagi, aku pun nak jodohkan mereka. Tapi menjodohkan orang bukan kerja mudah, sebab terkadang kita pun tak mengenali perangai sebenar orang yang kita nak jodohkan itu.

Aku pilih suami aku ni, kerana serasi dari sudut pemikiran. Aku ada sijil pelajaran malaysia, dia ada SRP. Dari sudut pelajaran kami tidaklah tinggi sangat tapi alhamdulillah rezeki kami tetap ada lepas kahwin, dan PKP ni pun tak terasa terlalu susah untuk kami lalui.

Aku ada kenalan perempuan yang selalu bercerita tentang lelaki lelaki yang dia kenal, dari penceritaan dia, aku dapat rasa dia syok sendiri bahwa lelaki lelaki sekian berkenan kat dia.

Aku bukan terus menghukum, memang memula aku bersangka baik bahwa lelaki lelaki tu ikhlas, tapi bila aku tau dia saja yang asyik kena approach laki tu dan laki tu layan tak layan je, aku rasa fed up, kenapa dia masih nak tunggu lagi lelaki yang tak berkenan kat dia?

Aku dulu sebelum kahwin memang tak suka syok sendiri, kalau laki yang aku approach tu layan tak layan saja aku, aku terus blah dan lupakan.

Dan aku juga belajar tarik tali untuk tengok betul tak seseorang lelaki tu berkenan kat aku. Maksudnya, bukan kita saja yang selalu approach dia, hubungan ni kena ada 2 hala.

Bab berkawan dengan suami orang tu, aku tak salahkan orang seperti andartu dan lewat umur ni untuk approach suami orang. Aku faham sangat diaorang kesunyian dan memerlukan pasangan. Tapi memang tak baik kalau sampai buat rumah tangga suami orang tu berantakan.

Kalau betul nak suami orang, memula kena pastikan suami orang tu benar benar nak kahwin dengan kita, jika dah lulus yang tu, kena minta restu isteri dia dulu.

Kalau isteri dia memang tak redha, aku sarankan sangat kau orang tinggalkan je.sebab kita nak hidup ni kena clear jangan ada masalah ngan orang. Tapi sebaiknya jangan suami oranglah, better cari duda atau bujang terlajak.

Oh ya, suami aku ni bukan suami orang. Dan aku kahwin dengan dia dulu masa dia dah lama menduda. Jadi takde isu sangat.

Alhamdulillah Allah tidak jodohkan aku dengan suami orang, sebab aku memang tak mampu menghadapi kecaman masyarakat terhadap isteri kedua yang akan dianggap sebagai perampas.

Kalau nak ikhtiar cari jodoh yang baik baik, aku sarankan kau orang join jemaah NGO atau jemaah jemaah Islamik (jangan jemaah ISIS atau pengganas dah la).

Sebab bagi aku untuk cari jodoh kat portal cari jodoh adalah tak relevan. Sebab susah nak cari pemikiran yang sama standard dengan kita.

Kau orang join NGO atau jemaah yang serasi dengan pemikiran kau orang, mudahla cari orang yang sama level pemikiran. Tak salah pun buat macam ni. Bukanlah dinamakan tak ikhlas, tapi ni salah satu ikhtiar untuk kebaikan hidup kita dunia akhirat juga kan?

Aku sebenarnya nak menulis banyak lagi tapi dah letih. Tapi ni last pesanan aku untuk anak anak dara atau memana perempuan yang belum berkahwin, JANGAN CEPAT SYOK SENDIRI.

Jangan menunggu orang yang tidak mengingini kita. Jangan terhegeh hegeh dengan orang yang terpaksa dengan kita.

Saya doakan semoga yang belum berkahwin di sini bertemu dengan jodoh yang ikhlas menyayangi.

Kesimpulannya, untuk tajuk andartu atau kahwin ni, memanglah aku akan sarankan kau orang kahwin, agar hidup kau orang lebih lengkap dan bahagia.

Tapi kalau kau orang special case yang mana membujang kau orang rasa lebih baik untuk diri kau orang, itu tidak mengapa juga. Yang penting bahagia.

Ok wassalam. Maaf salah silap ulasan aku ni.

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit