Aku Mangsa Pedophilia

Assalamualaikum….

Sudah lama aku memendam cerita ku ini kerana aku seboleh-bolehnya tidak mahu ada yang tahu tentang kisah hidup ku. Tapi hari ini aku akan cuba meluahan apa yang berlaku dalam hidup ku agar dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat tertutamanya ibu-bapa di luar sana.

Aku El. Aku dari keluarga yang boleh dikatakan sangat mementingkan batas-batas aurat dan pergaulan dengan sepupu-sepupu, pakcik-pakcik dan ajnabi ku yang lain.

Malah, ibu bapa ku juga tidak pernah membiasakan aku memakai skirt atau seluar pendek sejak dari kecil. Bapaku juga seorang yang islamik dan ibuku juga seorang yang bertudung labuh. Aku mempunyai 7 adik beradik di mana aku adalah anak yang tengah dan anak perempuan tunggal.

Bapa ku berkerja di bidang professional dan ibu ku seorang suri rumah. Cerita yang aku bakal sampaikan ini adalah cerita yang membuatkan aku trauma seumur hidup hingga sekarang, malah apabila aku mendengar cerita ped0philia di luar sana hati aku turut merasa sedih dan perit.

Cerita bermula apabila ibu bapa ku membuat keputusan pulang tinggal di kampung bersama nenek dan datuk tiri ku atas faktor-faktor tertentu.

Pada masa itu, seingat aku umur ku baru menjangkau 5-6 tahun. Ibu ku sangat sibuk dengan urusan harian nya dengan adik-adik ku yang masih kecil dan dia terpaksa membuat semua kerja rumah kerana nenek dan datuk ku sudah tua.

Aku banyak menghabiskan masa dengan bermain sendirian atau menjaga adik-adik ku yang masih kecil.

Bapa ku juga seorang yang sangat sibuk di mana dia selalu pulang lewat dan sambung membuat kerja-kerjanya di rumah hingga lewat malam. Kami hanya berkesempatan meluangkan masa dengannya pada hari ahad.

Rumah kampung nenek ku sangat besar dan mempunya banyak partition. Ruang tamu rumah itu agak privasi (di mana hanya ada pintu gerbang kecil) untuk akses ke ruang lain dan jauh dari dapur. Datuk ku suka menghabiskan masanya menonton TV dan melepak di ruang tamu.

Nenek pula suka menghabiskan masa nya di satu lagi ruang tamu berhampiran dapur. Mereka berdua sememangnya bersikap dingin sesama sendiri dan suka bergaduh sejak dari dulu. Pada hari itu, aku sedang menonton TV di mana datuk ku membuka siaran kartun untuk kami menonton.

Seingat aku, pada masa itu aku bersama adik ku yang baru berusia 2 tahun. Sedang aku menonton TV, tiba-tiba datuk ku memanggilku untuk duduk di sebelah nya. Aku pun menurut.

Dia memberi aku mainan dan aku pun membelek-belek mainan itu di sebelahnya. Tiba-tiba aku sedar tangan nya menjalar ke dalam seluar ku.

Aku pun terkejut dan ingin bangun tapi dia menahan tubuh kecil ku dengan sebelah tangan nya lagi. Dia suruh aku bertenang kerana dia cakap dia hanya memegang dan tiada apa yang berlaku.

Sebagai seorang yang baru berusia 6 tahun, sudah tentu aku tidak faham dengan apa yang berlaku dan aku membiarkan perlakuannya tapi aku merasa sangat takut.

Aku memberitahunya yang aku berasa sakit tetapi dia cuba memujuk ak supaya menahan kesakitan. Selepas itu, aku berasa pedih pada kemalu4n ku terutamanya apabila membuang air kecil.

Pada suatu malam, ibu ku sedang melipat kain. Aku cuba ceritakan perlakuan datuk ku tapi ibu ku memarahi ku dan berkata aku mereka-reka cerita dan bercakap benda merepek. Jadi, aku pun tidak lagi bercerita tentang peristiwa itu kerana takut ibu ku memarahi ku.

Sejak dari itu, datuk ku sering mengambil kesempatan (dalam erti kata menc4bul tubuh aku) apabila dia mempunyai kesempatan dan dia beri amaran agar tidak memberitahu sesiapa.

Dia berkata jika ada orang yang tahu, ayah aku yang akan ditangkap polis. Aku menjadi takut dan kasihan pada bapaku dan aku tidak memberitahu sesiapa.

Setiap kali perkara itu berlaku, aku menahan kesakitan dan kepedihan tapi aku tidak tahu apa yang aku perlu lakukan kerana aku teringat amaran nya dan takut bapa ku di tangkap polis jika ada orang yang tahu.

Perkara itu berulang apabila datuk ku mempunyai peluang tertuamanya pada waktu siang kerana masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing tapi mula berkurangan sejak aku darjah 1 kerana aku bersekolah di siang hari.

Aku berasa sangat seronok ke sekolah kerana aku boleh mengelakkan diri dari datuk ku. Ku sangka kan aku hanya mangsa datuk ku, tapi tidak. Pada suatu hari, kami pulang ke kampung sebelah ibu ku kerana majlis perkahwinan adik bongsu ibu ku.

Biasalah, bila kenduri semua ahli keluarga akan pulang ke kampung memeriahkan majlis. Pada malam sebelum kenduri aku dan sepupu-sepupu lepak menonton TV di tingkat atas (hanya ruang tamu kecil).

Aku pun tak sedar yang aku menonton TV hingga aku tertidur di situ. Bila aku sedar, aku rasa ada tangan di dalam seluar ku.

Aku toleh dan aku nampak pakcik ku sedang tidur di sebelah ku dan hanya kami berdua berada di ruang itu. Aku bangun dan cuba lari tapi dia tersedar masa aku mengubah tangan nya dan dia menarik aku lalu menggomol dan menc4bul aku.

Aku berusia 7 tahun pada masa itu. Aku tak tahu apa yang aku perlu buat. Aku takut untuk jerit kerana takut aku di marahi ibu bapa ku. Jadi, aku membiarkan perbuatannya.

Sejak dari itu, aku takut untuk mendekatinya pakcik ku. Dia cuba untuk mencari peluang untuk mengulangi perbuatannya itu dan dia berjaya kali ke 2 dan itulah kali terakhir dia melakukan perbuatan terkutuk pada ku.

Sejak itu, aku cuba melarikan diri dengan pelbagai cara. Aku cuba cerita pada ibu ku sekali lagi tapi ibu ku memarahi ku sekali lagi kerana bercakap yang bukan-bukan malah ibu turut mencubit mulut ku. Aku jadi sedih dan tak tahu tempat untuk mengadu.

Berbalik padan cerita datuk ku. Pada suatu hari, ibu bapa ku pergi kenduri bersama nenek ku. Aku demam pada hari itu, jadi ibu bapa ku menuyuruh aku tinggal di rumah sahaja bersama 2 orang abangku. Datuk aku tiada di rumah pada waktu itu (aku tidak tahu ke mana mereka pergi).

Aku hanya tidur di dalam bilik atas kerana badan ku yang masih panas dan lemah. Pada masa tu, usia ku 8 tahun. Tiba-tiba, datuk ku muncul di dalam bilik ku.

Aku tidak tahu bila dia pulang dan aku tidak tahu ke mana abang-abang ku pergi (mungkin keluar bermain). Kali ni, datuk ku tidak lagi menc4bul malah dia cuba mer0g0l aku.

Aku tiada kurdat kerana aku masih kecil dan lemah kerana demam. Datuk ku membogelkan ku, menutup muka ku dengan bantal dan memegang kedua tangan ku dan menindih kaki aku dengan kaki nya.

Dia menc4bul seuruh tubuhku dan tiba2 aku merasa sangat sakit apabila ada objek keras menembusi kemalu4n ku lalu hanya menjerit sekuat hati.

Aku berjaya melepas kan kaki ku dan ak menendang datuk ku lalu aku lari ke dalam bilik mandi. Aku meraba kemalu4n ku dan ada tompok darah pada tangan ku.

Aku menangis di dalam bilik air kerana sakit dan takut. Aku bersembunyi di dalam bilik air hingga aku mendengar bunyi kereta bapa ku tidak beberapa lama kemudian.

Aku keluar dari bilik mandi dengan muka pucat dan hanya memakai kain basahan yang berada di dalam bilik mandi.

Ibu ku datang kepada ku dan memeriksa badan ku yang panas dan dia menyuruh aku mandi untuk menyejukkan badan. Mereka tidak syak apa-apa mungkin kerana aku memang tidak sihat pada waktu itu.

Aku nampak datuk ku tidur di ruang tamu (mungkin pura-pura tidur). Aku tidak memberitahu sesiapa dengan apa yang berlaku kerana aku takut di marahi dan trauma. kemalu4n ku berasa pedih terutamanya semasa membuang air kecil selama berhari-hari.

Peristiwa itu benar-benar membuatkan aku trauma. Sejak dari hari itu, aku sudah tidak berani tinggal di rumah. Aku akan keluar bermain di luar dan merayau-rayau sekitar kampung selepas pulang dari sekolah. Aku sering di marahi dan di pukul ibu ku kerana selalu keluar bermain hingga senja.

Rotan, getah paip, hanger dan lain2 dah serasi dengan tubuhku. Aku lebih rela dipukul daripada berada di rumah yang tidak selamat.

Aku tahu ibu ku sangat sedih kerana aku menjadi seorang anak yang sangat nakal. Aku juga meminta ibuku untuk memotong rambut ku menjadi pendek seperti lelaki. Alasan ku sebab nak pakai tudung, panas.

Ibu ku tidak syak apa2 dan menurut saja kemahuan ku. Aku relakan rambut ku yang panjang sampai ke pinggang di potong pendek seperti lelaki.

Aku juga sering di ejek oleh kawan-kawan kerana rambut ku yang pendek seperti lelaki. Aku juga berkelakuan kasar seperti lelaki dan memakai baju-baju abang ku dan tidak lagi memakai baju-baju perempuan.

Orang-orang kampung turut melabel aku ‘jantan’ tapi aku tidak pernah peduli. Aku rasa selesa dan selamat dengan imej aku seperti itu kerana aku fikir datuk ku yang tak pernah mengganggu abang-abang dan adik-adik leaki ku tapi hanya mengganggu ku.

Beberapa minggu selepas peristiwa itu, pada suatu malam aku menonton TV di bilik ibu bapaku, tak silap aku tajuk nya “Kes Juvana” di TV 3.

Cerita itu menceritakan tentang remaja yang di r0g0l bapanya. Aku seakan mengerti babak2 dalam cerita itu dan berasa ia seperti sama dengan apa yang berlaku pada ku.

Aku cuba bertanya lanjut pada ibu ku tentang kisah itu tapi ibu ku mengelak untuk bercerita. Dia berkata aku masih kecil dan tak perlu tahu tentang benda-benda itu tapi aku nampak si per0g0l itu di tangkap polis di hujung cerita.

Aku mula dapat memahami dan mendapat kekuatan dari cerita itu yang mengatakan bahawa datuk ku boleh ditangkap polis atas perbuatannya kepada ku.

Selepas itu, apabila datuk ku cuba mendekati ku, aku beri amaran kepadanya untuk lapor kepada guru ku dan polis. Datuk ku nampak takut dengan ugutan ku.

Apabila dia cuba mendekati ku, aku akan menggertak nya utk memberitahu polis dan aku menjerit nama sesiapa sahaja yang berada dirumah dan pura-pura mereka-reka cerita kenapa aku memanggil mereka.

Aku sudah pandai mempertahan diriku sendiri.

Tahun demi tahun berlalu, aku mula faham apa yang berlaku pada diriku apabila guru ku mula bercerita tentang r0g0l, aku mula mencari artikel-artikel berkaitan dan aku menyimpan dendam kepada datuk dan pakcik ku kerana memperlakukan aku sedemikian.

Pada hari raya jugak, aku cuba mencari alasan untuk tidak bersalaman dengan datuk dan pakcik ku.Aku akan pura-pura ke toilet atau ke mana sahaja pada sesi bersalaman.

Aku meneruskan perjuangan melindungi diri sendiri tanpa bantuan sesiapa sehingga lah pada suatu masa aku sudah berada di sekolah menengah, aku mendapat tahu pakcik ku diserang strok pada usia yang masih muda. Semua keluarga ku bersedih dengan berita itu tapi satu berita gembira bagi ku.

Tiada langsung rasa simpati di hati aku apabila melihat keadaanya. Pernah sekali kami berkesempatan berkumpul di rumah nenek sebelah ibu ku. Aku nampak pakcik ku di atas kerusi roda. Aku tersenyum puas melihatnya tanpa rasa secebis kasihan. Dia lumpuh sepenuhnya dan tidak dapat bercakap.

Dia cuba beritahu sesuatu kepada ku dan aku tahu dia cuba meminta maaf tapi aku tidak mengendahkannya. Aku juga tidak bersalaman dengan nya kerana rasa benci masih terbuku.

Ibu bapa ku tidak membantah perbuatan ku kerana dalam hukum, aku tidak boleh bersalaman dengan lelaki sebelah ibu ku. Tambahan pula, aku sudah baligh ketika itu.

Selepas itu, datuk ku pula terpaksa meninggal kan rumah bercerai pada nenek ku semasa mereka bergaduh. Satu lagi berita baik dan kemenangan untuk ku. Datuk tiri ku terpaksa keluar dari rumah itu kerana itu adalah rumah arwah suami nenek ku yang dahulu.

Datuk tiri ku merempat dijalanan kerana tidak ada seorang pun anaknya yang sanggup membelanya dan akhirnya kebajikan masyarakat membawanya ke rumah kebajikan. Datuk ku meninggal di sana beberapa tahun kemudian.

Aku berasa puas hati apabila mereka mendapat balasan setimpal di atas perbuatan mereka. Aku juga berasa lega kerana aku sudah tiada ancaman sesiapa lagi. Aku bebas dan semakin kuat untuk melindungi diri daripada perbuatan keji bernama insan paedophilia.

Ku sangka kan penderitaan ku berakhir tetapi tidak.

Satu lagi peristiwa hitam berlaku dalam hidupku di mana abang kandung ku sendiri cuba melakukan tindakan tidak senonoh pada ku pada waktu malam semasa aku sedang tidur tapi aku dapat melepaskan diri.

Abang ku seorang yang alim dan disayangi guru disekolah. Dia juga sangat di sayangi ibu bapa ku kerana paling pandai dan alim di dalam keluarga kami.

Aku memberontak dan memberitahu perbuatan abang ku pada ibu ku tapi ibu ku memarahi aku dan berkata aku memfutnah nya. Perkara itu di dengari oleh bapa ku dan bapa ku menyoal ku secara terperinci.

Aku pun bercerita tentang apa yang berlaku tapi kesudahannya bapaku menampar muka ku dan berkata aku cuba menjatuh kan maruah nya kerana menimbulkan kekecohan dengan bercerita perkara yang boleh mengaibkan keluarga kami. Tambahan pula, abang ku bakal menuduki peperiksaan SPM.

Ibu bapa ku tidak mahu prestasi pelajarannya terganggu dengan cerita aku. Ayah aku memberi amaran kepada ku untuk tidak mengungkit cerita ini lagi atau menceritakan perkara ini kepada sesiapa pun. Aku mula menyimpan persepsi negatif terhadap orang-orang alim dengan apa yang berlaku pada diriku.

Aku menjadi sangat berdendam dengan abang ku sehingga bertahun lamanya aku tidak bercakap dengan nya. Ayah ku sering memarahi ku kerana bersikap biadap dengan abang sendiri.

Aku turut berasa benci dengan ibu bapa ku yang tidak pernah membela nasib aku. Aku menjadi pendiam dan suka mengelak kan diri untuk berkumpul sesama keluarga.

Sejak itu, aku sering merayau-raya sendirian di shopping mall selepas waktu sekolah dan melihat remaja-remaja sebaya ku berdating dengan pasangan masing-masing.

Aku merayau-rayau melihat ragam remaja-remaja berseronok dengan dunia mereka. Aku memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang awal dari sekolah.

Ayah dan ibuku sering memarahi ku dan menuduhkan berperangai liar dan suka melepak di luar. Ayahku sering berkata aku cuba menconteng arang ke mukanya apabila ada penduduk kampung, jiran atau sesiapa yang mengadu pada ibu bapaku melihat aku berkeliaran dan melepak selepas sekolah.

Ayah aku berasa malu dengan sikap ku yang tidak menjaga maruahnya selaku orang yang dihormati di kampung itu. Aku tidak pernah peduli walaupun aku sering dimarahinya.

Walaupun begitu, dalam masa yang sama, aku belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat melanjutkan pelajaran di universiti supaya dapat tinggal berasingan dari keluarga ku.

Aku berasa tenang selepas abang ku melanjutkan pelajarannya selepas SPM di salah satu universiti tempatan. Aku berasa lebih aman tinggal di rumah kerana sudah tidak perlu melihat wajahnya.

Kemudian, aku turut melanjutkan pelajaran ku di salah satu universiti tempatan. Aku berasa lebih bebas dan enjoy dengan dunia ku sendiri bersama kawan-kawan. Abang ku juga akhirnya mendapat balasan setimpal atas perbuatannya di mana kesan nya berlarutan sehingga sekarang.

Tidak perlu la aku bercerita apa yang berlaku pada dirinya tapi sejak peristiwa yang menimpa abang aku,

Aku merasa kasihan dengan apa yang berlaku pada dirinya dan aku memaafkan perbuatan nya yang lalu walaupun aku tidak pernah memadamkan peristiwa hitam itu. Ibu bapaku juga menemui pengakhiran jodoh yang menyedihkan.

Seluruh penduduk kampung turut terkejut dengan apa yang belaku pada abang ku dan juga ibu bapaku. Aku juga turut bersedih dengan apa yang terjadi kepada keluarga ku tapi aku anggap ini adalah ketentuan Allah dan banyak hikmah disebalik apa yang berlaku.

Penduduk kampung jugak sudah mula memandang serong dan mula hilang rasa hormat kepada keluarga ku.

Aku tahu walaupun aku tidak mendapat pembelaan dari ibu bapaku, tapi Allah sentiasa ada melindungi diriku.

Dengan semua pembalasan kepada mereka yang pernah menyakiti ku, aku tahu dan yakin Allah itu maha mengasihani kepada hamba-hamba nya yang terainaya. Itu membuatkan aku terus kuat sehingga hari ini.

Aku kerap menangis seorang diri di dalam bilik apabila teringat dengan apa yang pernah berlaku sehingga lah sekarang. Aku dihantui kisah silap walaupun aku cuba sedaya-upaya melupakannya walaupun usiaku sudah menghampiri 40 tahun.

Aku menyembunyikan perasaan sebenar yang terbuku dalam hati ku dengan berpura-pura bergembira di depan keluarga dan kawan-kawan ku.

Aku bersyukur dengan perjalanan hidup yang Allah aturkan untuk aku tetapi aku tidak mampu melenyapkan peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup aku walaupun aku telah mencuba sedaya-upaya untuk melupakannya.

Aku juga menolak jodoh aku bersama orang yang aku sangat sayangi kerana aku merasakan diriku tidak layak untuknya.

Apa yang aku cuba nak sampaikan, peranan ibu bapa sendiri dalam melindungi anak-anak mereka agar anak mereka selamat berada di rumah. Banyak mangsa-mangsa paedophilia di mana pemangsa itu dari orang-orang terdekat di sekeliling mereka.

Aku yakin masih ramai kanak-kanak dan remaja-remaja yang mengalami nasib yang sama seperti diriku yang menunggu pembelaan dan perlindungan cuma mereka mungkin tidak mampu bersuara atau mereka ‘innocent’ dan tidak faham dengan apa yang berlaku ke atas diri mereka.

Sentiasa mendekati anak kita dan ambil tahu apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Dedahkan mereka dengan info-info penting dari segi penjagaan/perlindungan diri agar mereka tahu sejak dr kecil apa yang baik dan apa yang buruk.

Ambillah iktibar dari cerita ku ini untuk melindungi anak-anak anda. Bersikap lah terbuka dengan anak-anak dan ambil berat setiap apa yang di ceritakan oleh anak-anak,

Dan jadilah penderngar yang baik kerana setiap luahan mereka dan tindakan anda boleh menyelamat kan mereka dari perkara yang tidak diingini. Beri ruang untuk anak-anak anda berasa selamat untuk tinggal di rumah sendiri.

Utamakan keselamatan anak-anak kita berbanding maruah keluarga dan pandangan serong masyarakat.

Kepada mangsa-mangsa paedophilia di luar sana, terus kuat dan jangan mudah mengalah dan merosakkan diri sendiri ke kancah yang lebih teruk. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada dengan kita. Berdoa dan bertawakal padanya agar kita dilindungi-NYA.

Ingat bahawa balasan Allah itu pasti. Cuba cari jalan terbaik untuk membela diri kita jika tidak mendapat sokongan orang disekililing kita.

– El (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit