PEMALAS, APA ERTI HIDUP KAU?

Assalammualaikum,
Aku ade terbaca confession lately ni pasal pemalas takde kerja semua. Jadi aku terlintas nak bangkitkan issue ni.

Kenapa ye ade certain org mcm ni? Kerja tak nak. Duduk rumah, goyang kaki, tak sedar tanggungjawab?
Parents aku cerai masa aku form 3. Konflik start since aku darjah 6, mase tu dah start duduk rumah asing (Mak and ayah). Bende start bila ayah aku sakit. After tu kalau kerja, dia kate pening. Sampai setahun pening klau buat kerja. Duduk je la rumah, tidur, lepak2. Mak aku pulak pegilah buat kerja sikit2 nak sara kitorang 6 beradik. Kopek kelapa, hantar kuih kat kedai, kerja kat kedai bunga. Well yelah, belajar sampai form 3 je kan.

Sampai satu masa, mak aku dapat kerja jadi pelayan kedai makan kat kg. Start tu byk lah jugak duit dpt. Tiap2 mlm mak aku bawak mknn sedap2 dari kedai mkn tu. Ya Allah,mase tu gigih sgt mak aku carik nafkah untuk ktorang. Ayah? Penah sekali dia komen mak aku asik bwk mknn yang sama je balik rmh. Aku? aku takde perasaan sgt mase tu. Tapi bengang jugak la selalu takde duit.

Aku dok asrama mase sekolah mngh. Klau balik, mak aku suruh balik umah nenek. Kat rumah ayah xde mknn. Takde sapa msk. Balik asrama bkn ayah aku amik. Arwah atok aku yg dah tua tak larat dgn motor dia yang uzur tu amik aku. Aku tak tau la mana ayah aku masa tu. Tapi dia memang mcm tu pon, aku dr darjah satu kot pegi balik sekolah naik basikal. Panas ke hujan ke ayah aku tak kisah sgt. Beg berat ke tak ke mcm tu je la. Teringin gak nak parents hantar n amik mase balik sekolah, tapi susah sgt. Kalau hujan je la kot, tu pon kdg2. Mungkin family ktorg susah kot. Hmm. K2.Aku sedar diri.

Tak lama pastu, masa aku form 2, ayah aku dtg asrama. Aku sumpah pelik. Jarang kot dtg melawat aku. Aku selalu sgt dibagi hrpn palsu. Selalunya ckp nk dtg, sampai ke ptg tunggu, parents tak dtg sampai ke sudah. Sedih kot. Hari tu tetibe ayah aku dtg. Dia nangis giler2 kat aku ckp mak aku curang. Mak ade lelaki lain. Mak mintak cerai. Aku a bit expected jugaklah mak aku curang. Sebab start kerja mak aku pandai melaram. Beli make up, baju baru cantik2. Nenek aku penah ckp kat aku, mak kau start dah keje ade la jugak duit nak berhias2. Klau nak harap ayah kau bagi duit, memang selekeh je la mak kau tu. Aku admit jugak. Since mak aku keje, mkn pakai terpakai. Yuran asrama tak tangguh2. Klau mak aku x keje, yuran asrama selalunye ttunggak 2-3 bulan.

At last, ayah aku ceraikan je mak aku even sebenarnye dia syg lagi kt mak aku. Aku tah la. Bila ckp pasal cerai ni, aku takde perasaan. Ayah aku severe giler sedih dia. Dia tak dpt terima kenyataan smpai aku form 4 pon dia still ckp dia sedih sbb bcerai. Tapi at the same time, marah kat mak aku sebeb curang, menipu, bla3. Dalam hati aku, sape sebenarnye punca sume ni berlaku? huh. After cerai, ayah aku duduk dgn kakak dia. Dia keje jual air kat pasar. 2 kali seminggu kot jual air tu. The rest, lepak, tidur.

Nak dipendekkan cerita, mak aku kerje sampai skrg. Tak kawin lg. Skrg aku 22 tahun.Ayah aku dah kawin. 2 thn lepas kot. Umur isteri dia 5 tahun je tua ngn aku. Gaji 6k above. Dah ade sorg anak. Baby lagi tak smpai setahun. Ayah aku keje jual air setiap sabtu n ahad kat pasar. Start ramadhan ari tu, dia start sakit. Pengsan mase keje jual air tu. After tu kate pening klau buat keje. Aku pon iyekan je la. Sampai sekarang tak keje. Hmmmm. Duduk rumah lepak tidur. Anak anta nursery. Wife keje. Dah suruh check hospital. Dr kate okay, takde pape. Tapi bile buat keje, pening lagi. Belanja, bil air, elektrik, kereta import dr jepun beratus k++ pon wife dia byr. Aku expect something akan happened. Something that will be repeated again. Pandai2 lah korang assume.

Aku 6 beradik kalau tak start call ayah, dia tak akan call dulu. Harapan. Disebabkan dia tak call dulu, tanye khabar aku ke ape ke, so, aku call dia pon bile perlu lah. Bila duit tak de. Kalau nak tunggu dia masukkan duit ktorang 6 beradik? Tak suruh, sampai mati tak ade pape berita. Habuk pon takde. Dari situ lah, family belah ayah cop kitorang contact ayah bile nak duit je. Geram giler aku. Paling aku marah, 100% tanggungjwab dia letak kat mak aku.

Aku pantang giler org yang bg alasan, yang pemalas, yang tak btanggunggjawab. Aku tak tau la. Aku marah giler bile jumpe species pemalas ni. Klau kat u ni belambak jugak la aku jumpe species mcm ni. Sembang gempak, projek, event, bla3, post sane sini fb insta. Last2 keje org lain jugak buat. Stress giler aku.

Conclusion nye kat sini. Wahai si pemalas dan tak bertanggungjwab, tolonglah faham ERTI KEHIDUPAN. Kalau hidup nak berehat je, sila ke ………. Buat bakal yang nak mendirikan rumah tangga, check ur partner. Kalau tak hidup merana. Buat bakal yang jadi ayah ibu, didik anak2 supaya rajin dan bertanggungjawab, pegang amanah. Buat yg nmpak species biawak ni, tolong sedarkan sikit diri diorang tu.

Maaf saya tahu saya kasar. Maafkan saya. Assalammualaikum.

– miss z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Ayah tak selalunya bagus.
    Well. No reason to respect him selain daripada just a sperm giver yg melahirkan kau. (aku ambil kata2 Steve Jobs)

  2. Lepas tu ada yang akan kata buruk macam mana pun dia tetap ayah ko. Yang besarkan ko. Kalau dia takde, ko pun takde kat dunia ni. Ataupun bersyukur la ko ada ayah. Orang lain takde ayah kesian lagi kene menumpang kasih orang lain.

  3. Hm , nk digabungkan dgn kisah hidup org lain plak jadi cmni , kalau kite dapat kawin dgn partner yg rajin giler , siang mlm kerja , last2 bile kawin xde masa dgn anak , nk holiday xsempat sbb busy kerja , then tutt2 silap haribulan dia khwin dua , yelah sbb rajin Sgt n mmpu bt duit byk n mmpu tnggung lebih Dari satu isteri , so sama jela , bercerai berai jgk la family nnti , conclusion yg Dari opinion sy hanya , kalau dia pegang agama no1 , solat jaga , automatik kehidupan Alhamdulillah mengikut laluan betul , wallahualam , hnya pendpt :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *