Takdir Allah Indah

Assalamualaikum. Sebelum saya start bercerita, saya nak perkenalkan diri dulu.

Saya ni seorang lelaki. Saya berusia 26 tahun. Tinggi saya 185cm dan berat saya 68kg. Saya merupakan kacukan melayu cina kerana ayah saya berbangsa cina. Saya ni seorang pelajar jurusan undang undang. Dan saya anak tunggal. Cerita ni bukan untuk mengaibkan keluarga saya tetapi agar boleh dijadikan pengajaran ataupun pedoman untuk semua.

Keluarga saya ni boleh la nak dikategorikan dalam 'keluarga bermasalah'. Even masa saya still kanak kanak, saya dah biasa tengok tempat orang jahat. Tahu tempat orang jahat? Penjara. Ayah dah 2 kali keluar masuk penjara sebab kesalahan yang sama, mencabul anak dara orang. Banyak la peluang ayah nak cabul orang sebab ayah guard kat sekolah. School is supposed to be a safe place kan? But no kalau ayah saya guard. Mak saya pula .. Entahlah. Nak jumpa sekali dalam seminggu pun susah. Saya still ingat dulu kat sekolah, kawan kawan selalu ejek, cakap saya takda mak bapak. Sebabnya, report card saya selalu tak bertanda tangan, dalam borang pekerjaan mak ayah saya tinggal kosong, gaji mak ayah saya taktahu, dan bila cikgu tanya pasal mak ayah pun saya taktahu. Pernah sekali cikgu marah saya kerana dikatanya saya ni tak bagi kerjasama pasal mak bapak saya. So menyusahkan dorang nak isi dokumen itu ini. Bukan saya taknak cerita, tapi dengan usia saya yang still baru nak kenal dunia, saya memang taktahu. Duit belanja pun saya harap duit jiran sebelah yang simpati dengan keadaan saya. Dorang la yang beli baju seluar bagi duit makan semua dan perbelanjaan sekolah. Terima kasih sangat sangat.

Selepas tu, saya masuk sekolah menengah. Rasanya saya takpayah kot cerita macamana pandangan orang kat saya. Memang serong 360 darjah. Dorang cakap saya anak haram, sampai ada yang cakap saya ni takda mak bapak, jadi sendiri sendiri. Saya selalu kena buli kerana saiz badan yang kurus dan tinggi. So dorang gelar saya 'pokok getah'. Saya cuma ada sorang kawan sahaja nama Jie. Tu pun takde la rapat sangat. Sekadar hai hai bye bye. Dalam kelas saya duduk sorang sorang, rehat sorang sorang semua sorang sorang. Masa pj saya selalu duduk kat laman info sebab takda kawan nak main.

Tiga tahun berlalu.
Suatu hari masa saya balik, saya dikejutkan dengan jiran saya dah pindah. Rumah dorang kosong. Sampai sekarang saya taktahu mana dorang. So mak saya bagi saya kat makcik saya. Start dari sini la saya rasa macam duduk dalam neraka.

Dalam sebulan yang pertama saya tinggal dengan makcik saya, saya boleh nampak dia seorang yang agak tak mementingkan agama. Selalu bawa balik lelaki. Bukan sorang, ramai. Setiap hari lelaki lain lain. Tak kira bangsa agama semua dia bawa balik rumah. Terjadi depan mata saya sendiri adegan yang agak kurang senonoh. Tetapi dengan usia saya yang baru 16 tahun, saya tak berani nak cakap apa apa. Sampai la suatu hari, saya perlukan tandatangan dia untuk hal sekolah. Dia cakap kalau nak dia tandatangan, saya kena ikut semua perintah dia. Saya yang masih head full with puzzles bersetuju dengan segala syarat dia bagi. Dia menyuruh saya meniarap di atas katil dan ketika itulah saya diliwat oleh makcik saya sendiri. Benda ni tak jadi sekali tapi banyak kali. Boleh dikatakan setiap hari makcik saya minta dan saya cuma menurut. Saya takut, saya taktahu apa apa, jadi saya tak berani nak report kat sesiapa.
Suatu hari makcik saya disahkan menghidap aids, dan dia dimasukkan ke dalam pusat rawatan. Masa tu umur saya 17. Setahun lebih saya bergelumang dengan dosa bersama makcik saya. Saya buntu. Selepas makcik dimasukkan ke dalam pusat rawatan, saya dijaga baik di sebuah rumah kebajikan yang terletak di Damansara. Saya bercerita satu per satu kepada seorang kaunselor di sana. Dari situ la saya belajar solat, baca quran dan bertaubat. Dari situlah saya rasa disayangi dan pertama kali kenal istilah kawan. Alhamdulillah saya memperoleh 7A 1C di dalam peperiksaan SPM dan berpeluang menyambung pelajaran di UIA Gombak.

Sehingga kini saya taktahu mana mak saya, ayah saya, makcik saya. Saya sebatang kara. Kesian bakal bini saya nanti takda keluarga mentua hehe. Saya bercerita hanya untuk dijadikan pengajaran buat semua. Bukan untuk meraih simpati ok? Be good, Allah is always with us. Jangan pernah lupakan Dia dalam any situations pun. Dan Allah terima taubat hambaNya yang benar benar ingin beristiqamah ke jalanNya. Sama sama kita jadi umat Islam yang bertaqwa ya? Bukan acah taqwa hehe. Assalamualaikum dari saya ?

-Abdullah

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

154 Comments

  1. saya kompius, apa maksud makcik awak liwat awak? (gigih aku nak tahu ni lantaran tanak terus diselubungi misteri bahawa wanita boleh meliwat)

  2. Pengalaman mematangkan diri…dalam musibah pasti ada rahmat….jadi berfikir scra positif dn brsangka baik dgn Allah krn Allah sentiasa bersama sangkaan kita…dn Allah tidk prnah melakukan sesuatu yg sia2

  3. Life is like a wheel, up n down also like a see saw. But as a muslim, to be on the right paths is a must. Strong or weak is not the answer, but to stay strong is important. Allah will show u the way to follow. Just continue your journey, may be blessed by allah till end.

    • Skg korang suka laki xde mak. Besok2 lepas kau beranak, anak kau pulak nak kawen. Bini dia pon sama je mcm kau, suka lakinua xde mak.

      Jadi sebaiknya lepas korang beranak, cecepat la mati k. Bukannya apa, utk kesenangan kaum wanita di masa akan dtg jgk.

    • Hehe sy pun dlu mcm tu tp Allah akan hntar org yg trbaik utk kita . Alhamdulillah keluarga mertua terutama mertua saya antara org yg paling sy syg skrg .. mak mertua sy sama nama dgn mak sy , mnerima sy sama mcm anak sndiri , 7bulan sy dn suami bernikah mak sy mninggal , mak mertua antara org yg paling supportive , hari2 mnangis tp bila ada tmpat mluah Alhamdulillah sy redho .. hehe so jgn takut ye , mak mertua ni hadir utk mlengkap kan kita jgk , klu dpt mak mertua yg control2 tu msti sbb Allah nk didik kite utk jd isteri yg sabar .. gudluck ! Haha

    • Tak semua mak mertua jahat. Sy punya baik. Ipar2 baik. Selesa dikelilingi keluarga mertua. Duduk bersama setahun lebih pn xde masalah. Sebab mereka xpenah cr slh sy dan sy juga menerima seadanya. Sy harap sy juga boleh jd mertua yg baik suatu hari nanti. Supaya anak2 sy senang hati xserabut nk pilih isteri, suami ke mak sndri. Huhu

  4. Bro jom kawan. Send aku friend request. Sebab aku taktau sape kau haha. Kalau datang bangi hello aku. Ramai member aku budak uia dok bangi. Jangan malu malu. Kami suka berkawan. Don’t worry. Sekali kami kawan, kawan sampai mati.

  5. Btol ke cerita ni??? Lpas spm masuk uia gombak???? Pastu amek law….foundy law kt pj…mne dtg gombak….husnuzon…tukar course dri econs ke law….erm….btol ke cerita ni….jgn imaginasi sudah lh…

  6. semoga trus istiqomah dlm beribadat…insyaallah, segalanya dipermudahkn nt..peliharalah IMAN kt sebaiknya…semoga menjadi insan bertqwa dan berjaya dunia akhirat…

  7. Ad keraguan pada confession ni…

    SPM(7A 1C) *8 subjek j???* –> smbung kt uia gombak amek law *foundy law kt pj(tkr course kot econs ke law)*…mak cik liwat??? *bdak law x kan thu liwat tu camne*…..

    • Konfius sikit la.. Tula. Dia terlupa nak ckp pasal matrik uia ke? Lepas spm takleh terus masuk gombak. Hmm econs boleh eh. Atau dia lompat cerita. Spm 7 subjek minimum.. Bergantung klau nk add subjek. 12 max. Tp xsure requirement law mcm mana..

  8. Klu awk nk taw mana mk ayah awk..pe kata awk masukkan dlm surat khabar ke,usaha pe y ptot utk mcri mereka..doa,usaha n twakal..in sha Allah ..Allah tlg…pe y telah blaku ..ttp tlh blaku..moga masa y akan dtg,esok n strusnya ada sinar kegembiraan n bahagia utk awk…Allah maha penyayang n adil…kita xselamanya bduka..n jika gmbira pon,xkekal abadi..hnya akhirat y kekal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *