REPLY TO JANGAN AMBIL RINGAN KES BULI

Assalamualaikum dan ramadhan mubarak! Aku nak go straight to the point je. Tapi aku harap pembaca dapat faham point aku disini sebab ingatan aku dah samar-samar dah tentang hal ni.

Aku dulu membuli.

Ye, I was a bully. Masa tu dalam darjah 2 atau 3. Aku tak berapa ingat tahun bila tapi memang aku yakin aku ada membuli orang. Dulu aku ada ramai gang, kami akan sama-sama kumpul dalam kelas untuk buli sesiapa yang nampak "loser" pada mata kami. Ha, memang tak guna kan? Umur kecik lagi tapi dah membuli. Aku tak pasti sebab apa aku jadi macamtu. Mungkin sebab faktor pengaruh kawan? Atau faktor kakak aku suka mengutuk aku dekat rumah.

Tapi aku bersumpah pada Allah, aku menyesal sangat sekarang bila terkenang :( betapa zalimnya aku siksa mental rakan sebaya aku. Kalaulah boleh aku minta maaf pada semua orang yang aku dah buli, pasti akan aku buat. Masalahnya, aku langsung tak tahu/ingat nama dan siapa orang yang aku buli tu. Sekarang memori tu dah samar-samar, aku cuma ingat muka seorang budak ni je tapi memang tak tahu macam mana muka dia sekarang dan mana dia tinggal. Confession kau buat hidup aku rasa dihantui (padan muka aku) dengan dosa-dosa silam aku. Macam mana aku nak mintak maaf kalau siapa mereka pun aku tak ingat :( sekarang ni aku hanya mampu doa pada Allah jela supaya Dia lembutkan hati mereka yang telah aku buli utk maafkan aku.

Perancangan Allah itu indah, Dia takdirkan aku untuk pindah ke sekolah yang lebih baik, aku tinggalkan so called gang aku dan disitulah mulanya titik kehidupan baru aku sebagai budak baik. Namun, pada mulanya, aku masih jahat. Aku buli junior aku pulak, tulis surat yang dia ni hina la apalah. Tapi tak taulah kenapa, Allah tu Maha Penyayang, seorang kakak senior panggil aku dan bagitau aku semua ni silap. Aku pun akur dengan ikhlasnya, dan aku pun mintak maaf dekat junior aku. Alhamdulillah lepastu memang junior aku sangat baik dan manja dengan aku. Dia anggap aku kakak. Barulah aku sedar indah betul hidup berbaik-baik ni.

But, not long after that, aku masuk sekolah menengah. Aku start kawan dengan orang yang rebel, kuat ngumpat, perangai lama ni pun datanglah balik. Cumanya, aku jahat belakang-belakang mereka, depan mereka aku baik je. Aku tahu kalau korang baca ni. Mesti rasa benci sangat dengan aku. Tapi as I mention before, Allah tu Maha Penyayang, He knows His servants better. He knows that I can change to be a better person. Selepas aku naik form 2, aku dengan sukarela mintak maaf dengan semua yang telah dibuli diam-diam oleh aku. Oh, rupanya mereka tahu aku hipokrit… mestilah! Ingat diorang bodoh takde otak nak menilai orang? Aku dengarkan jela mereka kutuk-kutuk aku yang dulu. Biarlah, sikit pun aku tak terasa, apa yang aku dah buat kat mereka lagi teruk dari kutukan ni. Lepastu, mereka maafkan aku. Alhamdulillah up until now, mereka masih baik dengan aku, dan aku sikit pun takde khianat diorang lagi belakang-belakang.

Sampailah sekarang, aku sangat appreciate dan tak pernah underestimate seseorang. Sebab somehow, aku dapat rasa perasaan orang yang diperlakukan sedemikian. Tak bermakna kau tak pernah dibuli, kau takkan faham perasaan orang dibuli. Allah tu Maha Penyayang, Dia kasi semua kawan-kawan aku (even kat uia ni pun) bekas mangsa buli. Biar aku tahu siksanya hati dan perasaan mereka.

Untuk confessor yang pernah dibuli ni, bertabahlah. Aku tahu memang takkan dapat lupa kenangan pahit semua tu, ini based on luahan kawan-kawan aku. Every single bully scene mereka tu fresh lagi dekat otak mereka. Tapi you know what, it's good to remember those to keep you aware of not being fooled again, but please, don't live in it, okay? Itu semua perkara lalu. Carilah kawan-kawan yang baik, even it takes time. Jangan sesekali salah pilih kawan, takut terjadi macam aku yang dulu. Aku doa pada Allah semoga kau pertemukan dengan kawan seperti aku. Bukan apa, sebab aku sekarang sangat sensitif tentang perasaan kawan-kawan aku. Aku tak nak diorang disakiti lagi. Aku jaga kawan-kawan aku elok-elok. Beg dia rosak, aku bagi dia stok beg cantik tapi dah tak guna aku, dia lapar, aku belanja dia makan, dia sedih, aku dengar cerita dia sampai habis. Sebab aku tahu, semua ni takkan dapat dibandingkan dengan peritnya pengalaman lalu mereka. Key nya, cari lah kawan yang baik dengan keluarganya, solat tak tinggal, dan bukan jenis tunjuk bagus baik dalam hal amal ibadah mahupun akademik. Jangan cari yang luarannya baik saja, proses ini takes time. Kau sembang-sembang dulu dengan potential friend kau tu, tengok dia ada kutuk-kutuk stranger/belakang kawan kau ke tak. Kalau ada, jangan kawan dengan dia okay? Sebab takut pengalaman hitam kau boleh wujud balik bila kawan dengan orang mcmni.

Dan lg satu, jangan ingat hidup aku bahagia sangat sekarang ni. Aku dihantui dengan kisah lama aku yang pernah buli budak zaman sekolah rendah dulu. Subhanallah, aku harap mereka semua baik-baik sajalah lepas aku pindah. Takde dah kena buli lagi, hidup aman saja setelah aku pindah sekolah. Kalau aku kenal lagi mereka, dah lama aku mintak maaf kat mereka. Tapi apakan daya, nama sorang budak yang aku pernah buli pon aku tak ingat. Moga Allah ampunkan aku.

Maaflah kalau confession aku ni bersepah dan mungkin sebenarnya takde kena mengena dengan kisah si bekas mangsa buli tu. Cuma, lepas aku baca, aku terus teringat pada kisah silam aku yang sangat bitchy ni. Moga Allah lindungi kita semua dari orang-orang jahat dan dari jadi orang jahat. Aamin. Cik mangsa buli, stay positive ya. Allah jangan dilupa. Biarlah takda kawan pun, asalkan tak salah dalam memilih kawan. Takda kawan rasa lonely je, salah pilih kawan banyak dosa kau bakal menyusul. Jadi, bersyukurlah dengan Allah dalam apa-apa pun yang terjadi pada kita. Kenangan hitam pun, pasti ada terselit hikmah sebalik itu. Sekian, tamat suda ;)

– anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *