Mak, maafkan saya mak

Assalamualaikum terima kasih admin atas approving story aku ni.

Aku sebenarnya anak kedua bongsu, tapi sebab adik bongsu aku meninggal masa kecik, jadi aku sekarang jadi anak bongsu. Adik beradik aku semua dah berkahwin, cuma tinggal aku je yang masih single.

Ceritanya bermula masa bulan puasa tahun lepas, aku memang tak sebulu dengan kakak aku. Sebab bagi dia, dalam family dia lah yang paling hebat, sebab ada master in law. Dia yang paling baik konon nya dalam family. Dan dialah yang paling ayah sayang. Sebab dulu dia nak apa2 ayah akan beli walaupun mahal sekalipun. Masa nak berbuka tu, aku selalu mengalah dengan dia. Dia nak makan duduk sebelah mak aku, masa tu dia belum kahwin. Aku pulak masa tu baru je habis praktikal, nak juga bermanja. Time nak makan, dia nak ambil lauk, dengan sengaja dia saja habiskan lauk tu, asam pedas ikan pari. Sebab ayah beli lauk pun dah nak habis. Padahal, aku dah lama nak makan lauk tu, sebab ayah beli kedai tu jauh dari rumah. Kakak aku memang sengaja cari pasal sebenarnya, sebab dia iri hati bila ayah belikan aku kereta untuk aku. Itu yang menjadi puncanya. Jadi, malam tu, aku tak makan pun nasi, lepas makan kurma aku terus solat then keluar rumah. Sebab malas nak bergaduh. So, aku lepak dengan kawan-kawan lagi bagus.

Aku upload gambar lepak dengan kawan-kawan, terus dia mengadu dekat mak yang aku buruk kan dia dekat kawan-kawan aku. Sebab aku lebih rapat dengan kawan-kawan aku dari rapat dengan adik-beradik sendiri. Malam tu, aku kena marah dengan mak dengan ayah. Aku tanya dekat mak ayah aku, aku ni sebenarnya anak angkat ke? Jawapan akak aku dengan yakin, ye kau tu anak pungut, nama bapak je sama. Sekali aku yang kena penampar dari ayah aku. Malam tu aku tekad, aku nak keluar rumah nak cari kerja dekat luar.

2 hari sebelum raya, aku keluar rumah. Aku dah siap-siap beli tiket ke luar negara. Ye, aku pergi ke luar negara. Sebab pengalaman aku dulu pernah praktikal di negara orang. Sekarang ni, dah nak dekat setahun aku berada dekat negara orang, aku tau mak ayah aku ada cari aku. Tapi, rasa sakit hati aku masih berbekas. Pernah diorang tanya kawan2 aku, aku cuma send gambar aku dekat angah aku, itu pun beberapa kali. Cuma angah aku je yang selalu pujuk aku suruh balik. Itu pun sebab ayah selalu sakit. Kata angah, mak aku pun kadang-kadang menangis rindu aku. Sebab mak aku rasa bersalah selalu lebihkan anak dia yang sorang tu.

Aku mungkin akan balik nanti bila aku dah rasa tenang. Mungkin aku ni dah jadi anak derhaka, tapi bila aku terbaca status kakak aku yang tu, aku rasa tak perlu lah aku balik dulu. Sebab bagi dia, dia dah menang untuk segalanya. Doakan raya ini, akan jadi raya yang terindah buat keluarga aku di Malaysia.

Salam perantau dari anakmu, maafkan saya mak.

Saya nak bagitau mak, yang saya rindu mak dan ayah. Tapi kerana ego, saya tak mampu.

– Aku.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

104 Comments

  1. Balik la sblm terlambat. Nak tggu rajuk ko hilang baru nk balik? Kalau rajuk ko hilang, ko balik tp mak ayah ko dh x de ko rasa puas ke? Puas cuma dpt tgk batu nisan drng?kite anak. Mengalah la. Balik sblm terlambat. Ko rindu mak ayah ko, ko boleh balik jmpa drng lg. Sakit tau rindukan org yg x mungkin kita akan dpt jmpa smpai bila2 walaupun kite redah 7 benua. Aku doakan ko x terlmbat utk balik jmpa mak ayah ko.

  2. Peduli la kakak ko tu.. perempuan ni emosional lebih.. biar kelantak dia dgn perangai childish nye tu.. ko buat buta n pekak je kat dia.. ko g balik jenguk mak bapak ko tu… tuhan maha kaya.. satu hari nanti kakak ko sedor diri laa tu.. anggap je dia x matang pikiran walupun dia lagi tua dr ko

  3. Kalau ada kerja kosong kat sana, pm tepi.. Menteri asyik suruh keluar malaysia je.. Huhuhu.. Psl kes ngan family tu, kes kecik je tu.. Biasa la anak bongsu, ramai yg kat atas tu dengki..sbb tu aku beli benda, even hp pertama pn guna duit sdiri.. 2 tahun menyimpan duit nak beli hp(form4 dan form5).. Pc plak upgrade guna duit raya.. Moto beli ngan duit biasiswa.. Walaupn aku tahu, kalau minta je, mak aku mesti belikan.. Tp x nak ungkit mengungkit punya psl, usaha la sdiri..sementara mereka masih hidup, jagalah diaorg elok2.. Jgn menyesal bila diaorg da x de.. Apa sgt la menangkn abang kakak sdiri.. Biar la dia ngan perangai dia.. Buat bodoh sudah la..

    • Sabarlah dik ,akak pun ppuan bongsu tapi selalu mengalah ngan kakak2 akak. Paling sakit hati ,bila masing2 dah ade ank,ank akk umur 3 tahun masih pakai pampers n minum botol susu, kena marah ngan mak akak sebb tak ajar ank pergi tandas san mkn . Kakak akak ank die dah umur 7 tahun masih bergantung minum susu , sebb die jenis tak mkn dahtu tido mlm masih pakai pampers mak akak tak marah pun. Hu hu, byk lah di kalau nak citer..,

    • Aku plak klau mak aku mampu..aku x kisah la. Bhgn dia. Mslhnya famili kitorang ni peneroka felda. Duit kena potong tiap2 bulan dh separuh. Berapa ratus je yg ada kt tgn mak ayah aku? Kitorang adik beradik mmg bg mak duit utk keperluan diorang. Tp mslhnya mak aku labur semua duit kt si bongsu. Dh knp?

    • Kalau ikut tradisi sesetgh famili, contohnya family wife aku, anak bongsu wajib akan dpt rumah yg parents dia tgh duduk skrg ni.. Dunia ni x pernah adil.. Tu biarlah da harta dia.. Nak bg sapa pn, x kan kita nak kacau.. Tp x kan sbb benda camtu kita nak putuskn hubungan adik beradik.. Nak putuskn hubungan dgn mak bapak.. Kira ok lg dia g laburkn kat adik2.. Cuba bayangkn dia g labur duit tu kat skim cpt kaya.. Lps tu duit tu lebur camtu je.. Lg la x de faedahnya.. Parents aku pn bkn jenis berada sgt.. Anak 10 org semua masuk u.. Bayangkn byk mana guna duit.. Cuma bila aku masuk u, 8 org yg atas2 semua da kerja.. So, dah kurang tanggungan parents aku.. Byk sket dia bleh spend utk aku compare ngan time abang akak aku dl..

    • Tgok gaya awak bdak baik. N akak x ckp adik akak tu jahat. Tp x perlu la sebut knp. Akk ada sorang lg adik. Mak pun byk labur utk dia tp akk x prnh pun jdkn bg duit pd ank2 bongsu ni isu tp the way dia treat mak tu sgt sedih. Cakap tinggi suara, bentak2, mengarah mak suka2 ati. Hal rumah pun akk n adik beradik x kisah mak nk bg sapa. Sbb masing2 dh bli rumah. Bhgn dlm kebun pun akk x kisah mak ayah nk bg sapa. Xde pun org putuskn hubungan dgn dia. Tp klau dh x kerja tp tiap bln pergi melancong dgn feeling bacpackers..thailand la, jogja la, bali la, phuket la..dgn nk byr duit keta dia..ko rasa x melampau ke?

    • Hmmm.. Ada cerita yg lg sedih melibatkn family terdekat sy.. Bkn melibatkn anak bongsu.. Tp sgt2 teruk bg sy tindakan anak dia tu.. Tp mak dia still terima dia..sayang dia.. Slalu tolong dia.. Dlm 1 family, akan ada sorang yg jd favourite mak2 ni.. Walaupn slalu sshkn dia, still syg jgk.. Alasan dia, yg lain da berjaya.. Dia sorang ni kurang bernasib baik, apa salahnya dia tolong..

    • Mak mana x syg ank. Busuk2 pun tetap dia terima. Cuma kta sbg ank kna sedor diri. Wpun kita tau mak ayah kita mmpu, tp jgn selfish. Kena fikir juga mak ayah kita mungkin nk besarkn rumah ke..nk pegi umrah ke..ank2 lain bg duit utk keselesaan mak ayah.

  4. Dlu aku pun slalu mcm tu , gaduh skit rasa nak lari rumah , sampai mak aku dh fedup melayan perangai budak2 kami adik beradik yg asyik nak gduh je ..takdirnya Allah bg ak kawen paling awal dlm fmily aku ..so duk jauhla sbb ikot suami , tp xsangka baru kjap je aku nikah Allah pulak jemput mak ..skrang dh 8bulan mak xde ..ni first ramadhan tnpa mak ..sedih nye Allah je tahu ..so busuk2 dlm fmily tu maafkan jela , jgn sbb perasaan tu snggup ketepikan mak ayh ..nt menyesal ……….. hmm

  5. Wahh bestnya boleh p mai p mai ke lua negara mcm tu je. Mcm mne buat tu? Nak belaja2 p mai p mai ke luar negra mcm awk jgk…nmpk mudahh je. Tp ptptn tk setel lg cmne ni

  6. Hati hati. Buat parents sedih, menangis.. kita dpt rasa kesannya dlm hidup seharian. Abaikan kakak tu. Dia tak matured. Yang penting redha parents.

  7. Makan la ego tu banyak banyak.. kalau dah balik nanti mak ayah dah takda..ko ganti je la kasih sayang kat kakak ko tu..Bagi aku aku akan buat bodo..buat kakak ko tu tak wujud je dalam dunia ni.. biar dia lagi sakit hati..tapi aku takkan buat mak ayah aku mcm tu..sbb sekali hilang peluang jadi anak yang baik..mak ayah kau takkan balik lagi bila dah sampai masa. semoga dengan ego kau..bila kalau balik raya akan jadi raya terpilu tiap tiap tahun.. menyesal seumur hidup..sekian.

  8. Sy fhm perasaan awk mcm ne rs bila parent lebihkan sesorang dr kita..ibarat percayakan dia dr kita..tp buangla ego jauh2..wpon rs kecil ati,mereka sygkan awk…selalu tetapkan dlm ingatan yg parent kita akan pergi x kembali..sempatkah nk mta mff n berbakti pada mereka..luangkan masa sama mereka..jgn nyesal kemudian hari sbb kakak x guna tu..huhu baliklah sebelum tlambat..

  9. Awk blk jenguk mak ayh pas2 blk semula kt ngr yg awk tinggal 2.xpela blk kejap pn jd la.kakak awk 2 blm tua lg.nnt dia da tua da ad kt bwh baru dia tau langit tinggi ke rendah.tp spatutnye dlm istilah keluarga mak ayh awk xpatut lbhkn mne2 ank pn.sbb stiap ank ad kelebihan ad kekurangan.patutnye kne syg sama rata

  10. Alahai sedihnya kat mak ayah awk. Baliklah nak, baliklah sementara masih sempat. Kesian kat mak ayah tu, dyorang rindu kat awk sgt. Dyorang dah hilang sorang anak, jgn la bg dyorang tambah sedih fikirkan sorang anak dia buang dia n lari jd perantau. Ramai sgt org kat dunia ni yg dah takde mak ayah teringin nak mak ayah dia balik semula. Jgn disebabkan perbalahan dgn kakak, mak ayah awk jd mangsa. Baliklah.. Peluk ciumlah mereka sementara masih sempat. Tolonglah balik.. Book flight sekarang jugak please. Sy takut awk tak sempat, seumur hidup awk menyesal nanti, baliklah nak

  11. Kahkahkah…mcm kes aku dgn adik aku je. Tp jln cerita lain. Mcm aku…aku x jeles pun mak ayah aku blikn adik aku kereta. Sbb aku pun dh kawen dh ada kereta. Cuma aku ralat. Mak ayah aku peneroka bhai. Tiap2 bln harapkn duit sawit. Bila ada kereta ni, kakak aku la yg kna bg extra duit kt mak aku. Well..aku pun prnh blja jg. Aku bli motor guna duit ms jd cikgu gstt beb. Lpas tu adik aku pun suka pergi oversea tp masalahnya dia tak kerja. Fhm? Dia merambu sana sini paw duit mak ayah aku.

    Then sbnrnya adik aku tu psiko n jealous dgn aku. Smpi tahap dia reka2 cerita yg dia ada bf, study engineering (sbb laki aku engineer), study oversea. Smpi thp meninggal accident. Dia lupa aku lawyer, ada byk kaki utk access. Which aku dpt tau x wujud pun org nama si polan bin polan tu. Psiko x?

    Plus, bukan aku je tak bertegur dia. Abg aku yg atas aku lagi laa. Kiranya kitorang 2 je yg tunjuk btul2 yg kitorang menyampah dgn dia. Sbb paling besar..dia suka tengking2 mak aku. Dulu kecik2, boleh la fhm. Kecik2 lg laa..tumbuk2 mak aku klau nk brg. Nk kasut ke..ke basikal ke. Smua nk on the spot ok. Bndr tu jauh. Mak trpksa juga gi bndr sbb x tahan dgr dia melalak n kena tumbuk.

    To confessor, kalau ko ni adik aku…or mungkin bukan..ko patut cerita total story. Ko mmg ank org kaya ke bli kereta tu? Pergi oversea tu semua guna duit apa?

    Sorry la pd yg rs aku komen too harsh. Cuma pd aku confessor ni tak jujur.

  12. Dah dpt kete pun nak merajuk benda kecik smpai mcm tu sekali? Ingatlah…nti kita jg akan ada anak2 dan x msthil anak2 akan buat kita mcm tu pulak. Ms tu baru nak sedar ke? Ego x bw ke mn

  13. Haha bangang. Hal kecik je pon kau sanggup menderhaka. Luas mana pon bumi ni, jauh mana pon lautannya, tak bermakna bila kita tak dapat redha mak bapak. Tambah2 lagi buat mak bapak sedih dan risau. Kau tak amik IRK subject ke dulu? Puik.

    • Confessor ni sbnrnya ala2 kak hasanah. Hal lauk tu bukan mcm tu sbnrnya. Lauk tu sbnrnya ayam percik. Abg aku minta sikit..dia x bg. Mak aku ckp..bg la kt abg sikit. Pastu dia campak kt abg aku ayam percik tu. Abg aku kata, “xpe..xpe..mkn la. Tp aku igr ko buat mcm ni”. Bising la mak n bapak aku sbb gaduh dpn mknn. Dan dia x lari oversea pun

  14. Pulangla dik..xkemana kita hanya dgn ego.ego tu sombong.igtla dik..xmasuk syurga kita kalo ade sebesar zarah sombong dlm hati kita.carilah redha mak ayah..biarkan kakak kamu tu..x dinamakan kalah kalo kita yg mengalah..sbb yg judge seme nya adalah Allah kan..

  15. Ko xde masalah ngn mak bpk ko kan? Ko balik xyah jumpa kakak ko. Psal lauk pun ko boleh jdkn alasan spnjgn zaman. Nape x beli sendiri? Ank yg x bsyukur ko nih.

  16. Prob bila anak pdai mcm ni lar, mrk jd pendek akal hga sombong dg ibubapa sgup tinggalkn mrk saat mrk tua. Ilmu dunia setinggi mnapun tdk pnh sempurna jika tdk disertai ilmu akhirat. Bila ibubapa nangis rindukn anak, camner hdup ank nk berkat n rezeki mbawa ke syurga. Jgn pula bila mrk dah sakit teruk baru nk bkejar balik mta ampun, itupun jika sempat jumpa. Kpd confessor n luar sana, tdk ssh jd baik kpd ibubapa sb anda mmg ank yg baik, jd jgn ubah fakta itu. Baliklah raya thn ni dik….

  17. Kalau aku di tmpt kau, aku anggap kakak tu xwujud di mata aku. Biar la dia nak marah ke, dia kutuk atau buat fitnah sekalipun. Kalau mak ayah marah, buat bodo je la. Senyum je. Konfem hati diorang cair. Yalah, dr merajuk berlebihan dgn mak ayah sedangkn hti rindu

  18. jgn sbb ego kita lupa sape yg lahir n bsarkn kita dgn susah pyh nye..psal kakak tu biarkn je..bdoa moga Allah bukakn pntu hati dia utk insaf..jgn kerna ego akn buat kita nyesal seumur hdup..aku pn berada di situasi yg sama di mane ayah slalu lbhkn kakak..slalu menangkn kakak tpi kerna aku sygkn ke dua2 org tua aku..n mak slalu pjuk aku..aku telan semua sakit tu..setiap hari akn bdoa moga ikatan kkluarga kami xakan pnah pts meski pn bruk mane skap adk bradk kita sbb kita pn xsempurna..tlg lah pulang sebelum tlmbt…xrugi kita mtk maaf n memaafkn..kita ank yg harus mngalah slh or tak org tua kita..harap Allah lembutkn n bukan pntu hati awk utk pulang kepakuan org tua awk di bln yg mulia ni..

  19. Hurm aku pun kakak jugak tapi tak pernah terfikir nak dengki dengan adik sampai macam tu sekali tapi, ko kena balik jumpa mak ayah ko .. Kakak tu buat tak nampak je la dulu ..

  20. X kisahlah dlm citer ni saper yg slh..yg pnting sbg anak bkn salah kitapun..mengalah ajer..sbb kita anak..slagi mengembirakan hati mak ayah..dpt pahala tau..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *