Assalamualaikum semua & selamat hari Raya PKP 3.0. Harap admin sudi siarkan cerita ini..
Tahun 2021, Bulan Ramadhan baru-baru ni, aku bekerja di sebuah Bazar Ramadan. Bekerja sebab nak tolong makcik aku yang meniaga sebab nak cari duit lebih untuk menanggung kos perubatan anak nya.
Jadi sebagai pekerja, proses bermula dari buat kuih sebelah pagi hinggalah menjual kuih-kuih di bazar ramadan.
1. Tapak bazar ramadan.
Tapak bazar ramadan ni, sewa nya tidak mahal.. Sewa RM8 untuk bayaran pembersihan. Tapak ini dikendalikan oleh MPKK setempat. Tapi keadaan tak sesuai sangat.
Tiada disediakan paip air, hanya pasang barrier tape merah putih, kon, meja untuk anggota RELA yang menjaga pintu keluar masuk, parking ikut suka kat mana2 hingga sesak.
MPKK mohon tapak meniaga ni sekadar nak memenuhi kantung poket & kutip duit. Peniaga yang menyewa disini dalam 70 lebih orang.
2. Peniaga.
Rata-rata peniaga disini kebanyakan nya peniaga bermusim. Bulan puasa jer meniaga, bulan-bulan biasa tak meniaga. Jadi rata-ratanya peniaga baru yang mencuba nasib.
Kalau perasan, majoritinya adik beradik, sedara mara yang meniaga. Hujung sana abang dia jual roti john, hujung sini adik dia jual air balang. Tengah ni biras dia, selang dua khemah dua pupu dia jual lauk-lauk.
3. Perangai peniaga.
Sini plotnya bermula, peniaga-peniaga ni banyak yang tidak jujur, tak puasa, tak solat. Bukan majoriti, tapi kebanyakannya. Ada yang jual air balang, tapi tak puasa.
Taktik dia minum & makan dalam van, bawah meja yang bertutup dengan kain alas tu. Budak-budak muda yang meniaga air balang ni tak segan-segan minum & makan.
Alasannya penat, kering tekak menjerit-jerit panggil pelanggan. Tak pelik ker tengok peniaga ni segar bugar, tinggi betul tahap keimanan mereka tengok air balang berais-ais tu.
Ada yang tua pun tak puasa. Alasannya kalau puasa, buat juadah mungkin kurang sedap. Jadi kena makan dulu sebelum jual ke orang lain.
Makanan banyak yang recycle balik, ayam golek, ayam bakar madu, kambing black pepper, kalau tak habis mereka akan Simpan dan hangatkan balik hari esok.
Depan mata saya sendiri, dia hidupkan arang, panaskan balik atas bara api dan jual balik. Lauk-lauk yang boleh dijual balik mcm ikan keli berlada & ayam goreng.
Tapak bazar ni memang jauh dari kedai-kedai lain. Jadi mereka ni taknak tinggalkan khemah untuk pergi solat. Pasang khemah pukul 4pm, mula berniaga sampai la maghrib.
Pernah saya pantau waktu saya cuti solat (period), orang yang jual ayam bakar, air balang tak bergerak-gerak untuk solat walaupun dah nak masuk maghrib.
Makcik saya tegur peniaga-peniaga air balang untuk suruh pergi solat Asar. Selamba dia jawab “bukan urusan makciklah”. Makcik saya pernah nasihat supaya berpuasa tapi dia sengih mengejek pulak.
4. SOP kelaut.
Walaupun ada anggota RELA yang jaga kawasan keluar masuk, ramai yang malas beratur dan cross barrier tape merah putih belakang khemah peniaga-peniaga ni.
Siap bawak kawan-kawan melepak dalam van meniaga untuk makan minum. Berlindung sebalik kanvas, ada yang beli makanan khemah lain, makan terus disebalik kanvas tu.
SOP untuk pengunjung bazar untuk scan mysejahtera, tapi peniaga-peniaga ni tak scan pun sebab kami sampai awal dari anggota RELA.
Saya pernah persoalkan kepada anggota RELA tersebut berkenaan scan mysejahtera di kalangan peniaga-peniaga, dia cakap tak wajib sebab peniaga-peniaga ini orang yang sama je meniaga bulan Ramadhan ni.
Covid attack pengunjung je ker? Ermmm.. Pening nak bersoal jawab dengan orang macam ni.
5. Kebersihan.
Kebersihan memang out, seperti mana yang aku beritahu tadi, penganjur tidak sediakan paip air atau tempat basuh tangan. Jadi peniaga-peniaga hanya bawak bekas air sendiri untuk cuci peralatan, bekas-bekas.
Jadi anda sendiri boleh bayangkan bagaimana keadaan sebenar bazar ini. Basuh tangan dengan kerap seperti arahan KKM untuk mengelakkan jangkitan, hanyalah iklan sahaja..
Disebabkan tiada tandas berdekatan, ada yang buang air kecil (kencing) di celah-celah semak. Kemudian sambung meniaga macam biasa. Anda nilaikan sendiri..
Glove pun tak dipakai semasa mengendalikan makanan, penganjur dah beri guideline supaya pakai PPE semasa aktiviti penjualan dan penyediaan makanan, tapi berapa ramai yang ikut. Mujur face mask kena pakai waktu ni, itu pun sebab takut kena saman.
Ini saja penceritaan pengalaman aku pertama kali meniaga dan mungkin yang terakhir. Banyak lagi cerita tak berapa enak di bazar ramadhan ni..
– Mariamah Tijo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit