Budak sekolah agama dan Al Quran

Assalamu’alaikum. Jazakallah admin sebab sudi post confession aku yang agak panjang. hehe
Tajuk bunyi macam sinonim sangat kan. Haha. Biasanya kalau budak sekolah agama nih mesti dah reti mengaji, reti baca alquran. Tapi cerita aku lain. Jauh menyimpang dari kebiasaan. Biasalah jenis pelik selalu je wujud dengan benda yang tak munasabah dan selalu dikencam. Haha

Aku masuk sekolah agama mula dari tingkatan satu lagi. mestilah kalau bab masuk sekolah agama aku paling ingat my very best friend yang sangat beria mengajak aku join sekaki masuk sekolah tu. Walaupun dia tak ingatpun yang dia pernah mengajak tapi aku akan ingat sampailah aku mati. Terima kasih Awaa!

Bila masuk sekolah agama subjek alQuran dan arab wajiblah ada. Dengan segala huruf berpintal tu aku kena baca dan kenal. Kalau tak macam mana nak jawab exam? Macam mana nak menghafal alQuran ikut silibus subjek? Dan macam mana nak tulis khat? Jadi aku hadam telan semua huruf tu with love and hate relationship. Bukannya aku langsung tak pandai baca arab atau mengaji. Aku pandai je tapi tak berapa mahir sangat. Tajwid tak payah sebut bila mengaji. Bukan lintang pukang tapi tak nampak bayang pun. Perfectly fail! Surah surah dalam quran kecik pun dah kelaut sebab malas nak baca quran. Bila mak suruh mengaji aku malas. Bila naik sekolah menengah mulalah malu nak gi mengaji. Pemikiran masa tu kalau gi mengaji nih layak bagi budak sekolah rendah ngan tadika je. Yang dah sekolah menengah nih boleh baca kat rumah je (itu pun kalau baca la).

Macam aku cerita dari awal tadi yang kalau sekolah agama nih memang orang akan ingat kita nih dah pandai baca quran tajwid semua mesti tiptop. Silap silap ada lagu taranum lagi kau. Termasuk lah pandangan kawan aku terhadap aku. Bagi aku tak reti baca quran nih bagaikan aib besar kalau orang tak tahu. Korang bayanglah selama lima tahun sekolah agama aku merangkak baca quran. Yang kena hafal tu takde masalah sebab kita ada masa nak lancarkan hafalan. Tapi kalau kena tasmi’ depan ustaz ustazah dengan betulnya bacaan surah, sebutan makhraj dan tepatnya tajwid, memang rasa nak menangislah. Malu tak payah cerita. Naseb ustaz ustazah tak jaja cerita aku. Haha. Nak di jadikan cerita masa form 2 aku kena tasmi’ depan Ustaz. Dekat nak mati aku rasa sebab duduk depan ustaz bagaikan membuka pekung di dada mendedahkan keaiban diri. Bila habis tasmi’ ustaz dengan lembutnya menegur aku supaya rajin baca quran dan belajar tajwid (Ustaz nih garang gila sebenarnya). Masa tu memang nangislah dalam hati. Terus berazam nak balik mengaji rajin rajin. Bila keluar bilik tu ada kawan tegur actually dia perli sebab dia dengar aku baca gagap dan ustaz banyak betulkan. Sakit hati tu sakit la jugak sebab kena nganjing masa tu. Tapi yang benarnya khilaf aku sendiri sebab jenis malas nak belajar agama walau dah sekolah agama. Haih!

Bila naik upper form, masa tu form 5. Satu lagi kejadian berlaku dengan ustazah yang mengajar pendidikan agama islam. Masa form 5 tu kami kena hafal surah Yaasin. Kalau hafalan memang ada masa nak hafal. Takde masalah. Tapi evaluation oral test tu sekali dengan tajwid. Sekali lagi aku lingkup. Aku seorang je yang ustazah suruh buat dua kali oral test. Kata ustazah dia tak percaya markah yang dia bagi kat aku masa first test sebab sikit sangat. Haha. Teruknya masa tu. Satu kelas dengar kot. Memalukan kaum!

Menginjak ke tahun di university makin jauhlah aku dari Quran. Kalau di sekolah dulu ada subjek Quran dan usrah as aremainder untuk baca Quran rajin rajin sikit. Tapi kehidupan university sangat membawa aku jauh dari Quran dalam hidup seharian. Biasalah takde nak usrah mana dan pastinya takde subjek agama dah kos pun liberal. kisah masa di uni paling aku ingat bila ada seorang felo minta aku mengajar anak anak dia yang aku rapat tu mengaji alQuran. Huish. Malu derr. Siap suami dia lagi sokong suruh tanyakan availability aku. Minta maaf Puan saya bukan guru yang faqih dan fasih. Saya munafik. Kalau kira kawan kawan lain lagi hebat tajwidnya. Pernah mengaji dengan kawan aku yang gaya ala-ala rock sikit, asyik kena tegur je sebab salah tajwid. Hai malunya.

Tahun tahun akhir di uni aku try jugak tanyakan rumah rumah mengaji sebab memang nak mengaji berguru. Lupa nak bagi tahu. Aku khatam Quran masa aku tahun ke 2 di uni kalau tak silap. Masa bulan puasa tu aku pulun kaw kaw supaya khatam. Tajwid memang tak wujud lagi masa tu. Basic ada tapi kalau dah mengaji semuanya nak cepat. Biar salah tajwid asal khatam Quran. Haha teruk gila.

Sejak peristiwa khatam Quran tu aku dah rajin baca Quran. Sikit la. Boleh kata tiap tahun bulan puasa memang aku akan pulun sampai habis. Tak kisahlah guna teknik mana sekalipun, ODOJ ke hape ke. Bila habis degree aku sambung master. Di takdirkan masa gi melagha kat café hiptstur aku perasan yang ada satu kelas mengaji free masa weekend. Tak semena aku terluah kat kawan aku yang aku nak gi mengaji then dia setuju. Jadi kami pun pergilah mengaji kelas free. Baca balik muqoddam. Betulkan cara sebut huruf dan belajar balik tajwid. Pendek kata back to basic. Masa pergi mengaji tu sekalipun aku tak pakai tudung labuh. Aku pakai tudung biasa tak pun shawl sebab nak ustazah tu low expectation. Haha. Actually malu dengan diri sendiri sebab bertebaran dengan tudung labuh tapi ilmu alQuran dah expired plus tak update langsung.

Masa sekolah ye ada subjek alQuran yang mengajar tajwid dan bacaan tapi sebab malas dan selalu main main dalam kelas aku ketinggalan. Sekolah tu bagi aku ialah syurga ilmu akhirat. Ustaz ustazah sikit pun tak lokek nak mengajar tapi aku nih jenis malas gila dan derhaka. Maka jadilah aku defected product of sekolah agama. Haha *nangis*

23 april 2016 hari tu Alhamdulillah habis dah buku muqoddam aku. Dan next week boleh baca Quran besar dah. Aku memang respect dengan makcik makcik yang dah tua, yang dengan anak anak keciknya datang nak belajar mengaji. Kita yang muda takde anak lagi mata cerah bersinar lagi malas nak mengaji. Malu? Okay belalah malu hang tuh. Hiduplah dengan kejahilan pasal agama sebab malu. Huh! Kalau kira sepanjang hidup nih Allah asyik duk ngajak aku supaya belajar mengaji tapi alasan terlampau banyak sangat sampai rela hidup dalam kejahilan. Astaghfirullahal’azim. Bila fikir balik asal lah aku nekad nak hidup macam tu dulu. Naseb baik Allah tutup aib aku rapat rapat. So guys, jangan malas malu dan rendah diri nak belajar alQuran. Tak kisahlah sekolah agama ke tak sebab alQuran dan ilmu tu milik Allah. Pastilah Allah akan tolong dan merahmati hamba hambanya yang nak belajar ilmuNya. Sampai bila nak hipokrit reti mengaji wahai anda yang beragama islam? Kalau tak mula dari sekarang kapan lagi dong?

– exsekolah agama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Haha baguslar ada usaha untuk mengaji balik. Pernah baca satu kisah di mana kubur seorang pakcik ni bersinar walaupun dia tak pandai baca quran. Rupa2nya dia menangis setiap malam dan berdoa supaya dia pandai baca quran sambil memeluk quran.

    Semoga awak pom istiqamah dalam membaca quran ye

  2. Selamat datang ke agensi Dating Asia! Kami adalah agensi cangkuk yang eksklusif yang menyediakan kelas tinggi lelaki & wanita pengiring, mumia gula, gula daddys, lesbian dan gay di Kuala Lumpur, Labuan, Sarawak, Penang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Terengganu, Perak, Sabah, Perlis, Kedah, Kelantan dan Singapura. Kami wanita cantik disediakan untuk kedua-dua panggilan di pangsapuri yang selesa dan outcalls yang melawat anda di hotel atau rumah mereka. Agensi Dating Asia mengalu-alukan anda 24 jam, setiap hari dalam seminggu. Anda akan kagum pada pilihan tempahan eksklusif Hookup di Malaysia dan Singapura untuk kegembiraan dan keseronokan anda. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pelanggan kami dengan pengiring lelaki & perempuan yang baik-baik saja, mumia gula, gula daddies, lesbian dan gay persahabatan dalam suasana yang mesra, baik kadar dan pelbagai jenis gadis yang amat seksi dan panas dengan gambar yang tulen. Kami mempunyai rangkaian berpengaruh indah MUMIA/DADDY/LESBIAN/GAY/terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, ahli politik, Eksekutif, wang beg personaliti Perniagaan, pemilik hotel dan emas lelaki dan wanita, dan kami telah mumia berpengaruh gula yang menjadi antara orang-orang untuk mendapatkan sambungan eksklusif kami. mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka. Kami ada gula mumia seluruh Malaysia yang sanggup mewah wang anda (whatsaapp +601131941710) di Asia DATING agensi anda boleh bertemu dengan wanita muda yang berlainan jenis: perang, Awek, si rambut coklat, kedua-duanya, Slim, Asia pengiring, sebahagian daripada mereka bekerja hanya untuk pengiring kami agensi eksklusif, anda boleh mereka bertemu hanya di sini. Untuk kemudahan anda, anda boleh mencari pengiring oleh lokasi Malaysia dan Singapura.
    Dapatkan berkaitan Hookup dengan mumia gula dan mendapat RM1, 000 hingga RM4, 000 PER malam
    NOTA: PEMOHON MESTILAH BERUMUR 17 TAHUN KE ATAS
    MUMIA BERUSIA 32-50.
    (WHATSAPP +601131941710) untuk sambungan segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *