Ramadhan Titik Perubahan

Assalamualaikum iium confessions readers….
Thanks admin aprrove this post.

Aku seorang hamba Allah yang sedang belajar untuk menjadi lebih baik. Targetku pada bulan Ramadhan tahun ni, aku nak tinggalkan segala perkara-perkara yang melalaikanku.

Ceritanya begini, kira-kira 2-3 tahun lepas, aku terjebak dengan fenomena yang melanda Malaysia. Mungkin agak ketinggalan berbanding remaja2 seusiaku, namun perkara itu cukup memberi kesan yang mendalam kepadaku. Aku terjebak dengan fenomena running man. Banyak masa yang kuhabiskan untuk menonton video2 running man, terutamanya episode2 terdahulu.

Kisah itu tidak berakhir di situ, aku juga terjebak dalam dunia kpop kira-kira 7 bulan yang lepas. Aku berjaga sehingga lewat pagi pada setiap hari semata2 ingin menonton video2 artis pujaan. Masaku banyak dihabiskan dengan smartphone dan laptop. Al- Quran semakin jarang kubuka. Solat juga dilakukan di penghujung waktu serta disudahkan dengan pantas semata-mata ingin menonton video2 tersebut.

Sebulan sebelum Ramadhan menjelang, aku terfikir, tidakkah aku menjadi fitnah kepada agama ini? Tidakkah aku menjadi fitnah kepada Islam? Aku seorang muslimah bertudung labuh namun apakah akhlakku juga seriring dengan pakaian yang kupakai? Apakah aku boleh menjadi contoh kepada muslimah2 lain sekiranya mereka mengetahui hakikat sebenar diriku ini? Persoalan-persoalan ini banyak membelengguku.

Persoalan-persoalan ini mula menghantuiku apabila kawan baikku sendiri (A), banyak menghabiskan masa di luar rumah. Pulangnya juga sehingga lewat malam. Apabila ditanya, katanya dia sudah punya seorang abang angkat. Seorang suami orang. Perlakuannya yang berubah 360 darjah menyedihkanku. Dia sering ponteng kelas, tidak menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah dan dia juga semakin menjauhkan diri daripadaku.

Aku sering menegurnya tentang pergaulannya dengan abang angkatnya. Hal ini kerana, aku lihat semakin kurang batas antaranya serta abang angkatnya. Perkara ini juga menjadi buah mulut orang-orang sekitar yang menyaksikan perlakuan mereka. Di hadapanku sendiri, A meluahkan rasa sayangnya kepada abang angkatnya. Katanya, abang angkat itu sudah dianggap sebagai abang kandung sendiri. Aku faham, dia kekurangan kasih sayang seorang lelaki kerana ayahnya meninggal semenjak dia masih kecil. Apabila hadir lelaki yang memberi sedikit perhatian kepadanya, dia merasa kekosongannya terisi.

Semenjak daripada aku menegur A mengenai pergaulannya dengan abang angkatnya, dia semakin jauh daripadaku. Bicaranya juga semakin kurang denganku. Aku keliru. Apabila bertanya, katanya dia tiada menyimpan apa2 perasaan kecil hati di atas teguranku. Namun semakin lama, dia semakin menjauhkan diri daripadaku. Setelah kurisik daripada teman-temannya yang lain, baru kutahu puncanya. Puncanya adalah, aku menegur A mengenai pergaulannya dengan abang angkatnya namun tidak menegur rakan serumahku yang lain yang sering keluar berdua dengan teman lelaki masing-masing.

Sejak berlaku perubahan pada perlakuan A , hampir setiap hari aku berdoa serta memohon pada Allah agar dikembalikan rakanku yang dahulu, rakanku yang taat kepadaNya serta sangat mengambil berat dengan sahabat-sahabatnya. Setelah kurasakan masalah ini tidak dapat kuselesaikan sendiri, aku mengadukan masalah ini kepada ibuku. Ibuku menasihatiku agar tidak jemu mendoakan agar A ini kembali berubah, sentiasa menasihatinya serta jangan berhenti daripada bersahabat dengannya. Ramai rakan-rakanku yang lain yang semakin menjauhkan diri dengan A kerana perlakuannya yang jauh berubah berbanding dahulu. Ibuku berkata, mungkin ini adalah ujian dalam persahabatan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ibu juga menasihatiku agar aku memperbetulkan diri dahulu sebelum menasihati orang lain. Mungkin aku merasakan aku tidak pernah berbuat kesilapan, tidak sedar akan kesilapan yang kulakukan dan asbab itulah Allah menutup pintu hati A daripada menerima nasihat yang kuberikan.

Setelah memikirkan nasihat yang telah diberikan oleh ibuku, aku tersedar akan satu hal. Aku sering menasihati A agar menjaga perlakuannya dengan lelaki, agar sering menundukkan pandangan namun aku juga tidak mempraktikkan nasihat yang telah kuberikan kepada A. Mungkin secara fizikalnya, aku seorang gadis yang pemalu, yang sukar untuk berkomunikasi serta berkerjasama dengan lelaki serta yang sering menundukkan pandangan apabila bertemu lelaki namun hakikatnya jauh sekali. Sejak terjebak dengan dunia running man serta kpop, pandanganku semakin tidak terbatas. Aku sering menonton video2 artis pujaanku di youtube. Hanya di alam realiti aku menundukkan pandangan namun di alam maya, aku tanpa segan silu memandang lelaki-lelaki ajnabi bagiku. Aku tersentap apabila tersedar akan kesalahanku ini.

Bertitik tolak daripada itulah, aku cuba untuk berhenti daripada terus tenggelam dalam dunia hiburan itu. Namun, ianya amat sukar untuk dilakukan. Tidak dinafikan ada kebaikan yang kuperoleh daripada kpop dan running man namun mudaratnya jauh lebih banyak. Bermula daripada awal Ramadhan yang lalu, aku telah membuang segala file2 video korea yang kumiliki. Namun, aku masih tidak dapat berhenti daripada segala pengaruh hiburan korea tersebut di laman-laman sosial.

Tujuanku menulis confession di sini adalah untuk memohon agar kalian dapat mendoakanku agar dapat istiqamah dalam perubahan ini. Hal ini kerana, aku pernah terbaca bahawa Allah tidak akan menolak doa daripada seorang muslim kepada saudara muslimnya yang lain. Aku masih dalam proses perubahan, masih tidak dapat meninggalkan tabiatku ini secara keseluruhan tetapi aku akan terus berusaha menyibukkan diriku dengan perkara yang bermanfaat untuk menjauhkan diriku daripada hiburan duniawi ini.

Bantulah aku dengan mendoakan aku agar dapat kuat dan terus istiqamah dalam melakukan perubahan ini, doakanlah aku agar aku dapat menjaga akhlakku agar seiring dengan pakaian yang kupakai serta doakanlah aku agar aku tidak menjadi fitnah kepada agama ini.

– Pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sbnrnya sis cuma perlukn disiplinkan diri je bab2 sampingan sprt kpop atau hobi tu. Pastikn sis bg setel perkara WAJIB yg lebih penting. Jdkan kpop tu sbg smpingan wktu senggang atau reward utk diri ke. Jgn jadikn ia keutamaan. Sis jd begitu sbb bru berjinak atau bru knal perkara baru, mujur sis sedar awal. Berhibur xsalah asalkn xlagha la.

    Bab teguran pd shbt, sbnrnya its depend on our personality. Terkdg personaliti kita xngam dgn jiwa org yg kita nak nasihat. Dan satu hakikat yg sis perlu tahu, org yg mabuk cinta walaupun dia ada kesedaran utk tny pndgn kita, tp akhirnya dia tetap akn pilih nafsu. Jadi sprt kata mak sis tu, jgn berhenti berdoa semoga Allah beri petunjuk.

    Wallahualam sekadar pndgn ;)

  2. rasanya baru nak layan runningman.. dulu selalu layan runningman n kpop movie sebab bosan.. skrg dah xlayan sebab runningman tu dah membosankan.. ada baiknya kurangkan dengan membaca.. membaca alquran lagi baik.. sebab layan kebnyakan sebab bosan bertukar minat.. ataupun cari aktiviti y menghilang kebosanan itu..

    about kawan tu ada baiknya beristiqomah berdoa untuknya sebab abg angkat A suami org.. ini agak tidak baik untuk masa depan.. baik pikir nasihat terbaik sebelum terlambat.. memula abg angkat nanti dah terangkat sudah terlambat..
    semoga beristiqomah..

  3. pernah dgr kata sorg ustaz, sebelum nak bercucuk tanam, kena bersihkan ladang dari semak samun.. sama juga sblm nak tanam iman, kena bersihkan diri dr perkara2 lagha… terima kasih confessor.. nasihat utk sy juga

  4. Selamat datang ke agensi Dating Asia! Kami adalah agensi cangkuk yang eksklusif yang menyediakan kelas tinggi lelaki & wanita pengiring, mumia gula, gula daddys, lesbian dan gay di Kuala Lumpur, Labuan, Sarawak, Penang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Terengganu, Perak, Sabah, Perlis, Kedah, Kelantan dan Singapura. Kami wanita cantik disediakan untuk kedua-dua panggilan di pangsapuri yang selesa dan outcalls yang melawat anda di hotel atau rumah mereka. Agensi Dating Asia mengalu-alukan anda 24 jam, setiap hari dalam seminggu. Anda akan kagum pada pilihan tempahan eksklusif Hookup di Malaysia dan Singapura untuk kegembiraan dan keseronokan anda. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pelanggan kami dengan pengiring lelaki & perempuan yang baik-baik saja, mumia gula, gula daddies, lesbian dan gay persahabatan dalam suasana yang mesra, baik kadar dan pelbagai jenis gadis yang amat seksi dan panas dengan gambar yang tulen. Kami mempunyai rangkaian berpengaruh indah MUMIA/DADDY/LESBIAN/GAY/terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, ahli politik, Eksekutif, wang beg personaliti Perniagaan, pemilik hotel dan emas lelaki dan wanita, dan kami telah mumia berpengaruh gula yang menjadi antara orang-orang untuk mendapatkan sambungan eksklusif kami. mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka. Kami ada gula mumia seluruh Malaysia yang sanggup mewah wang anda (whatsaapp +601131941710) di Asia DATING agensi anda boleh bertemu dengan wanita muda yang berlainan jenis: perang, Awek, si rambut coklat, kedua-duanya, Slim, Asia pengiring, sebahagian daripada mereka bekerja hanya untuk pengiring kami agensi eksklusif, anda boleh mereka bertemu hanya di sini. Untuk kemudahan anda, anda boleh mencari pengiring oleh lokasi Malaysia dan Singapura.
    Dapatkan berkaitan Hookup dengan mumia gula dan mendapat RM1, 000 hingga RM4, 000 PER malam
    NOTA: PEMOHON MESTILAH BERUMUR 17 TAHUN KE ATAS
    MUMIA BERUSIA 32-50.
    (WHATSAPP +601131941710) untuk sambungan segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *