Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Raya buat admin dan pembaca IIUM Confession. Aku rasa terpanggil untuk confess disini selepas membaca confession ni, (https://iiumc.com/menantu-yang-tidak-diiktiraf/).
Entahlah, terasa seperti confession ni adalah tulisan isteri aku. Sesak dada aku rasakan selepas baca point of view seorang isteri.
Jika sebelum ni aku lihat isteri ‘diserang’ (read: disindir, dimarah, dimaki) oleh mak dan adik perempuan aku, aku sebagai suami dan anak lelaki, nampak biasa-biasa saja.
Maklumlah dah lali dengan ‘bahasa’ mereka sebagai anak sendiri. Rupanya isteri aku dah tanggung derita lama hanya kerana mulut mereka. Disaat Palestin diserang physically, disaat ada isteri dikasari physically, isteriku diserang mentally!
Sayang, abang memohon sejuta kemaafan di atas segala salah silap abang, dan juga keluarga abang. Teringat lagi tahun pertama perkahwinan kita, kita berjaya balik ke rumah family abang hampir setiap hujung minggu walaupun kita sama-sama sibuk bekerja.
Abang teringat lagi sayang yang selalu belanja mereka makan dan jalan-jalan. Tapi sayangnya jika sesekali kita tak dapat balik, adik perempuan abang tuduh sayang ikat kaki abang-ibarat sayanglah suami yang control abang.
Adik pula disokong oleh mak abang. Abang cuma butakan mata waktu itu dan diamkan diri saja dan tak pertahankan sayang. Bodohnya abang.
Teringat lagi waktu tu, sayang belum mengandung selepas setahun berkahwin, mereka suruh sayang urut ke sana ke sini, seolah menyalahkan sayang punca lambat mengandung.
Sedangkan waktu itu, kita sama2 penat dan tiada masa bersama untuk sama-sama berusaha. Sekali lagi abang diam dan tak back up sayang, bodohnya abang.
Abang ingat lagi kita berdua pergi bercuti berbulan madu pada hujung minggu dan tak balik ke rumah family abang,
Tapi sayang berkeras untuk singgah sebentar ke rumah mereka untuk kirimkan buah strawberry, sekali lagi sayang diserang adik abang, katanya pergi bercuti boleh, balik rumah mak ayah tak boleh. Dan sekali lagi abang diam tak pertahankan sayang, bodohnya abang.
Sedangkan dalam setahun jika ada 52 minggu, hampir 45 minggu kita balik ke sana, hanya beberapa kali saja tak dapat balik. Mereka tetap tak nampak kebaikan sayang, malah keburukan yang sedikit tu juga yang dicanang-canangkan. Yang disindir-sindirkan.
Selepas setahun sayang dah tak mampu bertahan, Alhamdulillah Allah rezekikan untuk kita duduk sendiri di rumah kita.
Dan tiada alasan lagi bagi mereka untuk tuntut kita pulang ke rumah mereka setiap minggu. Kerana sebelum ini mereka beri alasan, 2 hari di rumah mereka, 5 hari di rumah family sayang.
Selepas hidup sendiri, barulah ada rezeki untuk sayang lekat zuriat kita. Alhamdulillah. Walaupun kita dah tetapkan untuk pulang ke rumah keluarga masing2 sebulan sekali, family abang tetap datang ke rumah kita setiap 2 minggu.
Abang tahu sayang tertekan kerana baru nak hidup dengan penuh privasi dengan abang, tapi tetap diganggu. Silap abang kerana tak tegas dengan mereka. Bodohnya abang.
Sampailah waktu abang ditamatkan kontrak, abang rasa down dan inferior dengan sayang. Lihat kejayaan sayang & achievement sayang, sayang mmg wanita yang hebat. Abang rasa rendah diri.
Ketika itulah abang hanyut bila ada betina yang datang dlm hidup abang. Yang sentiasa memuji kehebatan & kejayaan abang dengan hanya memandang sisi kebahagiaan di instagram kita. Sedangkan segala2 yang diperlihatkan adalah milik sayang.
Abang hanyut, lalai dan terbuai dengan dunia tipu-tipu. Dan abang percaya, jika betina itu tahu segala kejayaan adalah milik sayang, sebelah mata pun dia takkan pandang abang.
Abang menipu dan ditipu dalam dunia khayalan ciptaan abang sendiri. Sedangkan yang bersusah payah ketika kejatuhan abang, adalah sayang.
Abang teringat lagi nasihat sayang untuk abang hidupkan kembali karier abang, demi majukan diri dan keluarga tetapi dibiar sepi oleh abang.
Abang masih dibuai dalam khayalan. Sampailah sayang mengadu pada mak abang, untuk memperbetulkan silap abang yang culas nafkah ketika itu.
Bukan sahaja sayang dituduh sukakan abang hanya ketika abang berduit oleh mak abang, malah ibu ayah sayang juga dituduh sukakan menantu(abang) ketika abang berduit.
Ya, abang baca whatsapp mereka. Berat tuduhan mereka, sedangkan ibu ayah sayang terlalu baik dengan abang. Mulianya hati mereka. Bodohnya abang.
Sehinggalah abang tersasar jauh, dan abang teringat lagi, sayang meminta untuk family abang datang ke rumah kita untuk ambil abang semula.
Tapi selepas abang merayu tak mahu ikut mereka dan merayu tak mahu tinggalkan sayang, abang lah manusia paling bahagia selepas dianugerahkan peluang kedua oleh sayang.
Dan pada waktu ini, selepas segala kesakitan dan pengkhianatan yang sayang rasai, family abang masih sama seperti dulu, tiada empathy untuk sayang.
Abang faham jika sayang dah tak dapat terima mereka lagi. Abang anggap ini adalah balasan untuk abang, sebab sia-siakan sayang dulu. Biarlah abang tanggung sendiri dosa ‘derhaka’ terhadap mereka, asalkan emosi dan kesihatan mental sayang terjaga.
Ambillah masa seberapa lama yang sayang mahu. abang takkan paksa sayang terima mereka kembali. Walaupun sayang dah tawar hati dengan mereka, namun sayang tetap ingatkan abang untuk selalu pulang jenguk mereka. Mulianya hati sayang.
Cuma mungkin buat masa ini, hati abang belum terbuka lagi untuk pulang. Sebab abang tak mahu tinggal-tinggalkan sayang lagi. Abang serik.
Alhamdulillah berkat kesabaran sayang, abang direzekikan kerja baru, malah yang lebih baik dan lebih stabil. Abang percaya ini rezeki sayang dan anak2. Abang berjanji untuk jaga tanggungjawab abang sehabis baik selepas ini.
Abang doakan Allah sembuhkan segala kelukaan sayang, beri sayang kekuatan dan ketabahan untuk jalani hidup mendatang bersama abang dan anak-anak kita.
Abang juga doakan moga terbuka hati keluarga abang untuk sedar kesilapan mereka dan dapat menerima sayang seperti anak sendiri.
Semoga tiada lagi mereka tutup mata atas segala kesilapan abang terhadap sayang selepas ini. Tegurlah anak lelakimu ini jika tersasar, jika betul sayang pada diri ini. Dan abang doakan moga hubungan ini dapat jernih kembali.
Para pembaca sekalian, mohon doakan hubungan aku dan isteri utuh sehingga ke syurga. Peringatan untuk kaum lelaki, selepas berkahwin, anggaplah isteri sebagai tag-team. Saling2 mempertahankan sesama sendiri.
Jika isteri berterusan ‘diserang’ oleh keluarga kita, keluarkanlah isteri daripada situasi itu, sebelum hubungan makin keruh.
Tak adil jika sebelah pihak saja asyik beralah dan bersabar manakala pihak satu lagi berterusan menghentam. Kita sebagai suamilah pelindung isteri kita. Jangan sampai kebaikan isteri dipijak dan dipergunakan.
Takut tiada lagi kemaafan nanti jika hati isteri terlalu terluka. Malah lebih teruk lagi, takut bukan sahaja family kita menganiaya isteri kita, takut kita juga terjebak menganiaya isteri kita, dek kerana terpengaruh dengan mereka.
Maafkan Abang, Sayang.
Doakan aku! Semoga menjadi pengajaran buat semua.
– Abang yang berdosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit