Perangai Mak Aku

Assalamualaikum.. Terima kasih pada admin yang approve..
Aku tension, dan meluahkan pada media sosial adalah salah satu terapi sebenarnya..

Aku akan bertunang hari raya nanti, tapi ada masalah dengan mak aku, sampai dia suruh aku batalkan pertunangan aku.. Aku dah stress gila tak tahu nak buat apa dah. Belah laki dah plan dah nak datang berapa buah kereta semua. Mak aku pulak tak nak bagi diorang datang. Sekarang ni, aku belum bagi tahu pihak lelaki lagi majlis ditangguhkan sebab aku nak cuba pujuk mak aku jugak.

Mak aku marah bukan sebab ada kaitan pun dengan majlis ni, tapi. . . . . .
Ok, jom aku cerita dari awal. Semuanya bermula sejak dua tahun lepas, tak, sejak 20 tahun lepas. Mak dan Ayah aku bercerai, mak aku bawa aku seorang aje tinggal dengan dia. Dan ayah aku memang tak bagi nafkah sara hidup kat aku. Adik beradik aku 6 orang (sama ayah,sama mak), aku yang ke6. Ayah kawen lain, dan aku ada 6 orang lagi adik (sama ayah, lain mak) yang masih sekolah lagi. Mak, walaupun dia cakap dia dah maafkan ayah, tapi asyik mengungkit aje. Aku dan adik beradik dah muak dah dengar. Kami buat macam-macam untuk bagi umi redha dengan ayah, sampai kan kakak aku bawak dua2 pergi mekah sama-sama. Tapi, mak tetap macam tu jugak.

Takdir Allah, ayah meninggal dua tahun lepas. Harta pun tak seberapa, ada la tanah tapak rumah yang mak tiri dan adik-adik tinggal, kereta saga sebuah,dan motor sebuah. Masalah dengan mak aku laa, hasut aku dengan abang2 aku untuk tuntut bahagian kami dari harta ayah. Siap suruh mintak motor tu la, padahal motor ex5 jer, adik aku buat pergi sekolah dan hantar adik-adik yang lain pergi sekolah. Kami adik beradik sebelah mak aku ni dah besar-besar, dah mampu semua. Kakak aku siap beli rumah lagi untuk mak aku tinggal, bagi duit belanja semua. Kenapa laa mak aku rasa tak cukup lagi.

Bukan, mak aku bukan gila harta, tapi berdendam, iri hati, dia rasa adik-adik aku dapat lebih. Anak-anak dengan dia tak dapat apa-apa.

Kesnya, ayah dapat duit bantuan apa ntah 10k, untuk belanja anak-anak bawah 18tahun. Kami adik beradik sepakat taknak bagitahu mak aku sebab taknak dia mengungkit lagi. Nanti mak aku dok asyik fikir pasal ni, dia pun tak tenang, Arwah ayah pun tak tenang. Waktu ni, aku dapat juga laa bahagian aku walaupun aku dah lebih 18 tahun, sebab waktu tu aku baru nak daftar master.

Aku tak tahu sejak bila mak aku tahu pasal duit ni, mak sedara belah ayah aku laa bagitahu. Hiiii geram plak aku dengan mak sedara aku ni. Tapi mak aku asyik dok mengungkit jer aku tak dapat bahagian dari duit tu. Setiap kali dia mengungkit, aku diamkan je lah, sebab dah janji nak diamkan kan.
Mak aku buat perangai dia, pergi telefon mak tiri aku, minta duit untuk buat majlis pertunangan aku, sebab dia kata tu hak aku. Mak tiri aku tak cakap apa la.
Sebabkan dah nampak makin teruk, kakak aku pun terus terang la dengan mak aku, cakap aku dapat bahagian tu. Memang aku pun tadah telinga la dengar mak aku telefon marah-marah aku. Alasan? Sebab aku sorok dari dia pasal duit 10k tu, pasal aku dapat bahagian aku. Aku biarkan je lah dia marah, dah memang salah aku kan tak bagitahu. Aku tak pulak bagitahu mak aku yang ni sepakat adik beradik tak nak bagitahu dia, kang tak pasal2 mak aku mengamuk kat semua.

Esokkannya, aku telefon lagi mak aku, nak bagi dia luah laa segala marah dia. Memang aku kena laa dipanggil penipu laa, apa laa.. Aku ia kan je lah, mintak maaf je lah.
Last sekali aku ingat aku cakap, "takpe laa mak lepaskan lah ayah tu, dah memang salah orang, orang mintak maaf banyak2". Tiba2 mak aku letak telefon. Betul la, niat aku nak suruh mak aku tu redha kan segala kesilapan ayah. Jangan mengungkit lagi.

Mak aku ni, yang aku rasa, sebenarnya dia bukan marah sangat sebab aku tak bagitahu dia pasal bahagian aku tu. Tapi, dia marah sebab dia MALU, dia pergi minta duit kat mak tiri aku. Tu la, dari dulu lagi aku dah pesan, duit arwah tak yah tuntut, tak yah masuk campur, pandai laa kami adik beradik ni uruskan.
Dan lagi aku rasa mak aku iri hati sebab mak tiri aku dapat lebih dari dia. Masalahnya, mak dan arwah ayah dah bercerai dekat 20 tahun pn, mak memang tak ada apa2 hak pun atas harta ayah.
Aku tak tahan dengan perangai dendam mak aku ni.
Lepas tu cepat sangat terasa hati.

Aku ingat, aku dah telefon minta maaf beria, setel la masalah. Sekali, esoknya pula, telefon aku suruh aku batalkan majlis aku sebab dia tak ada hati nak buat. Masa tu aku kat kedai, memang aku tahan je air mata masa depan orang kedai tu. Masuk jer kereta, terus aku nangis sungguh2 depan bakal tunang aku. Serius, tension.

Lepas tu abang A aku (mak sama, ayah lain) meseg aku dan kakak aku, bagitahu mak terasa hati, ulang benda yang sama yang aku dah tahu. Lagi aku stress. Aku cakap kat abang aku, aku tahu salah aku, aku buat semua ni pun untuk kebaikkan mak, daripada dok push aku macam ni, baik bagitahu aku apa aku nak buat supaya boleh pujuk mak. Abg aku balas, "abang pun tak tahu la, mak tu kalau dah terasa hati, susah nak pujuk"..
Hello… itu pun aku tahu. Kau meseg aku dok cakap benda ni pun tak selesai masalah jugak..

Jadi, kakak aku ajak balik kampung malam ni (jumaat), usaha untuk pujuk mak aku. Kami plan nak balik menngejut, biar mak aku tak boleh nak bertindak, sebab kalau mak tahu, dia akan cuba lari, tak dok rumah. Punya laa extreem mak aku ni merajuk, kau tahu. Kami dah kenal sangat mak kami ni. Pagi ni kakak aku mesej, dia cakap dia ajak abang B, abang atas aku (sama mak sama ayah) ikut balik, kalau ikutkan abang B aku yang ni terlibat sama la dalam merahsiakan perkara ni. Abang B aku ni punya sengal, dia pergi bagitahu mak aku yang kitorang nak balik. Adooooiiiiiiiiiii!!!!!!!!!
Terus mak aku cakap kat abg B aku ni, dia nak telefon abang A aku nak suruh ambil mak aku bawak lari. Punya laa taknak jumpa aku dan kakak aku. Kan aku dah kata, mak aku ni drama queen.

Sekarang ni tak tahu lah, kakak aku decide nak balik juga, biarlah apa yang jadi. Kalau mak aku buat hal juga, kitorang pulak merajuk, huhuhuhhuhu.

– Dilema

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

65 Comments

  1. sis. . bulan ramadhan ni Allah dah janji akan tunaikan jika hambaNya meminta. so.. apa tunggu lagi.. mintalah pada Allah apa yg patut sis..

  2. Spe sruh kau rahsiakn psl kau dpt duit tu dri mak kau sdgkan kau thu dia nk call mak tiri kau nak mnta duit tu.memang patut mak kau marah sebab dia malu terasa hati.

    • Aku xsupport mak dia..mak dia mmg mta duitan,sbb iri hti sbb dndam.tp mak dia mjuk ni sbb ank dia sdri yg mnpu dh dpt duit dri arwah ayh tu bgtau la kat mak tu pdhal si anak ni dh tahu mak nak call mak tiri utk mintak duit tu tp dia boleh diamkan diri.ptut ke xpatut sendiri boleh fikir.

    • Farah Mardhiah kau mesti perangai mcam anak dia kan lg memilih utk diamkan diri tengok mak meroyan mengamuk dengan mak tiri drp mengaku dengan mak dh dpt duit tu.

    • Anak dia sembunyikan berita dapat duit tu sbb tanak mak dia tahu mak tiri dia dapat duit utk anak bawah 18, tanak la mak dia lagi susah hati lepas tu pegi minta dgn mak tiri dia. Tp dah terbocor jugak pasal tu sbb tu yg mak dia marah. Anak dia lagi kenal ler mak nya dari kita yg baru baca kisah sikit terus nk judge. Cer bg solusi dr terus tambah masalah dia.
      Eh, aku pulak emo lebih ?

    • Nur Nuriz kan anaknya dah bagitau mak dia, tayah tanya dah kat mak tiri pasal hak dorang. Dah yang mak tu sesibuk nak tanya kenapa

    • kan die dh bgth..die dh sorok awal2 sbb xnk bg mak die gaduh n xtenang. tp dh mak die dh thu sndiri..n trus g mntk…mmg xsempat la nk gtau. dh mak die serang br die thu.kalau ak pon aku xgtau… buat makin migrain org tu pikir pasal duit n xpuas hati.

    • Aiiii xhbs2 lg nk bhn kmen aku.baca betul2 dia memang xbgtau mak yang ayah dia dapat duit tu.mak dia dpat tau pun sbb mak cik dia bgtau.lpas tu ape jd mak dia duk ungkit psal duit tu yg dia xdpt bhgian dia pdhal dia dh dpt tp knon sebab dia dah jnji xnk bgtau yg dia dh dapat dia diamkan jugak..bila mak dia dh mengamuk dengan mak tiri minta2 duit tu semua baru sibuk nak mngku nk minta maaf tp mak tu dah terasa hati.ank tu sendiri bleh fkir klau awl2 bgtau mak yg dia dh dpt bhgian dia xde la smpai mslh besar mak tu mrh mrjuk.

  3. komplikatednya famili ko eh:

    – mak sama, ayah lain
    – mak lain, ayah sama
    – mak sama, ayah sama
    – mak lain, ayah lain –> yg ni ada ka? hehe

  4. Paten mak ni klu da merajuk mmg cmni la siap nak lari2..aku nasihat ko ugut mak ko ckp baik bg ko buat majlis ni klu x ko g bt kat umh mak tiri ko..agak x jalan jgk ko ckp je ko nak kawin lari kang baru tau..paten mak2 ni dorg mmg cmni..ko sabar je la byk2.mmg org ckp pempuan ni x akan matang wlu da tua weh..tp rare jgk mak ko siap nak lari2

  5. Akak rasa ko perlukan nasihat dik..dn akak nasihatkan cr pak2 n mak2 sedara iaitu adik bradik mak atau pak2 n mak2 sedara belah ayah yg mak awk hormat atau sesiapa yg mak awk hormat lah..mintak slow talk ngn mak awk.kena guna org tgh pastu kena pahamkan bakal tunang awk keadaan semasa kat rumah awk.tp mintak la tunang awk jgn bg tau family dier.penting bakal tunang awk kena tau sbb ape2 jd dier akan paham dn bleh uruskan belah family dier plak.

  6. Dah 20 thn bercerai….rasanya mak kau ni tak boleh terima hakikat yg dia dah bercerai. Minta orang ketiga yg mak hormat dan nasehatkan mak. Dari muda sampai ketua merajuk je.

  7. Serabut la ko ni…pening aku dgr ko punya cerita..Cuba bwk bertenang n doa byk2 moga hati mak Ko lembut.Xya la brtunang dulu slgi mak ko tak restu..Klu ada jodoh ada lah..xkemana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *