gracias kalau confession ini diterima & dipaparkan. Hanya mahu berkongsi sedikit pengalaman & kenangan kejayaan bersama insan bergelar sahabat & kawan memandangkan keputusan peperiksaan baru keluar semalam.
Teringat kejadian dua tahun lepas saat keputusan SPM diumumkan. Ya Allah, betapa bahagianya aku kerana aku mendapat keputusan yang paling tinggi dalam kelas walaupun bukan straight A, tapi itu merupakan kejayaan tertinggi aku sepanjang 18 tahun hidup & aku pasti itu merupakan satu kepuasan buat orang tuaku. Tak pernah aku kecapi kejayaan & kebahagiaan sedemikian rupa. Rahsia aku berubah & berjaya adalah melalui kasih sayang. Ya, KASIH SAYANG ! Kenapa ? sebab sepanjang setahun perjuangan spm aku, aku dikelilingi oleh insan yang betul-betul memberi aku semangat & menunjukkan nilai kasih sayang. Aku seorang yang tidak terlalu rapat dengan keluarga, tidak reti bergaul dengan manusia & pemalu dengan guru. Namun semua itu aku ubah. walaupun pada awalnya agak segan, tapi aku cuba. Daripada sehari sepatah perkataan kepada orang tuaku, aku menjadi mulut murai. Daripada hanya dua orang kawan baikku di sekolah, aku dikelilingi ramai kawan. Daripada tidak dikenali oleh guru, setiap guru aku mampu ingat nama aku. Daripada hanya insan marhaen, aku menjadi seolah-olah manusia paling bahagia. Keputusan peperiksaan aku melonjak naik. Dan kemuncaknya, SPM aku antara yang terbaik tanpa sebarang gagal. Aku bersyukur. Aku bahagia. Aku ingin menjadi lebih lagi.
Adakah semuanya akan berulang lagi di zaman Universiti ? Ya, zaman cfs aku mampu dihabiskan dengan gemilangnya. Aku berjumpa dengan seorang muslimah yang cukup baik walaupun kadang-kadang perangainya agak annoying, tapi dengan dialah aku gosip, ber society, shopping, lepak, menangis. Pendek kata, aku tahu hampir 95% mengenainya dan MUNGKIN juga dia.
Degree first sem, dia & aku bukan seperti dulu. Aku diabaikan. Aku keseorangan. Sampai kadang-kadang kalau jalan sorang, orang akan tanya mana si dia, sebab selalu sangat kami bersama ke mana jua kami pergi. Perasaan tu YA Allah, hanya Dia yang tahu.Pernah aku kehilangan telefon, aku balik ke bilik dengan harapan ada seseorang iaitu dia untuk menenangkan aku, tapi mana dia? Aku menangis, bukan sebab telefon hilang, tapi sebab dia sedang berfoya-foya dengan kawannya yang lain. Ya Allah, daripada mahallah terhujung di uia, aku berjalan ke Aikol, ke Sumayyah sendirian, bukan sebab tak ada kawan lain, tapi sebab dalam kepala aku cuma ada dia. sebab selama kesusahan cuma dia yang aku kongsi.
Ke mana saja dia pergi, aku tahu. Apa saja dia buat, aku tahu. Apa sahaja rahsia dia, aku simpan. Segala tangisan dia, aku tenangkan. Ya Allah, dalam hatiku sewaktu berkawan dengannya, aku cuma harap yang persahabatan kami kekal seperti indahnya persahabatan Rasulullah & Abu Bakar.
Namun, mungkin dia dah bosan dengan aku, mungkin. Siapa tahu isi hati dia. Kadang-kadang dalam sehari, tiada satu patah perkataan pun yang diucapkan antara kami. Aku tertekan, murung & sedih. sebab cuma dia yang dekat dengan aku waktu tu. Mana tak nya, kawan lain semua dah dicampak ke mahallah lain. Aku belajar sendirian, makan sendirian, keluar cari barang sendirian, sakit sorang, menangis, gelak tawa, semuanya seorang diri. Bila aku cerita kat kawan cfs aku, mereka kata 'normal lah tu, zaman degree'. Aku cuba bersikap normal dengan keadaan ini, tapi tak boleh.
dek kerana kurang kasih sayang dari insan yang aku sayang, pembelajaran aku menurun. carry mark entah apa-apa. fokus dalam kelas hilang. kenapa aku macam ni? Aku pun tak tahu. Mungkin sebab jauh dengan keluarga & baru nak belajar adapt dengan suasana baru.
Aku cuba jadi baik dengan dia. Duit Gaji aku dalam seminggu hasil part time yang aku buat, habis semata-mata nak celebrate birthday party dia sebab masa tu niat aku satu je, nak pulihkan hubungan aku dengan dia. Dan dalam hati aku, andai dia x hargai ini semua, aku cuma harap ini adalah yang terakhir. Tak ada sorang pon tahu aku buat part time. Aku nak je bagitahu dia, tapi aku cuma fikir, dia kisah ke?
Birthday party, berlangsung dengan jayanya berkat pertolongan kawan-kawan dia jugak. Walaupun biasa-biasa je, tapi aku puas sebab hasil titik peluh aku habis untuk orang yang aku sayang. Minggu tu aku tak bank in duit ke adik aku, sebab dia. Adik aku faham & nasib baik dia ada lagi duit back up. Tapi dia? ucapan 'terima kasih' pon aku tak dengar malah esoknya dia buat dek je seolah-olah nothing happened. Itu mungkin yang terakhir.
Dia sakit pon, aku jaga, beli makanan, bagi ubat, and so on. seolah-olah seorang ibu jaga anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Tapi dia, seperti biasa, no 'Thanks'. Takpe, Allah sedang uji. Aku sakit, macam biasa, aku sorang. Aku jarang sakit, tapi kalau dah sakit, macam orang nak mati. Aku sayang dia sangat-sangat macam kakak aku. Bila dia tak bangun subuh, aku kejutkan, tapi bila aku terbabas, subuh pukul 8 lah jawabnya sebab no one will wake me up. Alllahurabbi, takpe dah tanggungjawab aku sebagai muslim. Aku suka tengok dia tahajud, tapi aku tak suka dia biar subuh aku pukul 8.
Aku tahu, aku bukan sahabat dia yang dulu. Result aku semalam, hampeh. Aku tak salahkan dia, memang salah aku. siapa suruh aku tak belajar betul-betul kan. Tapi kasih sayang aku hilang. Memang sepanjang satu sem tu, aku depression teruk. Sangat teruk.
Dan sekarang, aku takut. Fobia maybe. Aku takut nak rapat dengan sapa-sapa. normal ke aku? sampaikan kalau ada kawan baru dalam society, aku tak akan tegur. kalau dia tegur aku pon, cukuplah satu soalan dibalas satu patah perkataan. semua sebab kenangan pahit dengan dia. Macam mana hidup aku lepas ni? Aku tak tahu. Mungkin aku akan bersendiri lepas ni, no more 'best friend' just friend.
Aku ingat lagi, tiap kali nak daftar mahallah, dia akan tanya aku. Tiap kali dapat result, dia orang pertama akan wasap aku. Kalau aku tak reply, dia sanggup call aku, semata-mata nak tahu perkembangan aku. Tapi kali ni tak. Aku prereg mahallah sorang-sorang. Aku tak tahu siapa roomate aku lepas ni. Aku tak kisah, sebab aku tak nak rapat dengan sesapa dah. Result semalam, ramai kawan wasap tanya aku, tapi bukan dia. Aku tak tunggu pon wasap dari dia, tapi jauh di sudut hatiku, aku berharap. Berharap.
Duhai sahabat, walau apa pon yang jadi lepas ni, aku still sayang kau macam mana sayangnya seorang sahabat. Orang kata, bersahabat biar sampai syurga. Tapi mungkin kita sampai sini je kot. Bukan niat untuk memutuskan silaturahim, tapi aku tak nak sakit hati lagi. Sebab aku tahu kau bahagia tanpa aku. Jangan risau, sebab aku tak akan pernah lupakan kau, kenangan kita, dan segala layanan baik buruk kau lepas ni. Kau sentiasa dalam doa aku, in sha Allah sentiasa.
Kepada sesapa yang akan dapat dia sebagai roomate lepas ni, ataupun yang akan berkawan rapat ke hulu ke hilir dengan dia, jangan lupa pakai jam yang betul, sebab setiap sepuluh minit dia akan tanya, 'wey, dah pukul berapa?' & bersabarlah kalau setiap hari Rabu dia akan heret kau gi pasar malam. sumpah, aku rindu.
Maaf andai confession Terlalu panjang. Saja nak bagitau, tak semua orang yang hadir dalam hidup ni akan memberi kebahagiaan selamanya buat kita. Kadang-kadang kenangan bersamanya akan membuatkan pipi kita basah. Melihat gambarnya akan membuatkan kita berharap untuk kembali ke waktu itu. Mungkin Allah mahu aku cuma rapat & dekat dengan-Nya, hanya Dia. Aku cuba. Dan punca kejayaan kita sebenarnya, layanan kita terhadap diri sendiri, jangan mengharap layanan manusia semata.
Doakan aku semoga boleh hilangkan fobia ni dan mampu kejar semua impian aku. Aku pon nak kawan dengan manusia macam normal jugak. Thanks again.
#Tabah
– anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Jangan macamtu sis. Kalau sis pun jenis yg tahu menghargai sahabat, mesti ada juga orang macam sis yg boleh dibuat kawan baik nanti.
Hati manusia berbolak balik sis.. Klu org xnk kwn nga kita nk wat cmne.. Yg pnting kita xbuat ape2 salah kt dy
Jaga hubungan dengan Allah pasti Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia. Sabar ya. Saya pun pernah lalui apa yang sis rasa. Perit di tinggal sahabat sendiri. Cuba untuk pulihkan hubungan tapi sakitnya tuh di sini bila sahabat buat tidak tahu.
Tidak semua manusia hatinya jahat. Ada yang setia dalam berkawan. Teruskan pelajaran sis hingga berjaya. Berkawan dalam cara yang sederhana. Tidak terlalu rapat, tidak terlalu jarak. Cuba perbaiki diri untuk jadi manusia, bila ada di sukai, bila tiada di rindui.
Girl, friends come and go. No matter how nice you treat them, they never appreciate it. They only see your weaknesses and joys. They are available during your healthy, wealthy, success and happiness. One loss, thousands are coming. Wasting time to think about them.
maybe trend best friend jmp new friend so currnt/old friend dilupakn..