salam, kisah pnjg, aku pndek kan yang mampu, aku sulung lelaki dan aku ada 3 org adik perempuan . skrg aku belajar di IPT di tganu, adik aku di ump, sorg bakal masuk ke poli johor dan sorg masih skolah.

kisah nya mcm ni, masa aku umur 15 tahun , form 3. kmi berempat dah duduk rumah sewa sndiri berdikari sendiri untuk hidup, p sekolah sendiri waktu tu adik aku paling kecil baru darjah 1. mak ayah aku dah takde Allah syg kan dorg lebih, sejak dari tu aku simpan satu niat aku taknak pisah dgn adik beradik aku, aku syg dorg, beljar dan belajar hbis spm, aku dapat tawaran ke uitm samarahan sarawak dan terpaksa aku cancel kan dan masuk form 6 kat STK.. dekat je dari rumah aku ulang alik, yg no dua dapat unisel, dan dia ada dapat tawan buat dentis(mcm mana ntah eja) kat indon pun x pegi sbb taknak pisah,

akhirnya, hari ini, dapat berita, adik aku akan sambung belajar kat johor, aku kat terengganu, sorang kat pahang dan yang sekolah kat selangor, aku percaya tuhan merancang sesuatu yg indah untuk kami, berpisah kami bukan kerana suka2 tapi kerana ilmu untuk sesuap nasi di masa hadapan.
aku ingat lagi aku masuk u hari tu mngis tgk member aku masuk dia salam tgn ayah dia, aku duk belang kereta tgk dgn airmata

kluarga aku tak mcm org lain , aku gembira sangat kalau dapat berkumpul dengan adik beradik aku itu je walaupun setakat lepak depan tv borak, itu adalah kenangan yg paling indah buat aku,

satu sy pesan pada sahabat2 di sana, hargai mereka yg masih ada,
sbb aku cemburu pada korg

korg doakan kami beradik, selamat di perantauan..

– abang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

39 Comments

  1. Jgn gaduh2 sama adik beradik je. Bila dah besar ni kena berjaga2 satu benda, adik beradik akan ada pandangan sendiri. Setuju utk tidak bersetuju tu amat penting.

  2. Dik, Allah sentiasa melindungi kamu dan adik-adik kamu..kekalkan sifat tanggungjawab sebagai abang pada adik-adik ye..semoga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat dan diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh kehidupan

  3. Chill je dik semeorg akan bepisah keluarga or kawan. Lumrah hidup, Yg paling penting ko as abang kena pastikan walaupun bpisah adik adik ko semuanya bijak bdikari fokus mencari kejayaan hidup dunia n akhirat utk jaga maruah keluarga. Bila bjumpa korang bekongsi kejayaan n cerita pahit manis masing2. Jgn keciwakan mak bapak. Carikan kejayaan tertinggi utk buat derang rasa bangga sedaya boleh walaupun derang dh meninggal.

  4. Allahhuakhbar….aunty doakn kalian adik beradik ttp bersama mengharungi khidupan yg mencabar ini..sllu dekatkn diri pada Allah…InsyaAllah ad pertolonganNya…yg tidak kita sangka2kn..SABAR…jdikn pengangan hidup kalian..

  5. Semoga anda berjaya n dapat menjadi ketua keluarga yg baik..didikan agama jgn lupa..slalu tnya khabar adik2..bub adik perempuan niyh manja sbnrnya n perlukan perhatian lbih sikit..gud luck bro..cya la..bro n adik2 semua bley bljar tgi walaupun tnpa kedua ibu bapa..crta bro bgi semangat kat org lain jugak..seronok kan dpt duk dpn tv ramai2 pastu sembg2 n mkn2..semoga arwah parents bro sentiasa dirahmati..kipidap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *