Awak study UIA je,bukan oversea

Salam,

Dalam dunia ni kita memang takkan terlepas dari perlian orang.Dalam kes aku,perlian tu adalah dari makcik aku sendiri.Ya,orang yang boleh dikatakan darah daging sendiri,tapi tak putus beri perlian dan bersifat berat sebelah.
Kisah ni bermula 5 tahun lepas sewaktu aku masih menuntut di UIA tercinta.

Aku ada ramai sepupu.Dan kami sangat rapat macam adik beradik.Dan kami semua rapat dengan sorang makcik kami ni.Tapi sejak sepupu2 aku study di oversea ni,makcik aku ni banyak lebih kan sepupu2 aku.Di fb dia selalu tanya kabar sepupu2 aku.Tapi langsung tak pernah bertanya kabar pada aku.Gambar2 sepupu aku di oversea,semua dia komen dan like.Berbual macam2,tanya camna kat oversea,ok ke tak,study elok2 dan sebagai nya.Tapi langsung tak endah kan aku.

Masa hari raya dulu, kami satu keluarga besar berkumpul, aku tengok makcik2 aku tengah berbual dengan sepupu2 oversea aku.Aku pun nak join la.Pastu ape makcik aku cakap? "eh eh,ni orang2 yang study oversea je berbual,shuh shuh".Aku tak tau die bergurau ke ape,even kalau bergurau pun,sakit hati kan?Aku pun terus masuk bilik, buka laptop,tengok movie sorang2.Dalam hati fikir, loser sangat ke aku study malaysia je.Hina sangat ke?

Dan ada masa ketika dulu, aku dan sepupu2 aku berbual,dia bercerita lah yang susah study oversea.Dia nak mengadu je.Aku pun dengar la.Lepas tu aku pun cakap, "Sama la kita.Kat UIA pun susah jugak.Macam2 hal."Pastu tiba2 pulak makcik aku tu menyampuk,"Awak study UIA JE,bukan oversea pun.Takkan la susah cam oversea tu." Memang sentap sangat bila dia cakap camtu. Padahal dia dulu pun bukan ada education. Tapi nak berlagak lebih pahal! (Emo plak).

Dan dugaan pada aku belum lagi habis apabila aku terpaksa extend satu sem sebab cocu.Dan sepupu2 aku dah grad dan balik malaysia.Semua Alhamdulillah graduan engineering dengan result yang cemerlang.Im proud of u guys! Dan macam biasa lah waktu raya, makcik aku nak meyakitkan hati aku lagi. "Eh awak tak grad lagi?Kazen2 awak yg oversea semua dah grad,awak bila lagi?Susah sangat ke UIA tu?Awak course ict JE kan?". Maka kesakitan di hati ni,bertambah bertingket2.

Tapi aku tahu, Allah maha adil. Allah suruh aku bersabar, dan percayakan plan dia.Aku pun study elok2,study rajin2,walau pun grad dgn result yang sederhana, aku berjaya juga lah tamatkan pengajian aku di UIA.

Ke hadapan makcik ku,

Saya dah berjaya grad,dan selepas sebulan saya grad, saya sekarang adalah seorang software engineer di salah satu giant tech company di Malaysia dengan gaji permulaan sebanyak RM3200 sebulan. Dan selepas beberapa bulan kerja,saya berjaya beli kereta baru dan bakal beli rumah.Saya tengok anak2 buah oversea makcik tu still tak keje lagi. Ada pape lagi yang makcik nak perli saya?Tak? GOOD.

– Mystery Man

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

296 Comments

  1. Anggap je la dia da tua….nyanyuk barangkali…mmg la terasa hati, tp xyh terasa sgt la…buat letih aje…org ni klu da jenis gitu sume bnda pun x kna pd mata dia..mulut xtau nk tutup, tido pun mulut terbukak jugak…betuiii…xcaya pi tgk…

  2. Even uia JE… tapi tu impian saya y dahulu nya nk masuk ipta ktsana. Tp spa8 melamar terlebih dahulu. InsyAllah jika berkeizinan nk sambung kat UIA JE tuu.. . Alhamdulillah hebat akak.

  3. Bukan ko yg loser belajar local, makcik ko tu yg loser. Makcik cmtu ko sumbat je dgn cili. Yg part kelakar. ” orang2 study oversea je yg berbual” “mkcik, ko tu study obersea sgt ke haha.

  4. Membaca luahan confessor ni dari awal sampai akhir,sy nak simpulkan satu saja…dik,awak seorang yang tenang dan rileks..teruskan usaha..sentiasa positif

  5. Wuhuuu. Aku from uia then smbung study kolej biasa2 je kat kelantan. Mmg dpt rasa perbezaan yg amat ketara. Suasana, pemakaian, sistem bljr dan lain-lain. Namun stiap kolej atau University ada kelebihan dan kekurangannya. Jd aku belajar bersyukur. Mulut org xboleh nak tutup even diseletip skalipun tetap pandangan mata yg MENGJENGKELKAN dpt dibaca..So, buat jelah mcm xnmpk dan pekak badak. Sekian

  6. Bro, kami nk sambungan cerita ni.. Lpas raya jgn lupa update yer… Nk tau makcik kepoci tue mcm mne, cousin oberC mcm mne… Kehkehkeh kau bwk calon wife raya nnti x? Haha

  7. Haha…mak cik²… agaknye mak cik tuh lupe kot yg belajau oversea ke over the sea ke…kalau takde bawak manfaat lpas abis study…tak kmana gak,nk bangga ap pun tak taw…ape pon tak boleh…ptutnye spupu² ko tuh die backup ko,bgi satu prkataan dpn mak cik ko ingt jgn mmbanding²kn org dgn kduniaan nih..ehh k la bebel lak…

  8. Tak fhm knp ada yg mengagung2kan bljr obersea ni… Mmg la ada kelebihan segala tapi xperlu smpai merendahkan org yg bljr tempatan kan kan. Dah la kene byr mahal itu ini sekian sekiab bla bla. Takpa.. Husnuzon je dgn makcik tu.. Mgkn dia nak cucuk motivasi.. Huuhuu.. UIA best apa.. Sy hrp dpt keputusan spm baik lpstu dpt masuk uia.. Hihi doakan saya.. Yeah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *