Happy Father’s Day Ayah

Sempena Fathers Day harini, aku nak buat confession

Terlalu byk sgt benda yang aku nak ckp dgn ayah aku. Tapi hal berat mcm ni n aku pula anak perempuan yg mana semua atas aku adalah lelaki , ayah x akan nk amik port pun. Dulu aku penah luahkan apa aku rasa dekat dia dan abg aku. N both of them just laughed n ckp aku ridiculous. Dorg tak amik serius apa aku ckp. Well, apa yg aku ckp?

Masa tu bulan puasa. Mcm sekarang. Tahun 2011 kot. Or 2010. Mak aku minta abg no 2 amik keta dekat abg no 3 sbb mak aku nak guna keta nak pegi terawih kat masjid negeri. Abg no 2 mcm malas haritu n tiba2 dia ungkit 'Nape mak tak minta anak kesayangan mak tu bawa balik sndri?' Dgn suara tinggi, nak merajuk. Anak kesayangan tu abg no 3. Masa tu tinggal 10 min lagi nak buka. Aku uzur masa tu. Mak aku terus terasa dgn apa abg aku ckp. Mak aku ckp dgn adik aku, mkn cepat2, kita maghrib kat masjid. Adik aku marah2 jerit dgn abg aku n ayah. Aku rasa sedih sgt. Kesian kat mak aku. Dah lah die sorg je keja nak tampung kami termasuk ayah aku. Penat2 balik nk buka dgn keluarga, jadi mcm tu. Lepas mak aku dah klua, aku tnya abg aku. Nape buat mak mcm tu? Tak kesian ke? Masa tu ayah aku ada skali dekat ruang tamu. Dia blame mak aku. Ungkit lagi pasal hal anak kesayangan bla3. Ayah aku pun backup abg aku n ckp adik ktorg tu kurang ajar sbb naik suara. Aku geram sgt. Nape itu yg diorg nampak? Apa benda lain yg mak dah buat x nmpak ke? Minta tolong pun tak kan lah x boleh? Mak kot! Aku berasap sgt masa tu. First time aku jerit kat ayah aku n abg aku. Aku jenis marah x pernah luah, senyap n pendam je. Tapi hari tu aku rasa panas. Bengang. Aku cakap " semua yang jadi dlm famili ni semua salah ayah!! Ayah buat kitorg jd mcm ni!! Adik jd cmtu pun sebab ayah!! Siapa tahan duduk rumah hari2 dgn mayat hidup!! Dlu ayah tak pernah kisah pun dgn ktorg masa ada duit, sekarang nak ckp mcm2!!" Mcm2 lah aku bebel. Aku btul2 luahkan mlm tu. Tapi dorg hanya gelak n ckp aku merepek! Aku malas dah nak ckp. Aku naik atas.

Now dah 2016. Abg aku tu pun dah kawen n tinggal dgn mertua dia. Alhamdulillah dia makin baik n tak kuat merajuk mcm dlu. Ayah aku? Sama. Makin teruk kot. Tu yg aku risau. Aku sayang ayah tapi tak sama mcm aku sayang mak. Aku tak nampak ayah aku sbagai pelindung ktorg especially utk aku n adik aku. Ktorg dua je perempuan, blum kawen. Aku selalu takut kalau jd apa2 dekat mak, kami nk bergantung harap dgn siapa? First option, bukan ayah. Aku selalu berharap dan berdoa ayah akan berubah. Aku tak nak dia meninggal dgn dosa2 dia yg hari2 kami nampak. Ayah bukan gila arak, gila judi.. Tp dia gila perempuan dan suka tengok video2 tak elok tu. Dah berapa kali kantoi dgn kami. Dlu beli kan dia smartphone utk senang whatsapp satu famili n plus kesian tgk dia pkai fon alcatel kecik tu. Dah beli, ada perempuan lain pula. Abang aku dah pernah tegur dia tapi dua hari je berubah lepas tu makin galak dgn telefon. Kadang aku rasa mak pun dah syak ayah ada perempuan lain lg tp mak pun dah malas nak gaduh. Tak bawa hasil baik pun. Benda sama je dr dlu. Cuma beza skarang, kalau ayah nak marah mak, ktorg akan balas balik. Mmg kurang ajar tapi sape tahan tgk mak kena maki dgn ayah? Mak yg membanting tulang pergi kerja hari2, ayah duduk rumah tido, bgn on laptop, makan bila lapa, keluar tgh malam pastu minta duit. Mak selalu tegur. Tak baik ckp dgn ayah mcm tu, mak xnak ktorg jd anak derhaka. Kami tau semua tu. Tapi takkan kami nk tgk je ayah pnggil mak bodoh, babi, anjing semua tu?

Sekarang, aku n adik tak berckp byk dgn ayah. Die tnya, kami jwb sepatah je. Rimas nk tgk muka dia, rimas nk dgr suara dia, even dia berdiri depan aku pun aku rasa rimas. Dlu ayah tinggal je kami dgn mak. Abg2 smua dah duduk asrama masa tu. Aku n adik lah kat rumah. Dgr mak ayah gaduh. Memekik kul 3-4 pg. Mak lari dari rumah seharian, lepas tu ayah pula tak balik seminggu. Aku darjah satu, adik 3 tahun. Adik lah paling terasa. Ayah mula curang masa dia lahir. Dia rasa dia lah penyebab smua ni. Even sampai skarang dia ckp mcm tu. Pernah juga bulan puasa mcm ni, tahun bila tak ingt. Mak balik dari kerja, menangis sebab tak ada duit nk bg kami beli mkn. Mak korek keluar isi beg, nak kutip syiling bg ckup duit. Kami pun korek duit tabung bagi mak. Ayah mana? Ayah x balik masa bulan puasa tu. Buka dan sahur kat luar. Tengok wyg malam2. Shopping kat Ikea dgn perempuan lain. Mak aku sampai sekarang tak suka klu kami sbut nak pegi Ikea.

Kalau nak cita smua apa benda jahat ayah buat, mmg byk. Aku tau ayah aku terasa tiap tahun sbb kami adk bradik x pnah nak celebrate fathers day utk dia. Mothers day je kami beriya. Bawa mak mkn, beli kan hadiah. Tapi utk dia hambar je. Tak ada apa nak celebrate pun. Aku harap sgt dia sempat bertaubat sebelum dia mati. Aku tak nak dia mati dlm keadaan yg mengaibkan. Aku tak nak dia mati dlm keadaan diri dia pnuh dosa. Aku tau aku anak derhaka dan aku juga harap aku dapat minta maaf dgn ayah sblum dia pergi. Tapi diri aku ego sbb aku tak boleh nampak dah sisi baik dia. Payah aku nk mnta maaf walaupun mmg byk kata2 dan perbuatan aku melukakan hati ayah. Akak syg ayah. Akak nak ayah jadi imam akak, jadi imam adik n paling penting jadi imam mak. Akak nak duduk dalam satu ruang dgn ayah dan berckp dgn ayah bukannya masing2 menghadap telefon untuk elak berbicara. Ayah, jadilah pelindung kami, jadilah penjaga kami, berilah kami kasih syg mu yang kami nanti nantikan selama ini ayah. Kami tak minta duit, tak minta harta ayah. Kami nk masa ayah n hati ayah. Kami tak nak terus terpisah begini dgn ayah. Sebumbung tapi terasing. Maafkan akak, ayah. Akak tak kuat nk bgtahu smua ni pada ayah. Ego akak masih kuat. Akak takut ayah perlekehkan apa akak rasa. Ayah akan ada selalu dlm doa akak, itu yg pasti. Happy Fathers Day ayah. I love u.

– N.S.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *