Tuhan, agama, sains dan keberedaan manusia.

Salam untuk admin dan semua pembaca iium confession.

Aku ada masalah di sini, masalah ini boleh jadi besar pada mata aku, kau atau dia. Tapi boleh jadi kecil saja untuk sesetengah orang. Kau pernah tanya kewujudan kau di muka bumi ini ? kenapa tidak dibenarkan memilih agama sebagai tanda kita lahir sebagai sosok yang bebas dan tidak berkelas tertentu ( aku islam dan masih menganutinya, tetapi secara praktikal tidak mengamalkan, tidak berkeyakinan, tidak menuruti, tidak mentaati perintah dan peraturan sebagaimana seharusnya seorang muslim ).

Masalah ini timbul sejak aku menginjak alam remaja. Mungkin terakibat daripada menonton national discovery, animal planet, discovery science dan seangkatan dengannya. Tapi apabila aku fikir semula ia jadi mustahil kerana aku masih ingat masa tadika aku pernah tanya pada cikgu kenapa kita kena jadi islam bukan agama lain? itu sebelum aku menonton channel/youtube/baca buku. Tapi hasil daripada soalan itu, tentulah dengan jawapan yang mengecewakan.

Jadi, sepanjang sekolah rendah ke menengah, kemudian masuk alam universiti dan bekerja aku masih terbawa-bawa dengan soalan tadi. Demi mencari identiti agama yang sebenar, aku tekad belajar bersungguh-sungguh. Ya, SPM straight A, ijazah 3.8 dan kerja bagus. Tapi itu semua bukan kepuasan. Hari demi hari, lebih banyak kemungkinan yang aku jumpa. Semakin hampir menemui jawapan semakin banyak persoalan baru yang timbul sehingga satu tahap aku tertanya-tanya akan kewujudan Tuhan.

Kau mungkin boleh lampirkan dalil,nas dan hadis daripada Al- Quran, ok. Tapi, kau kena tahu sebelum kau huraikan lebih panjang, kau pernahkah membaca dan mengkaji kitab-kitab dan agama lain selain islam. Macam mana kau tahu Al-Quran itu betul. Kalau tidak kenapa wujud agama-agama dan kitab-kitab lain sehingga ada kepelbagaian dalam kepercayaan.

Setelah aku melaui fasa-fasa tadi, kehidupan aku mulai merosot dan lebih mundane ( mungkin ada yang kata itu adalah balasan disebabkan kelonggaran pegangngan aku ). Tidak. Ini disebakan pilihan. Aku pilih untuk jual kereta, jual rumah dan melewatkan perkahwinan, aku pilih untuk jadi manusia daripada 0 untuk tahu asas mencari dan mengembalikan kepercayaan dalam diri.

Kalau kau nak tahu di kalangan kawan-kawan aku sendiri ada juga yang mengalami masalah serupa dan aku tak terkejut bila jumpa komuniti islam bertukar atheis, islam yang bertukar agama, islam yang mengamalkan lebih daripada satu agama.

Kesimpulannya, janganlah menganggap kami ini terlalu bodoh untuk hidup atau terlalu taksub dengan akidah tertentu. Kamu harus bernasib baik kerana tidak dipilih untuk mengalami jatuh ke dalam gaung persoalan seperti kami. Doakanlah perjalanan orang-orang seperti kami berjumpa dengan kebenaran yang dicari, paling kurang pun kembali kepada pegangan asal (jika ia paling benar).

– tanda soal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

33 Comments

  1. Itu semua hasutan syaitan…banyakkan istigfar…baca alquran…lawan apa yv timbul dihati tu…dekatkan diri dengan org yg ada pendidikan agama yg baik…solat jgn tinggal…jgn ada ruang bg syaitan utk hasut.mencari diri mesti bermula dengan diri sendiri…dan utk diri…tegakkan tiang asas..iaitu SOLAT..

  2. someone said ” a little knowledge of science make u an atheis, but in deep knowledge of science make u believing in god” cuba tgok video ni. Very good question to dr zakir and very good answer from him. https://www.youtube.com/watch?v=5VI8aczWczM . Kenapa ada banyak agama? Based on dr zakir naik, Allah sent many revelation, but yg dimention cuba 4. Yang kitab kitab lain tu, maybe yes and maybe not from Allah. Dan kalau betul dari Allah, its only mean for particular people in particular time. Dan , dah ditambah or diubah. Dia mention lg, dalam kitab veda ada banyak similar dgn Al quran. Antaranya god has no image, dan kedatangan nabi muhammad. Boleh search di youtube. Boleh pm kalau nk sambung.

  3. Knp kita kena jd islam bukan agama lain? sbb islam agama Allah. Ilmu fardhu ain n kifayah perlu ada dan kena beramal dengannya. Lihat saja para ahli saintis/perubatan/kajian sains kebanyakan memeluk islam setelah menemui banyak kajian yang sudah pon tertulis dalam kitab Allah. Jgn pikir masalah ni byk sgt, cari ilmu dan fahamkan islam ini. Fahamkn agama yg kita anuti ni dulu. Moga Allah membuka jalan utk kita. #peacenowar

  4. Dear confessor..

    Aku pun ada kawan serupa macam yang ko alami. Bezanya, dia tidak mengkaji agama sendiri secara lebih mendalam. Tidak bertemu pada guru yang alim lagi fasih untuk setiap cabang ilmu dalam agama untuk ditanyakan. So, dia end up macam tu (last yang saya jumpa dia dalam beberapa tahun lepas). Untuk saudara.. kalau memang perlu mengkaji semua kitab yang ada untuk kembalikan aqidah, buatlah. Berjumpa para alim ulamak yang lembut dan halus penyampaiannya. Yang boleh sentuh hati saudara sendiri. Banyakkan bergaul dengan orang yang mampu beri jawapan pada saudara. Kalau saudara berat untuk solat or whatever… cubalah mintak sungguh2 pada Tuhan untuk dapat kebenaran. Sometimes, bermula dari zero itu baik jika niat saudara mencari kebenaran. Allah takkan mengubah nasib hambaNya melainkan hamba itu sendiri yang mengubahnya. Btw saudara, hati tu bersifat bolak balik. Maka pada Dia juga untuk meminta ditetapkan hati tu. Moga saudara bertemu dengan kebenaran haq.

  5. Awak tinggal semua perkara yang sepatutnya awak buat selagi menganuti islam, dan awak tertanya kelebihan agama islam?

    Ateis? Sifat fitrah manusia mmg perlukan sesuatu/seseorang utk dia sanjung. Ateis hanyalah sebutan semata, sedangkan org ateis ada mengagungkan sesetengah fahaman utk diaorg jadikan pegangan/panduan.

    Paksa diri ke surau ke masjid supaya jelas pegangan kita. Satu yg penting, jgn judge agama berdasarkan penganut. Ramai penganut yg menjadi fitnah kepada agama yang dorg anuti.

  6. Persoalan itu bagus. Allah galakkan kita berfikir dan guna resources sekeliling kita untuk faham Tuhan sendiri. Tapi awak kena ingat bukan semua benda boleh dijawab dgn akal dan senses.

  7. Mungkin confessor boleh try pergi jumpa mereka yg baru peluk islam atas sebab kesedaran mereka sendiri utk mendptkan jwpn..

    Moga Allah pimpin hati confessor :)

  8. Dulu pon aku ada kekeliruan macam ni. Tapi alhamdulillah, aku masih ada iman dengan mempercayai alam ghaib. Kewujudan jin, sihir dan sbgnya. Lepas tu pulak, surrounding aku mmg ada kenal manusia2 yg boleh nampak makhluk dari alam ghaib tanpa perlu penjelasan logik, and ada kenal manusia2 yg ada penyakit akibat dari sihir dan betul2 terjadi depan mata. Nak tau apa yg magiknya? Mende tu semua hanya akan beri reaksi kepada ayat2 Al Quran sahaja. Penyakit2 sihir yg dialami manusia hanya mampu diubati dgn ayat Al-Quran sehingga dunia logik seperti doktor dan ilmu perubatan pon tak mampu nk ubat mende2 macam ni. Tu aku masih percaya lagi Al-Quran tu kitab yg benar. Sorry la kalau bukti ni cheesy. Tapi ini je yg aku nampak buktinya.

  9. I have met some people like you. They are undeniably smart. They question things and surroundings a lot but I think they forget to question why they are here. I hope you find your answer and find peace in life. :)

  10. ” macam mana ko tahu Al Quran itu betul ”

    Fuh, dasyat ko ni. Selain dari tengok Muslim yg murtad, baca juga perkongsian mereka yang revert. Semoga ko jumpa apa yang ko cari.

  11. Klau confessor ada peluang jmpa la dr zakir naik. Beliau mahir dlm perbandingan agama. Beliua boleh jwb knape pilih Islam dan bkn agama lain. Kaji la Islam dan agama2 lain lalu buat pilihan. Anda tidak kenal hakikat Islam dan tak kenal Allah itu la jadinya. Ingat, Allah itu nama bagi Zat- Nya….

  12. Kau macam ada masalah percaya dengan qada dan qadar. Huhu. Solutions dah ada yang komen kat atas and i agreed with them.

    Aku doakan kau jumpa jawapan dan moga Hidayah Allah tu masih milik kau. Amin.

    Jadi orang bijak pandai ni tak salah tapi boleh jadi satu masalah bila disalahgunakan. Huhu no aku tak bash apa apa hahaha its just fact.

    Fihifzillah untuk kau.

  13. Pernah suatu ketika saya jatuh ke dalam gaung persoalan. Macam mana jadi sekian-sekian. Kalau aku lahir dalam zaman jahiliyah adakah aku akan percaya mukjizat Nabi Muhammad ? And the list goes on.

    Semua persoalan yang muncul dalam kepala ada jawapan dalam Al Quran.Ye SEMUA. Dalam tempoh tu saya cari balik semua jawapan persoalan dalam Quran. Alhamdulillah keyakinan saya dalam agama fitrah ini bertambah.

    Berkaitan persoalan kenapa wujud kitab lain selain Al quran. Secara ringkasan, terdapat beratus ratus rasul dan nabi yang tidak kita ketahui. Kemungkinan bahawa kitab2 ini diturunkan kepada rasul2 tapi kemudian diselewengkan oleh manusia yang sesat.

    Apapun, back to basic. Solat. Saya tak pernah tinggalkan solat dan berdoa masa saya jatuh ke dalam gaung persoalan.

  14. Apa masalah kau yg sebenarnya sehingga kau tak yakin dgn agama islam? Jgn abaikan fitrah yg ada dlm diri kau sendiri. Shah ru khan (pelakon bolywood) bukan main bangga mengaku sebagai muslim.Juga gunakan aqal yg kau ada dgn sebaik2nya untuk mengkaji dan membanding agama mn yg paling betul. Mudah2an kau akan jumpa jalan yg diredai allah, pemilik alam semesta ini dan juga raja hari akhirat setelah alam ini musnah satu hari nanti

  15. Kene blaja tasauf sbb tasauf laa yg menyempurnakan ilmu akidah dri sudut pnghayatan. Mgkin selama ni, kite blaja yg Allah itu wujud, tnpa kite merasai hakikat kewujudan Allah. Nk blaja tasauf kene bertarekat. Smpai 1 tahap engko akan Faham Firmannya: ke mana pun engkau menghadapkan wajahmu disitulah wajhullah.

  16. tgok YouTube dgr ceramah dr zakir naik atau sheikh ahmad deedat cuba hadam apa ceramah diorang camne diorang berdebat dgn pendeta agama lain seriously best

  17. Other religions may tell you to believe and not to think or question. Allah tells us that we MUST think & ask questions, and only then we will believes. So search, study and investigate! It’s no wonder that the Quran keep emphasizing “Afala ta’ qilun” “don’t you think?” – Ustadh Nouman Ali Khan

  18. Boleh jugak baca buku Dr. Daniel brkenaan dengan Al-Quran dan Sains, dlmnya diceritakan mcmmana al-Quran boleh tahu sekian hal tu sedangkan tak wujud teknologi yg hebat 14000 tahun yg lepas.
    Solat slow2 kita jaga..even mcmmana sekalipun..

  19. Baca buku novel Tuhan Lebih Saintifik karya Dr Farhan Hadi. Seriously it helped me a lot. Dlu2 prnh jgk jd mcm ni. Tapi x berani reach out tny org sebab kebanyakan masa mmg akan kena kecam all the best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *