Keluarga

Assalammualaikum,
Aku tk berniat nk bukak aib ke ape ape ke. Aku cuma nk luahkan ape yg aku pendam selama ni. Itu jek. Tapi aku tk tau nk mula drpd mana…

Aku anak ketiga drpd tujuh adik beradik. Alhamdulilah mak ayah ade lagi. Ade beradik smua duduk satu rumah. Mungkin org luar nmpk kami mcm keluarga yg bahagia. Ayah tk bekerja.. sakit dah tua. Ibu yg menampung perbelanjaan rumah, adik adik. Mana yg mampu aku dgn kakak akan bantu. Aku skarang tngah practical. Seboleh" aku cari yg dkt dgn rumah. Tpi rezeki… Allah yg bagi. Aku dpt agak jauh drpd rumah tpi masih dlm negeri yg sama. Aku terpaksa sewa blik sbb kos pegi blk mmg tk berbaloi dgn elaun practical. Semenjak beberapa tahun ni kewangan kami tk stabil. Kadang" tunggu mak blk rumah baru kami smua dpt makan. Aku pegi kelas mcm biasa… diamkan. Tk pernah nk ceritakan ape ape masalah keluarga dkt org lain.

Drpd kecik aku belajar berdikari. Mak tk pernah manjakan aku. Ape aku nk aku kena usaha sendiri. Perbelanjaan skolah aku uruskan dgn biasiswa yg aku terima. Pernah cikgu biasiswa aku marah sbb tngok penyata akaun aku kluarkan duit yg bnyk. Tpi tk pernah aku bagitau dia utk ape aku guna. Aku diamkan cikgu angin dgn aku. Tiga tahun lps masa form5, ustaz jumpa personal dgn aku. Bertanyakan tntng bantuan bulan ramadan. Dia tnya knp aku tk ceritakan masalah yg aku hadapi. Aku cuma diam tersenyum dan menahan air mata drpd jatuh ke pipi. Smbil belajar aku keje part time. Ape jek yg bole tmbh pendapatan aku akan cuba. Cuma aku tk berani nk mulakan bisnes. Masa awal awal sem dulu aku jual kuih muih utk student lain sarapan. Tk dpt jual lama.. dalam dua tiga sem sahaja.

Aku tk tau mana silapnya. Tpi aku rindukan keluarga aku yg dulu… maksud aku 10 tahun lps. Walaupon duduk satu rumah, kami tk berbual dgn ayah. Along angah tk sehaluan. Yg masih menyatukan kami cuma Mama. Aku, mereka jadikan tmpt mengadu nasib. Ape ape masalah mereka akan cari aku. Cerita personal dgn aku. Baik mak, along, angah, dan 2 org adik bwh aku yg dah skolah menengah. Tpi aku hanya mampu mendengar. Ye sekadar mendengar. Aku tk tau nk buat ape. Aku tk tau mcm mana nk satukan blk keluarga kami. Silap salah sikit kami dimaki dihamun oleh ayah. Along salahkan ayah, ayah salahkan along. Aku tahu kesalahan yg pernah along buat tu berdosa besar.

Smua sangka aku ni cuma lindungi along dgn perlakuan dia. Tpi adik mana jek yg sampai hati nk dengar/tengok kakak sendiri duduk merempat tk makan berapa hari. Aku bantu drpd segi kewangan. Tk lah bnyk tpi cukup utk dia beli makanan. Alhamdulilah skarang dia blk ke rumah. Sbb bagi aku, susah mcm mana pon engkau, kawan bnyk mana pon… salah ape pon yg kau pernah buat cuma keluarga jek yg masih mampu terima kau seadanya.

Semenjak beberapa bulan yg lps aku mula dekatkan diri blk dgn Allah. Aku muhasabah diri… mcm mana aku nk satukan keluarga klau aku pon tk betul. Slow slow aku brainwash adik adik. Mungkin dgn perubahan ni mereka smua akan berlembut hati. Cuma ayah… aku tk tau… aku tk tau nk buat ape. Marah dendamnya terlampau dlm dgn ank ank. Mungkin yg pernah buat salah cuma seorg tpi yg lain smua kena tempias. Telinga aku penat dngr caci maki. Tidak kira siang atau malam. Bergadoh adik beradik jerit sana sini. Aku malu dgn jiran tpi aku lebih malu dgn diri sendiri sbb tk mampu bantu keluarga sendiri.

Nk harapkan saudara mara? Saudara mara pon tipu kami sekeluarga. Penat aku mak kakak keje guna hasil titik peluh kami utk byr bulan bulan kereta yg diberikan utk smbung byr. Penghujungnya ape? Kata nk pinjam sekejap tpi smpai skarang tk dengar khabar berita. Aku bukan nk jadi jahat tpi aku mmg tk halalkan duit yg pernah kami gunakan utk kereta tu sbb tu hasil titik peluh kami. Mak kakak penat bekerja. Aku pg belajar mlm smbung keje part time. Langsong tkd masa rehat. Lagipon mereka sekeluarga tk pernah dtg minta maaf. Yg pernah dtg burukkan lagi keadaan. Memburukkan kami adik beradik dpn ayah. Berkata mcm mcm hal saje menaikkan amarah ayah. Allahu…

Ya Allah, kau ampunilah dosa dosa aku, kedua ibu bapa aku, seluruh anggota keluarga aku dan kaum muslimin muslimat sama ade yg masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Ya Allah ya tuhanku. Kau tabahkan lah hati hambamu ini. Kau cekalkan lah hati kami utk sentiasa menuju kearah mu Ya Allah. Kau kuatkan lah iman kami, kau lembutkan lah hati kami. Lindungilah kami drpd kemurkaan mu dan seksaan api nerakamu. Kau dekatkan lah kami dgn syurgamu dan keredhaan mu. Sesungguhnya kau lah tuhan yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Amin.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *