Dulu, seronok sangat tengok orang couple ni. Yela, tiap masa ada je orang msg. Tanya sihat ke tak. Kalau merajuk, bf pujuk. Sampai terfikir kenapa diri ni still single walaupun umur dah 20 tahun. Tiap hari persoal benda yang sama. Sampai la satu hari, diri ni pun couple. Masa tu rasa bahagia sangat. Buat semua benda, asyik ingat buah hati je. Allah, teruk betul angau orang bercinta ni ye. Sampaikan diri yang pentingkan solat sanggup lambatkan solat semata-mata nak reply msg dia ni. Yela, risau sgt bf tu terasa, merajuk. Macamlah nak lari jauh sangat kan. Hehe. Tiap benda buat share dgn si bf tu. Gambar beratus ratus diri ni send. On call sampai tertidur. Boleh kira banyak masa terbuang dgn melekat dengan fon je. Sehari tak msg, rasa tak boleh hidup. Dengan asyik terbuai ayat2 manis. Punya terbawa perasaan lalai tu Ya Allah. Ibadah sunat yang selalu diri ni buat pun dah makin jarang-jarang diamalkan mcm selalu. Allah, Allah. Zaman kegelapan betul masa tu.
Sampaila satu hari, bf minta putus. Puas ditanya kenapa tapi tak diberi alasan. Katanya hati masih syg cuma tak ready utk apa2 komitmen, better jadi kawan. Allah, punah hati masa tu. Air mata mmg tak berhenti mengalir. Mula terfikir janji2 manis yang dicakap dlu. Youre the first & the last. Hati rasa sakit. Sakit sangat. Sebab hati ni terlalu sayang. Terlalu sayang sampai tak tinggal sikit pun untuk diri sendiri. Sampai lupa cinta Allah sepatutnya yang teratas di hati. Sampai lupa hati manusia ni ada pasang surutnya. Sepertimana musim berubah, sebegitu jugalah rasa sayang dihati boleh hilang. *Wah gitu. Berpujangga pulak sister ni. Masa tu hati ni sibuk lagi persoal. Kenapa, kenapa, kenapa. Punya degil hati ni still doa dia mntk couple balik. Yela sebab dia yang cakap still syg so ingat ade chance lagi la kan. Msg ex non stop ni sbb nak dia terima diri ni balik. Ya Allah, mana pergi sifat malu kau wahai hati. Rendah sungguh harga maruah kau sanggup meminta2 pada org yang tak sudi. Punyalah gigih berusaha ni nak dpt perhatian dia balik. Post sedih2 dekat instagram bagai. Allah, malu. Tapi sikitpun tak tercuit hati orang yang konon sayang sgt pada diri ni dulu. Sampailah hati ni sedar, sedar sikit je lah masa ni bila dia cakap diri ni desperate. Masa tu down Allah saja yang tahu. Hati kecil mula berkata” sanggup awak cakap mcm ni pada org yang betul2 syg awak. Yang setia tgu awak walaupun awak jauh”. Tapi kejap je sedar tu smpailah satu hari dimana tarikh & waktu masih jelas di ingatan. Diri ni tau ex dah ada orang lain rupanya. Rasa kena tipu sangat. Rasa bodoh sangat sebab tak penah berhenti sayang dia. Tak pernah lupa doakan dia dlm solat. Sedih..sedih..Jujur, hati ni takde hak menghalang bila rasa cinta dtg tapi kenapa cakap sayang, bg harapan sdgkan perasaan kosong. Kenapa cakap tak sedia utk bg komitmen tapi boleh berkasih syg dgn orang lain. Lagi rapuh hati bila diri ni tanya ex lepas ‘kantoi’ & jawapan dia sy syg awk tapi syg sy tak mcm dulu. Sampai hati awak. Sampai hati……
Sebenarnya kalau nak cerita sakit dia tu mmg takkan habis awak, awak semua. Cuma saya nak share hikmah lepas putus cinta ni. Iye betul mmg makan masa nak pulihkan luka. Luka jari yg nampak tu pun sakit, inikan luka dihati yang kita taktau betapa dalamnya. Lepas je putus saya mmg muhasabah diri. Bykkan solat sunat, baca Al-Quran & baca buku2 motivasi. Mula2 mmg perit awak. Tiap malam nangis. Solat nangis. Tgk fon nangis. Mmg hidup waktu tu berteman air mata je gituuu. Hehehe. Waktu tu sy tgh exam, final sem lagi. Bygkan study pun nangis. Dlm dewan pun nangis sampai taktau ape sy baca. Waktu tu saya ingat Allah je. Alhamdulillah tak sangka saya dapat A. *mungkin hikmah sebab disakiti kehkeh. Menangis tau waktu tgk result. Okay ni bukan nak ckp pasal result hiks. Lepas tu saya mmg doa tak henti mintak Allah hilangkan perasaan syg, cinta atau rindu walau sikit pun pada ex. Biasalah semua perlu masa kan. Mmg masa penuh dgn dekatkan diri dgn Allah je. Sebab sy mmg tak share dgn org lain pun. Jujur, saya tak sanggup nak ckp benda buruk pasal ex sbb syg yang tersangat kut plus sy rasa saya pun tak baik mana ni nak burukkan orang plak kan. Walaupun saya ni cakap benci benci tapi saya selalu doakan dia happy . Sebab ape? Sebab sy sayang dia ikhlas. Ikhlas awak..ikhlas….Tapi apa guna sayang orang yg tak perlukan kita kan. Saya pun decide utk tak muncul lagi dr hidup dia. Cuma walaupun sy rasa sedih berbulan2 tapi sekarang saya rasa tenang sgt. Sebab Allah dah jauhkan sy dr orang yg tak baik utk saya. Orang yang sy sayang sampai lupa ALLAH tapi ALLAH masih sayang saya dgn ambil orang yg tak sepatutnya dlm hidup saya. Saya mengeluh bila diuji benda sekecil zarah berbanding dgn nikmat yang sy tgh kecapi sekarang. Allah sayang saya, sebab apa? Sebab dia ambil orang yang tak halal lagi pun buat saya. Dia tak ambil suami saya. Dia tak ambil mak & ayah saya dan dia tak ambil adik beradik darah daging saya. Kejamkan saya menangis sampai lupa nak bersyukur. Allah syg sy, dia bagi peluang lagi saya perbaiki diri sebab dia taknak saya hanyut dgn perasaan sendiri. Pengasihnya Allah kan? Allah bg cinta dan syg awak sepenuh buat Ya Rabbi takde belah bagi, apa yang perlu dikesalkan? Jadi awak2 semua, sebelum awak sayang org, sayang diri awak dulu. Bila awak syg diri awk, awk takkan jadi serapuh gadis ini. Lagi satu, percayalah Allah tu tahu yang terbaik utk hambanya. Janganlah personal sebab Allah tahu bila waktu yang sesuai utk Dia kabulkan doa kita. Tgk saya, nak sangat couple. Bila terkabul hasrat, diri sendiri lalai. Awak Nampak tak hikmah Allah jauhkan kita darisesuatu sekarang? Jadi awak, tolonglah. Tolong sangat. Mulai harini, sangka baik dengan ALLAH ye. Insyaallah awak hidup tenang je. *Dgrlah nasihat sis yang berpengalaman walaupun baru 21 taun kuikuikui. Sebelum saya akhiri penulisan ini, cewahhh hehehe. Doakan hati saya lembut utk memaafkan. Jujur peritnya hati masih terasa & utk memaafkan masih sukar.
– missF
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Ex will always be ex..sme mcm ak dlu..parent kata zaman skolh jgn bcnta, tp tbabas gk skali bcnta sbb x ikut kata parent kn..tp nasib la x lama, dlm dua bln lbh je..skrg bru la parent bg kebebasan crk jodoh sbb umo da sesuai nk crk jodoh..so ad sesapa nk rekemen kn diri?hahaha
Afifah Abdullah
Aku 22 dan still single. lekk jer. Xyah penat2 nak jaga jodoh orang
Akak 27 tak de boyfriend lg dik. Cari suami tak jumpa2. Hmmm.
entahlah kak. biasalah darah muda. hehehe
1. No money no talk. Duit yg guna utk ngorat boyfriend to duit mak ayah kite. Unless kite dah cukup berjaya dan matang mencari duit sendiri, dan bagi kat mak ayah, itu baru namanya hebat.
2. Life is a long way to go. Ada je yg dah kahwin 30tahun ada cucu pun boleh cerai. Couple yg break tu lazim lah.
3. To all the girls out there, your heart is expensive, and your energy is limited. True love doesn’t come so easily. Syaitan pun banyak menghasut. Jangan senang sangat cair. Be an Ice Queen. Ramai-ramai lelaki di dunia ni, yg betul-betul utk you tu ada sorang je. You are too precious to be played by men.
Eyna Palal
Kenapa perlu missF jugak? Aku rasa aku yg confess cuma that time dalam keadaan separa sedar maybe hahha ?
sama eh? heheheh
Kapel biasa melayan nafsu je.
Bertunang plak lebih menepati syarie. Sbb ada plan, jumpa mak ayah dan taaruf kehidupan masing2. Dan yg pntg jaga batas agama.
I feel you sis. Case kita lebih kurang. Tak pernah couple zaman sekolah dulu duluan. Masuk cfs, boleh pulak tersangkut. Almost 3 years berkawan last2 dia belah gitu ja. 1st love aku kot. Memang la orang kata takda istilah 1st love tapi aku yang kena ni perit doe.
Tapi aku bersyukur Allah dah tarik dia dari aku. Banyak hikmah berlaku dlm hidup aku beb! Masa free aku banyak terluang dgn kawan2. Dan yang paling best Dia bagi aku DL setiap sem. But, sampai skrg aku still kennot move on
takpe, slow2 boleh tu. mestilah teringat kan. jdkan pengajaran hidup kita.
Fatin Norshafini Umairaa Omar mngku cpt spa tulis
Hahahah bru ja bc yong bg pg td?
sbnaqnya myra
Your ex doesnt deserve your tears
Going through this right now.. kuatkan lah diri ini ya Allah :(
Be strong sister. Everything happens for wisdoms.
Nuralin IzzatiNajwa Bahrin
sedih baca kisah ni…tp pendapat saya plak xblh dgr sebelah pihak je..moga ex dia baca dan balas..baru adil untuk menilai..hmm
Selamat berbahagia Dan tahniah sis, Allah masih sudi pandang kamu Dan jaga kamu dari ajnabi, andai lps ni ada yg menghulur salam dlm keadaan kamu xsedia nk kahwin, mohon tepis siap2, jgn Sedih2, da smpai masa nanti jodoh smpai juga, skrg nikmati zaman bujang sebaiknya dgn keluarga, andai kata berjodoh dgn manusia, kahwin juga, andai dgn maut dulu, siapa Tahu kan. Stay strong okay, May Allah Bless
I can feel u sis..setiap berlaku ada hikmah.. sy pon bersyukur pe yg terjadi buat sy pikir bkn dia jer yg kita nk jg hati..yg pnting ati mak ayah tu..Allah buat setiap bnda tu bersebab..sy dlu pon mcm sis jgk..mmg susah nk move on..kena cekal la sis..mula2 sedih sbb sy xdpt bersama dia..bila pikir2 pe yg ada skrg, sy bersyukur sbb xdpt dia..hehehe
I feel u…same with me suatu ketika dulu..bljr dr kslpn..yg pntg bykkn bc quran
Mohd Faiz Mohd Zuki
Mohd Shafieq. kisah 1 nk bgtw keikhlasan seorg perempuan bila becinta. kisah2, labuhkn cinta pd Allah dulu… saje tag. oh, aku terkena. haha. Ingt Allah dulu~ xp
Neko Ruru. yes ftin terkena. But usaha tetap usaha. I dun care~
Hurm…rilex je dik I am 42, still single, happily alive and happily berbakti pada ibu!
Setuju beb .. x yah nk ikut org & perasaan sgt .. yg penting kite gembira ngn apa yg kite buat .. ;)