Assalamualaikum wbt, bismillahirah semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak membantu confessor "tanda soal". Saya bukan la pakar agama tetapi saya seorang muslim . Jadi berbalik kepada persoalan mengapa dilahirkan Islam ? Jika dikajii Nabi Adam diturunkan sebagai Islam dan begitu keturunannya tetapi setelah beberapa dekad manusia mula menyimpang dari kebenaran dan mula menjadi murtad.Jadi beruntungla mereka yg dilahirkan dalam keluarga Islam tapi malangnya Iman itu tidak mampu diwarisi tapi mesti DICARI begitu juga dgn hidayah Allah.
Yang keduanya, mcm mana tahu Al quran itu betul ? jawapan saya ialah saya diberi peluang untuk belajar Islam and other religion. Jika dikaji ayat2 di dalam kitab agama lain terlalu banyak percanggahan. Sebagai cth, dalam rukun agama KRISTIAN, ORIGINAL SIN dalam mengatakan semua umat manusia akan mewarisi dosa yg telah dilakukan oleh ADAM dan HAWA DENGAN MEMAKAN BUAH YG DILARANG ATAS HASUTAN SYAITAN dan dosa ini konon telah ditebus oleh jesus ketika disalib, dan sesiapa yg tidak mempercayai jesus tidak akan dapat pengampunan dosa. Adakah masuk akal jika kita harus menanggung dosa disebabkan kesalahan org lain ? Dalam ISLAM, setiap manusia itu bertanggungjawab di atas perbuatannya sendiri.
Ramai kristian yg mengatakan perkara ini bercanggah dgn Tuhan yg penyanyang, jika Tuhan itu penyayang tidak mungkin dia akan menyeksa hambanya sebegitu (boleh tgok dekat youtube). Tetapi Al quran ini dicipta dgn lengkap dan menyeluruh dan selari dgn akal manusia (KECUALI BEBERAPA KEJADIAN YG BERLAKU DGN IZIN ALLAH SEPERTI MUSA MEMBELAH LAUTAN)serta banyak hikmah terhadap larangannya. Sebagai cth, Al quran melarang ARAK kerana ia akan mendatangkan banyak keburukan dan kerosakan kpd manusia jika dikaji semula seperti akan bertindak luar kawalan / berlaku perzinaan. Agama kristian juga pada asalnya mengharamkan arak tetapi telah diubah dan dibuang ayat itu.
Agama HINDU kebanyakkannya bercerita ttg tuhan yg satu dan tiada rupa tetapi mengapa ada konsep trimurti (brahma,vishnu dan shiva)? Pengasas buddha pula dulu beragama hindu tetapi mengatakan agama itu tidak lengkap jadi beliau mengasaskan Agama Buddha yg berkisar ttg manusia. Salah satu code of conduct buddha adalah refrain from taking intoxicants. Jadi bila kita kaji balik, semua agama mengajar kearah kebaikan semua agama mempuanyai TUHAN YANG SATU, tetapi manusia yg melanggar peraturan. ISLAM MENEKANKAN ALLAH YANG SATU DAN HANYA MENYEMBAH ALLAH YG SATU.
Di malaysia, kita boleh lihat dgn jelas kristian dan buddha minum arak sedang itu bertentang dgn ajaran mereka. Muslim juga ramai yg melanggar hukum Allah. Yang membezakan kita adalah ILMU selepas itu DIIKUTI dgn AMAL. cuba kita belajar math tp tak buat latihan, adakah boleh jawab EXAM? begitu juga dgn kehidupan.
Saya juga masih jahil, saya juga pernah terlintas perasaan seperti confessor, saya juga ingin mencari kebenaran, saya juga masih melakukan dosa dan kemungkaran. Tetapi tidaklah kamu beriman selagi belum diuji . kadang syaita. berbisik supaya saya meragui Allah, jangan dilayan. istigfar banyak2.
Tips untuk confessor adalah, belajar dulu ttg islam TAUHID DAN AKIDAH ISLAM, kemudian belajar comparative religion secara berguru sbb kadang2 kita ada pendapat dan pemikiran kita sendiri, jadi perlu ada yg boleh guide.
Iblis pernah berkata kepada Rasulullah: "tetapi wahai Muhammad aku tidak mampu menyestkan manusia walau sedikit pun. Aku hanya mampu mebisikkan hasutan dan menggoda mereka. jika aku mampu menyesatkan mereka sudah pasti aku tidak akan membiarkan seorang pun masuk ke syurga. Begitu juga dirimu. Engkau tidak mampu memberi hidayah sedikit pun kepada sesiapa. Engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah Allah. Jika kau mampu memberi hidayah, pasti tiada seorang pun kafir di muka bumi ini."
p/s:Maaf jika ada salah, harap betulkan. semoga dapat membantu anda semua dan boleh dikira dakwah kepada anda semua. Insya allah. Assalamualaikum
– kai
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Tidaklah kamu beriman sebelum diuji.. :)
Wahida Ismail