He is not a perfect father

Assalamualaikum. Sempena Hari Bapa pada hari ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yg bergelar Ayah.

Saya pernah baca confessions di sini mengenai Ayah masing-masing. Ada yg mempunyai Ayah yg hebat, ada yg telah kehilangan Ayah dan tidak kurang juga yg menceritakan keburukan dan kebencian terhadap Ayah masing-masing.

Okay, ini pula cerita pasal saya dan Abah saya. He is not a perfect father. Saya pernah membenci beliau. Banyak perkara yg terjadi dlm keluarga yg membuatkan saya membenci beliau. Paling kemuncak sewaktu Abah dan ibu bergaduh besar di hadapan saya kerana seorang perempuan. Saya pernah nampak ibu saya menangis kerana Abah. Dan itu menambahkan lagi tahap kebencian saya pada Abah.

Abah saya tidak lagi bekerja atas faktor usia yg tua. Sewaktu beliau masih bekerja, amatlah jarang beliau memberi nafkah pada ibu. Kehidupan kami boleh dikatakan cukup makan. Itu pun atas sebab duit gaji ibu. Duit gaji Abah hanya utk bayar kereta dan bil-bil serta belanja sekolah kami adik-beradik. Selebihnya, kami tidak tahu ke mana duit gaji Abah.

Abah tidak rapat dgn kami adik-beradik. Mungkin atas faktor beliau sangat garang. He is a hot-tempered person. Pernah Abah marah ibu hanya kerana ibu minta Abah tolong sidaikan baju. Banyak lagi hal-hal kecil yang boleh membangkitkan amarah Abah. Sewaktu kecil dan hampir meningkat remaja, saya bencikan Abah. Di mata saya hanya nampak keburukan Abah walaupun berkali ibu dan nenek pesan untuk berbuat baik dgn Abah.

Keadaan berubah apabila saya masuk universiti. Keadaan sekeliling, keadaan family kawan-kawan dan kematangan diri sy sendiri membuatkan saya berfikir sejuta sekali. Siapalah yg perfect dalam dunia ini? Kenapa saya hanya nampak keburukan Abah sedangkan banyak lagi kebaikannya pada kami adik-beradik?

Bila saya renung balik, family saya akan susah tanpa Abah. Hidup kami mesti akan struggle tanpa insan bergelar Abah. Beliau lah yg mendukung saya yang tertidur di depan TV ke dalam bilik. Beliau juga lah yg hantar dan jemput saya dari sekolah. Pernah sekali Abah jemput saya dalam keadaan berlumuran darah di muka, tangan dan kaki. Walaupun saya terkejut melihat keadaannya namun saya tetap menarik muka kelat lagi pahit kerana beliau lambat menjemput saya dari sekolah. Allah, bila difikirkan balik, kesalnya saya. Abah yang baru sahaja jatuh dari motor akibat terlanggar lubang sanggup bangun dan meneruskan perjalanan dlm keadaan sakit kerana tidak mahu saya menunggu lebih lama dan risau akan keselamatan diri saya yg mungkin keseorangan menunggu di luar pagar sekolah. Tapi apa yang saya telah buat? Saya tunjuk muka tak puas hati kerana kebencian saya pada beliau. Saya tidak bertanya pun apa yg telah terjadi dan bagaimana keadaannya.

Andai tiada Abah, hidup kami akan susah. Abah lah yang selalu servis kereta, urus hal berkaitan kereta(kami semua hanya tahu bawa kereta sahaja), ke sana sini menguruskan urusan apabila ada anak beliau yg nak masuk universiti, bayar bil-bil, simpan semua dokumen penting kami dgn baik dan banyak lagi.

Sejak masuk universiti inilah, baru mata saya terbuka mengenai Abah. Bila dikenang balik masa lalu, Allah ruginya saya mengabaikan masa saya bersama Abah. Sekarang Abah dah ada whatsapp. Hampir setiap hari Abah bertanyakan khabar. I think whatsapp bring us closer. Balik rumah sewaktu cuti, aku tidak lagi kekok dgn Abah. Aku cuba utk tebus masa bersama Abah. Abah masih hot-tempered namun tidak sekerap dulu. Melihat keadaan Abah yg sudah tua skrg namun masih bersemangat di depan anak-anaknya membuatkan saya tersentuh. Betapa beliau cuba untuk menyorokkan kelemahan beliau di hadapan kami.

Abah, I know you are not a perfect father but you are the best father from Allah to me. May Allah bless you. Maafkan salah silap kakak sewaktu kakak masih tidak nampak kebaikan Abah. Benarlah, satu kesalahan akan melenyapkan seribu kebaikan. Maafkan kakak kerana selalu tinggikan suara pada Abah. Kakak tak tahu apa akan jadi pada kakak kalau Abah dah takde nanti.

To those yg masih ada Ayah di luar sana, berbuat baiklah dgn mereka. Kepada mereka yg pernah confess mengenai keburukan Ayah, cubalah utk membuka mata dan mencari kebaikan mereka di celah-celah keburukan mereka. We are not perfect, begitu juga mereka. Ustaz sy pernah berkata, besar mana pun kesalahan seorang bapa, beliau masih bapa yg perlu kita hormati dan taat selagi tidak bertentangan dgn syariah.

Cukuplah sampai di sini, maaf jika terlalu panjang, ayat berterabur dan cerita tak best. Terima kasih utk yg membaca dan terima kasih admin approved.

Salam Ramadhan Kareem.

– Anak Abah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Masih belum terlambat sedar dari kesilapan kita. Masa aku kecik, aku kena belasah dgn arwah abah psl salah ambik ubat yang dia suruh ambik. Tapi, dialah orang yang aku paling rapat sampai akhir hayatnya. Teringat arwah abah, aku sedekahkan alfatihah dan mengalr air mata…. setiap kali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *