ujian, ujian, ujian …

Dgn Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang ..

First sekali, tq kpd admin yg sudi approve. 2nd, aku nak declare awal2 yg aku bukannya student UIA. Dan ini bukan kisah aku.

Aku ada seorang adik angkat. Kami berdua rapat sangat. Kenal waktu belajar. Sama2 pergi usrah, kejut kan aku tahajjud, teman kan aku study. Subhanallah dia ni hebat sangat. Bila berbicara ttg motivasi, keagamaan, dia sangat hebat sampai ramai org admire dia. Terutama adik2 yg baru masuk.

Itu sebelum aku kenal dia. Kemudian setiap hari semakin kenal, semakin rapat, aku lagi kenal latar belakang dia. Adik aku ni sakit. Sakit kerana buatan orang. Bukan dia saja yg kena, ibu dan adik dia pun sekali kena. Ibu dia ke hulur ke hilir cari org yg boleh rawat diorang semua. Tapi sekejap je baik, then sakit balik. Time aku satu bilik dgn dia, aku dapat tgk, bila sakit dia datang, betapa susah nya dia nak bangkit utk solat ..

Utk pengetahuan semua, bila dia sakit, sampai satu masa, telinga, kepala dan hidung dia keluar darah. pastu dia tak boleh bangun. Dari subuh sampai la Maghrib. Lepas Maghrib, baru lah boleh gerak2 sket .. Subuh especially, langsung tak leh gerak. sehinggakan aku decide aku letak botol air sebelah . Then, bila subuh masuk, aku amekkan dia wudhuk. Bila mcm tu, nampak sebijik mcm org kena strok yg tak boleh bangun. Solat pun baring je. Kadang2 tu sampaikan mulut tak boleh nak bercakap.
Kalau dia nak pi toilet dan aku pula kat kelas, dia kena merangkak utk ke toilet. Allahu.

Sebab penyakit dia tu, macam2 dia kena fitnah. Ada yg kata dia membela, ada yg kata dia ni ponteng kelas, malas. Ada juga yg kata dia ni nakkan perhatian je tu. Wallahi sepanjang hampir satu tahun aku kenal dia, aku pi rumah dia, aku duduk, tidur dgn dia , dia tak pernah buat benda2 syirik tu. Pernah sekali dia pergi Darus Syifa, ustaz suruh dia amalkan Surah Yassin ayat 9 tak silap. yg bermaksud :

" dan Kami jdkan dinding di hadapan mereka dan dinding di belakang mereka dan Kami tutup ( mata) mereka sehingga mereka tidak melihat. "

Then satu malam tu, adik aku hampir2 terkena rasuk. Tapi dia masih sedar , dan dia baca ayat ni berulang2 kali. Budak2 yg cuba rawat adik aku dgr adik aku baca ni berulang2 kali. Diorang kata adik aku mengamal dan membela ..
Astaghfirullah al a'zim.. Sungguh, adik aku bukan begitu.

Kerana sakit nya itu lah, dia kena fitnah dgn pakcik nya sendiri. mengatakan dia nak perhatian selepas arwah ayah dia dah takde. Kalau dia setakat bagitahu makcik2 lain tu tak kisah la. tapi pakcik nya ni bagitahu pd lecturer2 lain memandangkan dia ada jawatan di tempat yg sama adik aku belajar.. Sedangkan pakcik nya tu melawat pun tidak, apatah lg usaha utk bawa dia pergi berubat.

Kerana sakit buatan org itu juga, setelah bertahan 3 tahun belajar, dia ambil keputusan utk berhenti. Ada pensyarah yg x dpt terima bahawa dia tak datang kelas sbb sakit dia ni. Alhamdulillah ada pensyarah yg ber toleransi, bg semangat dn dorongan.

Sekarang adik aku tgh kerja. utk kumpulkan duit dn sambung belajar lagi. Tapi itulah, kdg2 sakit nya tu membuatkan dia tak boleh nak bangun. Sekali tu, dia pengsan waktu buat kerja. Seminggu dia terpaksa cuti. Sakit dia datang balik.

Dia kuat , tabah. Tapi kadang2, bila dia sakit sgt sampai tak boleh bangun, org2 kat rumah dia pula merasakan dia satu beban. sehinggakan dia tak sanggup nak bertahan. setiap kali aku call dia, dia akan ckp, "akak tolong doakan adik mati ye kak. Adik dah tak tahan kak. Sakit sgt ni."

ye aku akui aku ada doa yg jika cabut nywa nya yg terbaik ya Allah, maka cabutlah nyawa nya dlm iman.. Sebab aku sendiri pun tak sanggup tengok dia sakit mcm tu. Aku sendiri menangis tgk dia tanggung sakit mcm tu.

Aku perlukan doa kalian agar dia kuat dan sembuh. Sungguh aku sayang kan dia kerana Allah ..

akak ..

– akak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

8 Comments

  1. klau x slah sy la.. ayat 9 surah yasin tu slah stu cre utk ttup hijab.. atau juga dgn niat org xnmpk kita.. mmg seolah2 kita dlm keadaan halimunan bila slalu amal ayt tu..tpi sebaik2 nya nk beramal.. berguru la dlu..sbb tkut2 klau terslah amal.. bruk akibatnya.. wallahua’lam..

    • Memang pun la nak bagi halimunan .. supaya orang yang hantar sihir tuju tu xnampak budak tu kot … lagipun base on story katanya ustaz darus syifa yg bagi

    • wallahua’lam.. klu kte halimunan spya tukang shir tuju x nmpk mcm mustahil..mgkin mksud awk supya sihir tu x smpi ke mangsa kot.. ad perisai dan pagar disekeliling diri mangsa.. wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *