Cinta dan Hutang

Assalam..

Semoga cerita ini menjadi pengajaran buat semua. Aku mengenali CB di salah sebuah institusi pengajian awam. Bermula sebagai rakan sekelas sehingga menjadi pasangan kekasih. Setelah habis belajar kami bekerja di syarikat yang sama. Sehinggakan semua beranggapan jodoh kami memang kuat.

Namun, 7 tahun menyulam kasih akhirnya terlerai di tengah jalan apabila CB menyuarakan hasrat kepada keluarganya untuk menikahi aku. Barang hantaran sudah dibeli dan semua disimpan oleh ibunya.

Aku ingatkan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari, selepas beberapa minggu CB berbincang dengan keluarganya mak CB dimasukan ke dalam ward kerana 'sakit'. Pada ketika itu aku masih tidak mengesyaki apa apa yang aneh. Rupa rupanya keluarga CB menuduh aku menghantar santau buat keluarga mereka dan mengguna2 CB selama kami bercinta. Mereka mempercayai bahawa orang negeri aku amat handal dengan ilmu hitam.

Tidak lama selepas itu aku dikejutkan dengan berita keluarga CB telah meminang gadis senegeri dengannya. Pernah tak bayangkan apa perasaan masa tu??? Parents dan keluarga CB dah tahu kot. Walhal menurut CB bulan tersebut parents CB akan berbincang dengan parents aku untuk membincangkan tarikh pernikahan. Aku dan CB cuba untuk menidakkan apa yang terjadi.

Kami meneruskan hubungan seperti biasa dan CB masih tidak boleh menerima kenyataan sehingga CB berhenti kerja dan parents CB tidak tahu. Aku ulang semula BERHENTI KERJA.. CB merajuk dengan keluarganya, balik kampung pun tak.. Jawab call pun tak.. Pasti dalam pandangan mak bapa CB aku la yang hasut anak dorang bukan2 hingga abaikan mak bapanya. Bayangkan CB tak kerja dr bulan 2.. Aku la yang menyara CB selama tu. Gunakan semua simpanan aku kerana cinta kononnya.. Kerana sayang gamaknya. Bulan 5 mak bapa CB datang KL serang aku macam2 kata nista dan makian aku terima. Korang tahu tak kenapa.. Mak tunang CB mengadu sambil nangis kat parents CB, CB x pernah call atau pun mesej tunang dia tu. Baiklah aku undur diri…dengan janji yang dibuat oleh mak CB lepas CB nikah dengan tunang dia patents CB akan datang punang aku. Parents CB tak boleh cancel wedding dorang sebab parents tunang CB kawan dorang kawan cikgu2 gitu.CB anak korang,hak korang. Dalam 2 minggu macam tu aku lost contact dengan CB.. Akhirnya CB cari aku semula. Dia kata dia tak boleh teruskan rancangan parents dia. Dia tersepit di tengah2. Rupanya adik CB jadi spy selama ni. Dia maklumkan kpd parents CB kami masih berhubung. Buat kali ke 2 aku di serang.. Dan kali ni adalah paling teruk dan sangat teruk. Mak CB lempang aku okay.. Mak ayah CB siap kata aku ni pelacur jalanan RM5. Baik lagi CB langgan pelacur di Chow Kit. Tengok dari pakaian aku dah tau kau ni pelacur pakai seluar jeansss kot dia kata pelacur. Adoiiiii kata cikgu.. Tapi narrow minded babe.. Dan yg paling sadis masa tu mak CB tgah pkai jeans juga.. Adoyaii.. Huuuuu berdesing rasanya aku rasa masa tu. Tu tak lagi bila parents CB hina mak bapak aku kata xde agama, ntah keturunan apa, panggil babi segala. Fine… Aku larikan diri hingga ke utara selama 2 minggu..aku amik unpaid leave kot masa tu. Aku x kuat nak hadap segala dugaan masa tu. Jatuh tergolek dan terhempap rasanya. Dalam masa aku bsembunyi bakal kak ipar CB ada hubungi aku.. Menurut ceritanya majlis CB akan berlangsung pada bulan 9 buat sekali dengan abang CB..Tapi setahu aku CB takde simpanan langsung..dan abang CB pun baru start kerja.

Aku kembali ke KL dengan harapan baru, dan di sini cerita baru bermula. CB datang cari aku.. CB minta aku buat loan untuk dirinya alasan kerana gaji aku besar so boleh apply amount yg besar. Parents CB dah minta duit utk majlis, CB pening kepala mana nak cekau duit. Aku masih berkeras tidak mahu apply loan tersebut. Sehinggalah 1 hari CB pukul aku hingga lebam.. Selagi aku x setuju.. Selagi tu CB pukul aku seperti binatang. Tuhan saja tahu apa perasaan aku masa tu. Aku di heret ke salah 1 institusi pinjaman wang. Dan pinjaman yg dipohon lulus sebanyak RM50,0000. Bahagianya CB x terkata bila dpat bagi duit yang mak dia minta. Siap kata kat aku.. Nasib baik ada aku.. Dia janji..' aku nikah dengan pompuan tu.. Aku cerai dia.. Kita nikah' lelaki tetap lelaki..

Hari berganti hari bulan berganti bulan..
Hari pernikahan abangnya dan CB sudah semakin hampir. Banyak info yang aku dpat dr bakal kakak ipar CB. Apa yang aku dimaklumkan majlis perkahwinan mereka dibuat secara besar2an di p…. Resort okkkk… Sebelah perempuan pula di adakan gilang gemilang sebab dia satu satuanya anak perempuan dalam keluarga tu.

Dua hari sebelum CB nikah, CB hubungi aku.. CB mahu jumpa katanya. Kami jumpa di airport sbb masa tu aku mahu ke 1 destinasi yg tidak siapa tahu. Alangkah terkejutnya bila CB tarik aku hingga ke kereta dan pukul aku lagi dan lagi. Dia mengamuk sakan dan tuduh aku cuba melarikan diri dari dia. Knapa aku perlu tinggalkan dia sedangkan dia yg sakit hadapi semua ni. Dia minta aku untuk terus menunggu dia. Kerana dia x cintakan perempuan tu. X cintaaa katanya tapi ada anak juga.. Lelaki kn.. Tetap lelaki…

Selepas setahun lebih tahun aku diamkan diri aku muncul kembali.. Aku kembali menuntut hutang yang langsung x dibayar oleh CB. Aku bakal di isytiharkan muflis. Akaun bank aku dah banyak dibekukan akibat hutang2 yang dibuat oleh CB. Loan kereta, credit card..

Bila aku kembali menagih hutang CB pula fitnah aku dengan pelbagai tomahan. Isteri CB kata aku sengaja buat fitnah kerana masih sakit hati tidak dapat berkahwin dengan CB. Ya Allah… Sakit rasanya… Aku hanya mampu kata.. Incase korang bercerai berai jangan tuju salah kat orang lain tp tengok dr mana hasil duit tu. Utk pengetahuan semua, aku tagih hutang tu dari semua ahli keluarga CB berserta dengan bukti tapi akhirnya mereka sekat aku dr msg, wassap, telegram dan juga facebook.

Nak tampung diri sendiri pn aku x mampu bila perlu membayar hutang yang di gunakan oleh orang lain. Sedalam mana kita sayang dan cintakan orang tu.. Jgan sesekali buat hutang atas nama kita.. Kerana hutang akan bawa hingga ke mati… Dan jangan sesekali percaya dengan janji manusia..

YB

– Maisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

135 Comments

  1. cinta itu buta.. aku x salahkan ko .. pndpt aku skrg ko kna pikir mcm mana nk dapatkan balik duit2 ko tu.. then pikir cara nk balas dendam dkt laki tu..

    • Ya betul!! Masa kali pertama kena pukul dh patut repot polis. Buat pemeriksaan doktor. Tubuh badan masih ada kesan lebam blh jd bukti kukuh. Lps tu putuskan hubungan. Ini masih setuju nk jumpa lg. Ini k cinta? Huru hara dibuatnya.

  2. Pukul sampai mcm mana pun aku tak bagi diri aku diperguna.. pengajaran jangan jadi bodoh kerana cinta. Ini bukan cinta ini mala petaka. Harap saudari bertabah.. perlu langsaikan hutang dulu baru boleh dakwa.. dan tuntut.ataupun awak tunjukkan bukti ugutan sebelum dipaksa buat loan. Kalau takda bukti susah polis nak percaya.. harap ada cara lain. Saya doakan awak dapat selesaikan masalah ni cepat. nak marah…eeeii

  3. Sayang..utk kes loan paling2 pun u boleh buat report polis..tunjuk semua bukti2 yg u tunjuk kat family dia..tapi susah la skit..utk loan kereta..should be kereta tu atas nama u kan..so u buat report polis ckp kete u kene curi..kad kredit u terminate siap2..or u report jgk cb curi kredit kad u..kalau dia yg belanja patut dia yg sain kad tu kan..so u bgtahu u tak pernah guna kad tu utk pembelian apa2 pun..lagipun cctv ada..setiap transaksi dia buat insyaAllah boleh nampak muka..mmg la susah skit..tapi org mcm ni kene ajar sampai lembik..be strong ok..banyakkan berdoa..Allah tak pernah lupakan hambaNya..

    • Bagus idea ni.. Saya memyampah gila kalau lelaki guna hasil perempuan.. Sudah la kena pukul.. Haisshh sakit pulak hati baca page ni..

  4. Ape benda ni weh?? Mohon report polis segera! Dear perempuan.sayang tu biar ada had.kalau dah start pijam2 tu blah je lah..ni dah sampai naik tangan.buat pe syg lg? Akak pun jenis sgt setia.tp once org dah serang2 ni mmg angkat kaki lah.lantak kau lah nak tungang terbalik sorg. Pls pls seek help.ada agensi kerajaan kan yg bantu utk kaunseling org bakal muflis/muflis.akpk ke ape tah..do it now! Pronto! Sampai bila nk biar diri jd mangsa?

  5. Bdoa byk2 mntk tuhan balas smua perbuatan CB dan family dia. Doa org teraniaya plus bulan ramadhan ni insyaAllah senjata paling hebat.

    2 je mmpu comment. Ikut hati rs mcm nk langgar reverse langgar reverse je c CB ni. Lelaki x guna.

    Semoga hidup confessor lebih baik lepas ni. Slow2 perbaiki hidup awk. InsyaAllah ada rainbow selepas hujan. Yakin dgn perancangan Allah k?

  6. Ni cerita betul ke? Sanggup brhutang bank rm5k sbb kekasih nak kawin. Aiiik dah kenal pukul seblum kawin pun nak teruskan perhubungan. Tak rasional dlm percintaan malapetaka la padahnya. Apapun tabah la membina hidup baru. Nak dpt semula duit yg diberi pinjam tu susah sikit sbb tak de bukti hitam putih pinjaman, kira sedekah je lebih baik.

  7. cibai la si CB tu.

    tp loan kereta or credit card patut awal2 lg dah boleh block. awat pi biaq lelama sgt. pastu bab hutang tu mmg la. sekarang ni kau cari je la kaki pukul memana. pergi bunuh mereka satu family.

    ha jgn ikut plak. aku nasihat dgn emosi ni hahahaha.

    bertabahlah ye dik. org teraniaya ni doa makbul. maybe bukan sekarang. kau tgk la anak cucu dia nanti.

  8. Kalau aku, sekali mak bapak dia dah cakap aku pelacur. Hina mak ayah aku lagi. ehh memang jangan harap aku nak kat anak dia lagi.

    Ditambah bila lelaki tu sendiri pukul. ehh sangat pfhyjkg betullah kalau nak lagi lelaki tu.

    Pergi bawa ke mahkamah. Biar keluarga tu jual tanah bagai utk langsaikan hutang.

    Cinta sangat jangan sampai maruah dipijak. Jiwa tergadai.

  9. Nama dia CB? Eiii nak carutkan je dengar cite camni. You should fight yourself dear. Jangan bagi lelaki pijak kita sesuka hati dia. Once dia dapat kafarah dia balik, baru dia sedar and kalau dia cari semula, ingat. Tolak dia. Reject dia hidup2, jangan bagi dia step dalam life awak lagi. Lelaki dayus macamtu taklayak dibuat suami.

    • Ntah kena pukul pon ikut lagi.. Aku kalau kena pukul buat laporan polis la.. Kalau belum kawin dah pukul.. Lepas kawin lagi berani.. Memang ada sebab ALLAH tak bagi kawin dgn jantan keparat tuu.. Cela** haisshhh sakit plak hati aku.. Ko yg kena aku yg emo…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *