Dilemma balik raya sudah selesai, terima kasih Ramadan.

Assalamualaikum pembaca yg baik hati dan dirahmati Allah sekalian. Thanks admin sbb approve this submission.

sy nak ucapkan ribuan terima kasih sbb awk2 yg baik hati bg comment/nasihat yg baik2 di submission sy sebelum ni bertajuk "dilemma balik raya mana?"kalau tak silap sy 2 atau 3 hari before ramadan start haritu. semuanya membantu dlm sy berfikir hala tuju hubungan sy dgn si dia and apa yg sy patut doa selepas2 itu.

ternyata, bulan Ramadan ni bln yg sgt sgt sgt mustajab utk berdoa. kalau awk2 semua masih igt, betapa buntunya sy memikirkan hal ni. si dia lelaki baik dari segi agama, akhlaknya, anak sulung tunggal lelaki drpd dua adik beradik, adiknya sudah berkahwin dan tinggal menetap di UK. mmg dia tak pernah berjanji utk jdkan sy isteri tp kami mmg akrap more than friends. dia mmg jenis tak reti berkawan dgn perempuan and dia mengaku sy sorang je yg dia tgh berhubung sekarang. haritu, dia memberi hint kalau dia berkawin, dia akan pastikan raya akan disambut tiap2 tahun di rumahnya dulu di kelantan kerana ayahnya sudah tiada, tinggal ibunya seorang. walaupun rumah nenek dan makcik sebelah rumah je, tp dia tak sanggup fikir kalau mak dia kena beraya sorang2.

sy pulak sesungguhnya sgt2 family person dan anak manja keluarga. puas sy tanya kalau gilir2, bkn setiap tahun tp 2 tahun sekali pun tak boleh ke? dia tetap insist no kompromi dgn keputusannya. ada yg berkata, lps kawin syurga isteri terletak pada reda suami dan kalau dia kata balik sana setiap tahun, kena la ikut. hati sy sgt2 tak happy dgn keputusan ni sbb sy pun ada parents yg mesti sedih kalau sy tak balik setiap tahun. kalau gilir2 tu mereka faham la sbb abg2 sy pun buat sistem mcm tu. sy anak perempuan tunggal keluarga, anak bongsu pulak tu. huuuu sungguh la sejak dari buat confession hari tu, sy asyik fikir je hal yg sesetengah org kata remeh ni. just because sy rasa benda ni akan jd hal besar kalau dipendam lps kawin nanti. mulut kata reda, tp hati berbuku sedih. tak kawin lg pun dah terasa pedihnya.

justeru, start first ramadan hari tu sy sentiasa selitkan dlm doa. jika dia bkn jodohku, kau jauhkan la dia dariku. halanglah perasaanku drpd terus mendalam terhadapnya. sy kurangkan whatsapp harian kpdnya, sy bykkan aktiviti harian lain utk diisi dlm bln ramadan. tambahan pulak sy sedang menghadapi exam sekarang ni. Msg2 kami makin berkurangan, and alhamdulillah hati sy kuat tak rasa mcm nak start conversation pun kalau dia tak start. msg pun sekadar wish goodnight, good morning, selamat berbuka tu je. jauh sekali kalau nak banding dgn before this. hinggalah rabu lepas, dia bgtau sy khamis dia nak balik kg, tengok mak dia. sy kata okay, take care.

langsung dia tak msg sy khamis, jumaat, sabtu, and semalam ahad. pelik lah bg kami yg sebelum ni whatsapp almost sepanjang masa bila free. wlaupun tak sekerap budak2 remaja bercinta, tp definitely berterusan. semalam, ahad, setengah jam sebelum berbuka dia msg sy. awkward sgt sy rasa time tu. padahal sebelum ni sy rasa sgt akrab dgn dia, semalam sgt jauh perasaan tu. katanya mak dia dah carikan jodoh utk dia, org kelantan juga, parents dah meninggal, kerja kat KL. perfectnya situation. apa lagi yg mampu sy katakan. tak payah dah dia fikir raya mana tahun ni, every year raya kg dia n kalau nak gi kg isteri pun dkt je. Allah.. sy yg baca pun rasa kagum dgn aturan Allah. bagai org mengantuk disorongkan bantal kan situasi dia? dia mintak maaf kat sy byk2, 2 hari jugak dia fikir mcm mana nak bgtau sy. sy just reply, its okay i'll be fine. take care and all the best.

hati sy sedih tipu kalau sy kata tak sedih. tp sy bersyukur sbb doa sy Allah dgr. ternyata doa sebelum berbuka, bersahur and lps solat sy terjawab. dia bkn jodoh sy. sy sedih, hati sy sakit, sy menangis, dua tahun yg sy berlalu utk lebih mengenali dia nampaknya tak berkesudahan dgn jodoh Allah. takpelah, nanti ada la tu jodoh sy. and kalau takde pun, takpela. sy rela menemankan ibu dan ayah sy sampai nyawa tercabut dari badan. lgpun tinggal sy sorang belum kawin, abg2 semua dah berkeluarga. elok sgt la tu.

sungguh, time type ni pun meleleh-leleh air mata. yela kan, dua tahun bkn dua hari. sy siap dah belajar beberapa masakan timur and thai sbb dia ada keturunan thai, utk menambat hati bakal suami dan mentua. bkn berangan, sekadar mempersiapkan diri. tp takpela, nak buat mcm mana kan? dah takde jodoh. sy akan try redakan hati dan di 15 hari yg akhir di bln ramadan ni, doa sy agar Allah sembuhkan luka di hati sy secepat mungkin. bimbinglah sy ke jln yg benar dan kalau betul jodoh sy ada du luar sana, sy minta agar dikuatkan imannya dan minta Allah jagakan dia utk sy, selebihnya sy serahkan kpd Allah.

sorry kalau confession ni mcm takde point, byk lg kes lg besar dari ni. tp sy betul2 cuma nak let this go somewhere and sy tak bersedia lagi nak cerita dkt siapa2 pasal hal ni. hanya Allah tempat sy mengadu, dan keyboard utk sy menulis confession ni. kalau ada pengajaran dlm cerita sy,first, BERDOALAH.. bln ramadan ni bykkan berdoa. mintaklah anything yg awk2 nak mintak. innshaallah Allah maha pemurah lg maha mengasihani, doa akan makbul. second, utk perempuan, jaga lah hati awk2 semua drpd benda yg tidak pasti. cinta lelaki terletak pada effortnya. jgn lukakan dgn perkara sia2. kesian hati kita. buat para lelaki, jika benar awk rasa si dia tak sesuai utk jd suri awk, jgn la beri harapan kpdnya. cut cpt2 perasaan tu, kalau perlu friendzone, friendzonekan je cpt2. jgn jadikan seorang perempuan spare part or option sblum awk dpt jumpa yg lebih baik, kesian kat dia. bila awk dgn sengaja letak dia dlm situation tiada yes or no, she'll take it as a yes because that is just how women are. kpd encik FN sy doakan awk bahagia dgn bakal isteri pilihan mak awk. jgn langsung sia2kan dia sbb dah takde alasan utk awk utk cipta lagi.

sekian, terima kasih.

– Miss T

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *