Kasih seorang ibu?

Hai semua. Hari ini saya nak kongsi cerita hidup saya yang mungkin boleh beri pengajaran pada ibubapa di luar sana.

Pertama sekali, saya seorang budak perempuan belasan tahun dan anak tunggal. Ibubapa saya masih hidup lagi dan bekerjaya. Kehidupan saya mewah. Tambahan pula hanya saya seorang anak mereka. Kos sara hidup yang kian meningkat membuatkan mama dan papa saya sibuk menghabiskan masa mereka siang dan malam bekerja tanpa kenal erti penat dan lelah. Ya..saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang.

Saya rasa sunyi bila mama dan papa jarang ada di rumah. Saya tahu mereka sibuk bekerja sedang saya hanya perlu belajar. Tapi, mama dan papa saya sibuk setiap masa. Kadang saya tak faham juga. Siang bekerja. Malam pula mesti mereka keluar dan tinggalkan saya keseorangan. Setiap malam saya menangis dan doa agar mereka sempat dan ada masa untuk saya. Saya sunyi. Disebabkan dari kecil saya hidup begini, saya kurang bersosial dengan keadaan sekeliling. Kawan saya ramai yang ajak keluar pada waktu malam, tapi saya menolak sebab saya tak berani.

Saya cuba isi kekosongan hati saya dengan cuba untuk cari 'peganti' sementara mama. Ada seorang ustazah yang baik sangat di sekolah saya. Layanan dia terhadap saya sangat baik. Saya jadi bersemangat bila berjumpa dengan dia setiap hari sehinggakan saya minta izin darinya untuk panggil beliau ummi. Hanya saya yang muridnya yang panggil beliau ummi. Ummi seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anaknya. Saya hanya mahu menumpang kasih. Salahkah? Hingga berbulan lamanya setiap hari saya berjumpa ummi selepas sekolah hanya untuk cerita dan luahkan rutin harian saya. Ummi tabah mendengar dan sesekali dia akan buat saya gembira.

Kekosongan di hati rasa terisi. Mama dan papa masih dengan hidup mereka. Ummi selalu pesan agar saya selalu doakan mama dan papa. Setelah sekian lama, saya jadi manja dengan ummi dan anggap beliau seperti ibu kandung. Kadang aku terleka dengan perasaan manja ni. Tiba suatu hari, ummi seperti sudah bosan dengan saya. Saya sendiri tidak tahu mengapa.

Setiap apa yang saya lakukan saya kena marah dan ummi makin menjauhkan diri. Saya tahu ada ustazah lain yang bercerita tentang saya dan ummi. Mungkin mereka dengki dengan hubungan saya dan ummi. Tapi jujur, saya bukan jenis menunjuk yang saya panggil ummi di sekolah. Bila di rumah, mama dan papa pula asyik bergaduh. saya sendiri tak faham mengapa. Huru hara keadaan saya. Baru saya sedar yang solat saya mungkin tidak diterima sebab saya selalu terburu buru ketika solat.

kini, saya cuba untuk berubah. saya ganti semua solat saya setiap hari. saya cuba baikkan hubungan saya dengan mama dan papa. saya juga cuba untuk berhubung semula dengan ummi.

salahkah tumpang kasih seorang ibu?

– Adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *