Orang Toksik Adalah R4cun

Saya mendapat ilham untuk membuka cerita setelah saya membaca salah satu tajuk IIUM Confession share pada tempoh hari.

Cerita berkenaan dengan seorang doktor psikologi yang telah kehilangan pesakit dan telah memberi impak yang besar terhadap doktor tersebut. Saya juga sedih saat saya baca kisah tu.

Cerita itu juga mungkin lebih kurang sama dengan apa yang saya ingin ceritakan di sini.

Terima kasih IIUM Confession jika share cerita saya yang tak berapa seronok ni. Saya harap pembaca-pembaca dapat faham apa yang saya nak sampaikan. Lagi bagus, tolong komen inshaAllah saya akan baca semuanya.

Saya juga merupakan seorang doktor lelaki psikologi di sebuah hospital. Pada hari genap setahun saya berkhidmat sebagai doktor, saya telah menerima seorang pesakit seorang budak perempuan dalam lingkungan 16-17 tahun.

Dialah pesakit yang termuda yang pernah saya rawat. Di sini, saya gelarkan dia A. Pada mulanya ayah kepada A datang berjumpa dengan saya untuk rawat A. Ketika itu, A ada bersama ayahnya.

Dengan hanya sekilas pandang sahaja, saya boleh dapat menganggak bahawa A memang mempunyai masalah psikologi. Wajahnya menggambarkan dia mempunyai banyak masalah.

Setelah berbincang itu dan ini, saya menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat rawatan ke atas A.

Dalam rawatan bersama A, pada awalnya A enggan bercakap dengan saya. Macam-macam soalan saya tanya A masih berdiam. Namun saya bersabar.

Kesabaran memang sentiasa dalam diri saya untuk melayan pesakit. Lama-kelamaan, A mula bercakap dengan saya sepatah demi sepatah.

“Cakap dengan doktor, kenapa A macam takut dengan doktor? Doktor bukannya marah A pun. Doktor nak dengar luahan A”

Masa itu, A seperti ragu-ragu hendak meluah. Melihat keadaan dirinya begitu, saya pujuk.

“A jangan takut. Doktor dengan A je kat sini. Jangan risau, rahsia A doktor simpan”

Akhirnya A buka mulut. Boleh dikatakan 80% A luahkan semuanya. Katanya, dia sangat stress dengan persekitaran di sekolah. Saya bertanya dengan lebih terperinci berkenaan masalah A satu per satu.

Katanya, kebanyakan rakan-rakannya sedang “in relationship”. Dalam kalangan student couple lah.

A sebenarnya tak kisah jika rakan-rakannya sedang bercinta namun yang jadi masalahnya rakan-rakannya selalu merendahkan A sebab A single dan “tak laku” dalam kalangan lelaki.

A mengaku wajahnya tidaklah cantik manapun sebab ada jerawat, kulit kusam dan tubuhnya agak sedikit gempal.

Lagi menekankan A, A mengaku juga dia bukan pelajar yang pandai. Selalu mendapat keputusan yang corot atas disebabkan tekanan-tekanan yang dia alami.

Sampai satu tahap daripada dia rajin datang ke sekolah terus dia tak nak hadir ke sekolah semata-mata tak nak bertembung dengan orang-orang t*ksik.

“Doktor, saya tak kisah langsung kalau mereka couple ke apa. Tapi kenapa mereka selalu ejek saya hanya disebabkan saya single, tak lawa tu semua? Berdosa ke saya ni doktor?

Saya bukan minta untuk dijadikan begini. Selama ni saya terima diri saya sendiri. Tapi bila mereka cakap begini kat saya, saya terus down”

Setelah mendengar semua luahan A, barulah saya dapat membuat analisis tersendiri. Dari apa yang saya tengok perspektif A, A mengalami tekanan tinggi dan juga minor kemurungan.

Ayah A pernah memberitahu kepada saya yang A kerap mengurung dalam bilik seharian sehingga nak turun makan pun tak nak. Kata A, otak dia terlalu penat untuk “overthinking” terhadap kata-kata ejekan daripada kawan-kawannya.

Analisis yang semakin kuat bila ayah A kata begitu. Jadi, apa yang saya perlu buat adalah saya akan pastikan A sentiasa penuh dengan kata-kata positif dalam setiap rawatan.

Kemudian, saya memperkenalkan istilah “toxic people” kepada A. Sedikit sebanyak A telah menyedari wujudnya toxic people yang ada di sekelilingnya. Sejak daripada itu, A kerap bertanya itu ini kepada saya.

Tiga bulan saya bersama A, perkembangan A semakin ke arah positif. Alhamdulillah A makin stabil walaupun A masih memberitahu kepada saya yang toxic people di sekolahnya still merendah-rendahkan A.

Nasihat saya kepada A supaya jangan dilayan sangat dan sentiasa pandang ke depan kerana Allah ada untuk bantu kalau niat kita betul.

Hari terakhir di mana A menjalani rawatan, saya tidak banyak menyoal itu ini malah saya memberi peluang kepada A untuk luahkan lagi sisa-sisa yang terdapat dalam hatinya. Kemudian, saya memberi pelbagai pendapat untuk A teruskan semangatnya.

“Doktor, saya akan tetap jadi seperti ini walaupun mereka masih mengata pasal saya. Saya akan bangkit dan lawan buktikan yang apa yang saya buat ni tak salah.

Lagipun, saya tahu Allah lindung saya daripada melakukan perkara yang tak baik dan boleh mengundang kemaksiatan. Pasal kecantikan, saya sedar kecantikan takkan kekal.“

Mendengar kata-kata dari mulut A, saya begitu lega dan gembira. A yang sekaran bukanlah yang macam hari pertama A mula-mula datang ke sini.

Kisah ini belum lagi berhenti. Saya masih diberi peluang berjumpa dengan A lagi ketika saya sambung belajar peringkat Master di oversea.

Saya langsung tak expect bahawa A juga belajar dalam bangunan universiti yang sama tapi berlainan kos. Saya agak terkejut kerana hampir 4 atau 5 tahun tidak bertemu antara satu sama lain.

Kali terakhir saya dan A berjumpa semasa rawatan tempoh lalu. Sungguh saya tak percaya. Begitu juga dengan A. Kami bertembung dalam bangunan universiti semasa saya dan A berjalan di kaki lima.

“Eh doktor! Doktor sambung belajar di sini ke?”

“A! Ya Allah. Ya, saya sambung belajar kat sini. Tak sangka jumpa A sini”

Kemudian, kami berdua duduk sebentar untuk bertanya khabar. Saya begitu gembira sebab melihat A mempunyai banyak perubahan. Dia makin ceria dan gembira.

Personaliti A juga berubah – dulu tubuhnya agak gempal sekarang tidak lagi. Dulu mukanya berjerawat sekarang flawless. Jelaslah A benar-benar berubah. Kalau saya lalu depan dia pun belum tentu saya dapat cam A. Itupun A masih ingat saya.

Rupanya, A memang belajar di sini untuk degree dalam architecture. Saya pula memberitahu yang saya sedang sambung belajar ke peringkat master.

Sejak pertemuan, kami berdua banyak menghabiskan masa di luar waktu pengajian. A selalu ajak saya keluar berjalan-jalan memandangkan saya merupakan kenalan lama bagi A.

A bercerita yang dia sangat gembira sebab tiada toxic people dalam kalangannya. Semuanya berfikiran terbuka dan mampu memberi nasihat antara satu sama lain. Sudah dua tahun A menetap di sini membuatkan A sudah move on.

Saya mendengar ni pun turut gembira. Katanya lagi, A selalu membuat aktiviti melibatkan kemanusiaan di sini sekiranya pihak universiti tawarkan program-program seperti itu.

“Bila saya fikir balik kisah silam saya, saya rasa saya dah melepasi sebuah fasa di mana fasa tu amat menyeksakan saya tapi alhamdulillah disebabkan doktor, saya boleh atasinya.

Betul kata doktor, alam persekolahan bukanlah dunia yang sebenar. Dunia yang sebenar adalah sekarang.

Realitinya kita akan hadap pelbagai cabaran lebih daripada itu dari segi hidup, kewangan dan sekeliling kita. Bukannya untuk fokus dalam kesempurnaan. Saya tengok ramai je wanita di luar sana berjaya dan pandai hidup berdikari sebelum bertemu jodoh.”

Dan banyak lagi lah A luahkan apa yang dia nak sampaikan. Boleh dikatakan persekitaran yang baru boleh mengubah hidup seseorang.

“A masih berhubung dengan kawan-kawan sekolah A?”

“Baru-baru ni, mereka ada juga menghantar dm kat IG saya. Tapi saya tak layan pun sebab saya tengok komen-komen setiap gambar saya mereka baru mengaku yang mereka ni adalah kawan saya sebab saya dah berjaya sampai ke tahap ini. Saya agak kecewa juga lah dengan perangai mereka.

Bila saya dah berubah macam ni barulah mereka nak mengaku yang mereka di adalah kawan-kawan saya. Betul kata doktor, toxic people memang wujud”

“Nasihat saya, jangan pedulikan mereka selagi mereka ada toxic untuk sebarkan kepada A lagi. Saya dah cukup bersyukur A dah jadi orang yang seceria ni. Jangan disebabkan mereka, A down lagi.

Sekarang ni A dah buktikan yang A dah berjaya membuat perubahan yang positif. Jangan pandang belakang dan terus maju ke hadapan.”

Beberapa tahun di negara orang, saya dan A mula mempunyai hubungan yang istimewa. Selepas sahaja A menamatkan pengajian, saya minta keluarga saya masuk meminang keluarga A di tanah air.

Alhamdulillah, walaupun hanya berkomunikasi melalui Skype, proses meminang berjalan dengan lancar. Kemudian, kami berdua bertunang sehingga saya pula menamatkan pengajian.

Walaupun jalan cerita saya nampak rushing, hubungan kami berdua makan lama untuk sampai ke tahap pertunangan.

Tak sangka, pesakit A merupakan jodoh yang saya minta kepada Allah selama ini. Rupanya hanya di depan mata sahaja. Benar kata A, Allah menjaga A untuk saya. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, mohon doakan saya dan A berbahagia dan menjadikan hubungan ini diredhai oleh Allah sehingga ke jannah. Aamiin.

– Danny (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *