Hai.. Namaku Lily. Aku ingin berkongsi cerita tentang pengalaman bersuamikan lelaki lembut. Suami dah beri kebenaran untuk aku menulis tentang kami di sini. Harap tak timbul isu.
Ya, suami aku memang lembut. Lembut yang bukan sikit sikit punya lembut. Lembut yang sangat kewanitaan. Jika ingin dibandingkan dengan aku. Aku rasa, dia lagi lembut daripada aku.
Kami dijodohkan oleh keluarga. Mungkin mak aku dah pening sebab umur aku dah cecah 30 tapi takde sape masuk meminang. Tu yang dia pakat dengan kawan dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia.
Mula mula tengok gambar, aku dah rasa lain macam. Mukanya jambu. Putih bersih. Kening terbentuk. Bibir kemerahan. Aku pulak dengan muka kusam tak reti bersolek. Malu jugak aku. Tapi akhirnya dengan kesungguhan kedua dua keluarga, kami dijodohkan.
Malam selepas nikah, baru aku nampak yang laki aku bukan calang2 lembut. Jalannya. Fesyennya. Memang ke arah sifat feminin. Aku terpaksa redho dengan itu. Aku pujuk diri aku yang luaran mungkin tak sama dengan dalaman. Batinnya mungkin ‘lelaki’.
Tapi, sangkaan aku meleset bila dia ajak aku berbincang dalam bilik di ‘malam pertama’ kami.
Dia katakan beri dia masa untuk ‘bersama’ sebab kami belum berkenalan. Kalau boleh itu menjadi rahsia kami berdua.
Aku yang mendengar cuma mengangguk setuju. Lagipun aku pun segan juga. Sebab Dialah lelaki bukan mahram yang pertama yang pernah berdua duaan dengan aku dalam bilik.
Aku katakan yang dia boleh saja nak tarik diri dan ceraikan aku bila bila masa kalau rasakan aku ni beban pada dia. Tapi dia kata yang dia takkan ceraikan aku melainkan aku yang minta.
Disitu aku dah rasa sedih. Sebab aku tak pernah bercinta. Last2 kawin dengan lelaki lembut yang bukan ‘jantan’.
Tapi bila aku fikir semua tu Allah yang atur, aku istighfar banyak kali.. Lagipun siapalah aku nak minta lebih lebih. Tak kawin kang, orang sekeliling tak berenti tanya bila nak kawin. Pasrah.
Malam tu kami tidur di bilik yang sama. Tapi bila dia dah tidur, aku pindah ke bawah. Atas lantai berkarpet sebab aku takut tersentuh dia dan takut dia akan marah.
Sebelum tidur, aku menangis mengenangkan nasib aku nanti. Macamana agaknya hidup aku sebagai isteri yang tidak pernah ‘disentuh’?
Malam tu sebab letih menangis aku nyenyak tertidur. Tiba tiba aku terjaga sebab merasa badanku seperti melayang layang. Eh?
Bila aku buka mata..
Suamiku, si lembut itu mengangkat aku naik ke katil! Ya Allah.. kuatnya dia. Berat aku 50kg kot masa tu.. Tiba tiba rasa sedih malam tadi sedikit sebanyak hilang. Masa tulah aku yakin dia sebenarnya ‘jantan’ berpewatakan lembut!
“Jangan tidur bawah lagi. Abang yang akan tidur bawah kalau sayang rasa tak selesa”
Mak aiii! Baru 1 malam kawin, dia dah panggil aku sayang. Dan dia pun bahasakan diri dia ‘abang’! Lagi la perasaan aku macam dibuai2. Terasa ada yang sayang.
Esoknya aku jadi ceria kembali. Aku lupakan soal ‘kejantanan’ suami aku. Aku redho. Aku doa supaya cepat hubungan kami menjadi normal.
Selepas berkahwin, aku berpindah ke rumahnya. Apartment sederhana besar yang bagi aku cukup selesa. Cara dia menghias rumah juga menunjukkan betapa ‘kewanitaannya’ dirinya.
Minggu pertama sebagai isteri, aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku berhenti bekerja memandangkan gajinya sudah cukup menyara kami. So, akulah tukang masak dan tukang cuci dirumah itu.
Waktu tidur? Kami akan tidur bersama. Di katil yang sama. Tapi cuma sekadar tidur. Ada masanya dia ‘terpeluk’ badan aku secara tak sengaja disebabkan badan aku kecil. Mungkin dia ingatkan aku bantal peluk kot.
Bila macam tu, aku akan buat buat tidur walaupun sebenarnya dah susah untuk aku tidur. Rasa berdebar saja. Macam tu rupanya bila kena peluk suami. Bahagia betul rasanya walaupun tanpa sengaja.
Bila dia tersedar, dia akan leraikan pelukan dan berpaling ke belakang. Sedih pulak aku.
Bila dia pergi kerja, aku dah mula pandai mesej dia kat mana. Dan dia pun dah pandai hantar repot. Meeting. Jumpa kawan. Lepas tu tanya nak beli apa..Nak masak apa..
Aku jadi positif yang hubungan kami sememangnya ok saja. Walaupun belum tahap ‘suami isteri sebenar’.
Dia pernah ajak aku keluar makan. Bila dia tengok gaya aku, dia suruh aku keluarkan barang mekap yang aku ada. Aku kata yang aku cuma ada lipstik, celak dan bedak compact saja.
Lepas tu, dia bukak almari dia. Dia keluarkan beg mekap dia. Lengkap! Macam mekap artist pun ada.
Dia kata memang dulu dia pernah berjinak jinak dalam dunia mekap. Dia kata aku boleh saja nak pakai bila bila masa. Masalahnya aku yang tak reti nak mekap.
Last2 dia yang mekapkan aku. Memang berubah terus muka aku. Dia kata aku sebenarnya cantik. Cuma nak kena touch up sikit saja. Kembang jugak la aku kena puji suami sendiri. Hehe.
Masa keluar dengan dia aku cuma mengikut saja. Aku pun tak tau nak beli apa. Dia suruh aku pegang lengan dia. Terharu jugak la aku bila dia terserempak dengan kawan kawan dia dan katakan aku isteri dia. Nampak jugak dia bangga sebab dah kawin.
Dalam bulan pertama berkahwin kami langgan netflix sebab dia tak nak aku bosan duduk rumah. Maka bermulalah obses aku pada drama dan movie korea.
Setiap kali dia balik kerja, dia akan bertanya tentang drama yang aku layan. Di sinilah bestnya ada suami lembut. Boleh jadi kawan.
Aku akan cerita a-z kalau cerita tu best. Dia pulak akan setia mendengar. Macam kawan2 perempuan kau bila dengar cerita korea tu! Hah.. macam tulah!
Dia kata dia suka sangat dengan Lee seung-gi. Pelakon lelaki korea yang bagi aku takdelah hensem mana. Haha.. Bila aku tanya pelakon perempuan korea mana dia minat. Dia kata tak minat perempuan. Huhu.. terasa aku.
Sampailah satu hari tu, hujung minggu. Dia ajak aku tengok cerita hollywood kat netflix. Awal awal tengok ok lagi. Sampailah ada scene hubungan suami isteri. Aku ambil remote nak forward saja. Tapi dia biarkan. Memang awkward sangatlah jadinya.
Aku buat2 masuk dapur nak minum. Siap buatkan dia air milo panas lagi. Bila aku keluar bawak air. Dia boleh tanya aku
“Bila kita nak buat macam tu?”
Rasa macam nak terlepas air yang aku bawak. Mujur aku boleh kawal lagi. ‘macam tu’ yang dia maksudkan dah tentulah ‘adegan’ yang tadi tu.
Masa dia tanya tu, aku dah rasa panas saja muka aku! Merah kot. Aku nak jawab apa. Aku pun angkat bahu jelah. Tapi bila dia asyik pandang saja muka aku..aku pun cakaplah
“Kalau abang rasa tak selesa, takpe.. kite macam ni jelah. Sampai abang selesa”
Walaupun jauh di sudut hati aku. Aku memang nak dia jadi ‘lelaki’. Tapi aku dah ‘sayangkan’ hubungan kami yang sebegitu.
“Kite try malam ni!”
Hah?? Aku rasa tak tau nak sorok mana muka aku. Malu betul aku rasa. Terus terang betul mamat lembut ni! Kalau ye pun, berkias kias la sikit.
Satu kelebihan orang lembut ni. Dia kurang rasa malu. Atau boleh dikata takde malu. Dia akan luah ikut suka dia. Terlalu berterus terang. Kalau dia tak suka sesuatu pun dia akan bagitau direct!
Dipendekkan cerita, (yelah.. kang cerita panjang panjang, dah jadi x-rated pulak cerita aku. Haha)
Kami pun berjaya menjadi suami isteri malam tu. Haha
Aku bersyukur sangat apabila suami aku si lembut dah jadi ‘lelaki’. Dia pun nampak happy..
Pada masa tu juga dia buka rahsia dia yang paling besar.
Dia pernah berkahwin!
Aku yang dengar rasa macam tak percaya. Dia kata isterinya dulu minta cerai sebab dalam 3 minggu selepas nikah tak ‘disentuh’ oleh dia. Bekas isteri minta diceraikan. Dia turutkan.
“Mujur sekarang ni abang dapat isteri sabar macam sayang. Kalau boleh abang nak anak ramai”
“Kalau saya mandul? Tak mampu bagi abang anak, abang kawin lain ke?”
Aku tanya dalam nada gurau. Tapi dia jawab
“Tak cuba tak tahu!”
Masa tu aku peluk dia kuat sambil nangis. Aku pun dah hilang malu. Bercampur baur perasaan aku. Nangis sebab happy sebab dah sempurna menjadi ‘isteri’. Nangis sebab sedih. Takut kalau kalau tak dapat bagi anak pada dia.
Member aku ada cakap yang orang lembut ni memang sukakan anak. Sebab tu ramai orang orang lembut ambil anak angkat.
Selepas malam tu, aku nampak perlahan lahan dia berubah menjadi lebih kelelakian. Dia mula belajar bertukang. Warna warna bajunya lebih gelap. Dia tidak lagi memakai baju v-neck. Keningnya juga mula lebat. Gaya berjalan juga nampak lebih mengengkang.
Alhamdulillah.. termakbul doa doa aku. Siapa kata lelaki lembut tak boleh berubah? Mungkin nampak macam menipu diri dan hipokrit. Tapi itu semua pilihan. Suami aku memilih untuk mengikut fitrah asalnya. Bukan naluri kewanitaannya.
Sebenarnya sekarang ni suami aku tengah masak dan mengemas kat dapur sebab aku langsung tak boleh bau dapur. Alahan yang melampau. Awal Januari Tahun depan due date anak kami.. hehe..
Terima kasih kerana membaca luahan seorang wanita yang tengah bosan melayan pkp. Muntah dari pagi hingga ke malam. Mujur ada IIUM Confession. Huhu..
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit