Assalamualaikum semua. Thank you admin sudi siarkan luahan hati aku. Aku doakan semua pembaca yang baca coretan aku sentiasa dalam keadaan gembira dan dipermudahkan segala urusan.
Dengan pandemik yang tak ada kesudahan, aku doakan kita semua sentiasa dibukakan rezeki seluas langit dan buminya.
Aku perkenalkan diri aku. Nama aku Gee, berumur 28 tahun, berasal dari Selangor, bekerja dalam bidang perubatan tetapi bukan Dr ya. Luahan aku kalini adalah berkenaan dengan status aku sebagai single and available dari aku lahir sampai sekarang.
Ya, selama 28 tahun. Luahan aku ini hanya sekadar perkongsian dan aku sangat menghargai pendapat dan doa dari korang.
Disini aku nak kongsikan dulu bagaimana aku boleh single selama 28 tahun. Ramai orang pelik kerana kononnya aku mempunyai rupa dan karier yang stabil.
Pertama, aku sejenis yang mahu fokus dengan satu perkara, and tak suka membebankan diri fikirkan hal yang tak patut aku fikir.
Ini adalah satu sebab kenapa aku tak berminat untuk ada any relationship waktu aku study. Aku siap pakai cincin dan declare aku dah berpunya bagi elakkan diganggu oleh lelaki.
Same thing happened bila aku mula bekerja, aku still jugak tak ready sebab aku masih status kontrak dan masih dalam usaha untuk mencari pekerjaan tetap.
Bagi aku, seorang wanita perlu ada karier yang stabil, bukan semata-mata untuk shopping tetapi komitment dengan ibu ayah dan keluarga.
Mak ayah dah banyak habiskan duit untuk hantar kita belajar, so it’s the time untuk membalas jasa mereka. Jujur, aku taknak bergantung dekat suami sahaja untuk nafkah ibu ayah aku.
Second, aku selalu percaya, jodoh tu Allah dah memang tetapkan. Larilah sejauh mana, kalau jodoh depan mata, akan bertemu juga.
Ini salah satu sebab kenapa aku tak nak in any relationship waktu zaman study sebab aku rasa buang masa bercinta awal padahal belum pasti dia jodoh aku ke tidak.
Tapi jujur, tipu sangat kalau aku memang tak pernah ada crush or any guy yang datang approach. Cumanya bila aku letak study as priority, alhamdulillah ternyata aku kuat nak lawan semua benda tu.
Okay, sebab aku dah nyatakan. So, aku nak share pulak how do I feel being a single at the age of 28. Firstly, jujur, aku happy dengan life aku. Ada parents, ada family yang supportive, and alhamdulillah kerja pun stabil dan gaji yang agak lumayan.
Jujur, dalam hati, aku cuma fikir nak anak dan tak nak pregnant lambat sebab risiko tinggi sebagai alasan untuk berkahwin.
Kalau tak fikir pasal anak, aku memang dah happy dengan life aku sekarang. Problemnya dekat sini, aku jadi sangat akward untuk start any relationship since aku tak pernah try.
Firstly, waktu aku mula bekerja dulu, ada beberapa orang datang approach and aku reject mentah-mentah tanpa fikirkan terlebih dahulu.
Bagi aku, aku perlukan ruang dan waktu dan memang tak akan bagi harapan untuk orang menunggu since aku berstatus kontrak dan masih stress memikirkan future aku.
Aku juga bertekad untuk buka pintu hati untuk berumahtangga once aku dah dapat kerja yang stabil. Agak malang disitu, pandemik melanda dan introvert macam aku lagi sukar untuk bersosial. Aku pula seorang yang kurang berkawan dengan lelaki.
Second, social media aku semuanya for girls only tak kira facebook, Instagram mahupun twitter. Dari aku study aku suka kecilkan circle aku untuk kaum aku ja.
Bukan nak tunjuk alim atau konon nak jaga iktilat, aku lebih selesa dan happy macam ni. Macam aku katakan tadi, aku yakin kalau dah sampai jodoh, pasti ada cara dia menemui aku.
Tapi biasalah, kadang kadang bila syaiton hasut, nak saja aku aku accept followers lelaki. Kawan aku pun geleng kepala and selalu kecam, kalau aku accept girls saja, macam mana lelaki nak kenal aku. Make sense jugak, tapi aku tetap ego sampai sekarang.
Third, actually ramai saja kawan aku yang masih single. Tapi aku tak la seberani mereka yang daftar segala account cari jodoh. Kawan aku selalu cakap, jodoh ni kena usaha, tak datang bergolek.
Tapi aku, still ego mengharapkan lelaki jatuh dari langit datang melamar. It’s a big no for me untuk buang masa try app dan berkenalan dengan strangers.
Aku tak nak nampak desperate bila tiba-tiba cuba berkawan dengan lelaki. Kadang-kadang aku marah jugak dekat diri sendiri sebab ego sangat.
Ada jugak kawan aku yang offer nak jadi orang tengah untuk carikan jodoh untuk aku.
Tapi paling tak best bila dia kecohkan dekat orang lain yang aku tengah cari jodoh and main tembak saja kenenkan aku dengan lelaki yang baru kena reject. Sedih sangat rasa macam diri tak laku and desperate sangat.
Jujur, aku lagi prefer cari jodoh melalui orang tengah. Tapi biarlah orang tengah yang beradab. Tak kecoh sana sini, pilih yang sekufu dengan aku dan serious ingin membantu.
Fourth, part yang tak best sikit bila single umur 28 ni bila mostly kenalan kita semua dah berkahwin termasuk rakan sekerja. Fitnah dunia.
Aku berkerja secara professional dan memang tak akan berkomunikasi dengan lelaki jika bukan urusan kerja. Tapi aku kecewa bila orang melabelkan golongan single aka andartu ni sejenis suka ambil lelaki orang.
Ayat like “jaga lelaki korang, dia masih single tu”. Padahal dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu tak ada sekelumit niat untuk runtuhkan kebahagiaan orang.
Tapi bab ni aku paham ja setiap isteri mesti nak jaga lelaki mereka kan. Tapi, jangan rendahkan darjat perempuan lain. Trust is part of marriage kan?
Okaylah, panjang pulak aku menulis. Jangan risau, inshaAllah aku akan buka pintu hati dan cuba mengenali terlebih dahulu untuk lelaki yang approach aku lepasni.
Thanks pada korang yang baca sampai habis. Korang doakan aku supaya cepat dapat jodoh okay. Doakan semoga Allah buka jalan seluasnya dan terangkan jalan dia seterangnya untuk dia menjumpai aku.
Terima kasih untuk segala pendapat (tolong nasihat sikit aku yang ego ni) dan doa yang korang kirimkan. Kadang kadang kita tak tahu doa siapa yang Allah makbulkan kan? Thank you korang.
– Gee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit