Tak Derita, Tapi Tak Juga Bahagia

Assalamualaikum. Saya mohon pandangan daripada semua kerana sejak akhir-akhir ini emosi saya tidak stabil dan saya rasa putus asa dengan perkahwinan saya yang sudah menjangkau 10 tahun.

Saya tau saya patut rasa bersyukur, tapi ada masa saya rasa sampai bila harus begini?

Kenapa saya nampak keluarga sahabat2 lain penuh rahmat dan kasih sayang, tetapi hubungan saya dan suami asyik panas. Kerap bergaduh.

Ya, saya tau ada ramai wanita kurang bernasib baik, husband jauh lebih teruk. Tapi saya rasa kami boleh buat lebih baik.

Suami saya seorang terpelajar dan berjawatan baik, tetapi bab agama daripada dahulu sangat diambil ringan.

Tak pernah didik saya tentang solat, dan sebelum ini hampir langsung tidak bersolat. Hanya start solat selepas saya makin vocal.

Tak suka ke masjid melainkan solat Jumaat, tetapi banyak kali tak pergi solat Jumaat tanpa rasa bersalah. Saya rasa malu dengan akhlaknya. Tidak juga berdamping dengan Al Quran atau mengaji.

Bab mendidik anak-anak terutama tentang agama semua diserahkan kepada saya atau orang luar. Saya yang mula mengajar anak2 mengaji dan solat.

Kami juga tidur berasingan kerana dia menemankan 3 orang anak lagi tidur di bilik lain. Kamar utama tak muat untuk tidur semua.

Dia masih belum bersedia untuk train anak2 walaupun mereka sudah besar. Dia juga suka tidur depan TV. Jadi dia hanya masuk ke kamar saya untuk s3ks.

Kemudian keluar. Boleh faham tak perasaan saya macam mana?

Kami jarang makan semeja kerana tiada waktu makan tetap setiap ahli keluarga. Sama ada dia makan dengan anak2 atau saya makan dengan anak2. Kami juga tidak solat berjemaah.

Apa yang buat saya semakin hilang sabar adalah sikap kasarnya terhadap anak2. Suka menengking dan demotivate anak2 walaupun perkara yang sangat kecil. Panas baran.

Saya benci kerana saya tidak mahu anak2 membesar dalam suasana negatif dan terikut perangai ini. Suami juga suka buang masa menonton TV dan bermain handphone daripada melayani kami.

Sangat malas melayan anak2 bermain dalam rumah dengan aktiviti2 seronok atau membina. Dia hanya akan hidangkan anak2 dengan youtube atau TV. Saya merasa kasihan dengan anak2.

Disebabkan ini juga kami jarang berbual. Komunikasi kami teruk dan selalu ada salah faham. Dalam percutian pun kami boleh bergaduh.

Ya saya tidaklah terlalu sengsara, tetapi saya tak merasa kemanisan berumahtangga seperti sahabat2 lain.

Saya hanya mahu bahagia dan memandang suami saya dengan penuh kasih sayang dan hormat. Saya rasa kosong.

Duit boleh dicari, tetapi bahagia terasa makin jauh. Mengapa? Saya tidak pernah putus doa dalam solat2 saya. Kadang2 saya terasa lebih baik berpisah, tetapi saya kesiankan anak2.

Buntu,

– Sue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *